Sambungan Ni Mimpi Ke Betul-Betul?

Assalammualaikum semua. Kalau sape yang pernah baca cerita “Ni Mimpi Ke Betul-Betul?” yang pertama, sebenarnya banyak benda aku nak share dengan korang pasal rumah yang aku duduk dengan kawan-kawan aku sebab selama aku kena kacau pun aku rasa situ la tempat yang paling seronok aku kena kacau.

Aku sambung okay. Lepas seminggu aku balik berubat sebab cik lang tergantung dengan belakang aku dan lepas kejadian katil aku kena serang time aku tidur, aku balik rumah aku macam biasa hujung minggu tu. Aku sampai rumah dalam petang camtu. Untuk pengetahuan korang, rumah aku tiga tingkat di mana bahagian paling atas adalah dari kayu. Ada 3 bilik dekat atas dan ruang tamu. Depan bilik aku ni ada ruang yang aku boleh berdiri kat situ untuk tengok tangga ke bawah. Dan dekat ruang tamu ada kerusi dan gambar-gambar lama keluarga aku.Tingkat 3 ni dulu lampu dia tak automatik boleh buka sendiri bila gelap macam sekarang. So kau kena naik atas dan buka sendiri lampu tu.

Kisahnya masa tu nak maghrib dah pukul 7 lebih macam tu. Aku dengan adik aku naiklah ke tingkat 3 nak siap-siap untuk solat maghrib, sebaik je aku tiba ke tangga teratas sekali aku pusinglah badan aku menghadap ruang tamu dan adik aku nyalakan lampu. Astaghfirullahalazim, aku punyala terkejut bila nampak sekujur tubuh, rambut kerinting melepasi bahu dan baju dia putih sampai bawah. Eh bawah mana kaki dia? Dia tengah menghadap tengok gambar-gambar lama kitaorang dekat dinding dan bila dia perasan aku nampak dia terus dia lari kelam kabut hilang masuk dalam bilik aku. Aku pun tak tahu sape yang patut cuak sebenarnya ni.

So aku berani berani je masuk bilik nak tengok mana benda tu menyorok. Alaaaaaa, tak nampak pulak so aku pun buat je la bodoh siap-siap pegi mandi sume dan solat. Aku tak bagitahu sape-sape masa tu lagi. Pada esoknya pada waktu yang sama, seperti biasa aku naiklah tingkat 3 dengan adik aku lagi tapi kali ni aku kat belakang dia. Korang tahu kali ni benda tu berdiri kat mana? Dia berdiri depan bilik aku yang ruang boleh menghadap tangga tu. Aku pulak naik-naik gatal pusing menghadap bilik aku dah kitaorang terpandang antara satu sama lain. Kali ni dia lari masuk bilik aku jugak. Almaklumlah dalam banyak-banyak bilik dekat atas tu bilik aku je selalu kosong sebab aku tak tinggal dekat rumah .

So aku tak tahan malam tu aku cerita dekat mama and abah. So abah aku decide call pak cik yang rawat aku untuk buat dari jauh halau benda tu. And seperti selalu setiap kali tu aku sakit lah dikerjakan sebab aku ni pengantara. Lepas tu aku balik rumah asrama aku tu macam biasa. Tapi aku tak cerita dekat sape-sape pun kawan aku sebab diorang penakut .Cuma sorang tu je la aku cerita sebab dia berani even selalu kena tinggal rumah berhantu tu sorang-sorang. Wa respect sama lu. Dekat rumah tu pulak blackout tu memang selalu jadi sampai orang yang check elektrik rumah kitaorang tu tahu la sikit-sikit pasal mistik ni dia cakap rumah kitaorang ni elektrik tak ada masalah tapi ada orang nak main-main dengan kitaorang sebab kitaorang dah ambil tempat tinggal dia. Yela nak main-main pun janganlah memalam time gelap beb. Agak-agak ah.

Tapi yang selalu kena mestilah aku sebab aku ni dah masak dengan alam diorang. Pernah sekali tu, kitaorang tengah masak-masak kat dapur tiba-tiba aku dengar macam suara kawan aku panggil nama aku. So aku pun keluar dapur nak ke pintu. Jalan dari dapur nak ke pintu tu ada kitaorang letak ampai baju yang ada roda tu. Eh boleh pulak benda tu sebut nama aku macam dia panggil nama kawan dia ja. Aku betul-betul ingat kawan aku panggil tapi bila aku bukak pintu takda sape. Belum lagi time aku tengah stay up dengan kawan aku kat bilik sebelah, tiba-tiba aku dengar macam ada orang humming lagu klasik. Aku bagitahulah kawan aku sape nyanyi tu.

