SAKA TOK NENEK

Assalamualaikum semua pembaca setia fs, macam tajuk dekat atas ” Saka Tok Nenek” semuanya asal dari arwah datuk aku yang mana dia dulu askar mungkin orang dulu-dulu guna saka untuk menjaga anak cucu untuk melindungi diri lagi pulak arwah atok aku askar. Untuk pengetahuan korang aku tak penah pon kenal atau jumpa arwah atok aku sebab dia dah meninggal sebelum kiteorang lahir lagi dan aku stay dekat rumah arwah atok, ayah aku bawa family aku tinggal kat sana yang adik beradik ayah aku semua kerja dekat tempat lain so takde sapa nak jaga rumah tu awah aku deside tinggal je kat situ.

Lepas atok meninggal nenek kawin lain dan lepas tu macam-macam drama keluarga la yang terjadi tak macam drama tv pukul 7 tu ok? tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.

Masa mula-mula aku tau kisah saka keturunan ni umur aku dalam sekolah menengah. Kisah bermula tengah malam kawan mak cik aku hantar mak cik aku balik kampung (rumah arwah atok yang aku duduk) mak cik aku time ni tengah bujang keja kat KL dan dia ni memang ade belajar silat dan jadi anak angkat guru silat yang famous dekat kampung. Kawan mak cik aku tu lelaki dia kata tak tau nak buat apa sebab mak cik aku macam tak sedar bercakap pon macam orang lain sebab tu dia bawa balik kampung dia tahu mak cik aku rapat dengan ayah aku.

Bermula la sesi dialog ayah aku bagi salam tanya sapa yang dekat depan dia, kira macam tengah sembang dengan benda yang dalam badan mak cik aku tu. Dia jawab salam dia bagitahu dia puteri. Dalam hati aku ” eleh puteri pulak dah” sambil tu mak cik aku buat gaya tengah usap-usap rambut tapi nampak macam panjang sangat sampai kebawah padehal rambut mak cik aku takde sampai takat tu.

Ayah aku pon tanya kenapa kacau mak cik aku si puteri pon bagi tahu la dia ni saka arwah atok dia datang nak melawat anak cucu. Ayah aku kata jangan kacau mak cik aku dia tak tau apa kesia dekat dia pastu puteri tu mintak benang kuning pulak tengah-tengah malam. Aku macam “what? mengade-ngade la kau ni nak buat apa la pulak benang bagai” tapi dalam hati je la,dah macam tengok cerita seram live show pulak time tu nak menyampuk kang tak pasal-pasal kena sound dengan ayah aku.

Mak aku pon bukak la kotak dia simpan benang nak jadi cerita takde pulak benag kuning. Nak tak nak ayah aku suh mak aku pegi mintak dekat jiran sebelah rumah. Memang susuatu la pulakkan mintak benang kuning kat jiran macam tak boleh tunggu esok pagi hehe tapi jiran aku bagi je tapi aku tau esok tu dia bergosip kat mak aku tanya pasal benang.

Lepas dah bagi benang dekat mak cik aku dia mintak gunting da buat benag tu macam gelang dekat tangan dia. Kira macam ok dia tak kacau la mak cik aku lepas dah pakai gelang tu. Lepas bagi salam dia pun pergi, mak cik aku sedar dia macam keliru ade dekat kampung siap tanya macam mana dia sampai kampung.

Tapi tak habis dekat situ je rupa-rupanya lepas puteri tu muncul datang pulak nenek dan panglima. Yang watak nenek tu dia kira macam paling tua la bila dia muncul je mak cik aku berubah jadi macam bongkok sket lepas tu dia cakap pun lembut je macam orang tua. Saka nenek tu siap nangis-nangis bagai la rindu jumpa anak cucu, yang lagi sorang pulak garang mak haiii siap buat muka bengis kira nak gao je dengan orang.

Bila bapak aku tanya jawab macam nak marah je kira dia maca penjaga la untuk kteorang.Bapak aku kesian dekat mak cik aku time tu dia muda lagi kesian dekat sosial life dia la kejap-kejap dah macam orang menurun dia pon tak boleh nak control benda dalam badan dia. Last-last bapak aku cakap dia suh pas benda tu dekat dia sementara kesian dekat mak cik aku.

