Santau Angin Dihantar Gara-Gara Hasad Dengki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin menceritakan pengalaman saya kena santau. Saya rasa platform ini paling sesuai untuk cerita. Saya gelar diri saya sebagai B. Perkara ini berlaku pada diri saya pada tahun 2019. Selagi tidak kena pada batang hidung sendiri, aku rasa karut saja semua tu. Alam ghaib tu wujud ya kawan-kawan.

Aku ni pelajar tahun akhir di sebuah universiti awam. Bayangkanlah tinggal satu semester lagi,aku disantau orang. Aku sebenarnya tidak tahu pun aku disantau orang. Yang aku perasan,badan terasa berat setiap kali nak pergi kelas. Malam pula susah nak tidur.Jadi,aku pun balik kampung awal untuk berubat. Pergi berubat dengan seorang perempuan.Dia mengubatkan aku dengan menggunakan telur ayam kampung.Apabila dipecahkan telur tersebut,banyak gila sampah. Perempuan tu cakap aku kuat.

Orang lain kalau kena macam ini,dah tumbang katanya. Dia cakap ada orang dengki dekat aku sebab aku bijak. Hampir setiap semester alhamdullilah dekan. Selepas balik daripada berubat dengan dia,malam itu badan aku panas menggelupur. Nak solat pun rasa macam dicucuk-cucuk. Mak aku temankan aku solat. Sementara mak aku ambil wuduk,aku zikir dulu sebab nak solat sama-sama. Sambil aku zikir,entah kenapa aku terdetik nak pandang cermin. Dia tunjuk diri dia dekat cermin. Dia menjelma dalam rupa aku.

Muka aku jadi semakin gelap. Mata aku jadi semakin hitam. Dia senyum sampai ke telinga. Serius seram. Siap ada janggut putih. Berubat kali kedua dan ketiga,telur ayam kampung dah bersih. Cuma perempuan tadi pesan supaya aku sentiasa berjaga-jaga memandangkan benda tersebut dah ada lorong untuk masuk ke dalam badan aku.

Adik aku kata sepanjang aku balik ke rumah,ada bau yang sangat busuk pada waktu malam. Dia kata bau itu datang daripada aku. Sepanjang bulan puasa,aku rasa macam aku dah semakin pulih tapi aku silap. Malam raya aku kena kacau balik.

Dia cucuk-cucuk badan aku. Satu malam aku tidak boleh tidur. Maka berayalah esoknya dengan eyebag seguni. Adik aku picitkan kaki aku pada malam raya itu. Tiba-tiba,aku nampak adik aku menjelirkan lidah sambil mata naik ke atas sampai tidak nampak anak mata hitam. Bila aku tanya adik aku,dia kata dia tidak buat apa-apa pun.

Memang berzikir saja malam itu. Seminggu lepas raya,ibu dengan ayah bawa aku pergi berubat dengan seorang atuk ni. Jadi,dia scan aku. Dia kata ada jin kafir yang menumpang dalam badan aku. Sebab tu aku jadi malas sepanjang semester akhir ini. Dia bagi daun bidara untuk dimandikan. Sumpah sakit gila masa mandi dengan daun itu. Kemudian,aku kena kembali ke universiti semula untuk habiskan 3 paper exam. Sepanjang di universiti,hari terakhir exam aku kena kacau lagi. Jadi,aku minta kawan panggilkan aku ustaz. Ustaz datang terus seriau jantung aku walhal aku yang suruh panggil dia.

Dia kata aku kena teruskan berubat nanti bila balik rumah. Dia suruh amalkan mathurat sebagai perlindungan diri. Habis saja exam,aku balik ke kampung halaman. Pergi berubat dengan atuk yang sama. Dia baca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tarik jin kafir keluar dari badan aku. Dua kali dia tarik jin tu. Tengok gaya dia pegang nak buang jin tu,berat jin tersebut. Selepas berubat dengan atuk itu,aku rasa diri aku selalu diperhatikan semasa tengah mandi. Tekak pun perit semasa berzikir dan baca ayat suci Al-Quran.

Bayangkanlah makan nasi tinggi menggunung dua pinggan tapi tidak kenyang. Jadi,pergi berjumpa semula dengan atuk dan ceritakan semuanya pada dia. Masa ini pun tidak tahu aku disantau orang. Dia cuma cakap aku disihir. Dia ubatkan aku keluarlah rambut dan jerami padi. Aku beritahu dekat kawan yang aku boleh percaya cakap aku disihir. Aku gelar dia si A. A ni pun whatsapp aku dan suruh aku amalkan solat sunat empat rakaat mudahan diberikan petunjuk.

Haih sumpah gatal satu badan semasa buat solat itu tapi aku teruskan juga. Oleh itu,aku jumpa dengan atuk itu semula. Dia beri satu daun untuk aku berubat. Alhamdullilah hilang gatalnya. Seminggu kemudian,aku rasa tekak aku perit. Jumpa atuk itu,dia keluarkan rambut dari tekak aku dah bergumpal-gumpal. Selang seminggu dari perjumpaan dengan atuk,aku rasa sakit di bahagian dada dan collar bone aku masa buat solat sunat empat rakaat itu. Aku jumpa dia semula and keluarlah rambut bergumpal-gumpal,kaca yang dah hancur dan kaki belalang. Masa ni terang-terang dia cakap aku disantau orang. Bukan santau biasa-biasa tetapi santau angin.

Dia kata orang yang santau aku menggunakan nama aku. Atuk itu cakap sekiranya orang itu tidak tahu nama penuh aku,santau itu akan berbalik semula pada dia. Dia bagilah ayat pendinding untuk aku. Sebelum aku berubat dengan perempuan di kampung,atuk dan ustaz,ayah aku ada jumpa orang untuk tengokkan aku.

Ustaz itu kata aku ada gangguan dan orang yang menghantar gangguan itu dekat saja dengan aku. Maksudnya,orang yang kenal akulah yang santau aku. Sebelum aku berjumpa dengan atuk yang aku ceritakan di atas,aku minum air kelapa muda yang dibacakan Al-Fatihah dan surah At-Taubah.

Setengah jam selepas minum,aku muntah darah dan muntah hijau. Air kelapa muda boleh digunakan untuk mengesan gangguan jin dan sihir. Aku cerita ini bukan sebagai pengajaran buat semua orang. Percayalah kepada rezeki Allah. Kalau rasa iri hati dengan kejayaan orang lain,jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Jangan dengki dengan cara sebegini. Syirik dan berdosa.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit


8 thoughts on “Santau Angin Dihantar Gara-Gara Hasad Dengki”

  1. Kesian dik.Di mana2 sahaja kita perlu berhati2..nasihat saya dik,bila dah bekerja nanti pun kena berhati2 juga dengan org di sekeliling.

    Reply
  2. Ada kenal ustaz yang boleh check kan tak sekiranya seseorang itu kena gangguan tanpa perlu jumpa orangnya,? kira beri nama penuh ke.

    Terima kasih..

    Reply
  3. Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Kaki terasa seperti terkena renjatan elektrik, Di hidung terasa seperti di Cucuk Jarum, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda Panas yang begerak-gerak, dibahagian Belakang Kepala Terasa berat – Sakit. Di sebelah Malam tidur saya diganggu, saya hanya dapat tidur 2 jam setiap hari. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya – hati – mata dan mengetahui dimana saya pergi – Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya. – Lemal.
    [email protected]

    Reply

Leave a Comment