Hai, nama aku Ash (nama glamorous) orang panggil.. Disini aku nak ceritakan tentang kisah aku diganggu sahaja, bukan nampak seketul hantu..
Kisah aku ni berlaku pada lewat tahun 2018, lokasi di sebuah perkampungan di Skudai.. Masa ni aku dapat tawaran kerja di Senai, so aku pun berhijrah seorang diri ke Johor Bahru dari Kelantan..
Dari Kelantan, ride motosikal cc150 ke Johor, melalui Jalan KL > Melaka > Johor.. Disebabkan tawaran kerja aku ni dapat last minute (terima tawaran hari Jumaat, Isnin kena masuk lapor diri), so aku pun terus je lanjutkan perjalanan tanpa aku pikirkan lagi pasal nak tinggal kat mana nanti..
Aku bergerak awal pagi Sabtu dan singgah tidur di KL sekejap, dan sambung perjalanan hari Ahad ke Johor.. Masa dalam perjalanan ke Johor, singgah di R&R Ayer Keroh, surf website & mudah.my cari rumah sewa.. Time tu, jumpa la bilik sewa tanpa deposit..
Call owner, semua kata okay, so terus lanjutkan perjalanan ke lokasi.. Aku sampai di lokasi dan bayar sewa serta check in bilik macam biasa…
Mula-mula aku sampai di lokasi, nampak agak menyedihkan la biliknya sebab persekitaran macam zaman dulu-dulu… Bilik dia ada banyk, macam rumah yang P.Ramlee berlakon cerita masam-masam manis tu, tetapi bezanya yang ni semua atas tanah.. Ada dalam 25 bilik semuanyaa dan semuanyaa berkongsi 1 dapur.. Tepi sebelah kanan, ada sungai dan belakang pula kebun durian..
Setiap 5 bilik, saling menghadap dengan 5 bilik lain dan hanya dipisahkan dengan 1 lorong akses ke luar tempat parking moto dan juga akses ke belakang, kawasan dapur..
Bilik dibentuk dari batu bata yang besar dan ada 1 pintu, lengkap dengan katil dan ampaian baju (welding sendiri), manakala dapur pula simen separuh pinggang dan bahagian atas terbuka je, so memang nampak la bahagian kebun belakang dapur tu.. Tandas ada 6, dan disimen paras dada, bahagian atas pula terbuka luas konsep sama macam dapur tu tadi, so memang orang boleh jenguk dan masuk je ikut belakang kalau dia datang dari kebun durian tu..
Memang agak mengerikan kawasan bilik pada waktu malam, tapi dah aku terdesak, layankan aja dan disini bermulalah hari pertama sebagai perantau di bumi Johor.
First aku dah serabut bila duduk sini, line internet takde.. Semua out kecuali Maxis dan Celcom, itu pun kau kena pergi duduk tepi sungai kalau nak main internet. Dalam bilik, jangan harap la… So kat sini aku boleh nampak betapa sasau nya penyewa sampai pukul 12 malam dok lepak dekat para sungai kat tepi bilik semata-mata nakkan kemudahan internet..
Aku yang tak biasa ni, tidur je la malam pertama tu sebab besoknya aku baru nak start kerja.. So nothing happened at all..
Malam kedua pula, pukul 10 malam lebih gitu rasa lapar yang amat, So sebab aku dah beli barang masakan siang hari tadi, aku pun cuba lah untuk memasak… Tapi memang seram betul masa nak masak tu… Kau bayangkan laa, tengah memasak sambil menghadap ke kebun durian yang tengah gelap gelita… Mata memang melilau je nak siap cepat, tak nak bagi nampak apa yang tertutup pancaindera..
Siap masak, aku makan… Siap makan, aku masuk toilet semua dan tido…
Haaa, ni part yang tak best bermula…
Dalam waktu pukul 3 pagi lebih, pintu bilik aku diketuk.. entah siapa gerangannya, datang ketuk pintu bilik non-stop.. Disebabkan aku tak fikir apa-apa, aku terus buka pintu tapi tadaaaa, takde sesiapa pun kat situ… So aku kembali nak sambung tido…
Tak sampai setengah jam baru nak lelap, lagi sekali pintu kena ketuk, Kali ni sebab aku dah start rasa berdebar, aku tak buka pintu dah.. Aku hanya intai sikit ikut tingkap (cermin nako) dan aku nampak ada kelibat perempuan berjalan ke arah tempat parking moto dan hilang..
Serius, dengan kawasan yang agak gelap dan lampu dekat lorong pun samar-samar je, memang aku rasa ngilu habes badan ni… Kena ujian camni, hadoihh.. Terus aku selimut dan tak sedar dah bila aku terlena…
Besoknya waktu berjalan macam biasa tanpa aku kena gangguan lagi dan seterusnya sampai la hujung minggu..
Masa hujung minggu, ramai budak bilik yang takde.. Banyak yang blah balik kampung dan memang tak sampai 5 orang je yang ada masa tu.. So sebab mesin basuh ada 1 je, malam tu aku ada la basuh baju sekitar pukul 9 lebih. Masa mesin tengah pusing tu, aku pergi je la tunggu dalam bilik sebab memang tak berapa nak berani nak tunggu dekat kawasan dapur sambil menghadap kebun yang hutannya agak tebal tu..
Masa tengah lepak dalam bilik dan jam sekitar pukul 10 malam, aku terdengar bunyi bising kat dapur.. Sebab ada bunyi bising, aku pun cuba la nak keluar dan tengok, sambil-sambil boleh la aku ambil baju aku yang hampir siap nak basuh tu masa orang tengah ramai.. Itu plan aku la..