So bermula la lepas dah salam apa tah benda tu transfer dekat ayah aku pulak, ayah aku automatik dah macam reti pulak berubat orang tapi dia takde la berubat orang luar hanya family kiteorang je, tu pon lepas kiteorang kemas-kemas stor dekat rumah ayah aku terjumpa briefcase bag siap ade number lock tah macam mana boleh pulak da bukak lock tu.

Dalam beg tu ada macam-macam barang kalau dapat kat tangan orang yang salah memang salah guna la, siap ade buluh perindu. Korang tau tak? tu untuk tundukkan orang, dia dalam botol macam ade minyak sket, tiap kali bulang mengambang minyak tu macam refill sendiri haha tak yah percaya kurafat ni semua.

Bukan ade tu je ade batu la keris la besi la, yang besi ni atok aku ade guna time dia kat negara mana tah time tu ada orang nak tangkap dia tapi dia guna besi tu terus dia boleh hilang. Ni ayah aku la cite kat aku, korang tak yah percaya kurafat sume ni haha aku gelak-gelakkan je la ape benda la yang atok aku simpan ni pastu ade banyak la minyak-minyak lain, mesti korang nak cari kan beg ni tak yah la kteorang dah bagi dekat Darulsyifa benda-benda dalam tu ade penjaga dia bukan saja-saja bole simpan tapi ade benda yang dah hilang aku syak ade part of our family jugak yang ambil untuk kepentingan diaorang.

Sejak benda saka tu dah muncul dalam family kiteorang macam-macam gak benda yang jadi lagi-lagi dekat rumah yang aku tinggal tu kan rumah arwah atok. Salah satunya ade bunyi ketuk-ketuk dari dalam almari baju abang aku. Almari tu almari lama so ade la barang-barang dalam tu tapi kteorang tak usik pon abang aku pon amik bahagian tepi letak baju dia je lagi satu bahagian tu la ade tersimpan sesuatu dalam karung kain warna hitam,

Panjang kot kain tu aku teringin je nak bukak kain tu nak tengok ape la benda yang main ketuk-ketuk dalam almari hehe aku ni dulu sejenis yang tak tau takut ade je benda baru yang aku nak cuba, bila dah benda-benda macam ni datang memang aku suke. Tapi aku tak berkesempatan nak bukak kain hitam tu ayah aku bagitahu dalam tu ade macam tombak(goggle image la kalau tak tau) pedang dengan senjata yang atok aku guna dulu time perang yang lain tu tak tau la time bila dia guna.

Benda-benda tu dulu penah p*****l kepala orang so macam ade benda yang dok dekat dalam setiap senjata tu sebab dok bunyi ketuk-ketuk dia nak keluar la kot. Ayah aku ambil simpan takut anak-anak dok sibuk bukak nak tengok jadi hal lain pulak.

Dan aku yang sejenis tak reti takut selalu lepak dekat lua rumah aku sorang-sorang tengah malam. Aku pon tak tau la kenapa aku berani sangat time tu. Aku bukan buat apa pon keja aku dok lepak kat buaian sorang-sorang sambil dengar lagu dekat enset. Rumah atok ni 1setengah tingkat, ada satu tangga curam aku tak tau la sape la yang design tangga camni nak naik macam kena panjat gunung klu turun tangga ni aku lompat je haha.

Dekat bahagian atas macam kawasan lapang takde apa-apa takda bumbung just ade 2 lampu color oren, antara dua lampu tu ade satu side menyerong macam segi tiga aku pon tak tau camna nak cite tapi kira macam penjuru la bole jadi tempat menyorok antara side dinding lampu so dekat atas tu pon port aku lepak sorang-sorang

Kadang-kadang kalau siang aku naik ats bumbung petik rambutan dari pokok tak payah panjat pokok panjat bumbung je. Adik beradik aku pon tau aku je yang berani, abang aku pon tak berani naik atas tu malam-malam. Kat atas tu kadang-kadang aku ajak kawan aku camping haha camping atas rumah bawa makanan dengan toto lepak sampai pagi. Sepanjang aku tinggal dekat rumah tu la kali pertama aku takut gila!! ade satu malam aku lepak sorang-sorang dekat atas sambil dengar lagu kat earphone.

Aku tengok view gunung dengan rumah-rumah jiran sambil usha dekat semak kot-kot nampak something ke, psiko gile time tu. Tengah enjoy the view aku rasa ade someone perhatikan aku, time tu lampu atas aku tak pasang, bulan terang so boleh je nampak tangga naik atas lagipun suis kat dalam rumah malas aku nak on.

