Sampai Bila?

Hai semua. Aku tak pernah terlintas nak cerita atau share benda yang pernah terjadi pada aku ni. Sebab aku malu dan aku sendiri macam tak percaya. Tapi, apa salahnya kan. Since korang tak tahu pun aku sapa, why not? Hehe cerita aku ni panjang, sebab bermula masa aku umur 17 tahun, sekarang aku dah xx tahun pun.

Aku dulu duduk asrama, dari tingkatan 1. Semua okay aje la. Kena ragging tu biasa la. Tang kakak angkat la adik angkat la segala tu pun biasa. Frust menonggeng sebab bakal kakak angkat ambik adik angkat lain pun biasa. Sakit dia tuh….. Aku rasa nak lempang pulak bila ingat pe’el memasing. Palinggggggg biasa cerita hantu. Tak asrama la kan takde hantu. Kisahnya, asrama aku ni dulu bekas hospital (apa dah tak ada bangunan lain nak di-convert-kan jadi asrama?). Kalau ikut struktur bangunan memang nampak pelik la, binaan dia pelik. Bila aku dapat tau tu bekas hospital, memang make sense.

Ada blok bangunan baru dan ada blok lama. Blok lama la yang aku refer as pelik ni. Bilik mandi dia ada platform panjang-panjang. Kitorang ni apa lagi, sebab orang jarang guna bilik mandi blok lama ni, kitorang berjimba la boleh basuh baju berdiri dan selama mana nak tanpa ada orang berdehem, “Ehm, ada orang lain nak basuh jugak woi!”. Dan paling penting, tak la kebas kaki bersimpuh ye dak. Bila dah hujung-hujung belajar ada orang informed, tu sebenarnya bekas bilik mandikan mayat. O-M-G! Luruh jantung jap.

Belakang dewan makan, ada pokok kemboja besaaaaaaaar. Aku harap korang baca ni dengan nada sekali tau. Beriya aku taip besaaaaar tu menggambarkan saiz pokok tu. Bila malam cahaya bulan terang pastu asrama dah light off, kau masih boleh nampak pokok tu dengan bunga kemboja yang kaler putih tu. Terlambai-lambai…. tetiba, bau wangi semerbak. Choi! Dipendekkan cerita, masa naik form 5 aku jadi kapten asrama. Masa ni la gangguan yang selama ni aku gelak-gelak je bila dengar (tapi masa nak tidur gigil gak la. Kumat kamit baca doa surah segala), aku pulak alami. Masa tidur terasa orang tarik rambut, kaki kena tarik, katil kena goncang segala. Tapi nasib baik aku ni jenis husnudzon bila ngantuk. Katil bergoncang? Hmmm budak atas ni. Tido lasak nau. Bangun esok aku terdiam jap, katil atas mana ada orang duduk. Wahahaha.

Dalam banyak-banyak benda, paling kerap terjadi ialah histeria. Tak lain tak bukan la sebab dia. Confirm tak basuh pad. Ada perangai tak tau la nak klasifikasikan sebagai apa, simpan pad dah guna dalam locker. Kejadahnya dik non oi? Satu hari aku dah penat dan hilang sabar. Aku dah la duduk depan wei, mana aku nak cover bila ngantuk dalam kelas malam asyik kena kacau je. So satu hari aku buat roll call. Ayat aku camni la lebih kurang;

“Saya dah penat lah asyik saya je kena. Siapa punya pad tu baik mengaku? Siapa yang tinggalkan tak basuh dekat bilik mandi sekian sekian tingkat sekian sekian?”. Semua senyap.

“Saya bagi peluang awak mengaku sekarang dan bersihkan”. Suasana sunyi.

“Okay. Takpe. Saya tak nak tanggung. Saya kira sampai sepuluh kalau tak ngaku dia tanggung la sendiri”, ujarku sebab dah malas xda orang ngaku.

Sampai je aku kira 10, pup! Tumbang sorang budak ni. Kaget aku. Tak sangka la pulak. Aku nak ugut je sebab banyak kali sangat kes pad berdawah ni. Stweess mak. Kecoh kejap la sebab benda ni berjangkit jangkit. Lepas sorang, sorang tumbang. Paling aku tak boleh blah, budak-budak yang histeria tu panggil nama aku. Nama aku wei……. Bersahut sahutan. Choi habis la. Aku punya ngeri la masa tu. Tapi ku tahan jebat! Ku tahan demi air muka seorang kapten. Aku dah tak ingat camne ending malam tu. Rasanya semua tidur kat surau kot dan panggil ustaz.

Sejak dari tu aku selalu mimpi this one lady. Very very traditional looking. Rambut panjang tocang dua. Baju kebarung besar. Bila aku cerita dekat Umi (penyelia asrama), muka dia berubah sakan. Dia tarik aku ke tepi. Dia suruh aku cerita in detail perempuan tu macam mana. Bila aku cerita lagi, dia macam nak nangis. Lama lepas tu, Umi cakap, “dia Rahmah. Bekas student sini. Dia b***h diri belakang dewan makan kita, dekat pangkal pokok kemboja. Awak jangan cakap dengan sesiapa. Please”.

Lepas tu aku keluar asrama sebab mak aku marah. Dia takut pelajaran aku terganggu sebab benda ni. Aku berubat jugak dengan macam-macam ustaz at the same time. Mimpi pasal Rahmah pun masih kerap. Dia nak kawan dengan aku. Dia kata dah lama perhatikan aku la segala. Bila aku tolak dan tolak dan tolak, dia tukar rupa dari cantik ke hodoh yang amat sangat. Akhirnya, ada sorang ustaz ni berjaya tutup hijab tu. Aku pun dah start tidur lena takda dah Rahmah dalam mimpi.

