Saka Yang Tak Diterima!

Assalamualaikum, pembaca fiksyen shashaa dan salam sejahtera pada yang non muslim sekalian. Terimaa kasih pada admin jikalau sudi publiss kan story saya ni. Saya suka sangat layan story FS ni, jadi rasa cam naklah sharekan sesuatu untuk pembaca yang seperti saya, penakut tapi sengaja nak takutkan diri sendiri, hehe. Maaflah, jika cerita saya ni kurang difahami, tak seram, terlalu panjang, saya ade melalut ntah apa2, ditokok tambah atau ade salah fakta & fakta diubah yang saya storykan, maklumlah dah lame ….. Maafkanlah ye …

Aku akan ceritakan apa yang aku faham dan apa yang aku ingat yee …. Nama aku Yani (Bukan nama sebenar), aku seorang perempuan dan berusia awal 20 an, aku ada seorang kakak dan abang, aku anak bongsu. Apa yang aku nak sharekan di sini ialah mengenai saka ! Saka yang diturunkan oleh arwah moyang aku yang nun jauh di utara kepada ibuku (maa) yang yang menetap di pantai timur dan dia tak pernah diterima (saka). Maklumlah, ayah aku orang Terengganu so kerja kat ni, stay sini jelah …

Mase tu aku kecil lagi dalam linkungan 5-6 tahun rasenye. Jadi taklah faham apa2, apatah lagi untuk takut. Aku tak faham jadi aku tak takutlah, haha. Walaupun aku tak faham tapi aku masih ingat. Keluarga aku ni biasa2 je, dan boleh dikategorikan sebagai miskin masa tu. Mase mula2 kami menetap di terengganu (sebelum tu ayah kerja dan menetap kat pulau pinang sebab tu leh jumpa mak yang kerja kilang kat sana) kami menyewa di sebuah rumah kayu yang kecil, tandas pom masih kat luar. Di kampung kami tu jugak ada satu rumah yang lebih selesa dan besar dari yang aku duduk masa tu, kebetulan orang yang tinggal di rumah tu nak pindah ke rumah dia yang satu lagi (kat mana ntah tak tahu) dan dia benarkan kami sekeluarga menyewa di rumahnya. Yalah ekonomi family pom makin stabil kan. Jadi maa aku pom gembira sangat ! hari2 berdoa supaya bolehlaa sewa rumah tu cepat2.

Tapi kegembiraan maa aku tu tak lama. Bila dah pindah masuk rumah tuu, macam2 yang maa aku alami. Yang peliknya, hanya maa aku sorang je yang selalu kena. Yang pernah kami sekeluarga alami hanyalah demam berjemaah sefamily, pastu dah tadak dah rasanya. kalau ada pom mungkin aku tak tau, takkan la bapak aku nak citer kat budak2. Gangguan yang biasanya dia alami bila tengahari jer dia kesejukan. Mengigil2 dia sejuk siap pakai 2 ke 3 helai kain selimut yang tebal2 tu. kesian aku tengok dia, Dia pernah nampak seorang lelaki berbogel dan memandang tajam kearahnya di luar rumah tapi taklah dia tegur, kadang2 kat atas dan bawah rumah kedengaran bising seperti kambing bergaduh, bila malam2 dia tidur ngan ayah aku ada sesuatu yang datang raba2 dada dia. Dia tanya ayah aku. Ayah aku cakap dia tak buat. Maa aku cakap dia nampak ada sesuatu yang turun dari tiang dan raba dia (bilik maa aku ada satu tiang seri). Yang paling teruk dia pernah lalui, mase dia lepas mandi benda tu tolak maa aku beb, patahh dua batang gigi depan dia ! Ya Allah kesian aku tengok dia masa tu menagis sambil mulut berdarah, hmm.. Mak aku ni sakit daa lame jadi dia memang jalan lambat sikit.

