Santau Ibu Tiri

Ini kali pertama aku berkongsi cerita kat sini. Pengalaman ni takkan aku lupakan sampai bila-bila. Kisah ni agak panjang. Harap bersabar untuk membacanya. Hehe.

Kejadian ni terjadi 2 tahun yg lepas 2014. Masa tu umur aku baru 17 tahun. Budak SPM la katekan. Pada awal tahun 2014, aku menghidap penyakit yang sangat pelik. Kalau lepas asar, aku mesti rasa mcm x tenteram duduk di rumah. Untuk makluman aku ni ada ‘ibu tiri’ huhu. Kalau aku tidur dirumah, aku mesti rasa nak keluar pegi lepak dengan member. Sampai benci tengok muka ayah aku dan nenek aku. Kalau balik rumah, lepas asar memang kena maki la family aku tu dengan aku.

Lepastu kalau malam, nak tidur memang susah. Sampai aku kena call member aku, suruh ambik aku dirumah walaupun masa tu pukul 2 3 pagi. Sebab kalau dirumah tu, aku panas, aku rimas. Huhu. Sampai ada satu malam, aku rasa dada aku di tekan sampai tak bernafas fuhh. Masa tu aku rasa memang confirm nak mati. Aku selawat, aku baca surah kursi, semua surah aku baca. Esok pagi nya, aku cerita kat ayah aku apa yang jadi dgn aku malam tu.

Dia buat tak tau je. Hampeh. Dia cakap aku berlakon. Okay. Aku sabar. Aku solat, aku mengaji. Makin menjadi2 pulak benda nie. Aku pergi tanya member, kot2 diorang kenal ustaz yg pandai handle situasi mcm ni. Okay member aku ada kenal sorang ustaz ni. Dia bawa aku pergi jumpa ustaz nie. Bila sampai je dekat pusat rawatan islam tu. Ustaz tu terus tarik tangan aku suruh muntah.

Aku pun paksa diri aku muntah. Dia bagi air mineral 2 botol. Dia kasi aku minum habis waktu tu jugak. Okay dah habis aku minum. Aku pun pengsan. Lepastu meracau and kene rasuk. Start lah dialog, ustaz and jin yg ada dalam badan aku. Ustaz cakap ‘kau dari mana mengapa ganggu tubuh ini’ Dia jawab ‘ tuan aku yg suruh kau sibok je sial ‘.

Lepastu ustaz baca surah rukyah and aku pun sangat agresif. Waktu tu, 6 orang yang tahan aku semua jatuh sebab kene tendang. Ustaz cakap baik2 pujuk dia suruh keluar. And dia pun keluar. Aku ingat aku dah sembuh. Rupanya makin teruk. Aku balik rumah, solat mengaji. Mintak dengan Allah supaya jauhkan aku dari smua gangguan nie. Alhamdulillah hari berganti hari aku pulih sampailah penghujung tahun 2014.

Pada 27/1/2015 aku dirasuk lagi ketika sedang memancing. Masa tu aku ikut nenek aku pi mancing. Nenek aku ni baca apa yg patut. Aku pun pengsan. Dan dibawa kerumah. Sampai jer dirumah, aku pun melalak, melolong,menagis, gelak, sambil berjalan mcm monyet. Panjat kerusi, panjat meja. Ayah aku masa tu buat derk jer. Boyfriend aku je (skrg dh jd suami erk hihi) yg sibuk kejar aku jaga pintu takut aku keluar dari rmh.

Ibu tiri aku pun mase tu gelak, mcm suke plak tgok aku kena rasuk. Nenek aku panggil seorang laki ni, dia ni nak kata tua, taklah sgt. Dlm 40-an mcm tu. Nenek aku panggil dia Abang Seman. Bila Abang Seman ni sampai rumah, dia tengok je aku, dia duduk dekat kerusi. Dia cakap, biar je dia nak buat apa, dia nak panjat, dia nak lompat. Just let her go. Siap speaking kaw hahaha.

