SAYA TETAP NAK KAHWIN DENGAN AWAK JUGAK! #2

Assalammualaikum.. hi kepada pembaca FS. Sekali lagi aku menulis kisah yang pernah aku lalui bersama teman-teman seuniversiti aku. Ni sambungan kisah, `SAYA TETAP NAK KAHWIN DENGAN AWAK JUGAK!´.
Kisah yang lepas boleh click kat sini k>>> https://fiksyenshasha.com/saya-tetap-nak-kahwin-dengan-awak-jugak/

Rata-rata pembaca marah sebab tak suka ada sambungan kisah yang lepas. Hihi.. Jangan marah tau. Sebabnya, kisah ni terjadi dalam beberapa tahun. Banyak berlaku dalam beberapa tahun tu. Aku berminat nak citer secara detail. Disebabkan kesilapan dan keseronokan seketika, menyebabkan masa depan hancur macam tu je.

Ok. Aku sambung. Bukan kitaorang ni kejam. Tapi, kitaorang risau tak pasal-pasal akan kene tindakan tatatertib kalau benarkan kawan menumpang tidur di bilik orang lain. Kat hostel ni tak boleh menumpang tidur bilik kawan-kawan.

———————————————————————————————————————————————

Kejadian ini bermula di pertengahan semester ke 4. Batch aku dengan budak junior boleh dikatakan rapat. Selalu lepak dan makan sama2. Citer misteri Kak Lina ini satu geng kitaorang dah tau. Kami cuba beri semangat dan tidak putus asa untuk membantu. Kesian. Kak Lina paling rapat dengan aku. Sebab aku je yang sedikit berani bila dia minta pertolongan.

Ini kisah pertama aku bersama Kak Lina.. Jam 1pm. Baru je aku nak rehatkan badan kat bilik, pintu bilik aku diketuk.

Aku: Masuk je. Pintu tak kunci.
Intan: Wei, jom pi bilik Rita jap.

(Dayang Intan. Intan ni teman sekuliah ku. Dia jugaklah yang menjadi saksi apa yang terjadi pada Kak Lina ni).

Aku: Apsal??
Intan: Ada budak junior bagitau, Kak Lina keluar dari bilik dia. Dia boleh pi duduk sorang2 kat bilik tingkat 6.
Aku: Haaa!!??

Sampai di bilik Rita, aku tengok dah ramai geng2 aku yang lain sampai. Ade la dalam 7 orang termasuk aku. Aku cuba ajak geng yang lain jumpa Kak Lina tapi semuanya tak nak. Takut. Last2, aku pun mesej Kak Lina ajak dia datang dan jumpa kitaorang kat bilik Rita. Sampai je Kak Lina kat bilik Rita, kami pun tanya la. Apsal la nak duduk sorang-sorang kat bilik yang memang kosong. Bilik sebelah menyebelah pun takde orang. Kalau jadi apa-apa nanti susah. Degil. Itu memang perangai Kak Lina. So, tutup cerita. Terpulanglah kat Kak Lina nak duduk mana. Pujuk pun tak guna.

Petang tu aku takde kelas. Aku pun terfikir nak jenguk Kak Lina dengan `bilik baru´ dia. Aku bingkas bangun. Hostel kitaorang ni agak besar. Bila waktu malam gelap sangat. Masuk je dalam lif, aku tekan butang nombor 6. Sampai tingkat 6, aku terus nampak bilik Kak Lina yang betul-betul berhadapan dengan pintu lif. Pintu bilik terbukak.

Aku: Assalammualaikum akak..
Kak lina: Waalaikumsalam. Masuklah Jade!

Kosong! Cuma ada katil yang tak bertilam. Almari kosong. Ada beberapa helai baju dan tudung yang digantung. Suasana bilik tu suram sangat. Aku dah rasa pelik tengok Kak Lina ni. Macam makin teruk pulak penyakitnya.

Aku: Macam mana akak boleh tinggal dalam bilik macam ni?? Akak tak takut ke?
Kak Lina: Eh! Kenapa akak nak rasa takut pulak, Jade. Akak rasa senang macam ni. Budak bilik akak tak suka akak la.
Aku: Akak yang suka pikir macam-macam. Dorang tu elok je akak.

Dalam bilik ni ada 2 katil tak bertilam. 2 loker untuk setiap penghuni bilik tu. Kak Lina berdiri di tepi tingkap terbuka. Masa tu baru pukul 3pm. Aku tengok Kak Lina ni memang pelik! Dia berdiri dan mengadap ke luar tingkap. Senyum! Tiba-tiba mengilai halus..

Kak Lina: Jade! Tengok tu! Heeee heeeee… Tu nampak tak dia duduk kat pokok tu panggil kita. Akak tak mau la (Kata tak mau tapi senyum. Kak Lina pun dok lambai je. Entah sape yang di lambainye.
Aku: Akak! Akak janganlah layan. Tutup tingkap tu. Entah sape yang akak layan. Istighfar banyak-banyak la akak.
Kak Lina: Yelah2…

Selepas aku berborak panjang, aku berasa mengantuk sangat. Aku mintak izin Kak Lina baring atas katil yang tak bertilam tu. Nak hilangkan mengantuk kejap sebelum masuk solat Asar.

