Satu Malam Bersama Uri Baby

Assalamualaikum para pembaca Fiksyen Shasha. Nama aku Misha. Aku berumur 20 tahun berasal dari Sabah di bawa bayu. Aku ingin menceritakan pengalaman pertama aku melihat makhluk ghaib ni. Petama sekali aku minta maaf kalau ada salah dalam segi penulisan.
Okey jom start ….

Hari tu makcik aku plan nak pergi Johor Bahru atas sebab kawan makcik aku tu bersalin dekat salah sebuah hospital di Johor Bahru . Jadi makcik aku tu ajak aku sekali, sebab masa tu kebetulan aku pun tengah cuti. Aku beri kan nama makcik aku tu makcik Rara. Kebetulan kakak angkat aku juga ingin ikut sama dengan kami ke Johor Bahru. Aku berikan nama kakak angkat aku tu kak Fara.

Sewaktu dalam perjalanan ke Johor tidak ada sebarang masalah. Sampai sahaja di Johor kami terus gerak pergi hospital untuk melawat kawan makcik Rara . Selepas melawat tu doktor tiba-tiba panggil makcik aku masuk bilik doctor. Lepas dalam beberapa minit tunggu . Makcik aku akhirnya keluar dari bilik tu . Makcik aku cakap yang kita kena bawa balik uri baby tu dulu . Sebab doctor takut nanti uri baby tu jadi busuk pula. Kawan makcik Rara aku kena stay dalam sehari lagi sebab baby kena kuning.

Jadi kami tidak fikir panjang dan terus bawa uri baby tu balik. Disebabkan terlalu penat dan makcik aku pula malas nak memandu ke Kuala Lumpur untuk terus balik, jadi kami masing masing membuat keputusan nak bermalam di hotel je. Jadi makcik aku pun cari la hotel yang terdekat dengan hospital tu. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga hotel yang terdekat.
Jam masa tu menunjukkan dah nak masuk pukul 12 tengah malam. Tanpa memikir panjang kami terus parking kereta depan dengan hotel.

Lepas dah letakan kereta, kami membawa semua barang yang perlu ke dalam hotel . Sekali dengan stroller baby tu . Sebab nak letak barang dalam tu senang tolak je. Uri tu pula sekali kita orang bawa naik takut nanti kereta berbau busuk. Sebab uri ni cepat sangat berbu dan sebab tu juga uri ni perlu dicuci dahulu sebelum nak di tanam.

Dah check in tu macam biasa masing masing penat dan  kami semua tidur dalam sekitar jam 2 pagi . Sebelum tu aku nak terangkan sikit pasal bilik hotel tu . Buka je pintu nak masuk bilik ada meja kecik dekat hujung bilik tu . Lepastu ada satu katil berukuran single dan lagi satu katil berukuran queen. Aku dengan makcik Rara tidur dekat katil queen tu . Manakala kak Fara tidur dekat katil single .

Dalam jam 3 lebih tak ingat sangat, aku terbangun disebabkan bunyi plastik  seakan di keroyok masa tu. Sebelum tu, untuk pengetahuan korang aku ni sebenarnya ada tabiat yang lain sikit, bila aku terbangun dari tidur aku akan pandang keliling bilik. Dan masa ni laa juga aku perhati ada satu susuk perempuan yang kelihatan tinggi, rambut kerinting panjang sampai ke lantai dan berbaju putih. Mula mula aku fikir makcik aku ke kakak aku ke, tapi bila aku tengok mereka berdua, masa tu terlihat yang mereka berdua sedang tidur.

Bila aku perhati betul betul benda tu tengah makan ke ape tak tau, tapi yang aku lihat masa tu adalah uri baby tu ada dekat tangan dia . Sekali tengok macam tengah gendong baby camtu . Masa tu aku terus masuk ke bilik, aku ape lagi baca-baca ape yang patut sehinggalah aku terlelap.

Masa nak balik ke Kuala Lumpur tu aku cerita dengan makcik aku ape yang jadi . Mula mula dia tak nak percaya . Tapi bila sampai je dekat rumah nak cuci uri tu . Uri tu dah berbau dan darah dekat uri pula berkurang sangat. Uri tu nampa seakan  kering .
Ermmm sampai di sini jelaa perkongsian cerita aku . Lain kali aku akan kongsikan cerita dari pengalaman seram aku okey . Sekian ,…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Satu Malam Bersama Uri Baby”

  1. Cam mengarut je.. Orang tu beranak takkan takde laki. Npe korang yg uruskan uri? Pastu nape nak kena bawak balik kl? Knape tak tanam kat johor je? Kalau ye pon orang tu terberanak masa outstation ke, takde family/rumah kat johor..boleh je mintak pihak hospital uruskan. Doc da suruh uruskn segera kan..

    Reply

Leave a Comment