Aku Dan Ex Roommate

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Hi semua reader FS tak lupa juga admin.. Ni merupakan cerita first aku la. Aku ni suka baca cerita seram-seram ni tapi aku macam penakut berani. Bila dah baca terlalu banyak kisah seram, aku macam terbayang-bayang pula. Padan muka. Btw thanks admin FS kalau cerita aku dipublishkan. Hee.. panjang pula intronya.

Ceritanya terjadi kat aku sendiri dan ex roommate. Jadi masa kami study kat satu university kat utara sana. Aku pun dari utara juga dan ex roommate dari Sabah bahh. Kami ni roommate since sem 1 tp bila naik sem 3 dan 4 kena berpisah tapi sem 5 sampai last sem minta dok sekali, takleh pisah.. hahaha. Aku ni jenis perangai kalau dok hostel, malas balik rumah, hujung minggu ka, cuti 2 3 hari ka. Ya la, rumah dekat ja. Setengah jam pun dh sampai.

Ok, masa first sem, kami dua orang ni macam taklah rapat sangat. Roommate aku ni selalu tinggal aku waktu malam2 pi study kat bilik kawan2 dia. Hostel aku dia ada square and wings, ermm macam mana tah nak explain. Takpa la, aku dok wings. Ada la dalam 10 bilik kat wings tu. Kat wings tu, aku ada kawan2 aku juga, dua orang dan selebihnya senior. Ex roommate dan kawan aku dua orang ni, budak akaun. Paham-pahamla budak akaun, busy kott. Boleh kata, hampir setiap malam ku ditinggalkan, cewahh. So, kadang-kadang aku lepak kt bilik kawan2 aku, selalu lepak kat bilik dua orang tu lah sebab berdepan ja.

Tiap kali aku kena tinggal, aku tidoq sorang2 la. Kadang2 pukul 1 atau 2 pagi baru roommate balik, kadang2 tak balik. Haa time 12 ke atas tu, pintu bilik aku selalu kena ketuk, masa tu mesti sorang2. Mula2 cuak juga. Tanya kawan2, ada ketuk pintu bilik aku dak malam2 dalam pukul 12 lebih? Depa kata dak. Pelik juga hmm.. so, bila dah rajin sangat kena kacau ketuk pintu, aku lama2 buat taktaw ja. Jangan tunjuk muka sudah. Lagipun aku tidoq buka lampu. Tak seram sangat. Hahaha.

#sem3
Ni jadi masa sem 3, aku dan roommate terpisah. Kami dapat bilik kat square pula, tengah2 bilik tu ada lapangan kosong macam tu. Petang2 main badminton, best oww. Bilik aku tingkat satu, ex roommate tingkat 2. Aku ni tak berapa nak baik sangat dengan roommate baru, so selalu melepak dengan ex roommate dan roommate baru dia. One day, aku tertidoq kat bilik dia, dia tengah buat kerja kat meja. Aku pun tiba2 terjaga dalam keadaan mamai. Aku kata kat dia, nak turun tidoq kat bilik sendiri. Time tu dah pukul 12 lebih.

Aku pun turun mamai, mata pejam buka macam tu. Lampu kat tangga terbakar time tu, so gelaplah. Sampai ja bilik, aku baca doa tidoq terus la tidoq. Pastu termimpi pelik pula, apa tahh. Ok fine, aku kena tindih. Hantu betul. Aku try gerak badan, tangan, mulut, baca apa yang patut. Dah terjaga. Aku bangun, aku baca lagi doa, al-fatihah semua la kan. Sambung tidoq, ehh tindih lagi mambang ni. 3 4 kali la aku kena tindih malam tu. Haish takleh jadi, aku tengok roommate aku lena dibuai mimpi elok ja. Then, aku keluar dari bilik dan pi bilik roommate aku balik. Pastu ada sorang kawan aku tegur dari tingkat dua. Aku time tu, muka serabut, sedih nak teriak dah.

