SANTAU MAKANAN IBU MERTUAKU

Nama aku Lia. Aku berkahwin dengan seorang jejaka pilihanku yang aku kenal sewaktu berkerja di ibu kota.

Farhan. Seorang lelaki yang pada perkiraan aku baik budi pekertinya.Tidak merokok, tidak suka marah, masuk waktu solat sahaja dia akan ke surau di tempat kerja.

Sebelum hari pertunangan, aku dibawa berjumpa ibu dan bapanya. Perjumpaan pertama aku rasakan agak janggal. Semua perihal aku ditanya, pelajaran sampai mana, gaji berapa. Padahal aku dengan farhan memegang posisi yang sama di tempat kerja kami.

Sebelum aku balik, mak farhan sempat berseloroh.

“Mak cik ni bukan apa, si farhan ni makcik dah ada pilihan sendiri. Perempuan tu kerja lawyer di Kuala Lumpur. Tapi kalau kamu berdua dah kenan satu sama lain. Tak apalah.”

Aku memandang Farhan, Farhan memandangku dengan senyum kelat. Aku pula tidak tahu nak bagi reaksi apa.

3 bulan selepas itu, aku mengikat tali pertunangan, kemudian setahun kemudian selepas mempunyai kewangan kukuh, kami pun berkahwin.

Selepas kahwin, aku berhenti kerja kerana Farhan dinaikkan pangkat. Katanya cukup dia sahaja yang berkerja. Aku akur sahaja.

Baru 3 minggu berkahwin, Farhan ajak aku bercuti ke rumahnya. Aku sebagai isteri ikut sahaja.
Ketika berada di rumah mertuaku, aku disajikan dengan pelbagai bentuk dugaan. Aku kerap diperli-perli kerana masakan tidak sedap, ada sahaja salah sikit, mak mertuaku akan ‘sound’ aku depan semua orang yang ada di rumah.

Aku berkali-kali mengadu kepada Farhan perihal perangai maknya itu. Farhan cuma mengatakan, “Awak masih tak kenal mak macam mana,Dia baik”.

Seminggu berada di rumah mertua, akhirnya aku kembali ke rumah sendiri. Malam pertama ketika berada di rumahku. Ketika tidur, entah kenapa dalam pukul 3 pagi, aku rasa tidak sedap badan. Rasa nak muntah.

Rasa tidak tahan, akhirnya aku berlari menuju ke tandas dan muntah dengan banyaknya. Apa yang membuatkan aku pelik dan terkejut, muntahku penuh dengan cengkerik-cengkerik kecil..

Aku dengan keadaan yang lemah menjerit kepada Farhan yang sedang tidur..

“Abang…~~”

Farhan berlari menujuku..

“Ya Allah..Kenapa ni?”

Farhan menyapu-yapu belakang badanku..

Kejadian itulah permulaan kepada gangguan yang berlaku pada aku.

Hampir sebulan terkena begitu. Tak tahan, akhirnya kami pergi berjumpa seorang ustaz, kenalan ayahku.

Proses mengubat berjalan lancar, selesai merawat. Ustaz bagitahu yang memang sah, aku terkena santau makanan.

Ustaz bertanya,

“dalam sebulan dua ni, ada tak makan kat mana-mana?”
aku berfirkir dan jawab,”tak ada ustaz.”

Ini kerana aku ingin menjaga hati Farhan.

Bila ustaz tanya pasal ada makan tu, aku teringat semasa berada di rumah mertuaku, sewaktu Farhan keluar rumah, aku hanya tinggal bersama mak mertuaku dan 2 orang adik iparku. Entah mengapa hari itu, Mak mertua masakkan aku bubur jagung. Bila adik iparku seorang tu minta, mak mertuaku mengatakann bubur tu hanya untuk aku sahaja. Pelik kan.

Balik dari berubat, ketika di rumah. Aku cuba menceritkan perihal diberi makan tu. Belum sempat aku habiskan cerita, Farhan tengking aku.

“Awak jangan nak buat-buat cerita,dia tu mak Abang!”
“Tak abang, Lia bukan nak tuduh. Lia nak cerita je ni.”
“haa, takde-takde, Abang taknak dengar lagi cerita macam ni.”

