Asalamualaikum. Hai korang! Terima kasih sebab korang sudi baca cerita aku (RUMAH AKU) dan meninggalkan komen komen yang sangat padu untuk aku. So lepas ni aku akan cuba akan tingkatkan lagi penulisan aku. Sebelum tu, jutaan terima kasih pada Fiksyen Shasha sebab meniarkan kisah pertama aku. So tanpa buang masa, aku teruskan kisah kedua aku dan juga kisah realiti aku. Sama ada percaya atau tidak, terpulang. Jadi, sama-sama baca dan dijadikan iktibar dari pengalaman aku dari kisah yang aku ceritakan ni.
______________________________________________________________________________________________
Aku mula mengenali seorang lelaki bernama Naufal (bukan nama sebenar). Okay guys, aku buat clear kat sini, aku cerita macam mana aku boleh kenal. Aku ni kenal dia dari lama social, which is, biasa la budak muda, tak tahu pulak la korang macam mana. Okay kay back to story. Aku kenal dia dari apps B_____. Mungkin ada di antara korang tau pasal apps ni. So yang tahu, senyap je la.
Dia ni sebaya dengan aku, dan aku buat penerangan sekali lagi, tapi sebelum tu, aku minta maaf , aku kurang gemar sebenarnya berkawan dgn orang dari satu negeri ni. Dan aku rasa, korang boleh agak dari negeri mana. Aku bukan nak ada sifat dengki or apa, boleh go on, cuma untuk rapat, aku rasa tidak sama sekali. Maaf sekali lagi kalau ada terguris perasaan korang. Mana tau, ada di antara korang tersinggung . Minta maaf sekali lagi ye.
Okay back to story. Macam mana cerita perjalanan aku dengan dia, tu biarlah rahsia, tapi apa yang aku nak sampaikan pada korang, tolong lah kalau korang sayangkan seseorang tu, jangan la percaya mereka 100% selagi dia bukan suami/isteri kau. Takut-takut perkara yang langsung tak diingini berlaku pada korang.
Semuanya berakhir bila dia sendiri memutuskan hubungan aku dengan dia. Aku ulang sekali lagi, dia yang memutuskan hubungan aku dengan dia. Bukan aku. Sebab aku ni jenis mudah percaya, sayang. Bodoh kan ? Tulah aku dulu.
Aku yang tak mampu nak move on, dia selamba badak je. Aku meseg , call sungguh-sungguh. Apa aku dapat ? Aku cuma dapat layanan nak taknak. Sebab masa dia putuskan aku, dia taknak kehilangan aku dan suruh aku tunggu dia, aku pun bodoh tunggu, cari dia.
Aku cuba skip k ? Lama-lama aku rasa tak valid lagi kalau aku tunggu dia. Sebab aku rasa banyak lagi benda yang baik aku nak kejar. Mungkin juga tuhan nak tunjukkan dekat aku yang dia sebenarnya suka orang lain. Mana aku tau ? Dia letak kat bio insta “waiting someone” which is aku rasa memang sah bukan aku la kan ? Aku meseg dia dan bertanya, papppp! Dia tukar terus caption. So aku rasa betul la kan ? Dan dari situ , aku berazam, aku perlu move on dari dia. Jangan jadi tunggul kayu tunggu dia.
Selama dua minggu aku recover diri aku, tapi bukan beerti aku dapat pengganti, tapi aku dapat memulihkan perasaan aku. Tak perlu meseg call dia.
Tapi benda pelik terjadi pada aku. Tubuh aku diserang gatal-gatal. Korang pernah tak kene gatal-gatal tahap kudis ? Ya, tu terjadi selepas sebulan aku tak contact dia. Aku fikir, ‘ahh ni gatal biasa ni’
Tidak. Tidak sama sekali. Sangkaan aku meleset. Gatal-gatal tu tumbuh sangat mengerikan. Aku terkena gatal-gatal di tempat yang sama iaitu di kaki kanan, lengan kanan , bawah dagu. Dan paling mengerikan, semuanya tumbuh sangat sebelah kanan!