Aku dah rasa tak sedap hati takkan la time ni pulak nak muncul depan aku, memang aku rasa ade benda dok perati aku dari belakang, betul-betul dekat penjuru bumbung segi tiga yang aku cerita dekat atas tadi. Walaupun tak pasang lampu cahaya bulan malam tu cukup terang untuk nampak ape je ade dekat atas tu.

Aku cuba beranikan diri nak tengok apa benda dekat belakang aku, slow-slow akutoleh kepala aku perhati bumbung rumah takda apa-apa, aku tengok penjuru segi tiga pon takde apa-apa, skali aku pandang semula dekat side paling atas penjuru segi tiga tu , ada satu lembaga besar gile!! tinggi gila!! aku ingatkan burung hantu (husnuzan) aku perhati betul-betul bebab cahaya bulan membelakang dengan benda tu so tak nampak rupa dia tapi rupa bentuk dia dengan telinga sebijik macam bentuk burung hantu. aku tak tau la dia berbulu ke tak sebab dia color hitam tapi tinggi.

Aku perhati lama-lama ni bukan burung hantu ni hantu raya ke apa huhu macam la aku tau hantu raya macamana. Tiba-tiba dia macam bukak mata color merah, meremang bulu roma aku terus blah lari nak turun bawah sempat jugak aku lock pagar tangga (kononnya hantu tak boleh bukak) melompat aku turun tangga tu tak cukup tanah aku lari sekali tengok pintu rumah aku dah tutup rapat.

Ahh sudah diaorang kunci aku kat luar tak tau ke aku kat luar ni kena kejar hantu. Aku ketuk pintu kuat-kuat sambil perhatikan tangga kot-kot hantu tu kejar aku. Ayah aku buka pintu dia tanya aku buat apa malam-malam kat luar ingatkan kat dalam, aku masuk terus ayah aku kunci pintu. Ayah aku tanya kenapa yang terjerit-jerit nampak apa? aku cakap nampak burung hantu macam hantu dekat atas.

Ayah aku membebel la dekat aku sapa suruh dok kat atas sorang-sorang, aku nak nangis dah time tu kalau tak bukak jugak aku kena buat-buat pengsan la kalau hantu datang, serius tu la time yang aku paling takut gile sejak hari tu aku tak lepak dah atas tu malam-malam siang je aku berani.

Dan aku rasa sejak dari kejadian tu “puteri” yang dekat mak cik aku yang dah transfer ke ayah aku dok follow aku sekali. Aku tak sure benda yang aku nampak malam tu rupe sebenar salah seorang dari depa ke benda lain. Ni aku tengah type ni pon aku rasa seram sejuk.Sejak dari saka tu dah munculkan diri melalui mak cik aku tu macam-macam la jadi dekat rumah aku. nak cerita pun tak habis tapi keja dia dok mengacau je dari lua rumah.

Dah la kacau port aku lepak uhh geram pulak aku, nak lepak kat buaian pun rasa seram kot-kot benda tu melompat dari tangga ke aku dah mula pikir macam-macam depa nak serang aku ke apa sebab aku suka dok sorang-sorang.

Kenapa aku cakap “Puteri” tu follow aku? Sebab ade mak cik ni bagitahu aku, aku nak salam dia pon dia cepat-cepat tarik tangan aku pandang aku pon semacam. Rupanya dia nampak “puteri” dok follow aku pergi mana-mana. Sapa mak cik tu? Nantilah aku sambung story ye, tu pon kalau ade yang berminat nak tau.

Apa yang aku nak bagitahu ni korang yang berani sangat tu jangan la berani sangat jangan tegur, gatal-gatal nak tengok camna rupa ke apa. Biarkan je la depa dengan dunia depa, tapi benda saka ni kalau dah dibuang ade jugak aku pun tak tau camna nak buat asalkan dia tak kacau hidup aku sudah. Sampai sekarang benda tu ade je dekat rumah aku even dah panggil Darulsyifa bersihkan. Next time aku sambung pasal saka tok nenek ni ye!! Thanks sudi baca.

RERAMA BIRU

5 thoughts on “SAKA TOK NENEK”

  1. Abg yeop xdpt byg ape yg segitiga n bentuk rumah ko ni dik..siap leh camping bagai atas bumbung tu..apepon boleh teruskan ke cerita puteri yg asyik membontot ko ni..tgk gaya cm lagi seramm..bacaan skdr dalam pondok jaga memalam bute ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.