Sekat Rezeki

Hai, Ammar (perempuan, ok) kembali. Thanks korang terhibur dengan kisah seram aku Atas Katil haritu. Ramai komen sempoi dan suruh sambung. Yang komen lain-lain tu halahhhh halaaahh.

Kisah Atas Katil

Masa aku tulis kisah Atas Katil tu aku betul-betul terlupa yang baru-baru ni ada serangan sihir jadi kat aku dengan mak. Biar aku cerita pasal yang ni dulu ye. Siapa pernah dengar cerita ni pasti lah terus tahu siapa aku. Kau senyap je tau, kang aku alih sihir ni kat kau pulak.

Beberapa bulan lepas aku dengan mak kehilangan kerja. Kami ni kerja kat satu company yang sama. So atas alasan nak cut cost, kami dan beberapa staf lain dibuang. Padahal aku tau je tu semua mainan politik pejabat. Heleh macam aku tak kenal je perangai diorang.

Tak kisah lah sebab sebulan lepas tu aku dapat kerja lain dan mak aku ligat jual kek dari rumah. Memang demand banyak sampai mak aku tak cukup tangan nak buat. Ayah aku pulak terpaksa tolong kacau kek malam-malam. Seronok betul time tu. Siap ada masa bawak satu family pergi bercuti.

Tiba-tiba kan sejak sebulan yang lepas, mak aku mengadu sesak nafas dan pedih tekak. Aku bebel la suruh dia jaga makan sebab kami anak-beranak memang ada allergic. Kena pantang makan, bukan makan pantang jumpa. Aku ingat takat tu je tapi satu malam tu nenek aku kata pukul 3 pagi mak ajak ayah pergi hospital sebab sesak nafas.

Sejak tu boleh dikatakan kejap-kejap mak aku hadap doktor. Lepas makan ubat, lega kejap tapi lepastu sesak nafas dan sakit balik tekak dia. Dia rasa salur nafas dan esofagus jadi sempit. Kahak banyak tapi tak keluar. Nak telan air pun susah. Nak buat kerja berat tak boleh. So bisnes kek mak senyap gitu je.

Pendek kata sejak dia sakit ni nak tidur pun mak tak berani. Takut lemas time tidur. Dapat tidur-tidur ayam jela. Ubat bukan sekadar dari Malaysia tapi ubat dari Taiwan beratus-ratus sekotak mak aku makan. Tak jadi jugak dekkk…

So mak aku pun call perawat yang selalu rawat kami. Aku namakan dia Uncle M. Ewah! Dia suruh pergi Terengganu buat rawatan. Sementara tunggu hari nak pergi tu, sempat la aku merasa sakit yang sama. Masa tu baru la aku faham seksa dia. Nak telan air pun pedih wei.

Bila buat rawatan, Uncle M kata orang yang buat kami ni puja dua bangkai anjing untuk hantar sihir. Dia tanam bangkai-bangkai tu kat jalan masuk rumah aku. Nak kasi kitorang sakit supaya takleh cari rezeki. Paling teruk mak aku la. Satu badan kena sihir. Aku pulak sihir tu masuk tekak, ovari dan muka. Masa Uncle M tonyoh muka aku nak buang sihir tu aku fikir eh elok jugak kalau masa ni pasang susuk sekali kan? Ahahaha!

Anyway, lepas rawatan dia kata kami kena tawarkan sihir tu. Dia suruh ayah aku tabur garam depan rumah bomoh dan tempat bangkai anjing tu ditanam. Ha jangan la tanya aku pulak macam mana Uncle M tau. Dah Tuhan bagi kelebihan kat dia. Kan korang yang baca ni kadang-kadang sengal jugak, sikit-sikit konfius tak faham.

So bila balik KL, aku dengan ayah terus menjalankan misi. Aku drive kereta ke lokasi dan ayah aku tabur garam. Bila dah setel mak aku bagitau tekak dia rasa lega. Tapi cerita tak habis setakat tu je ye tuan-tuan dan puan-puan.

Serangan demi serangan tetap terjadi. Kekadang kalau aku kat ofis dan mak aku kena sesak nafas tu, nenek aku risau sampai menangis. Sampaikan minggu lepas mak aku tak boleh masuk bilik dia sebab ada ‘benda’. Terpaksa la dia tido bilik aku. Aku pun terpaksa la berhuhuhu kena kemas bilik bagai.