Masa tu aku tak fikir apa-apa pun. Aku cuma fikir, ‘ni teruk mesti sebab aku garu kuat sangat.’ Kalau korang, akan bertindak macam mana?
Sebulan, dua bulan masih takde apa-apa perubahan padahal segala macam jenis ubat, injection aku dah telan. Sampai badan aku dah tak boleh accept. Pernah sekali tu aku ambil injection tahan gatal pukul 3 pagi. Aku nekad pergi sorang je hospital (masatu aku keje salah sebuah hospital swasta which is hospital aku pergi tu tempat keje aku), ambil injection, rehat 10 minit pastu balik. Tapi gatal tu nauzubillah, sampai perit kulit aku. Sampai satu tahap, aku baca ayat kursi, surah surah lazim, baru aku nyenyak tidur.
Aku dah buntu tak tahu nak buat apa. Tidur malam aku terganggu dek penyakit misteri ni. Mak aku pun sendiri dah bagi tahu suru aku berubat secara tradisional, tapi aku tak nak, sebab aku rasa aku yakin bukan terkena macam tu. Akhirnya, aku tewas. Kebetulan, kawan baik aku ada pernah berubat dengan salah satu ustaz. Jadi aku namakan ustaz ni Ustaz Romi (bukan nama sebenar). Jadi kawan baik aku memberikan aku nombor telefon ustaz ni pada aku. Tapi lepas dia bagi tu, aku tak telefon terus, aku fikir, biarlah ayah aku balik dari menunaikan umrah, baru aku boleh berubat. Yelah, dalam rumah ada lelaki kan. Jadi , takde la mengudang apa-apa.
Tapi masa ada satu hari, masatu lagi beberapa hari lagi ayah aku nak balik, aku diserang sesuatu. Masatu aku lepas solat zohor, tiba-tiba hati jadi aku hiba sangat. Sedih teringat ayah. Entah. Aku menangis tanpa sebab. Dan ada satu suara bisik kat telinga aku ‘hidup kau akan merana’. Subhanallah, tuhan je tau masa tu takutnya aku. Aku terus jerit panggil mak aku. Bukak telekung lari turun bawah, peluk mak aku. Ketakutan. Aku peluk sampai lah aku terlelap dalam peluk mak aku sebab dia bacakan ayat kursi berulang kali. Bila aku tersedar, aku terus call Ustaz Romi, minta tolong datang rumah ‘ubat’kan aku. Lepas tu, aku ajak kawan baik aku dengan mak dia datang rumah sekali.
Bila Ustaz Romi jejakkan kaki je kat rumah, aku ada satu feel macam takut. Kami berbual macam biasa, kenalkan diri. Tiba-tiba Ustaz Romi cakap, “awak ada berkawan dengan seseorang ni tak? Rambut nya kerinting, dan……” aku tak boleh nak cerita sepenuhnya apa ustaz tu cakap. Tapi dia tanya aku tentang fizikal seseorang yang pernah aku kenal. Dan exactly, seseorang yang ustaz tu gambarkan pada aku ada pada Naufal. Ustaz tu kata, dah tahu nama, diam. Dia juga terangkan pada aku, yang aku putuskan hubungan. Jadi dia tak puas hati dengan aku. Dan dia hantar sesuatu yang kita takkan nampak dgn mata kasar sebab dia tak puas hati dengan aku. Kata ustaz lagi, “kalau dia tak boleh jadi hak aku, takkan ada sesiapa yang boleh miliki dia”. Ustaz Romi beritahu, aku terkena ‘SANTAU ANGIN’ . Aku terdiam. Terpaku dengan apa Ustaz Romi cakap. Sungguh tak sangka. Zaman sekarang masih ada lagi macam ni. Dan kenapa mesti aku ? Persoalan tu sampai sekarang masih lagi wujud dalam hidup aku.
