Sebumbung Dengan Jin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca fs. Nama aku Arin dan aku berusia 21 tahun seorang penuntut di salah satu ipta di bumi kenyalang. Apa yang aku hendak kongsikan ini adalah perkara yang benar-benar berlaku di rumah aku. Sebelum itu aku nak mohon maaf dulu kalau bahasa aku ni tunggang langgang maklumlah aku ni bukan pakar dalam bidang sastera.

Back to the topic. Rumah aku dibina pada tahun 1998 di hujung kampung dan di situ di kelilingi hutan. Tak banyak rumah dibina di hujung kampung masa tu rasa-rasanya adalah dalam 3 buah rumah termasuk rumah aku. Yang banyak rumah semua di kampung tengah dan hilir. Usai je rumah tu siap kami pun berpindah masuk dan masa tu aku masih kecik lagi. Masa kami masuk je rumah tu adik aku yang masih bayi terus menangis tak tentu pasal. Nangis dia ya Allah sebab mak aku kata tak penah lagi dia tengok adik aku nangis macam tu sekali. Abah aku kata biasalah rumah lagi baru so malam esoknya abah buat kenduri doa selamat untuk rumah baru sekali dengan adik aku.

Masa ni aku tak berapa ingat sangat sebab aku kecik lagi. Bila aku dah masuk darjah 4 keluarga kami kena serang dengan penyakit kulit. Sakit dia Allah je tahu sebab dah bawa pergi hospital doktor kata alahan biasa je. Tapi sakit tu sampai berbulan-bulan. Takkan lah alahan tu stay permanent. Tapi sejak abah mintak tolong dengan mak bidan ni sakit kami pun makin sembuh. Tapikan.. Mak bidan ni bagitau abah aku yang bukan hanya kami sekeluarga yang tinggal kat rumah tu tapi ada “keluarga” lain selain kami. Sakit kulit tu puncanya datang dari mereka. Mulanya kami tak percaya sebab abah tak ambik port sangat hal-hal mistik ni. Kejadian pelik pun mula berlaku…

Masa ni aku dah darjah 6 dan mak aku pregnant lagi. Mak aku mula mengadu kat ayah aku yang dia bermimpi ada seorang perempuan berjubah hitam lengkap dengan niqab datang jumpa dia bagitau yang dia akan tolong jaga anak tu nanti. Mula mak aku ingat cuma mainan tido tapi kerap jugak mak aku mimpi sampai buatkan mak aku takut untuk tido. Abah aku mula risau dengan keadaan mak aku. Si adik aku pulak pi ngadu kat aku cakap dia jumpa budak lelaki dalam bilik aku. Budak ni selalu duk main sorok-sorok bawah katil. Pakaian dia pulak berjubah putih from head to toe. Aku tak percaya jugak sampai satu hari sedang aku tengah sidai baju aku rasa macam ada orang duk perhati aku. Aku pun toleh belakang tengok adik aku main angkat kepala dengan aku. Boleh imagine tak? Aku pun susah nak explain mcam mana hahaha, kira macam dia main angguk-angguk dengan aku.

Aku pun tetiba rasa tak selesa so aku pun marah dia kenapa buat macam tu last2 adik aku pi lari masuk rumah. Masa aku masok rumah tu adik aku tengah tengok tv so aku tanya lah kenapa dia buat kepala tak senonoh dekat aku then dia cakap dia dari tadi tengok tv kat situ tak berganjak seinci pun. Aku tak puas hati tapi aku tengok baju adik aku warna merah terang, takkan dia boleh ganti baju gitu cepat? Aku malas nak sambung gaduh lagi so aku diamkan je mungkin imaginasi aku kot, hahaha. Pasal mak aku pulak dia dah selamat melahirkan baby girl. Masa mak aku tengah berpantang dia tido dekat luar tapi abah aku temankan sebab mak aku kata dia rasa panas kalau tido dalam bilik.

Satu malam tu mak aku tido awal sebab letih baru balik dari hospital buat checkup baby dan abah aku tidokan adik tu aku sampai dia sendiri tertido. Abah aku tido dekat sofa sambil duduk dukung baby tu. Bangun je abah aku dia terkejut sebab baby tu dah takde dalam dukungan dia. Dia pun pegi nak kejutkan mak aku tapi dia tengok baby tu dah ada dekat dengan mak aku. Abah aku rasa nak setengah mati takut-takut baby tu hilang ke apa ke sebab gerenti mak aku marah besar kat abah aku hahaha. Abah aku pun tanya mak aku dia ke yang ambik baby tu tapi mak aku fikir yang sebaliknya. Mak aku ingat memang abah aku yang letak kat situ sebab mak aku bangun je dah tengok baby kat sebelah dia. Abah aku pun tanyalah aku dan adik tapi demi Allah kitorang takde pun ambik baby tu. Abah aku pun dah rasa lain macam so dia decide nak tanya ustaz apa sebenarnya yang berlaku. Setelah itu banyak lagi perkara yang yang terbongkar pasal “keluarga” ini.

Aku sebenarnya tak nak taip panjang2 sebab takut admin tak publish cerite aku ni so rugilah kalau aku taip full story tapi tak di publish. Tapi aku janji aku akan sambung story ni balik kalau admin publish dan ada masa terluang sebab aku pun tengah kerja sekarang ni, hehehe. Thanks admin kalau cerita ini di publish

-arin-

.

Arin
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.