Mesti korang pelik kan, bende alahh saka tu kan patutnya jaga tuan dia, asal nak serang lak ? Marah sebab tak bagi makan ka ? Ke da monopos ? Main tolak2 bagai sampai patah gigi. Haha, okay. Bia aku terangkan kat sini. Sebenarnya rumah yang kite orang sefamily pindah tu dah memang ade penunggunya dan benda tu kuat tau ! Bila dia nampak ade orang baru datang siap bawak penjaga lagi, menbuak2 la kemarahan dia pada maa aku. Yang dok dengar bunyi kambing gaduh tu bagai rupanya yang rumah tu punya dok gaduh ngan saka yang maa aku punya. Saka tu nak jaga mak aku, benda tu pulak dah marah sebab kawasan dia ade setan lain yang datang. Jadi salah satu cara dia nak lepaskan baran dia, soo dia jadikan laa maa aku sasaran dia sampai patah gigi dibuatnya, kuangjark ! Kami mase ni memang tak tahu menahu langsung yang maa aku ni ada saka termasuk la maa aku sendiri (Kami tahu semua ni selepas beberapa tahun kemudian bila dah berubat berubat)

Bila dah tak tahan sangat tengok maa aku kena gitu family aku buat keputusan untuk berpindah. Bila aku dah nak masuk 8 tahun kite orang pom pindah lah ke sebuah rumah yang dicadangkan oleh kawan maa aku ni. Rumah ni agak besar dan ok lah. Rumah ni kat kampung lagi kampung dari kampung yang asalnya aku duduk tu, nak gi membeli pom susah oiii !!! Rumah ni pom ade jugak setannyaa, setan bertanduk lagi. Yang pemilik rumah ni punya..(cucu pada pemilik rumah ni cakap napak atuk dia yang dah arwah tu ada tanduk) ! tapi nasib baik benda tu duduk kat luar rumah ja kat satu bangsal yang pemilik asal rumah ni selalu tido. Dan diaa diam2 ja kat situ tak pernah kacau. Alaa kalau setakat kacau ringan2 tu adelah … cam bunyi2 ke.

Sebenarnya ade banyak ustaz & bomoh datang nak berubat tapi aku tak ingat laa. Nak berubat untuk apa ntah ? Ade sesuatu kot yang jadi yang aku tak ingat atau dirahsiakan kat aku pada rumah tu ? Hmm, tak tahulah. Yang pastinya bukan pasal saka tu lagi sebab saka tu berterusan berdamping dengan maa aku sampai 2008 aku darjah 5 masa tu… hah ! Mase tu baru tahu ade something wrong somewhere. Sebab masa tu aku ni ade ambik tuisyen. Jadi malam2 maa aku selalu tengok tv kat ruang tamu sesorang bila ayah ambik aku dari tuisyen. Benda tu akan tunjukan bayangan dia pada maa aku. Zapppppsss, sekali gitu jee haaaa. Ehh, selame ni tak pernah plk nak tunjuk diri. Ntahlah, dia saja kott nak begurau dengan tuan yang tak pernah tahu kewujudan dia tu …

Bila pak saudara aku datang rumah dia adeleh cerita pasal seorang ustaz ni, entahlah ustaz betol ka idok. Jadi maa aku minta pak saudara bawa ustaz ni datang rumah untuk berubat, ayah aku pelik mase tu. Nak bawak ustaz, nak buat paa !? Maa aku tak bagitau pasal apa yang dia nampak sampai ustaz datang berubat baru dia mula bercerita. Mungkin dia takot ayah aku tak caya atau anak2 takot.

Mase ustaz tu datang entah la dia buat apa. Dia dok libas2 tangan dia cam libas nyamuk dah gayenyee haaa… Pastu dia tengok sebuah rumah depan rumah aku tu. Dia tanya rumah siapa ? Ada “awang kecil” katanya ! Binatang apakahhhh ? Haha, kat kawasan rumah aku mase tu memang banyak masalah kecurian duit tak banyak biasanya Rm10.00 jaa … paham lah aku orang depan rumah aku tu membele cik kecik hijau tu rupanya. Tapi tu dulu laa, skrg dah tadak dah masalah kecurian duit ni. Okay. Bebalik pada cerita tadi, rupa2 ustaz cakap saka maa aku tu marah dia datang dan suruh dia balik tulah dia dok main libas2 ngan saka tu tuu … haha ! Ustaz cakap benda ni benda jauh. Dari utara, dari kedah !!! padahal dia tak tau pom lagi maa aku tu orang kedah. Dia cakap saka ni daa lama dah ada ngan maa aku. Sebab tu maa aku kurus semacam. Benda tu dok telan darah maa aku, yelah nama pom saka yang tak diterima ! tahu kewujudan dia pom tidak apatah lagi nak jamu dia pulut kuning bagai sebagai santapan kannn ? memandangkan saka tu sepasang !! Jadi dia ada nama iaitu hitam dan putih…. Rare nama dia ! Haha …

