Sampah Tong Kuning

Hai kepada semua pembaca dan peminat ruangan Fiksyen Shasha, saya juga merupakan salah seorang peminat ruangan ini, saya selalu membaca kebanyakkan cerita-cerita seram yang disiarkan dalam ruangan ini, tetapi ini kali pertama saya ingin berkongsi pengalaman seram saya yang mungkin tak berapa seram bersama pembaca yang lain…

Sebelum memulakan cerita atau pengalaman yang dilalui, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin ruangan Fiksyen Shasha kerana sudi menyiarkan pengalaman/cerita saya di ruangan ini.
Sebelum memulakan cerita , saya ingin kenalkan diri saya terlebih dahulu, nama saya Reena ( bukan nama sebenar) , dan saya berkerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital.

Selama ini saya hanya menjadi seorang pembaca ruangan ini, for the first time saya ingin menulis pengalaman yang saya pernah alami.
Ini adalah salah satu pengalaman saya beberapa tahun yang dulu, tapi masih segar di ingatan, saya bertugas di sebuah wad multidisiplin perempuan yang akan menempatkan semua pesakit wanita dari semua jenis disiplin.

Pengalaman yang saya alami ini berlaku pada satu hari di mana saya dijadualkan untuk bertugas shif malam, seperti biasa pada hari itu saya masuk shif malam pada pukul 9.00pm dan memulakan rutin saya sebagai seorang jururawat seperti biasa.
Selepas menerima repot dari rakan seperjuangan saya yang bertugas di shif sebelumnya, saya memulakan tugas dan kira-kira pada pukul 11.00 malam saya telah menutup lampu di cubical saya bagi memberi ruang utk pesakit tidur dengan tenangnya.

Lebih kurang pada pukul 12 tengah malam saya berjalan dari cubical depan dan menuju ke cubical belakang di mana saya bertugas pada malam itu, ini bertujuan untuk memastikan keadaan pesakit sentiasa di jaga dan di awasi mahupun pesakit sedang tidur. Cubical saya adalah cubical yang paling belakang dan ruang paling belakang itu adalah tandas dan di bahagian luar setiap tandas kami akan letak dua jenis tong sampah iaitu yang berwarna biru untuk membuang sampah-sampah biasa dan satu lagi berwarna kuning dan ini untuk membuang sampah kotor seperti tisu, cotton, atau sebarang benda yang mempunyai cecair seperti d***h malah tuala wanita juga di buang dalam tong kuning.

Pada malam tersebut selepas memastikan semua pesakit saya sedang tidur , saya ingin berpatah balik ke pantry staff bagi mengisi perut saya yang lama berbunyi, ketika saya hendak berpatah balik ke depan, saya terdengar bunyi yang pelik dari belakang iaitu dari rungan tandas, tapi saya fikir mungkin ada pesakit yang dah bangun di depan dan mungkin mereka sedang membuat sesuatu, sebab memang itu menjadi kebiasaan. Kadang- kadang pesakit akan bangun waktu tengah malam dan makan. So i thought that might be patient, and the time saya nak berjalan ke depan saya dengar bunyi tersebut balik dan memang dah datangnya dari arah tandas dan bukan dari arah depan.

Langkah saya terhenti, dan saya makin menjadi cuak. Sebab di tandas tadi tiada siapa pun malah di ruangan belakang pun tiada pesakit yang boleh bangun. Sebab memang ruang belakang kami menempatkan pesakit yang totally bed ridden, bunyi tersebut masih kedengaran,lama aku meneliti bunyi itu dan itu adalah bunyi seolah-olah ada seseorang tengah godek atau menbuka plastik dengan rakus. Walaupun saya bukanlah seorang yang kental atau berani, tapi saya beranikan juga diri nak pergi tengok apa pulak benda di belakang itu yang menyusahkan saya pada malam-malam buta ini.

Walaupun dalam hati rasa macam tak payahlah pergi tengok. Tapi saya mengambil keputusan untuk mengintai dari tepi dinding tandas dulu sebelum pergi tengok secara direct. Ruangan tandas selalu diletakkan dengan sebuah cermin yang panjang untuk kegunaan pesakit, malah depan tandas ada 2 buah sinki basuh tangan dan di bawah sinki itulah kami selalu letak tong sampah biru dan kuning itu.