Tanpa berlengah masa, Ustaz Romi memulakan ‘perubatan’. Luka-luka dekat badan aku terasa panas dan bulu roma tegak berdiri. Lepas tu aku tak sedar apa-apa langsung. Apa aku ingat, aku bangun, badan aku rasa sakit sangat. Perut rasa meragam, terus keluar muntah. Ustaz Romi cakap ‘keluarkan semua, apa-apa nak keluarkan jangan tahan’ sambal aku memuntahkan air. Nasib mak aku dah sediakan bekas. Masa aku muntah, ada kepingan darah keluar. Ya Allah azabnya badan aku rasa. Sakit tak tahan. Lepas dah habis semua muntah, aku rasa penat sangat. Luka yang aku rasa panas taka da rasa apa-apa lagi.
Seminggu lepas tu, alhamdulilah, keadaan aku lebih baik. Malah, luka di tempat gatal-gatal aku dah kering terus. Aku bersyukur sebab aku bertindak cepat. Sebelum jadi lebih kritikal.
Apa aku nak ingatkan korang, jangan terlalu percaya pada seseorang yang korang baru kenal. Dan jangan bagi gambar penuh korang. Kita tak tahu hati orang lain macam mana. Kita tak boleh nak expect bila kita kenal dia, dia akan ikut rentak hidup kita. No! Jangan sesekali. Berhati-hati la. Berwaspada selalu. Sayang boleh sayang, tapi jangan memudaratkan diri. In Shaa Allah, kalau ada lagi kesempatan, aku akan post lagi. Take care guys!
Jap, ada apa tu belakang korang?
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
first!!hahahah
dapat hadiah ke ? :’)
Nice
Lagi moden hidup lagi banyak bende² seperti ini..pagar diri!
tak sangka jugak sebab dia buat mcm ni. tapi wallahualam. saya tak menuduh sesiapa, cuma gambaran saya dapat adalah dia.
Berhati – hati sikit ya… Ini nasihat dan pendapat saya, Sekiranya diri disihir dan diberitahu orang sekian2 sihir… pls jangan percaya. Sebab pertama tugas utama iblis adalah untuk menyesatkan anak adam. Ingat tu mungkin ianya adalah sebahagian dari tipu daya untuk memecah belahkan anak2 adam dan menimbulkan fitnah… Berhati – hatilah.
thank you. 🙂
kegilaan apakah ini mengejar first comment?
ntah apa-apaaa lah korang ni hmmmm
btw cara bercerita agak mendatar dan macam tak sampai. but good effort
Betul tu.. Setuju sangat2.. Kdng rasa annoying dgn komen2 camtu.. Dapat duit sejuta ke kalau komen cepat2? huh
tak tahu la, mungkin hobby dia kot :’)
wah xsngke dia buat mcm tu..teruk nye perangai laki tu..semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya..amiiin
In Shaa Allah, kita sama sama doakan untuk diri kita sendiri
dia yang putuskan hubungan tu and dia yang hantar santau tu dengan alasan sebab awk yg mintak putus. too bad
tu lah pasal..what a bad guy there
tak tahu la. manusia ada perangai sendiri kan, saya akui saya pun ada membuat silap. hubungan tu, dia yang putuskan. benda pun dah jadi, saya pun dah maafkan
eii kesiannya nasib dh berubat
👌👌👌
Xphm dia mtk putus tp dia yg sntau…
mngkin ade ape2 terjadi..
mungkin laaaaa.
Ha….tu la gatakl nak berkawan sangat kan ..nak berkawan x salah tapi sekadar kawan je lah jangan kau anggap dia tu bf kau k..bye
hahaha takpe weh, benda dah jadi, aku pun pasrah dan redha. thanks sebab bagi komen padu !
Pnjang gle mukadimah..
balik2 “okay.back to story”.
tp ok la..nice try..
aq paling tak suke penyakit gatal2…seksa kot…ape2 pon cita best
rasa nya demam seminggu lagi okay dari kene gatal-gatal pnjang ni. seksa!
