Samsung Display Malaysia #sambungan

Assalammualaikum .. hi admin dan pembaca fiksyen shasha semua. Miss me yet??? Ahahhahahaha. Sebelum aku nak terus bercerita izinkan aku bermukadimah dua perkara. Pertama aku nak ucap setinggi tinggi kat admin page nie kerana publish cerita aku. Sehari dua nie menyemak jea aku kan ahahahhahahaa .. apa nak buat tetiba excited plak nak kongsi. Ada angin angin nya tu ahahahaha.. thanks admin yang baik ati. Keduanya aku nak memohon ampun dan maaf kalau ada antara pembaca yang kecik ati, tersinggung, tersentuh, tergeliat, terpwlot atau segala macam ter yang tak sepatutnya bila membaca cerita aku yang lepas. Yea .. aku mengaku silap aku sebab berkata demikian. Aku tak patut menyamakan pembaca page nie dengan pembaca page lain. Salah aku ler tu. Angaplah itu gurauan kasar dan kelemahan aku. Aku mengaku tu dan aku mintak maaf … ok??!!! Settle eh .. muah ciked ahahahha.
Disebabkan aku salah nanti aku tambahkan cerita lainnya yang aku kena kat hostel yang sama (hostel baru bukan hostel lama). Tanpa membuang lebih banyak masa berharga korang kita terus ke cerita selanjutnya.
PENGALAMAN 2.
Setelah 3 bulan duduk dihostel ditengah bandar Seremban tu. Hostel kami pun siap. Maksud siapnya disini semua barang kelengkapannya dah siap maka boleh cuci kaki dan masuk. Terdapat 3 blok hostel perempuan dan 4 blok hostel lelaki disitu dan hostel yang kami nak menginap nie merupakan bangunan blok baru khas untuk pekerja perempuan Samsung Display (blok lain menempatkan pekerja dr Samsung Elektron dan Corning). Bangunan blok hostel aku setinggi 4 tingkat dan mempunyai 5 lantai. Dasar, lantai 1 dan 2 dihuni semua oleh pekerja indonesia. Tingkat 3 dan 4 pula pekerja Malaysia seluruhnya. Aku menghuni ditingkat 4 bilik pertama (401). Sebilik ada 4 orang dan mempunyai almari, kerusi meja sendiri dan katil doubke decker. Ada 3 tangga akses untuk naik turun dibangunan ini. Disisi kiri dan kanan serta satu ditengah. Bersebelahan tangga bahagian tengah tu adalah bilik tv dan sebelah lagi menempatkan bilik mandi, toilet dan tempat melipat kain atau nak iron pakaian ( 80% dari kami iron baju dalam bilik jea. Berdepan dengan tangga pula ada ruangan mesin basuh dan mesin pengering. Semuanya percuma ahahahaha. Dihostel kami dilarang menjemur pakaian jika ingkar pakaian yang dijemur akan dirampas. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin dan kipas. Selalunya kami pasang dua2 ahahhahaha. Terdapat sebuah bilik saja dilantai aku nie merupakan penghuninya india. Yang lain semua melayu. Aku telah dilantik menjadi ketua lantai 3 dan 4. Sebenarnya setiap lantai mesti punya ketua berlainan tapi biasalah. Budak budak nie memang suka menyusahkan hidup aku. Mereka sebulat suara memilih aku. Ini membuatkan aku yang dulu bertubuh kecik nie agak besar kepala. Aku sesuka hati masuk ke bilik sapa sapa yang aku suka. (Budak budak nie yang suka lepak kat bilik aku). Tapi kebiasaannya aku suka lepak kat bilik Zura. Nama penuhnya baizura (sampai sekarang aku tak pernah jumpa balik dengan dia). Dia budak felda Palong 2 kalau tak silap dan dia QA macam aku yang bezanya dia bahagian mekanikal dan aku bahagian elektrikal. Kami agak rapat jugaklah sebab sekepala. Pada satu hujung minggu yang melibatkan public holiday dan terdapat cuti 4 hari. Mostly penghuni asrama bercuti samada balik kampung atau pergi ke mana mana. Tinggal aku saja keseorangan didalam bilik (ada yang ajak aku follow mereka balik kampung atau bercuti tapi aku nie jenis suka memerap ahahhaha) dan aku overtime xde cuti- cuti nie ahahhahha (dasar mata duitan ). Seperti kebiasaannya aku pun menepek dibilik zura dan entah kenapa pada malam tu aku rasa tak sedap hati nak tinggal dalam bilik sorang sorang dan kat bilik zura pula cuma ada ida saja. Dua lagi roomate mereka dah cukup kaya serta memanafaatkan cuti mereka. Tanpa perlu meminta zura tidak akan kisah jika aku tidur dibiliknya. Jugak kebiasaan aku akan tidur sekatil dengan zura walaupun katil lain kosong. Macam tu lar rapatnya kami. Kira sahabat lar nie.
Jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Aku duduk dikerusi meja tulis yang berlapir dua dan zura duduk dikerusi sebelahnya. Aku bersandar pada tiang katil manakala zura membelakangkan sliding door dua pintu dimana cermin slidingnya kami buka luas beserta langsirnya untuk menjemput angin dingin dan segar malam masuk ke bilik. Dibahagian luarnya terdapat koridor panjang yang menghubungkan bilik2 kami selain koridor disebelah dalam bangunan. Ida pula meniarap diatas katilnya sambil membaca novel (katanya) tapi dari tadi dia asyik menyampuk bertanyakan itu ini. Halnya berkenaan aktiviti luar bulanan department kami (aku dan zura) yang mana kumpulan aku menang pertandingan bowling (first time aku main bowling) ahahhaa. Memang kelakar.
Tiba tiba mata aku tertangkap objek seperti api terapung apung. Aku terhenti bercerita dan amati ‘benda’ yang aku tengok tu dari jauh dan menghampiri aku (melintasi koridor panjang itu disebelah luar berandar).
Zura merasa pelik dan tetapi masih ketawa ketawa menyuruh aku sambung bercerita.
‘Wey mas pehal ko benti. Sambung ar cepat. Lepas tu apa… hoiiii ..
Hek eleh bongok ar .. ko tercengang apa tu ..apehal muka ko berubah … pandang ar aku nie .. mas.. weyyy.. jangan ar diam. Pehal muka ko macam nie mas… jangan ar takutkan aku…” . Bila zura dan kelihatan cuak dan terus mendesak aku sambil mengegar2kan badan aku. Aku hanya meletakkan isyarat jari telunjuk dibibir meminta agar dia bertenang dan dia. Zura nampak agak takut tapi tak berani menoleh kebelakang. Aku … masih seperti tadi terpaku melihat ‘benda’ tu terapung apung melintasi kami sehingga jarak terdekatnya dalam 2 meter sahaja. Sumpah aku nampak jelas benda tu. Macam mana keadaannya ???? Kejap lagi aku cerita.
Selepas ‘benda’ tu melintas perlahan lahan aku berdiri. Aku istighfar 3x untuk menenangkan diri aku. Perlahan lahan aku tutup sliding door beserta langsirnya. Aku kunci rapat. Zura memeluk belakang aku rapat, badannya mengigil. Aku ??? Korang pikir aku berani ke??? Aku jea rasa perut aku semacam semaknya. Kaki tangan aku sejuk. Memang tersangat takut tapi aku tak mahu mengeruhkan keadaan dan menimbulkan suasana panic.
“Zura .. malam nie aku tido ngan ko yea” itu jea ayat aku klua lepas aku baca ayatul kursi yang aku ulang ayat terakhirnya 3x. Memohon perlindungan dari Yang Esa.
“Ko nampak ape wey mas..” desak zura.
“Kak mas… kita tido bertiga sekali boleh. Ida takut. Ida pun nampak tadi kak. Ya Allah seramnya” sampuk ida dalam keadaan separuh merengek.
Baru aku perasan ida memeluk erat tangan aku menyebabkan aku susah nak bergerak.
“Aku ambil bantal dulu eh” pinta aku pada zura. Tapi zura cuma mengeleng ngeleng. Aku cerita juga kat zura apa yang aku nampak untuk mengurangkan dia berfikir bukan bukan dan lebih melalut.
Aku nampak POLONG a.k.a PENANGGAL atau ntah apa gelaran kat tempat korang. Yang menyebabkan aku terkedu adalah ini sekali aku nampak polong nie dalam jarak yang paling dekat. Jelas segala galanya. Dalam jarak dekat tu kelihatan seluruh kepala sehingga bahagian lehernya seperti terbakar, berapi, berambut panjang sedikit (menandakan ia perempuan) manakala organ dalamannya terjuntai juntai. Masa polong tu lalu suasana senyap jea. Tiada bunyi cengkering maupun angin luar bertiup. Suasana di luar gelap pekat tapi aku nampak jelas sebab cahaya lampu dari bilik kami super terang tambahan langsir dan silding terselak luas. Muka polong tu seolah olah kulitnya terbakar jadi tak dapat dikenalpasti wajah siapa (wajah antu lar kan). Ida mengiyakan kata2 aku. Jujurnya aku tidak menceritakan detail begini pada zura. Aku cuma mengatakan yang aku nampak polong lintas tadi dan nampak jelas. Dan ida merupakan saksi nyata ketika itu. Nasib antara kami tiada yang berbadan kotor. Jadi kami baca apa apa yang patut dan lena sampai pagi. Dua tiga hari juga kami tido bersama lepas tu keadaan kembali normal (berani berani takut ahahhahaa).