Kami tahu sapa yang dengki nak tutup pintu rezeki kami sebab orang tu yang sihirkan kami dulu. Dia dengki apa ntah padahal gaji dia mahal kot, ada pangkat lagi. Tapi tulah kan sejak kami kenal dia ada je musibat jadi kat dia. Anak eksiden la, kereta kena pecah, rumah kena pecah. Padan muka.

Aku pelik kan, yang dengki hantar sihir ni diorang tak ingat m**i ke? Nanti kat neraka, siksa pulak dia merangkak cari aku nak mintak ampun. Dalam neraka tu ramai hoi bukan aku dengan dia je. Lagipun dosa wooo mensyirikkan Allah Taala.

Doakan kami sembuh dan doakan si pelaku dapat habuannya ye. What you give you get back. Pasal kisah mak aku kena santau dari 2 orang tu nanti aku cerita. Panjang jugak kisah dia. Takut kang aku tulis bersiri, korang bosan.

Yakinlah rezeki tu milik Allah dan Dia layak untuk bagi kepada siapa je yang Dia nak. Jumpa lagi!

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
AmmarKay

21 thoughts on “Sekat Rezeki”

  1. “Nanti kat neraka, siksa pulak dia merangkak cari aku nak mintak ampun. Dalam neraka tu ramai hoi bukan aku dengan dia je”

    Ehh..kau ni tulis mcm sure je masuk neraka..ker typo kau nak tulis padang mashyar.

    Reply
  2. yg citer atas katil tuh oberol ok la.. tpi ni nak sentuh cikit pasal topik dia tu jer.hmm.. kisah ATAS KATIL + image katil yg beselerak cm tu.. hmm.. mcm kisah porno pulak.. mbgghairahkan

    Reply
  3. allahu….byk betul kisah org yg kene sihir2 nii…org yg menghantar tuu pulak dengki x abis2 teh…x reti nk bersyukur sgguh….aduiiiii…harap cepat sembuh yaa….

    Reply
  4. Cerita atas katil…tenan ingat cerita erotik…sekali ada hantu pulak…p****g stim tul lah…aper pon kipidap kak oii…tulis byk2 lg yer..admin FS ni psl aper lembab sgt…sehari ada lah 2-3 cerita br…dok tunggu mcm bulan x jatuh2 jer.

    Reply
  5. ceritanya habis ke tak habis ni? dah sembuh ke belum?
    kitorang ni kebanyakannya mmg sengal sebab kalau cerita tak berapa detail susah nak faham.

    Reply
  6. Tekan kan sikit kisah maknya. Biar nampak feeling sikit. Bila kita baca boleh terasa keperitan maknya…

    Kalau Allah nak tulis itu rezeki kita, dihalang mcm mana pun kita akan dpt

    Reply
  7. Banyak2kan zikir ‘Bismillah 5’ tu dik. InsyaAllah, sangat berkesan untuk jadi benteng sihir, atas izin Allah. Terima kasih kongsi cerita ya.

    Reply
  8. Mmg siksa klo de org dengki antar sihir..sy Pon kena sihir hampir 8thun skng nie,.masa thun ke 6 baru dpt tau sbb de uztad bagitau..walau xdpt sembuh 100% tp alhamdulilah bnyak kurang DH..de rezeki lbh bru berubat LG..sy Pon bnyk kisah mistik jd tp xpandai lak nak wat karangan..huhuhu

    Reply
  9. Cerita menarik. Tapi tu ahh tah ada pulak ayat ayat yg mcm apa tah nak baca. Tak perlu kutt nak tulis pembaca sengal or konfius bagai street je tulis cerita tu

    Reply
  10. Haha tapi zaman sekarang ni tak ada yang pelik dah. Ustaz ustazah pun dahsyat juga main benda2 sihir ni. Sebab apa?? Sebab aku sendiri dh kena dgn puak2 ni. Sampai aku dgn suami hampir bercerai la. Pula tuuu org yg buat memang satu tempat kerja. Terpaksa juga la hadap muka even dh tahap benci gila rasanya.

    Reply
  11. orang tu lagi kaya n pangkat lagi tinggi tp dengki ngan korunk………..cuba ko ngan family ko cuba muhasabah diri sbb apa org yg kaya pun nak dengki gak kat korunk…pasti ada sebab…mana tau dari segi adab ke bahasa ke,,

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.