Dia tanya, “weh hang pasaipa?”. Aku tengok atas. Aku balas, ” Aku taktaw wei, aku kena tindih brapa kali dah” sambil teriak-teriak. Dia terkejut. “Pastu ni hang nak pi mana?”, Dia Tanya aku. Aku balas, “Aku nak pi bilik syaz. Aku rasa, aku kena tegur dengan hantu sawan teriak. Tadi aku turun mamai2. Pastu aku tidoq, kena tindih”. Explain panjang sambil teriak lagi. Huduh gila muka aku time tu, confirm. Dia balas, ”Haa, jalan elok2, baca apa yang patut”. Aku angguk then blah naik atas.

Aku pi bilik ex roommate aku, dia terkejut tengok muka teriak aku ni. Dia tanya pasaipa. Aku pun explain macam aku explain kat kawan aku tadi. Dia dengan roommate dia pun suruh aku pi ambil wuduk dan tidoq dengan depa. Huduh la muka time tengok cermin kat bilik air time tu. Malu pun ada. Aku baca doa apa semua then tidoq. Ok pula, tak kena tindih pun. Time aku naik atas tu, aku lalu balik jalan masa aku turun tu. Mungkin la kena tegur area situ.

Ok ni still sem 3 tapi time tu baru ja habis paper. Aku dan ex roommate aku join satu program university, kawan2 lain pun join juga. So tinggal la beberapa orang kat blok tu. Masa tu, ada yang keluar shopping la, dating la. Aku dan ex roommate malas nak keluar, layan movie best. Line laju ja. Hahaha. Time tu tengah hari. Tengah syok layan, ada sorang makcik mai ketuk pintu bilik. Aku stay dalam bilik ex roommate cuti tu. Kami pun, “ ya ada apa makcik?”. Makcik tu balas, ”surau kat mana?” kami tunjuk la bilik surau blok ni dan bilik air. Tak lama lepas tu, makcik tu mai balik bilik kami. Kami pun jemput la masuk kan.

Sekali makcik tu jual ubat resdung daa.. Makcik tu test la satu serbuk tu kat kami dua. Nak taw resdung teruk ka dak. Aku bersin biasa2 ja, roommate aku bukan main bersin, dahsyat. Pandai makcik tu pujuk, last2 kami beli. Adehh. Makcik tu nampak segak dan bertenaga lagi kot. Mungkin takdak resdung, ehh tetiba ja. Misterinya makcik tu, masa kami sem 5, aku dengan kawan2 aku termasuk ex roommate berkumpul satu bilik. Sembang pasal cerita hantu. Sampai la bab makcik tu, kata sorang kawan aku, makcik tu sebenarnya dah m**i awal tahun 2011. Masa kejadian kami tu, pertengahan tahun dah. Depa tanya, hampa nampak dak makcik tu solat? Kami geleng tak nampak. Ya la nak buat pa pi intai makcik tu solat kan. Kami nak sedapkan hati, makcik lain kot. Sebab kes makcik ni dah berapa kali jadi kat blok2 lain.

Cerita aku taklah seram pun macam cerita hampa2 tu. Ada lagi cerita seram. Aku share yang ni dulu laa. Kawan2 aku, ex roommate pun pakat dah kawen, apani tinggal aku sorang2..tak aci. Ok sekian.

.

Cix NIS
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

12 comments

  1. nasib baik tak ada perasaan. klu ada perasaan, dah lama aku jatuh cinta…
    teghiak(kedah maju)=menangis
    teghiak(perak)=menjerit
    teghoyak(perak)=menangis
    teriak(malaysia tn50)=menjerit

  2. hahaha..relax2..ni saja try test menulis..tengok reaction cmna..kalau type2 ni mmg takdak feel cetanya. nnt aku share ceta bg feel plak..kena berguru dulu dgn sifu.. ehh tapi ok la mata terhijab..kang terbuka hijab mcm kwn aku, tak pasal nampak hantu ja..pastu syok pula ngusik aku

  3. Kesah mak Cik tu x kan seram klu kita x tahu cerita dia kan… Sbb dia lagak besa ja…jadi ubat resdung kome beli tu okey ka…boleh guna?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.