Lepastu bang seman ni, sapu sikit minyak
dekat tangan dia. Waktu dia sapu aku pulak yang rasa panas. Abang Seman relaxs je. Pastu Abang Seman pi jeling ibu tiri aku yg asyik dok lalu lalang masa aku kena rasuk dia senyum sinis mata tajam je pi jeling bagi Seman. Aku pun pengsan. Bila aku pengsan, ni yang best hehe. Bila aku sedar je dari pengsan. Aku bertukar jadi nenek2. Jadi nenek kebayan. Jalan pun bongkok, tangan aku seolah2 memegang tongkat. Suara aku pun berubah. Mulut aku pun senget, mata aku juling.

Ni kelakar. Nenek ni punya marah dengan ibu tiri aku. Siap marah siap tengking suruh ayah aku ceraikan dia. Ayah aku chillex. Nenek tu cakap ayah aku dah tunduk sangat dengan ibu tiri aku nie. Nenek tu cakap ‘ kau tak kesian ke dekat anak aku ni. Yang jadi mangsa isteri kau tu, anak kau ni muda lagi x pasal2 dah dapat sakit mcm ni’.

Abang Seman pun menjawab ‘Nenek,.nenek keluar lah dulu ye. Saya kasi nenek jaga budak ni dari ibu tiri dia tu’. Nenek pun keluar pastu aku pun pengsan. Bila aku sedar, aku rasa mcm badan aku dihempap bangunan 100 tingkat. Letih dia takyah cakap lah. 2jam kot aku bongkok jd nenek. Aku ikhtiar untuk sembuh. Aku dah cuba macam2 dah cara. Tapi blum jgak sembuh.

Ibu tiri aku makin hari makin pelik. Ayah aku makin hari makin garang dengan aku. Pantang silap sikit. Ibu saudara aku ni, mcm kesian la tengok aku. Kalau aku ni period jangan cakap non stop lah aku ni kene rasuk. Lepas asar je mmg pelik lah perangai aku. Pantang dengar azan aku pi baling radio ke dinding. Aku syak ibu tiri aku ni ada niat tak baik kat aku. Tapi Tuhan maha adil.

Aku sabar je dengan apa yg jadi. Aku hadap je semua benda. Aku kena rasuk nonstop waktu aku period. Bertahun aku tahan sakit ni. Last2 2016 paling teruk yang aku pernah hadap. Aku dirumah, aku mandi ade je yang baling ranting kayu dekat aku. Kalau nak tidur ade je dengar orang sembang, gelak, bau kemenyan bau yang wangi2. Entah lah aku pun tak tau mcm mane nak cakap.

Aku kalau cakap dengan ibu tiri aku ni, mesti angkat bulu roma aku. Muka dia takyah cakap asyik masuk je dlm mimpi aku. Aku pun cakap buat slumber. Dia asyik marah aku, dia cakap ‘ kau keluar dari rumah ni, ayah kau dah jadi hak aku jgn ganggu keluarga kiteorang’. Aku jawab lah ‘ Sedap mulut je kau tu ayah aku ‘. And ayat yg paling gerun dia cakap kat aku ‘ Kau tunggu pembalasan aku’.

Aku pun diam. Menangis. Pada 2 hari selepas itu, aku pun kene rasuk. Memang teruk lah. Habis je aku kne rasuk aku terus pengsan. Sedar je aku dah pn bertujar jadi nenek2 . Yg asyik cakap benda yg sama. ‘Ibu tiri kau tu jahat, dia ada simpan minyak yg tak elok, nak bagi kau tak tahan dok sini. Tengok ayah kau tu ikut je cakap dia.

Kau kawin jelah insyaAllah semua nya akan elok2. Kalau Tuhan tak berkenan dengan perbuatan tu Tuhan tak izinkan tau. Satu hari ayah kau akan ceraikan dia dan kau akan sakit. Semoga kau tabah menghadapi dugaan ini’. Waktu aku selalu jadi nenek2 ni, aku ni macam jadi bomoh pulak. Ramai saudara mara yang pegi rmh aku sebab nak suruh aku jd tukang urut kirenya berubat la.

Nenek tu ada dtg waktu aku habis kene rasuk, dia mesti dtg rasuk aku. Dia cakap lah apa benda yg tak elok ada kat rumah ni. Dia asyik sruh aku kawin kawin. Sampai masatu study aku terganggu, sebab tak focus asyik kena rasuk. Aku stop study. Aku duduk je kat rumah. Ibu tiri aku ni mmg tak suka kalau aku ada kat rumah. So kalau aku balik asrama, dia suke lah. Kalau aku balik je weekend memang marah lah dia. So aku dah stop study. Dia punya marah membuak2 sebab tgok aku asyik ada kat rumah.

