Sara (Part1)

Assalamualaikum ?
Syana here ?? Ecehhh poyo. Macam ada yg tunggu kononnya.. Terima kasih admin FS sebab siarkan kisah saya yang sebelum ni.

Pengalamanku tentang UlekMayang

Terima kasih bagi yang komen2 yg baik. Nahh ‘❤’ dari saya.. Ewahh. Kali ni saya nak sambung pasal Sara. Sara ni makhluk yang tak semua boleh nampak. Dia ‘damping’ saya dri saya 14 tahun sampai umur saya 18 tahun.

Okay. Mulanya macam ni. Seperti yang awal saya ceritakan, saya sambung belajar dekat sekolah berasrama. Dan jenis saya jenis susah nak gaul dengan org. Semua bende buat sendiri. Sampailah satu malam tu. Entah buang tabiat kenapa, malam tu lepas waktu prep mata takleh nak tido.

Dalam pukul 2 ke 3 pagi gitulaa. Dengan semangat dan sembunyi2 pergi lepak bilik air basuh baju. (Okay saya admit, agak buduh bila saya buat begitu) Sebab kalau nak tunggu pukul 5@6 senior2 banyak dah bangun. Susah nak amik tempat. Okay balik pada basuh baju. Biasalah kan, bila dah basuh sorg2 ni, mulut tu tak berhenti menyanyi, hilangkan bosan.

Pastu dalam setengah jam gitu dah siap basuh baju. Dan teka apa jadi lepas tu. Sambung tido ? Salahh. Ada benda kacau ? Salahh. Pergi sidai baju jee ? Hahaha. Tahukan, kalau asrama ni, tempat sidai baju dia kat belakang2 bangunan tu. Haa kat situlah saya pergi sidai. Malam tulah tiba2 saya nampak ada kelibat macam org tengah diri antara ampaian. Tapi saya buat bodoh jelaa. Gilaa jahh nak tego ? memalam macam gituu.

Start daripada situ Sara tu mula munculkan diri. Masa mula dia kenalkan diri tu elok je macam manusia lain. Kiteorang pergi sekolah sesama, waktu makan sesama, waktu prep sesama. Semua bende buat sesama. Cuma waktu solat dengan waktu tido je dia akan hilang. Tapi budakkan kan time tu. Nak fikir logik pun macam tak logik je. Sampailah satu malam tu, yang saya ada cerita saya tersadung kaki kat tangga ?. Haa time tulaa, saya mula tahu yang Sara ni bukan manusia. Saya mula sakit2. Dan lama kelamaan saya nampak muka dia yang sebenar.

Malam yang saya balik sebab kaki tersadung tu, ada benda bertenggek. Sara malam tu takde. Tak tahu pergi mana. Bende tu selalu nampak saya lalu tempat dia, saja ajak berkawan. Bila ayah datang nak ajak balik, benda tu tak bagi. Time tu lah Sara muncul. Dia marah, sebab benda tu kacau saya.

Pastu dia ikut saya balik sebab benda tu taknak lepaskan kaki saya. Bila pergi berubat, Sara mesti hilang. Kalau tak boleh dikatakam doplohpat jam la nak ada kat sebelah. (muka dia time ni elok lagi) Bila saya pergi berubat tu, alhamdulillah benda tu elok dia pergi. Takdelah sampai kena histeria ke apa ke.

Tapi bila pertama kali kena, demam jugak laa ? Jadi time tu cuti dalam dua minggu kot. Dalam masa dua minggu berubat tulah saya tak nampak Sara pun. Lepas dua minggu tu saya balik asrama macam biasa. Sara sambut saya dengan senyuman yang lebar walaupun senyuman dia menyeramkan bagi saya waktu tu. Mungkin sebab minyak dan air yang dibekalkan ustaz yang saya pakai setiap masa. Makin lama makin hodoh pulak saya tengok Sara ni. Muka dia dari elok macam manusia lain, lama2 jadi makin pucat dan makin seram. Itu membuatkan saya taknak lagi berkawan dengan dia. Dia jadi marah. Mungkin ada salah saya jugak bila saya dah pernah berjanji untuk setia berkawan dengan dia sampai bila2. Jadi dia pegang pada janji saya. Bila dia dah marah, dia asyik ganggu saya. Sampaikan saya tak boleh nak belajar dan asyik cuti untuk tempoh masa yang lama.