Bunyi bising. Aku tengok ramai orang kerdil. Semuanya perempuan. Aku tak pasti kat mana. Nampak samar. Macam kat bilik Kak Lina. Tapi, kenapa ramai orang mengerumuni aku. Ramai sangat. Kecik-kecik pulak tu. Aku terdengar satu suara. Bukan dari seorang. Tapi, bersahutan. `Bangun, Jade! Bangun! heeeheeeeheee´. Bunyi ramai orang yang gelak kat aku masa tu. Aku rasa tangan aku dipegang. Aku terbangun dari tidur. Aku terkejut!!!!! Aku bukak mata je, Kak Lina duduk kat lantai dan bersandar mengadap katil. Muka dia betul-betul mengadap muka aku. Dengan rambut kerinting kembangnya. Dia mengilai halus.

Kak Lina: Heeeeheeee.. ramai kan dorang. Akak dah cakap kat dorang. Jangan kacau Jade tidur. Tapi, dorang degil. Dorang kata dah masuk solat Asar. Tu dorang kejutkan Jade. Heeeheeee…

Siyes!!!! Aku takuttt. Terkejut. Memang betul lah Kak Lina ni macam dah tak betul. Aku bingkas bangun. Nak balik bilik aku!

——————————————————————————————————————————————————————————

Malam-malam macam ni memang rutin aku buat assignment, kemas buku untuk kuliah esok pagi dan lepas tu aku akan dok pikir nak pakai baju apa untuk ke kuliah esok pagi. Kemeja biru dan jeans berwarna kelabu menjadi pilihan. Aku pun bingkas bangun sambil memeluk kemeja biru aku yang perlu diseterika. Aku menuju ke bilik khas untuk seterika kemeja aku yang telah disediakan oleh pihak asrama. Dalam bilik tu ada 2 meja seterika kayu yang kosong. Mejanya besar. Ada lapik kain kat atas meja tu dan 2 seterika. Bila aku rasakan seterika dah panas sikit, aku terus gosok kemeja aku.

Masa aku tengah gosok baju ni, aku terdengar ketukan. Bunyi ketukan kayu. Aku paling ke belakang. Astaghfirullah…. Kak lina duduk atas meja seterika yang betul- betul kat belakang aku!! Sambil menghentak2 kaki pada meja kayu. Dengan rambut kerinting kembang. Tersengih-sengih pandang aku. Entah bila dia kat belakang aku. Kata Kak Lina, dia cari aku kat bilik tapi tak jumpa. Sebabnya, malam tu dia tau budak bilik aku takde. So, dia nak tidur dalam bilik aku. Aku pun iyekan. Walaupun ade rasa seram. Bila aku bagi tau kawan-kawan yang lain yang Kak Lina tidur dengan aku malam tu, masing2 senyap. Ade yang cakap kalau takut pasang je surah yassin. Ade yang cakap, jangan pikir yang bukan2. Insha Allah takde pape.
Aku pikir positif je.

Sampai sini dulu aku cite. Nanti aku sambung lagi kisah 4 malam tidur bersama dengan Kak Lina. Masa ni cuti, universiti cuti seminggu. Budak bilik aku balik kampung.
Selamat Malam.

Jade

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

25 thoughts on “SAYA TETAP NAK KAHWIN DENGAN AWAK JUGAK! #2”

  1. cu, bole je kalau ko nak sambung2 cerita, tapi make sure cerita nya ada klimaks yg buat org tertanya2 n tak sabar nak tunggu sambungan…mendatar je cu cite ko yg ni….hmmmmmm

    Reply
  2. harap2 lepas ni dah takda sambungan2.. penat deknonn oiii.. tengah syok2 baca tetiba kita jumpa next episod.. lepas ni tulis sesiap bagi habis then baru post nah.. suka ka setiap kali post cerita org nak carutt hg… btw cita ni best cuma nyaa asyik bersambung, lama2 jd xbest deknon oii..

    Reply
  3. Please make sure cerita next ni chapter last, tak suka la baca cerita yg byk sambung mcm ni…
    kalau nak sambung, panjangkan la cerita dalam satu chapter tu, xda la org baca xpuas hati, atleast bila panjang, org paham kau penat menaip, ni cerita pendek n byk pulang sambungannya, panas hati je baca..
    Jangan risau, just tulis je panjang2, org sanggup baca drpd pendek n tergantung mcm ni, hmmmmm..
    Sorry la emo sikit..
    Btw, cerita kau best!

    Reply
  4. acah2 nak tulis cerita (yang tak pasti betul ke tak) pastu buat2 sambungan pulak … tak payah sambung lah dek non …. sian awak kan tangan penat menaip … dah2 tak payah

    Reply
  5. kalau nak buat sambungan pun, x yah la buat pendek2 sangat mcm ni. lepas ni orang dari semangat nak baca terus skip je cerita awak..

    Reply
  6. sambung lagi?? alahaiiiii..kenapa tak bagi panjang sikit cerita baru post..hmmm..
    tak best kalau sambung byk sgt..nk search lg satu hal..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.