Kawan aku tak dengar so dia tanyalah nyanyi macam mana? Aku pun hummingla balik ikut lagu yang aku dengar tu. Eh bila humming sendiri rasa seram pulak. Ok baru aku perasan aku dah tersalah siaran radio and tak patut nyanyi lagi tu. Korang tahu tak gamelan? Tapi kali ni dia humming. Macam tulah yang aku dengar. Tu belum lagi masuk part bila aku tengah study. Meja belajar aku bawak masuk dalam bilik aku letak kat hujung kaki kiranya kedudukan meja belajar aku sebelah tingkap la. Tingkap tu panjang sebab ye la bilik bentuk L. Dahla esok nak exam, tengah aku study boleh pulak dia nangis-nangis dekat luar tingkap aku. Aku buat dek je. Lepas tu, dia ketuk-ketuk tingkap aku dengan kuku dia yang panjang tak potong bertahun tu. Aku bukakla surah Al-Baqarah kat handphone aku. Dia pegi ketuk hujung sana pulak kiranya jauh sikit dari meja belajar aku. Aku selak-selak la langsir nak tengok cicak mana yang kacau tapi takde seekor cicak pun.L ast sekali aku biar je benda tu main ketuk-ketuk tingkap aku, aku blah study bilik kawan aku.

Paling best aku kena kacau kiranya dah lama aku duduk rumah tu. Even berhantu pun aku stay je. Tapi kali ni aku duduk sorang-sorang dalam bilik master sebab kawan aku pindah. Masa tu musim FIFA. Malam tu aku habis workout dalam pukul 12 macam tu. Aku memang suka workout memalam sebab time tu je aku ada nak workout. So lepas workout aku nak mandilah. Housemate aku sume nak keluar tengok bola kat rumah atas kira tinggal aku sorang je la kat rumah. Tapi nasib baik before aku keluar mandi tu aku terniat nak on suis lampu tidur dalam bilik aku tapi aku pesan dekat kawan aku pegi after aku habis mandi sebab aku rasa tak sedap hati. So dalam bilik mandi pun aku dah rasa macam-macam.

Dah la bilik mandi aku tu seram sebab bangunan lama orang tak guna mestilah bumbung macam bocor-bocor camtukan. Elok lepas aku habis mandi je housemate aku pun keluar. Bilik aku sebelah toilet. Korang tahu elok kawan aku keluar aku masuk bilik tutup pintu, TUP blackout weyhhhhh!!!!!! Aku dah la tak suka gelap sebab mata aku lagi terang bila gelap. Sila faham maksud ayat aku ni ye. Means lagi senang aku nampak benda-benda tu bila nampak. Tapi nasib baik cahaya lampu tidur aku tu kira terang jugaklah menyinari bilik aku cuma luar bilik aku dengan sunyi dengan of coz la gelapnya.

Dalam bilik aku ada bilik air. Tapi sejak bertahun aku duduk situ, aku tak pernah guna bilik air tu and pintu dia aku kunci dan tak pernah bukak. Tapi malam tu boleh pulak aku dengar ada orang flush. Pastu dengar bunyi air pasang. Meremang weyh aku cakap korang. Senyap sunyi tetiba ku dengar something yang tak diundang. Pastu betul-betul luar bilik aku, aku dengar 2-3 orang cakap-cakap macam bisik-bisik. Aku tak faham tapi aku rasa diorang cuba nak masuk dalam bilik aku tapi diorang tak boleh masuk sebab dalam bilik aku ada something yang buat diorang tak boleh masuk. Aku tak boleh fikir apa dah terus call kawan aku balik rumah.

Esoknya pulak sekali lagi aku kena tinggal sorang-sorang sebab kawan aku keluar pegi beli makanan. Aku lepak-lepak dalam bilik tengok movie. Katil aku sebelah pintu kiranya kalau kau bukak pintu aku boleh tengok sampai ke ruang tamu. Tapi masa tu tergerak hati aku buka sikit je pintu so boleh nampak luar sikit. Aku baring betul-betul menghadap pintu dengan laptop atas badan aku. Tengah khusyuk aku tengok cerita, tetiba aku dengar macam pintu utama ada orang bukak sebab pintu tu dia macam spring kalau kau lepas dia memang hempas sendiri. So itulah yang aku dengar. Aku buat tak tahu je la ingat housemate aku dah balik.

Pastu aku dengar macam ada orang ketuk pintu aku and tolak sikit. Aku ingat kawan aku nak panggil aku makan sekali la kan sebab aku dengar dia sebut weyh. Aku pun sahutlah ye. Pastu senyap. Aku pelik. Kawan aku nak cakap apa. Lama jugak lah aku biar. Tapi senyap je. So aku pun jenguklah dari laptop ke pintu bilik aku. Nampak macam ada bayang-bayang lalu. Aku tanyalah kawan aku kau nak apa. Senyap jugak. Lepas tu aku dengar macam ada orang buka pintu utama. Aku dengar suara kawan-kawan aku. Eh, diorang baru balik ke? Habis tu yang tadi tu sape?

Mia

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.