Ustaz tu tanya sama ada nak buang atau nak simpan ? Maa aku pom cakap dengan loghat kedah dia tu “uishhh nak simpan buat paa, buang jaa laa. X mau aku aish” sambil ketawa tunjukan gigi dia yang masih ada beberapa batang ja lagi kat depan tu, comel ja dia. Pastu ustaz tu cakap lagi “betol nak buang ni ? Tak nak simpan… ?” (rasenyelah, ceq pom tak bapa nak ingat) Aik, lain macam jaa ustaz ! Pastu, maa aku tetap tetapkan untuk buang ! Ustaz tu cakap benda tu nak duduk tepi maa aku. Sebagai ucapan selamat tinggal mungkin ? atau mungkin dia daa sayang sangat kat tuan dia ? Tapi maa aku menolak, gilaa hang nak bagi hantu duduk tepi. Dia duduk sebatu pom kita dah pecut mengalahkan usain both…. Dahlaa pastu ustaz ada cakap benda tu merupa sebijik cam aku ??? Ohhh tidakkk !!! Kenapa akuuu ???? Husnodzon, my mom n me muka ada same sebenarnya. Hahaaaaa

Ustaz tu sediakan satu kain kuning tak silap dan berbau lah kemenyang semerbak kat kain tersebut ! Aku tak tau la dia buat apa … sebenarnya ade sedikit kekeliruan kat sini sama ade ustaz dah buang benda tu atau ustaz tu ambik benda tu sebab kain kuning tu ustaz cakap dia yang akan handlekan … tak tahulah sama ada dia ambil atau buang. Tak silap dia ada cakap nak benda tu dan tinggalkan yang dia punya. Benda tu kuat dan dia tinggalkan yang dia yang lemah. Entahlah, masih tak pasti dan aku pom samar2 ja ingat ni …Kalau dia buang Alhamdullilah. Kalau dia tak buang maknanya adalah yang dia punya tu kat rumah yang aku stay sekarang ni. Mungkin sebagai pertukaran ? Tapi so far, tak ade apa2 yang menganggu pom … Alhamdulillah……

Saka tu tak pernah diterima pom oleh maa aku. Biasanya kan saka akan pergi pada pewaris yang dah buat perjanjian. Tapi kali ni tak terima pom asal datang ? Sebenarnya arwah atok aku dah buat perjanjian dengan benda tu untuk pergi pada maa aku jika dia meninggal kelak. Jadi dia jadilah penjaga pada maa aku walau tak dipersetujui dan ketahui langsung …

Maa aku cerita dulu masa dia kecik2, dia stay kat kampung dia iaitu kedah, dia selalu nampak ayah dia (atuk aku) bawak pulut kuning dan beberapa telur mentah masuk ke kebun, dia nakal mase tu jadi selalu follow senyap2, intai ape atok aku buat. Dia tahu dah atok aku bela saka yang bertujuan untuk menjaga kebun dan keluarga. Dan dia dah warning awal2 kat atok aku yang dia tanak saka tu (saka atok aku tu ialah 2 ekor hantu raya yang berpasangan betina dan jantan). Atok aku ni sayang sangat kat maa aku, petang2 dia selalu bawak maa aku naik moto gi jalan2 berbanding adik-beradik yang lain. Tapi bila wasiat dah dibuat, rupanya arwah atok tak ade tinggalkan satu pom harta buat maa aku, tapi maa aku tak pernah syak apa2 …. Rupanya ada harta lain yang ditinggalkan. Harta yang menakutkan uolls !!!

# maa dan abang saya sebenarnya dah kembali ke ramahtullah. Minta jasa baik pembaca fiksyen shasha sedekahkan mereka Al-Fatihah yaa. Masa arwah maa meninggal keadaan tenang je tadak aih susah cam lam tv tu (selepas maa meninggal ade orang taye “mok mu dulu mati gane ? Senang dok ?” Soalan camni tak patut diajukan pada keluarga si mati sebab dapat sakitkan perasaan keluarga simati ) maknanya mungkin dia (saka) dah betol2 tak ada… Alhamdulillah. Terima kasih dan maaf jika cerita terlalu panjang, tak seram dan membosankan. Maaf sekali lagi. Assalamualaikum….

6 thoughts on “Saka Yang Tak Diterima!”

Leave a Comment