Hai semua pembaca fiksyen Shasha. Aku harap korang seronok membaca kisah pengalaman sebenar yang berlaku pada diri aku dan roommate aku.
Cerita ni bermula pada semester 1 aku dan rakan-rakan di sebuah Politeknik yang berada di Pahang. Aku dan 3 lagi rakan aku yang aku gelarkan Siti, Qis dan Nurul. Bilik kami terletak di tingkat 4 blok C, bilik kami juga terletak di hujung sekali sebelah tandas.
Ada satu malam, kami buat hal masing-masing di dalam bilik. Katil aku dan Siti terletak berhampiran pintu bilik jadinya tempat kami belajar juga berhampiran pintu.
Waktu itu, kami juga memasang lagu untuk membuatkan suasana tidak terlalu sunyi, tiba-tiba kami dengar ada orang ketuk pintu bilik, aku sangkakan itu kawan sekelas aku sebab depa pun selalu datang melepak, tak fikir apa-apa aku cakap “ masuk la, pintu tak kunci tu “, tapi tak de sesiapa pun yang buka pintu. Aku pun fikir mungkin depa nak kenakan kami je, jadi aku pun pergi bukakan pintu, sayangnya tiada sesiapa pun di depan pintu. Lepastu benda tu jadi balik, aku dan roommate dah rasa lain tapi kami buat taktau je.
Sampai satu masa, aku dengar ada bunyi macam orang mencakar bingkai katil kayu aku. Kami masih sedapkan hati masing-masing dan buat tak tau. Sebelum tidur Siti keluar nak pergi tandas, selang berapa minit, Siti masuk bilik dalam keadaan ketakutan dan menghempas pintu bilik dengan kuat, aku punya tanya “kenapa ni “. Siti pun cerita “Tadi saya nak balik bilik dari tandas, saya ada ternampak satu kepala tanpa badan dekat tangga di tengah “. Ha sudah, dah la aku pun nak pergi tandas juga. Aku beranikan diri untuk pergi juga sebab dah tak tahan.
Sedang aku berjalan nak pergi tandas, aku merasakan ada yang mengikut aku sebab aku terdengar bunyi tapak kaki. Aku tak menoleh dan terus masuk ke tandas, di dalam tandas, aku dengar tapak kaki tersebut masuk ke dalam tandas di sebelah aku, lega aku fikir itu orang sebab aku dengar bunyi paip air dibuka. Seusai aku keluar dari tandas, aku terkejut sebab aku tengok tandas sebelah aku tu takde orang !. Bunyi tapak kaki keluar tandas atau tutup paip pun aku tak dengar.
Aku taknak tunjuk yang aku takut padahal hati aku dah berdebar gila dan berharap cepatkan langkah untuk keluar tandas sebab waktu tu, aku terdengar lagi tapak kaki tu ikut aku di belakang. Lepas je keluar dari bilik air, aku cepat-cepat lari masuk bilik dan tengok Siti dah menggigil. Aku ajak Siti dan Qis tidur di bawah manakala Nurul tidur di tempatnya. Aku ni jenis tidur lambat biasalah tengah oncall.
Tengah aku berborak, aku terdengar ada yang bercakap di katil Nurul, husnuzon aku lagi fikir Nurul tengah oncall juga. Aku dengar lama betul Nurul ni berborak tapi Bahasa yang aku tak faham, aku pergi dekat Nurul dan nampak Nurul sedap lena, “Eh dah tu suara sape tu “ , dah takut aku baring dan paksa diri untuk tidur.
Esok malam, paras blok kami ada perjumpaan, Akak ketua paras kami bagitau jangan ada sesiapa mesej dalam whatsapp cerita pasal semalam sebab takut ada yang lemah semangat, kami sebilik terkejut sebab ingatkan kami sahaja yang kena kacau, rupanya satu paras kami juga ada yang kena kacau sampaikan terdengar seperti orang tarik kerusi depan pintu bilik, Akak tu bagitau jangan buat kerja lewat malam, macam mana penat sekali jangan paksa buat kerja sebab waktu tu badan kita lemah dan senang benda” macamtu masuk.
Dan esok malam aku dan roommate aku nak buang sampah, kami terkejut ternampak akak di paras kami tengah dipapah kawan dia untuk jumpa felo, aku tengok dia lemah macam baru lepas kena sampuk.
Thank you
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit