Sekolah 2 – Histeria (Bhg. 1, 2 & 3)

Sekolah 2 – Histeria (Bhg. 1, 2 & 3)

3 tahun telah berlalu. Ya 3 tahun. Tempoh yang cukup lama untuk aku bertenang. Hampir sahaja aku melupakan semua yang pernah berlaku antara aku dan sekolah ini. Bayangkan aku ambil masa hampir 3 bulan untuk pulih. Bertarung dengan pelbagai jenis perubatan. Dari bomoh ke ustaz. Dari doktor ke pengamal homeopati. Semua aku try test cuba. Hanya untuk pulih dari diganggu makhluk laknatullah yang bersumpah untuk mengganggu dan menyesatkan anak Adam sehingga ke akhirnya.

Alhamdulillah, akhirnya aku ketemu dengan ustaz rizal. Ironinya dia sebenarnya seorang lawyer. Orangnya hitam manis. Sangat humble. Bila berbicara, aku gerenti siapa pun pasti selesa untuk bersemuka dengannya. Dalam setiap nasihat, dia mengingatkan aku untuk berserah dan berdoa kepada Allah senantiasa. Katanya ubat untuk penyakit makhluk ini, pasti penyembuhnya adalah Yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta

3 tahun ini aku bebas dari melihat dan terserempak dengan mereka. Tiada lagi budak perempuan, nenek tua, apatah lagi terjumpa makhluk berbulu lebat dengan sang puteri bersiram. Doppelganger? Xda dah. Habis di-Islamkan ustaz rizal waktu aku berubat.

Jadi apa yang aku buat dalam tempoh 3 tahun ni?

Mengajarlah! Aku kan cikgu? Budak-budak memang rapat dengan aku. Sebab aku muda. Walau tak hensem, aku punya kesungguhan dan komitmen. Lagipun, aku jenis selamba. Tak banyak jaga darjat. Aku anggap budak-budak macam kawan. Asalkan mereka dengar cakap dan nak jadi manusia, bukan syaitan.

Awal tahun, seperti biasa aku masuk ke kelas. Gebang pasal silibus dan cerita-cerita sejarah. Menjentik minda budak-budak yang masih tidak sedar bahawa penting untuk mereka menguasai ilmu sejarah. Asyik matematik sahaja difikirkannya. Sejarah letak ke tepi. Dilayan seperti subjek kelas kedua. Tak penting, cukup sekadar lulus. Itulah yang ada dalam fikiran mereka.

Itu kali kedua aku masuk kelas 2 fairuz minggu pertama persekolahan. Aku masih ingat, ada tambahan murid. Katanya baru berpindah masuk dari sekolah tahfiz berdekatan istana. Pelik juga! Setahu aku, budak yang masuk sekolah tahfiz tu biasanya budak budak cemerlang. Dah masuk sana, jarang ada yang nak keluar. Bukan mudah nak dapat masuk ke sekolah tersebut. Apa hal pula budak perempuan ni masuk ke sekolah sini? Aku terus berteka-teki.

“Siapa nama kamu?” Soal aku.

“Fatin, cikgu,” jawabnya menunduk. Mungkin dia masih segan. Sengaja aku lemparkan soalan provokasi. Nak lihat respon dari budak baru ni. Kadang-kadang kena kasi sentap sikit. Baru boleh baca lagak budak-budak ni.

“Salah apa kamu buat dekat sana sampai kena buang ke sini? Ke, kamu malas belajar? Sebab tu kena tendang keluar dari sekolah lama?” Aku menjeling, sengaja membuat mimik muka kerek. Fatin hanya terdiam membisu.

Tiada jawapan keluar dari mulutnya. Aku lihat murid lain agak marah dengan pertanyaanku. Muka mereka berubah. Aku tahu ramai yang tak setuju dengan soalan aku.

Tiba tiba..

“Dia sakitlah cikgu,” seorang murid bersuara mempertahankan fatin. Aku mengalihkan pandangan kepada suara itu.

“Kamu kenal dia ke farah?” Aku menyoal farah yang bangkit mempertahankan fatin. Aku rasa sedikit tercabar dengan kelantangan farah. Namun, aku juga bangga sebab farah berani.

“Dia sakit…”

“Saya sakit hal perempuan, cikgu!” Cepat-cepat fatin memotong percakapan farah. Mukanya kemerahan. Beberapa orang budak lelaki tergelak. Aku masih membuat penilaian. Tak apa, masih ada banyak masa untuk aku kenal budak ni. Banyak masa untuk korek segala rahsia kenapa dia berpindah ke sini.

Waktu rehat dalam bilik guru, aku didatangi farah dan kawan baiknya, razita. Nampak farah benar-benar tak puas hati dengan cara aku melayan fatin. Farah memang begitu. Outspoken dan sangat mementingkan keadilan. Dia juga antara murid yang rapat dengan aku sejak tingkatan satu.

“Kenapa cikgu buat fatin macam tu?” Soal farah, ingin kepastian.

Aku menjelaskan tentang beberapa hal dan kemusykilan. Jenuh juga aku pusing kanan dan kiri. Farah dan razita masih blur-blur. Apalah nak diharap dari budak tingkatan dua nak mentafsir otak orang dewasa seperti aku? Tapi kalau aku tak jelaskan, nanti merajuk si farah ni, susah pula. Dia selalu tolong kemas meja aku. Tak ada dia susah juga. Haha!

“Dia sakitlah, cikgu!” farah mengulang percakapannya. Aku teringat, farah ada sebut perkara sama ketika di dalam kelas tadi.

“Sakit apa?” Aku menyoal farah kembali. Tiba-tiba…

“KRING! KRIIIIINNGGG!” Loceng tamat waktu rehat berbunyi. Bagaikan sengaja menghalang aku untuk tahu perkara sebenar.

“Rehat dah habis. Nanti bila-bila saya cerita dekat cikgu,” farah dan razita bergegas kembali ke kelas mereka. Aku tidak menghalang. Aku juga perlu bersiap untuk ke kelas seterusnya.

Petang itu aku balik agak lewat. Aku sempat pusing satu sekolah untuk tengok kalau-kalau ada budak yang tak balik. Bukan boleh dibiar. Takut ada budak yang ambil kesempatan berdua-duaan. Dating. Budaya couple budak-budak ni makin lama makin teruk sejak ada handphone ni. Lagi-lagi terpengaruh dengan cerita TV sekarang. My Girl lah, Winter Sonata lah. Aku berjalan ke arah bangunan belakang. Sekali-sekala bila aku pandang water cooler yang ada, aku teringat kisah aku dan sapek. Entah kenapa kisah tu agak kuat bermain difikiran ku petang itu.

Sesampainya aku di water cooler yang terletak sangat hampir dengan kelas 2 fairuz…

“Jangan kacau akulah!!”

Aku terpaku. Jantungku berdegup kencang. Berbagai persoalan bermain di benak fikiranku. Langkah aku terhenti seolah-olah ada gam yang melekatkan kedua tapak kasutku dengan lantai. Aku mengintai dari tempat aku berdiri dan melihat fatin sedang berdiri sambil mengangkat kerusi. Sebaik fatin ternampak aku, dia terus mencampakkan kerusi di tangannya ke arah aku dan terus berlari keluar.

Aku kaget! Kerusi tersebut jatuh di depan pintu kelas. Jaraknya masih jauh dari tempat aku berdiri. Memang mustahil kerusi tersebut boleh dicampak sampai kepada aku. Tapi, yang menjadi persoalan kenapa dia campak walaupun tahu kerusi tersebut mustahil sampai kepada aku?

Mata aku melilau mencari kelibat fatin. Budak ini perlu diajar!! Aku mengetap bibir menahan marah. Aku berlari kearah pagar belakang sekolah tempat fatin pergi. Fatin tiada!

Dan sekilas aku ternampak seorang pemuda bertanjak dan berbaju melayu lama. Lagak pahlawan kuno zaman dahulu-kala. Aku cuba menyapa! Tapi lelaki tersebut menghilang di sebalik surau baru.

Ah… Entah kenapa aku tak sedap hati… Mana pergi si fatin tadi?

===============================

“Acap, aku nak kau psiko sikit budak tu nanti. Tak padan dengan perempuan, baling kerusi dekat aku!” merah padam aku menahan marah. Aku memang geram tak habis dari semalam. Dah hampir 4 tahun aku jadi guru, ini kali pertama ada budak tingkatan 2 berani baling kerusi pada aku. Perempuan pula tu. “Huh! Memang masak budak ni kalau aku sendiri yang tanya. Ko kena tolong aku, cap. Ko jalan dulu. Nanti aku tenang sikit baru aku join,” aku menyambung. Perasaan marahku membuak-buak.

Sesekali aku tahan dan beristighfar. Bagi reda sikit. Almaklumlah, d***h muda

“Rileks, mad. Aku tahu apa nak buat. Ko tu jangan emo sangat. Karang tak pasal-pasal masak budak tu nanti. Aku tak nak tanggungjawab kalau budak tu buat kes pada kau nanti,” Acap mengingatkan. Aku mengangguk tanda faham.

Acap meminta aku untuk minum-minum di kantin dahulu sehingga tenang, kemudian baru kembali semula ke biliknya untuk bertemu dengan Fatin.

——————————————-

Pengusaha kantin baru kami memang pakar buat karipap dan samosa. Aku memang suka karipap kantin baru ni. Intinya padat, tepungnya ada rasa liat-liat sedikit. Dah sejuk pun masih sedap. Kena pulak dengan kopi pekat melekat hasil tangan budak air si Iman. Fuh, memang marvellous lah!!

Sambil sembang satu dua benda dengan rakan guru lelaki. Isu remeh-temeh. Sesekali sentuh isu sekolah dan gelagat budak budak sekarang yang makin susah dilentur. Itulah cabaran guru masakini. Yang nak dilentur manusia, bukan buluh.

Aku rasa aku sudah cukup bersedia. Cukup tenang untuk mengadap fatin. Aku sematkan dalam hati untuk mencari kebenaran dan beri pengajaran. Bukan untuk melepas geram dan mengikut amarah. Aku melangkah tenang ke bilik acap. Aku kira fatin sedang disoal siasat di bilik acap.

Acap atau nama sebenar asyraf, guru disiplin muda sekolah. Muka hensem, ramai budak suka. Mungkin itu kekuatannya dalam berhadapan dengan budak-budak. Lebih-lebih lagi budak perempuan.

“Betul ke kamu tak ada di sekolah petang semalam? Kamu jangan tipu saya. Nanti saya tengok rakaman cctv. Kamu tahu kan sekolah ni ada pasang cctv?” suara acap sedikit meninggi.

Aku melangkah dengan tertib menuju ke bilik acap. Bilik yang menyimpan seribu satu kenangan. Bilik PJK lama dalam premis koko yang diubahsuai menjadi bilik disiplin. Bilik budak perempuan dengan nenek tua.

Tuk tuk tuk… Aku mengetuk pintu bilik acap.

“Dia mengaku tak?” Soalku

Acap geleng kepala. Aku memandang tepat ke arah susuk tubuh yang duduk membatu di hadapan acap. Fatin diam membisu. Lagaknya tak ubah seperti patung. Aku semakin hilang sabar. Aku capai longgokkan surat khabar. Aku gulung senaskah menjadi gulungan kertas

PAM!!! Aku hentakkan gulungan surat khabar tadi ke atas meja. “Kamu jangan cabar saya!” tempelak aku.

Fatin terkejut dengan tindakanku. Air mata mula membasahi pipinya. Dia terketar-ketar. Wajahnya pucat ketakutan. Acap memberi isyarat supaya aku kawal diri. Aku faham, tetapi aku yakin cara aku lebih berkesan. Sekali lagi aku tinggikan suara.