PENGALAMAN 3.
QA macam aku memang tak tentu balik kerjanya. Sementelah aku QA bahagian incoming. Maka jika barangan dari vendor berkurangan dan sangat diperlukan maka approval segera dari aku sangat mustahak. Aku kena stayback sampai semuanya selesai dari tibanya barangan sehinggalah pengesahan untuk disupply ke production. Aku pula jenis yang tegas, lurus dan berhati hati. Dipendekkan cerita aku dan zura pulang lewat hari itu kerana zura menemani aku memantau produk bawah seliaan aku dari vendor. Resistor dari korea. Kami beriringan jalan kaki dari kilang ke hostel kerana jaraknya tak berapa jauh. Dari kilang kami perlu melalui tempat parking bas Samsung Display yang bersebelahan dengan Stor Samsung Elektron. Biasanya di sini kami tidak akan sunyi kerana pekerja pekerja lelaki yang bekerja lewat malam akan bersidai ditepi pagar tinggi yang memisahkan kami. Samada mereka akan mengusik/ menyakat, mengayat, bersiul, menjual muka atau sekadar memerhati kami lalu. Mereka ramai. Kebaikannya di sini secara tak lansung mereka seolah2 menemani kami yang lalu dan membuatkan kami rasa sedikit selamat dan berani. Kemudian kami akan melalui sebuah padang bola yang luas barulah kami sampai ke hostel. Kami rasa agak selamat kerana kami berada didalam kawasan kilang yang luas antara 3 kilang dan ada pengawal keselamatan yang meronda. Begitu juga dalam kawasan hostel.
Pendekkan cerita badan aku berlengas malam itu atau paling tepat dinihari kerana sudah pukul1 pagi. Zura sudah tertiarap atas katil aku. Aku ajak dia mandi agar dapat tido dengan selesa dan segar tapi dia cuma merungut rungut tak tentu buah butir. Aku tukar baju dan dah siap berkemban. Sekali lagi aku kejut zura ajak mandi atau sekurang kurangnya salin pakaian tapi dia cuma melambai aku tanda pergi. Memanglah manager arahkan kami masuk lewat esok. Tapi salinlah pakaian dulu. Zura diam tak berkutik. Aku tak cakap banyak aku capai baldi tangan yang sarat dengan peralatan mandian aku terus ke bilik mandi yang terletak disebelah tangga tengah lantai tu. Masa nie aku xde fikir apa apa jadi takada perasaan takut kemende. Aku menyanyi kecil. Tujuannya agar aku tak dengar apa apa yang tak aku ingini. Tak sampai 5 minit aku masuk bilik air (usai cuci muka dan gosok gigi), aku terdengar pintu bilik air sebelah aku dimasuki orang.
Aku tegur .. ‘siapa??!!’
‘Aku lar bongok ahahhahhha’
Ok aku rasa lega kerana suara zura
“Ingatkan berdegil nak jadi kambing tadi”,aku mengusik
“Kambing mahal ok. Kulit gebu kenalah jaga nanti jatuhlah harga hantara ahahhahha”,macam biasa zura membalas usikan aku.
“Jangan mahal sangat nanti ko lambat kawen”, sambung aku saja nak ilangkan sunyi pukul 1 pagi.
“Jangan risau amri setia ahahaha” kuat pulak zura ketawa pagi tu selalunya dia ketawa tak lar sekeras itu. Tapi kami bercakap kuat sedikit kerana nak mengatasi bunyi shower.
“Ko bagi ar line abang korea tu mas, ensem”, tambah zura lagi
“Tak mau ah.. busuk, tak sunat pun satu hal” seloroh aku
“Boleh settle, hal kecik jea tu” sambung zura sambil ketawa keras.
“Boleh dapat anak pan asia”, sambung zura lagi.
Masa dia tengah cakap nie aku dah selesai mandi dan pakai baju tido aku dalam bilik air. Aku terus jengah keluar, niat nak ketuk pintu bilik air dia katakan aku dah sudah. Tapi pintu bilik airnya tak berkunci dan takala aku tolak air showernya terpasang dan tiada sesiapa di situ. Tadi masa aku masuk semua shower tutup macam biasa. Aku yang gelabah bodoh siap tutupkan dulu shower bilik mandi tu sebelum berlari ke bilik. Pintu aku lock dan aku goncang badan zura yang berkeruh atas katil aku. Zura merengek2 macam budak kecik sebab tidurnya diganggu.