Start ni lah sakit aku makin menjadi. Kalau azan je maracau sampai aku dapat tengok benda2 halus yang ada di badan ibu tiri aku ni. Aku sabar. Aku tempuh je. Aku kuat je diri aku nak tempuh semua ni. Nasib baik ada bf aku ni yg selalu ada. Aku panggil Abang Seman. Aku panggil ustaz suruh datang rumah nak berubat tanpa bincang dngan parents aku. Diaorang pun datang. Masa nak mengubat aku tu, minyak yg ada dibilik aku pun pecah

Ye minyak yg digantung disiling bilik aku. Ada 2. Satu lg minyak dlm almari baju aku berguling kut pegi dekat ustaz tu. Abang Seman senyum je. Aku pun dah jadi nenek2 dan nenek ni pegi ambil minyak yang ada kat bilik aku. Tiba2 ayah aku pun muntah rambut dengan serpihan kaca kalau tak silap. Serta merta minyak yang ada dalam bilik ayah aku pun pecah. Tuppppp.

Aku pun ambk sebab msatu masih jadi nenek2 lagi. Ada 8 minyak semua nya. Yang ada dekat dapur pun dia ambik. Dia bagi kat ustaz. Pastu nenek tu cakap ibu tiri aku pun dah keluar bila ustaz periksa memang ibu tiri aku dah takde kat rumah. Hilang entah kemana.huhuhu.

Ustaz rukyah aku dan ayah aku. Kmi seolah macam mati hidup semula. Besyukur sangat2 sebab masa ni dah takde lagi gangguan tu. Untuk makluman lepas kejadian tu ibu tiri aku failkan cerai tau dekat mahkamah. Sbb ayah aku memang dah marah. Dia lari rumah. And diorang pun bercerai. Aku dah sembuh. Tapi nenek tu msih masuk badan aku. Cakap suruh kawin kawin. Yes aku tunaikan permintaan dia. Aku kahwin sampai harini nenek tu pun dah hilang. Tak lagi datang nak merasuk aku. Ayah aku dah kembali ceria macam dulu. Alhamdulillah. Tu je la pengalaman aku. takla seram mane pun. Sekian hehehehe. Sorry panjang2. Salam .

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “Santau Ibu Tiri”

  1. Patutler umur 19thn dah kawen…
    Ghupenyer utk tujuan berubat yer…
    Nenek tu nk ade org yg jage br die nk pegi…
    Sedih plak ghase…terharu…

    Reply
  2. dulu mak aku pun kena sihir dengan mak tiri aku..maklumlah bermadu…yg pelik mak tiri yg jadi isteri ke 2 pulak cemburu dengan mak aku yang jadi bini tua…mak aku jadi mangsa…asyik sakit2…bapak aku benci mak aku…pulaukan mak aku…tp mak aku mmg jenis sabar orangnya…dia berubat diam2 dan akhirnya diketahui mak tiri gunakan gambar mak aku utk sihir supaya 24 jam sakit…gambar mak aku dibungkus dengan kain kapan orang mati beserta serpihan kaca dan spring karat…bungkusan tu digantung di siling rumah mak aku….selepas bungkusan tu dibuang baru mak aku sembuh sepenuhnya dan rumah aku di”pagar” secara batin utk elak sihir mak tiri aku tu….mak tak balas pun sebab mak redha semua ni…..walau benda ni dah lama berlalu masa aku kecik2 lagi…dan mak tiri aku pula dpt balasan Tuhan…rumah dia terbakar hangus…dia sakit…pekak dan tak boleh bercakap mcm biasa…baru ni mak tiri aku meninggal dan aku tetap pergi melawat….(mak aku tak pergi sebab aku tau dia mak masih berduka dengan benda lepas)…moga Allah memaafkan perbuatan mak tiri aku terhadap mak aku dulu….alfatihah…

    Reply
    • Forgive but not forget…
      Sekali terluka wpon sembuh parutnye ttp ade…
      Bkn berdendam cuma xnak hati terluka semula…
      Baik menjauh dan menyembuh dr mendekati dan menyakiti…
      Semoga mak adik mendapat ganjaran Allah atas pengorbanannya…

      Reply

Leave a Comment