“Kamu campak kerusi dah satu hal! Kamu tipu lagi cikgu dengan menafikan kamu ada dekat sekolah semalam?! Kamu ingat saya ni butakah? Kalau bukan kamu yang saya nampak, siapa lagi? Hantu?!”

Bagai tidak tertahan lagi, air mata fatin berderai. Dia teresak-esak ketakutan. Suaranya terketar-ketar menafikan. “Bu.. bukan saya cikgu. Sa.. saya tak.. tak ada dekat sekolah. Sa.. saya dah balik jam dua se.. setengah,” Fatin sedaya-upaya cuba untuk meyakinkan aku yang dia tak ada di sekolah semalam. Aku semakin naik d***h!

“Habis tu, siapa yang saya nampak semalam? Kalau kamu dah balik, buktikan. Siapa boleh buktikan yang kamu memang tak ada di sekolah semalam? Siapa?!” Aku cuba memaksa fatin untuk mengaku.

Fatin menggelengkan kepala. Aku fed up. Dalam amarah aku hilang pertimbangan juga. Singgah sedas pukulan gulungan kertas di belakang Fatin.

PAP! Acap terkejut.

Cepat-cepat dia tenangkan aku dan menasihati aku keluar. Fatin terketar-ketar. Walaupun pukulan itu tidak menyakitkan, tetapi aku yakin kesan psikologinya sangat berat. Sebelum aku keluar, aku nampak fatin terketar-ketar dan bunyi nafasnya semakin kuat.

“Huuuuu huuuuu huuurghhh…”

Tiba-tiba Fatin mengangkat mukanya. Matanya kelihatan berurat-urat merah. Air matanya masih mengalir lebat ke pipinya.  “Jaga kau!” Fatin menjerit. Serentak itu dia rebah dan seolah-olah terkena sawan. Mulutnya mula berbuih. Aku menelefon beberapa orang rakan guru untuk membantu. Suasana menjadi sedikit tegang dan kelam kabut.

——————————————-

“Nasib kau baik, mad. Bapak budak tu tak nak tau apa-apa and budak tu pun sedar tadi tak nak cakap apa-apa. Ko doa sajalah dia tak ambil tindakkan atas apa yang berlaku,” Acap menepuk bahuku. Ya, aku tahu aku agak melampau. Entah kenapa aku gagal mengawal emosi. Aku benar benar menyesal.

“Tapi budak tu memang lain macam sikitlah. Berani dia sound kita sebelum pengsan tu,” Muka acap berkerut.

“JAGA KAU!!!”
“J A G A K A U ! ! !”
“J A G A K A U ! ! !”

Babak di mana keadaan fatin sebelum rebah berulang-ulang dalam fikiranku. Matanya merah berurat dan terjojol bagai hendak terkeluar dari soket mata. Bulu romaku naik tiba-tiba. Seram sejuk.

“JAGA KAU!!!………”

=================================

Esoknya…..

Aku memandu perlahan masuk ke kawasan sekolah. Seperti biasa, keadaan memang sesak awal pagi. Kereta guru dan kereta ibu bapa berhimpit-himpit di jalan yang sempit. Masing-masing dengan objektif dan tujuan tersendiri. Guru, biasalah nak kejar ‘punch kad’. Ibu-bapa pulak sibuk hantar anak anak dan nak bergegas ke tempat kerja selepas itu. Sesampainya keretaku melewati pintu pagar sekolah.

Ya Allah!!!!

Screeeeeeeeeeechhhhhhhhhhh…………
Aku brake mengejut… Serentak dengan itu….

Tinnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!
Bunyi hon panjang dari kereta dibelakangku!!

Aku terpinga-pinga. Dadaku sakit tersentak tali pinggang keselamatan..

Fatin berdiri tegak di hadapan keretaku… dia memandang tepat ke arahku… Menyeringai dan merenung tajam…

“FATIN!” Tindakan fatin kali ini betul-betul berbahaya dan mencabarku. Hampir sahaja aku eksiden disebabkan dia muncul di depan laluan keretaku secara tiba-tiba. Aku bingkas keluar dari kereta untuk mendapatkan budak itu. Tetapi aku lihat fatin telah terbaring di  atas jalan dalam keadaan mengkerekot. Badannya mengeras. Kelihatan matanya mula putih dan giginya terkatup rapat!