Guess what? Klau xde niat nk bersifat kenegerian tu, awl2 lg elok xyah letak la ” aku x suka kawan ngn satu negeri ni” annoying je
terima kasih sebab komen padu untuk aku. minta maaf kalau kau rasa penulisan aku ni kurang baik, tapi setakat ni , aku belum tahap membenci pada orang yg asal dari negeri tu. cuma aku ada mention, aku cuma ‘kurang gemar’, harap kau baca sekali lagi dan fahamkan. mungkin jugak kau dari negeri tu. jadi aku minta maaf sekali lagi. aku akan cuba elakkan menulis macam tu untuk tidak menguris hati mana-mana pihak lagi. terima kasih sekali lagi! 🙂
Tak relevan dengan cerita ni pun kalau ikutkan. Aku tak dapat agak pun negeri tu negeri apa. Cerita ni OK je. Cer lagi ye!
adik aku penah kene gune2..smpai kurus drg 1 tempat kje slagi jantan tue tak ajak adik aku mkn adik aku tak kan makan..tp skarang amdulillah adik aku dah pulih cm skarng die lampau baran n mane2 die berkawan dgn lelaki bile nak masuk bab serius hubugan tak jadi n putus..
Allahu, mudah mudahan adik kau dalam keadaan yang baik. ngeri kenal orang macam ni
setuju,cakap x kenegerian ,tp siap mention”negeri tu” wth.
sis/bro, aku takde mention negeri tu. aku cuma cakap, ‘kurang gemar’ . sebab mostly, kawan-kawan aku, kenalan aku, semuanya terkena macam ni, bila berkawan dgn orang dari sana. bukan aku mention aku langsung tak boleh nak rapat. cuma rakan biasa. maaf kalau aku ada singgung perasaan mana pihak. aku tak cakap semua orang dari sana jahat. jangan salah anggap. kalau kau nak teruskan pendirian kau, terpulang, aku tak marah, tapi pape pun, komen kau padu untuk aku. thanks! :). jangan risau, aku tak bawang . :’)
Readers tak puas hati sebab kau bagitau kau tak suka org drpd sesetengah negeri, tapi kau tak bagitau KENAPA. 4 perenggan kau tulis background story, tapi tak bagi sebab pon kenapa tak suka. Alih2 dalam komen boleh pulak cerita elok2 kenapa tak suka. So, readers rasa annoyed sebab penulisan kau tak ada kesinambungan. Next story, fikir dulu macam mana nak sampaikan penceritaan dalam penulisan. Sebab cara kau bercerita ni lebih kepada macam perbualan yg kau anggap orang akan automatik faham apa maksud kau. Next time susun elok2, fikir sebelum tulis.
Laki tu minta putus, tp suh ko tggu, bile ko move on, laki tu santau… Hawau nau
hahaha tak baik cakap mcm tu, takpe la. doakan yang baik untuk dia
potong stim sungguh la yg sibuk ko komen first.. pahtu penulis plk acah2 nk takutkan pembaca plk ayat last cter.
CRK – Cinta Dan Airmata
Cerita BEST….
Sabah kot
Kata laki tu yg putuskan hbgan..bila masa lak pmpn tu yg mnta ptus.. Haduhh.. Pening2..
Sakit mental kot lelaki tu. huhu
Nice
Dah agak mesti ada y komen psl penulis ckp psl “kurg gemar” dgn sebuah negeri tu..tp mmg irrelevant pun dgn citer y penulis nak smpaikan..huhu..better xyah masukkan and last2 bila org kritik psl tu,penulis moyan sendiri…
Btw,cter ni ok,psl santau,mmg bnde ni bahaya..mujur ler bkn smpai tahap teruk y bley bwk mati tu…syukur ler..
phuiii..!
Ak syak negeri Kelantan
“Jap, ada apa tu belakang korang?”
ni buat org marah nihhh