“Bangunlah bodoh aku lempang kang” desak aku. Zura pisat pisat bangun sambil membebel. Matanya separuh terbuka dan menuju almari baju aku. Terus dia capai baju tido aku yang berseluar pendek dan gantung uniformnya diluar almari aku. Dengan mata separuh terbuka dia pandang aku dan berkata antara laratbtak larat.
“Dah makcik .. ni pinjam” sambil tarik tarik baju aku yang dia pakai.
Aku yang ketakutan terus join dia tido sampai ke pagi.
PENGALAMAN 4.
Hal nie terjadi pada si Ida roomate Zura. Ida nie sangat berdisplin. Dia kalau nak tidur mesti gosok gigi dulu tak kisahlah dia makan atau tak makan malam tu. Berbeza dengan kami yang tengok2 angin ahahhahaa.
Malam tu aku masak nasi dan lauk dalam bilik guna rice cooker. Memang perbuatan terlarang. Tapi sebagai ketua lantai kan ke aku betul dalam segala hal ahahahhahaa. Aku bersemangat masak sebab kawan kawan lantai rajin beli barangan nya hari tu. Banyak juga lauk yang kami masak guna 2 rice cooker. Ada nasi yang 3 kali tanak/masak dengan lauk kari ikan merah, gulai daging salai dengan mangga muda, sayur campur, kacang botol goreng cili api, ikan keli /puyu/ ikan putih goreng cili api (ini favorite aku) dan sambal colek tempoyak. Orang yang makannya 8 orang jea. Semua licin kecuali semangkuk kecil kari ikan merah yang tak sampai sepotong ikannya. Lepas dah bersihkan semua kami seronok main saidina. Orang pompuan kalau main saidina bukannya tekun sangat. Sambil main ada yang potong kuku lar, ikat tocang member lar, urut urut lah, baca novel lar dan si ida nie pulak masih tak puas lagi nak makan. Geram jea dia tengok kari ikan tu. Nasi pulak dah abis. Jadi dia capai roti gardenia aku dan cicah kari tu sambil main saidina. Jam dah tunjuk 3 pagi. Esoknya pulak ada cuti 2 hari. Bilik aku masih meriah sebab semua diaorang pakat tido sekali. Kami turunkan ke empat empat tilam single tu, cantumkan, bentang cadar dan tergolek beramai2. Aku dan beberapa kenkawan ada teddy bear yang sama saiz badan aku menambahkan lagi kepadatan pendduduk ahahahahaa.
Dalam suasana syok tu. Ida ajak sesiapa yang sudi teman dia gosok gigi kat bilik mandi. Semua muka pemalas ahahhaha .. merajuk punya pasal dia pegi sorang sorang.
Semasa ida sesang tekun gosok gigi datang pompuan yang tak dikenali berdiri disebelahnya dalam jarak satu meter. Ida hanya melihat bias wajah pompuan tu di cermin panjang sinki tersebut. Pompuan itu memandang Ida dan tersenyum. Ida hanya mengangguk kan kepala tanda menyapa kerana mulutnya penuh dengan buih colgate. Selepas cuci mulut ida memandang semula cermin dan kelihatan pompuan itu tersenyum lebih lebar atau lebih tepat menyeringai ke arahnya. Spontan ida menoleh ke sebelahnya untuk melihat pompuan tu. Guess what. Takada sesiapapun disebelahnya. Ida kembali memandang cermin kali ini pompuan itu menyeringai dengan lebih lebar, matanya buntang memandang Ida. Tak lengah ida berlari balik ke bilik dan mengadu sambil menangis. Kami beramai ramai menemani Ida ke bilik mandi untuk mengambil baldi tangan nya. Kesian dia kena sakat.
PENGALAMAN 5
Ok yang ini aku tak tau nak klasified seram atau tidak, bagi aku agak misteri jugak lah. Sewaktu aku menginap di hostel tu ada seekor kucing putih bermata hijau biru di sana. Tiada apa yang anehnya pada fizikal kucing tu. Makan minum macam biasa jea. Kalau aku bawa apa apa bagi ke dia. Dia lapun jea. Begitu jugak bebudak lain. Dibelai dia manja tapi kami tidak memanjakan dia sangat apalagi bela kerana ia dilarang. Beberapa orang warden dah banyak kali buang kucing nie tapi peliknya ‘dia’ masih di asrama.
Ada warden masukkan dia dalam guni tanpa buka ikatannya dan buang. Bila balik hostel tengok tengok kucing tu ada macam biasa. Macam macam usaha telah dibuat tapi kucing yang sama tetap ada merayau rayau seperti biasa. Lama lama jadi seram pulak…