Jadi sebelum pergi direct ke tandas kita masih boleh lihat pesakit mana yang berada di depan tandas melalui cermin panjang tersebut, jadi saya pun pergi menghampiri tandas dan mengintai dari tepi dinding untuk lihat melalui cermin itu.
Ya Tuhan alangkah saya terkejut beruk dengan apa yang saya lihat di cermin itu, nasib baiklah saya tak pergi tengok secara direct di depan tandas itu, mesti saya dah kena CPR malam itu, saya nampak sebuah imej perempuan dari arah belakang rambut mengurai macam tak pernah pakai sikat seumur hidup, dan pakaian yang dipakainya sangat kotor dan yang pasti bukan pakaian hospital, so sahlah itu bukan pesakit, saya boleh rasakan ketiak saya basah dek peluh walaupun di malam hari yang sejuk itu, sumpah serius saya rasa macam nak tercabut nyawa time itu walaupun belum nampak muka dia lagi, sebab imej tersebut tengah duduk mencangkung di atas lantai dan tunduk mencari sesuatu dalam tong kuning yang kita guna untuk membuang semua sisa klinikal seperti sisa d***h dan fluid yang contact dengan pesakit.

Cara dia robek tong tu pun nampak sangat dia bukan cleaner, apa jadah cleaner nak duduk mencangkung pungut sampah malam-malam buta ni, lagi-lagi sampah kotor macam itu. Saya terus mengambil keputusan untuk cabut terus dari tempat itu tanpa menoleh belakang lagi, sebab saya pun tak ingin nak kaji secara mendalam lagi, lalu terus melangkah jalan terus tanpa memandang kiri kanan dan belakang, sampaikan pesakit pun saya tak nak pandang. Sampai dekat kaunter nurses di bahagian paling hadapan saya duduk dan saya tak ceritakan apa-apa pada rakan satu shif saya pada malam itu, sampai ke pagi esoknya saya mengambil keputusan untuk duduk dan buat repot di kaunter saja, malah kawan saya pun pelik tengok perangai saya, sebab saya ini jenis suka duduk di cubical sendiri menghadap pesakit sambil buat kerja.

Sampailah keesokan awal pagi iaitu lebih kurang pukul 4am cleaner datang untuk mengutip semua sampah dari wad, dan sampai saja cleaner di tandas paling belakang di mana “minah” itu mencari sesuatu, cleaner terus mula membebel, siapalah yang tak reti nak buang pad ini, sampai buang atas lantai ini, berterabur atas lantai ini, cleaner mulalah membebel sebab dia ingat pesakit buang pad di atas lantai, saya pun pergi ke tempat itu dan tengok apa yang membuat mak cik cleaner itu marah. And I saw a sanitary pad yang penuh d***h ada di atas lantai dalam keadaan terbuka, lalu saya pun diam saja, tak berani nak cakap pada mak cik cleaner, takut dia ingat saya mereka cerita. Dan mak cik cleaner pun pakailah glove bagai dan pungut balik pad tersebut dan buang dalam tong kuning balik, kalaulah mak cik tau “pesakit” mana yang buat sepah macam ini, saya gerenti mak cik akan demam panas time itu juga.

Tapi saya menceritakan insiden ini pada kawan-kawan saya yang berkerja dengan saya pada malam itu, dan salah seorang kawan saya pun kata, patutlah kau duduk buat repot di depan sampai tak pergi ke belakang langsung, malah kau panggil aku teman pergi tengok pesakit. Kami pun gelak- gelak pagi itu, kami semua pun ada pengalaman kami sendiri di wad itu, cuma pengalaman yang berbeza- beza.
Sekian saja pengalaman saya yang mungkin tak berapa seram. Tapi cuma orang yang alami saja akan tahu macam mana persaan time itu.
Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenhasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.8]
Asha Khartik

3 thoughts on “Sampah Tong Kuning”

  1. Mmg seram kalu jumpa makhluk mcm tu yg korek2 sampah… Tapi saya geli hati dgn ayat awak, “saya dpt rasakan ketiak basah dek peluh” boleh plak saya tergelak masa baca citer seram hihi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.