Pernah sekali saya jadi macam histeria, meracau2 dalam kelas dan hampir terjun dari tingkat 3 sebab kena kacau. Dan pernah saya dalam keadaan tak sedar waktu dekat asrama nak lari sampai ketengah jalan sebab Sara nak saya mati dan ikut dia. Bukan itu je. Saya tak boleh tido malam sebab dia kacau saya. Setiap malam saya akan tido dengan parents saya untuk elak kena kacau. Bila dah kena gangguan ni saya pun decide nak berhenti. Sebab ustaz kata, mungkin benda ni tak suka kamu datang tempat dia. (tapi sebenarnya takde sapa tahu kewujudan Sara ni sampailah saya umur 17tahun)

Disebabkan saya pun selalu sakit, mengganggu waktu, dalam masa dua bulan saya belajar kat sekolah tu, saya berhenti. Dah pack barang2 semua, tinggallah seminggu dekat dekat. Kemudian ayah tengok saya takda perubahan. Masih kena kacau, jadi ayah masukkan saya dekat salah satu tahfiz area Meru. Ada kenalan seorang ustaz indonesia ni. Dia kata nak jaga saya dalam masa dua bulan. Jadi saya pun masuk lah ke tahfiz dia dan berubat kat sana.

Alhamdulillah beransur pulih. Tapi tulah. Bila benda tu masih nak kat kita, dia buat apa cara untuk bersama dengan kita lagi. Dan lepas je saya balik dari tahfiz tu, saya daftar masuk ke sekolah lama saya. Sejak dari situ saya mula sakit dan bertambah teruk. Dari sini lah hijab saya mula terbuka. Haa semua benda lah saya nampak. Dekat mana2 jadi penuh dengan benda tu. Sampai saya naik rimas sebab ramai sangat.

Pihak sekolah tahu saya sakit sebab selalu histeria sampai kawan2 saya takut nak berkawan dengan saya. (Haha alone gila time ni ?) Dan tiap hari Sara akan cuba untuk damping saya dengan wajah dia yang buruk. Setiap hari akan muncul depan saya minta simpati untuk bersama dia lagi. Tapi disebabkan dah belajar serba sedikit ilmu pendinding kita biarkan ajaa. Iye dokk. Walaupun dibekalkan pendinding tu semua, saya masih sakit hingga terpaksa cuti berpanjangan.

Perkara ni berlarutan sampailah saya PMR. (Time saya last year untuk PMR) Seingat saya waktu tu saya hanya sekolah selama 6bulan je, selebihnya banyak pergi berubat dan berehat kat rumah.

Minggu PMR tu berjalan lancar macam biasa, kena ganggu tu ada jugak tapi masih boleh bertahan sampailah hari terakhir exam. Tak silap paper terakhir tu paper Kemahiran Hidup. Haa time tu saya kena kuarintin. Sebab terul sangat saya meracau sampai ganggu pelajar lain exam. Masa tu jugak mak saya tunggu macam tunggu budak tadika nak balik. Alhamdulillah saya dapat jawab exam macam biasa dn result saya pun alhamdulillah okay je.

Baiklah saya cerita sampai sini dulu. Nanti saya hantar part2 secepat mungkin. Tengah banhak kerja nak siapkan ni ? Terima kasih. Maaf kalau panjang dan tak berapa faham penulisan saya. Assalamualaikum semua.. Dedaa ??

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.