21 thoughts on “Samsung Display Malaysia #sambungan”

  1. Hmmm dulu masa kecik2 pok aku pon slalu buang kucing masuk guni,tp sudah nya kucing yg sama gak balik lg…dlm hati kasihan kucing di buat cam tu,kalau mati cam mn,tp esok lusa dah nampak balik😂😂😂allahualam sama ada ada org bukak ke ape tak tau

    Reply
  2. Alahaiiii….x kn tu jer citer nye mas. Sambung la lg citer yg lain plak. Jln citer semua nye menarik. Baru jer nk feel membaca dh abis plak huhuhu. Next sambung lg yer.

    Reply
    • Lahaiii .. nak sambung lagi ke?? Ahahhahaa .. jujurnya ada banyak tapi lately terpaksa keje 12jam tu penat. Balik keje kuyup kat ujan (sy nek moto jea). Tu kadang kadang terlena sampai pukul 2-3 pagi. Maklum ler tinggal sensorang xde sapa nak kejut ahahhaha.. Esoknya nak masuk keje pukul7. Nnti lar.. kalau free sy taip lagi eh ..

      Reply
  3. Wuih lamanya x mengomen dalam FS. Scroll2 nampak cite cambest pulak. Rupanya memang best. Hehehe. Syok baca cerita Mas. Pandai Mas mengarang. Moga up lagi pengalaman2 yg menyeramkan. 🙂

    Reply
    • Banyak tapi tak FK tak realese ar. Tak tau sebab apa atau mungkin post tak sampai sebab yang antar lepas cite wisma persekutuan tu dengar FK ada virus. Tak tau ar apa dah jadi

      Reply

Leave a Comment