Tapi masa keluar bilik tu, takde sesiapa pun sebenarnya kat dapur.. Memang hairan bin ajaib betul.. Oh ya, lupa nak cakap, bilik aku yang paling last dan paling dekat dengan dapur.. So bunyi apa-apa kat dapur, memang mudah untuk aku dengar. Pasal kes bising bunyi orang borak tadi, agak mustahil kalau diorang sempat blah sebab jarak bilik aku tu, memang betul-betul dekat..
Aku masa tu agak cuak la.. Memang alam disebalik mata betul la.. Ada bunyi bising, tiba-tiba ghaib.. Sebab aku dah takut time tu dan mesin basuh pun tengah dalam mode keringkan baju, aku terus force stop je mesin dan ambil semua baju dan cepat-cepat tutup pintu bilik.. Dah cuak yang amat dah…
Hari yang sama, dalam pukul 1 pagi gitu, dengar lagi sekali bunyi orang dok borak kat dapur, tapi aku malas nak layan dah.. Buat-buat tido je la.. Malam tu rasa nak terkencing pun. aku tahan je laa sebab dah takut nak pi toilet, hahaha
Besoknya hari tak kerja, so rutin aku macam biasa la… Belek-belek fon main game, sebab internet takde..Pagi dan petang keluar cari makan, malam pula lepak atas moto yang tengah parking.. Hari tu hari Ahad, so dah ramai penyewa balik ke bilik, disebabkan besoknya dah start kerja..
Aku sangkut lepak sekali dengan diorang sampai lah pukul 12 malam… Bila semua dah macam tak tahu nak buat apa, semua pakat nak masuk bilik.. Masa tu, ada juga yang nak masuk toilet semua.. So aku pun sama ambil lah kesempatan ni pi buang air kecil masa orang tengah ada ramai ni..
Dah setel, terus aku masuk bilik macam biasa dan start nak tido.. Tak perlu mukaddimah panjang-panjang, aku terus lena je masa tu jugak
Dalam pukul 2 pagi lebih, entah kenapa malang betul nasib aku.. Perut rasa memulas nak berak hahahahahaha.. Aku ni yang memang tobat tengah takut nak guna toilet pagi buta camni, memang aku tahan je la perut… Gosok gosok gitu sampai la rasa lega..
Tapi lega tu tak lama.. Dalam 15 minit camtu, sakit perut tu datang lagi dan kali ni memang dah tak boleh tahan sangat yang menyebabkan aku terpaksa juga pergi tandas..
So, dalam keadaan takut aku ni, gigihkan juga masuk tandas dan mula buang hajat besar aku tu..Membuang pun dalam keadaan takut time tu, tapi apakan daya, terpaksa gigihkan juga..
Masa elok membuang tu, masa ni la hardcore sikit kena gangguan.. Aku masa tu tak pakai baju, so memang betul-betul ada feel dia.. Korang ingat lagi tak yang aku cakap tandas ni, dia simen smpai paras dada je dan bahagian atas terbuka??
So kat sinilah yang hardcore nya … Belakang badan aku rasa macam ada sesuatu ooo. … Rasa macam rambut tengah berayun-berayun atas belakang aku … Dia camni la, ibarat bini or awek kau yg rambut panjang, datang geselkan hujung rambut dia atas belakang kau sambil dia gerak-gerakkan kepala..
Haaaa, camtu la yang aku tengah rasa masa tu.. Elok je benda tu tengah bergerak atas belakang aku..Oh ya, semua toilet jenis cangkung ye pembaca sekalian… Sebab aku dah takut sangat, so aku terus basuh cepat-cepat dan lari masuk bilik, tapi sempat je la aku capai tuala aku tu.. Cuma bab cuci or tak tu, aku tak tahu la… Benda dah takut, bab cuci bersih tu belakang kira hahahaha…
Itu part yang paling aku takut dan masa tu, aku tak toleh tengok pun benda apa kat belakang aku, haha.. Dan seterusnya aku lalui lah hari-hari macam biasa dan takde dah gangguan hardcore camtu… Cuma bunyi orang basuh pinggan pagi-pagi buta, pastu dok borak masa pukul 2-3 pagi tu, tetap ada.. Tapi aku diamkan je la…
Lepas kes tu, memang aku last masuk toilet pukul 9.30pm, selepas tu memang aku tahan je laa sampai pagi…. Kalau nk buang air kecil, aku shoot je la dalam botol air.. Kalau air besar, memang aku akan tahan sampai pagi.. Tak berani dah aku nak masuk toilet awal pagi gitu… Bangun pagi pun, pukul 7 aku baru bangun bila aku dah start dengar penyewa lain bising start mandi… Takut punya pasal..
Aku mnyewa situ selama sebulan, lepas tu aku pindah cari rumah lain… Dah tak sanggup aku duduk situ.. Aku tahan sebulan tu pun, sebab sayang oo duit sewa yang aku bayar.. So terpaksa la tahan sambil mencari tempat lain…
Okay lah, itu sahaja cerita aku… Takde seram pun, tp cukup untuk buatkan aku jadi penakut yang teramat… Adiossss and Grasias..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Menyewa dekat johor area mana ye?
Awak org siam ke?
Awk org siam ka
Not bad citer ko ni. Tapi serius la ada rumah sewa ancient camtu?