Fast forward the story, aku masuk PLKN. Mula-mula aku dapat placement kat negeri bawah bayu. Mak aku buat drama pulakkkkk. Hari-hari nangis macam-macam the worst case scenario dia cakap. Last sekali, bapak aku bawak pergi HQ PLKN, mohon tukar. Dapat la satu kem yang dekat dan tepi high way. Tidak la meroyan puan emak tu sangat.

Aku pun excited yada yada yada sampai la kitorang ada kembara waja. Masuk hutan. Aku memang suka bab-bab masuk hutan ni. Tapi yang tak syok nya, khemah apa semua dah siap pasang, secara tiba-tiba komander kem kata ada serangan musuh. Ohh apa lagi, aku dah lama berangan nak kombat ala tentera la konon. Tapi hampa sebab kena bukak balik khemah dalam gelap. Wuuuu wuuuuu rasa nak nangis kau. Takpe lah, bertabah aje la ye tak.

Aku mula rasa pelik sebab ada dua tiga geng pandang tajam je dekat aku. Dan aku perasan, dorang ni ada kawan 2 orang pegang kiri kanan. Aku kan selalu husnudzon tak kena tempat. Jadi aku buat tak tahu. Bad mood agaknya dorang tu. Masa nak naik bas, baru aku dapat tangkap serangan “musuh” yang komander kem tu kata apa. Wei, rasukan wei!! Not again! Bodoh nya aku ni slow bebeno siaran tergendala macam piring astro ditimpa hujan lebat. Masa aku naik bas tu, ada beberapa orang yang aku perasan memang pandang tajam kat aku. Aku diam. Aku tunduk je tak pandang orang bila aku duduk kat seat tu. Aku pejam mata dan baca ayat kursi. Masa aku pejam mata tu aku terdengar macam suara berbisik;

“Pah…. Aku ni. Aku datang cari kau. Jauh aku cari….”

Not again……! Para cikgu pun macam dapat sense something was wrong somewhere sebab orang dok pandang aku secara tajam. Makanya, dorang kunci aku dalam bilik ditemani beberapa kawan. Aku tak ingat sangat apa jadi selain jeritan yang bersahut sahutan. Ciskek betul. Boleh dia trace aku. Zaman tu mana ada waze wei. Mungkin GPS? Atau dia ada orang dalam dekat CIA? FBI? Bukit Aman? Ok dah boleh berhenti merapu. Aku masih dihantui oleh Rahmah rupanya. Dan sesi berubat berjalan kembali. Sana sini mak aku bawak. Masa dekat U pulak, aku join fasilitator punya thingy. Kenaaaaaa lagi.

Korang dah penat ke baca? Aku rasa nak berhenti. Tapi aku tak suka buat benda separuh jalan. Penyesalan jugak la kenapa aku rajin sangat nak menaip segala ni. Baca je la ye. Sis cuba taip lagi.

Sambung…. Kisahnya, kem yang aku jadi fasi tu dibuat dekat Ulu Yam. Malam tu ada night walk. Aku ikut la. Tapi malam tu aku macam ternampak few things yang pelik. Macam biasa, aku kan apa? Husnudzon tak bertem..? Pat. Pandai korang habiskan ayat. Aku ingat aku penat sangat hence terbayangkan benda pelik pelik. Esoknya ada morning walk, aku penat sangat sebab tetiba dorang suruh berhenti jap. Aku pun duduk bertongkat dagu. Ingatkan nak lelap la kejap. Sis penat sangat tau. Ahaha sekali ada suara haruk pikuk suruh ketepi. Rupanya dorang tengah angkat budak yang histeria.

*Admin, kenapa tak boleh masukkan emoji. Aku nak letak muka nangis 2 baris*

Histeria lagi. Apalah nasib aku. Dari situ bermula la episod aku pulak yang terkena. Ada nenek yang mengikut balik. Siap ada harimau lagi kau.

Alhamdulillah, setelah another round of berubat, aku juga sempat dirawat sendiri oleh Almarhum Dato Harun Din. Semuanya reda bila aku kahwin. Sekarang dah ada 2 orang anak nak masuk tiga pun.

“Ibu, ibu. Abang takut”, ujar anakku.

“Takut apa sayang?”, tanyaku.

“Tu dekat luar tu.. Takda harimau kan?”, jawabnya.

Aku nak tanya korang, sampai bila? *insert emoji nangis*
—- The End ——

.

Ex Captain
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

9 comments

  1. Waa…baiknya kau sis….asrama aku dulu pernah sekali ketua pengawas asrama jumpa pad tak basuh…bila tanya, tak ada yg mengaku..last2, dia masuk dlm baldi….isi air…semua budak asrama pempuan kena seluk dan ramas pad tak bercuci dalam baldi tu…..nanya betul….smpai sudah tak tahu sapa punya…

  2. Betul, masa dok asrama dulu tiap kali jumpa pad tertinggal ke tak basuh mesti akan buat mesyuarat tergempar. Berkumpul semua kat dalam surau. Satu kesalahan atau jenayah besar taw klu tak basuh. Sebab akan menyusahkan ramai org sebabkan mangkuk bangan seorang. Huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.