Hampir setahun berkahwin, sakit aku datang dan pergi. Lebih-lebih lagi pada malam jumaat, aku akan terasa panas sangat. Biarpun aircond telah aku buka, tetap rasa panas.

Tiba-tiba pada satu malam tu, ketika Farhan outsation ke Langkawi. Aku mendapat panggilan daripada mak mertuaku.

“haa, macam mana, kau rasa sakit tak?Nak aku tambah lagi”
“Mak?Mak cakap apa ni?”
“Kau tak tahu ke?Aku la yang buat selama setahun ni. Tapi, aku pelik, kau tetap tahan ya??” Kata Mak mertuaku.
“Astagfirullah al hazim. Mak….”
“ Kau nak bagitahu Farhan?Cubalah kalau dia percaya kau atau aku.”Sambung Mak mertuaku.

Aku tak tahan dan terkejut dengan apa yang aku dengar sendiri dari mulut mak mertuaku.

Keesokan harinya, Farhan balik dari outsation.

Aku terus ceritakan pada Farhan. Alangkah terkejutnya aku. Aku pula yang ditengkingnya.

“Aku kan dah bagitahu , jangan buat cerita macam ni lagi!Kau ni tak faham bahasa ke??”

Aku rasa sedih, tidak pernah sebelum ini dia menengkingku dengan kuat.

Malam itu, farhan tidak menegurku langsung, malah tidur di ruang tamu. Dan pada malam tu jugalah, tepat pukul 12 tengah malam, aku terasa nak muntah sesuatu. Aku berlari ke bilik mandi, dan muntahkan rambut yang sangat banyak bergumpal-gumpal.

Aku memanggil Farhan, tapi dia tidak mengendahkanku walaupun dia melihat keadaan yang aku alami.

Entah apa yang jadi pada Farhan.Seperti bukan dia yang ada pada malam itu.

Selang beberapa minggu, aku kerap sakit sehingga terlantar dan tidak mampu membuat kerja-kerja rumah.

Farhan pula semakin tidak pedulikan aku. Sehinggalah pada suatu hari..

“Kau ni!baru berapa tahun kita kahwin, kau dah menyusahkan aku. Masak tak, rumah tak terurus, apa semua. Macam tak ada pun tak apa rasanya!”

“Abang, kenapa abang cakap macam ni??” Kalau abang tak nak Lia jadi macam ni, bawaklah Lia berubat..”

“Haa, nak berubat apanya lagi!”

“Farhalia Binti Zainudin!, aku ceraikan kau dengan talak satu! 
Bagaikan dipanah petir. Tak sangka , kalimat yang selama ini cuma di dengar dalam drama-drama Melayu, kini aku sendiri yang mendengarnya..

=================

Proses perceraian berjalan lancar. Kini aku bagaikan merpati yang patah sayap sebelahnya. Tapi, aku kena kuat dan teruskan berjuang untuk hidup aku.

Pengajaran yang aku boleh kongsikan sebagai seorang perempuan.

1. Kenal dengan betul hati budi bakal suami.
2. Kenal siapa bakal mertuamu.
3. Jangan berhenti kerja jika sudah mempunyai kerja sebelum kahwin.
4. Jauhilah aktiviti sihir menyihir.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.my/submit

9 thoughts on “SANTAU MAKANAN IBU MERTUAKU”

  1. Kesiannya awak..awak tahu tak doa orang yg terinaya ni makbul,tak ada hijab.Awak boleh mintak dengan Dia apa-apa pun yang awak nak.Tak kiralah awak nak pulang balik sihir tu atau nak Dia tunjukkan Yang awak tak salah.Tapi awak kena khusyuk buat solar fardhu,mengaji etc..Hayati makna bacaan awak.Niat dalam hati apa yang awak nak,mengadu dengan Dia..Percaya pada Dia..Allah dah tolong saya bila saya terkena sihir..Semoga awak tabah dan bekas mertua awak bertaubat☺️

    Reply
  2. sabar ye..wak..yg mengalami jer tau kesusahan awak
    kuatkan semangat..bertabahlah..ada bahagia utk awak satu hari nanti
    insya Allah

    Reply

Leave a Comment