“Ah, sudaaah!” getus hatiku. Orang ramai mula mengerumuni kami. Aku nampak fatin diangkat dan dibawa ke bilik rawatan oleh mereka yang ada di situ. Aku hanya berdiri tegak, terdiam bisu. Membiarkan mata-mata yang melihat membuat spekulasi dan menghukum aku atas apa yang baru berlaku.

——————————————-

“Bro, jangan risau. Ramai saksi yang nampak. Budak fatin tu yang muncul entah dari mana. Kau tak terlanggar dia dah kira nasib baik,” Fizy cuba menenangkan aku. Aku hanya bermenung. Seribu satu soalan bermain di fikiranku. Ini kali pertama aku berhadapan dengan situasi seperti ini.

“Budak ni nak balas dendamkah sebab kejadian tempoh hari?!” Aku menggumam sendirian. “Ah… Makin difikir, makin pelik budak fatin ni. Aku mesti bersemuka dengannya,” itulah kesimpulan yang aku capai setelah berfikir seketika. Dalam keadaan lemah longlai, aku bangun dan berjalan hendak ke bilik rawatan.

“Wey mad, rileks dulu. Ko jangan jumpa si fatin lagi. Nanti makin kecoh. Rileks dulu, kalau aku jadi kau, aku lepak dulu. Rehat ke… atau mintak untuk balik awal,” fizy memberi cadangan Aku mengangguk lemah.

“Tak apalah bro, aku pergi kelas dulu,” aku membalas ringkas. Setuju dengan saranan fizy. Terlalu bahaya untuk aku berjumpa fatin saat ini. Akan mengundang lebih banyak fitnah nanti.

“Assalamualaikum, cikgu,” suara murid 2 fairuz memberi salam.

“Waalaikumsalam semua. Saya kurang sihat. Kamu buat kerja sendiri, ya? Boleh?” Perlahan-lahan aku labuhkan punggungku ke atas kerusi guru. Aku tongkat dagu dan cuba untuk lelap seketika. Cuma beberapa saat sahaja.

“Hei, cikgu tak guna!” Lamunanku terhenti. Aku macam tak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengar. Farah berdiri sambil tangannya menuding tepat ke arahku.

Razita dan nadia, rakan baik farah turut terkejut dengan tindakan farah yang tiba-tiba. Mereka berdua bergegas bangun nak memujuk farah duduk sambil meminta maaf berkali-kali kepadaku.

“Kau dah kenapa, farah?” Aku menyoalnya. Nadaku sedikit tinggi. Farah meronta. Ditolaknya razita. Hampir sahaja razita jatuh. Melihat keadaan tersebut aku, menjerkah Farah.

“FARAH!” Farah memandangku dengan penuh kebencian. Aku lihat dia bernafas kuat. Badannya menggigil dan mukanya merah padam. Hilang sudah Farah yang sentiasa ceria dan sentiasa sedia untuk menghulurkan bantuan bila aku perlu. Farah yang ada di hadapanku sangat berbeza!

“Kau jangan ganggu dia!” Suara garau keluar dari mulut farah. Serentak itu farah merempuh nadia yang ada di hadapannya. Nadia jatuh terduduk dan Farah berlari keluar.

Aku semakin tidak faham. Apa yang berlaku kepadaku sebenarnya? Aku bergegas keluar untuk mengejar farah. Dalam kekecohan tersebut aku terdengar farah menjerit, “Aahhh!

Farah berdiri betul betul di hadapan bilik rawatan. Dia menjerit berulang kali. Beberapa orang ustazah menghampiri farah untuk menenangkannya. Keadaan sangat huru-hara. Budak-budak di tingkat dua sudah mula membanjiri koridor. Mereka mula tertanya-tanya. Aku lihat farah menekup kedua telinganya dan menjerit sekuat hatinya sebelum dia jatuh melutut dan menangis sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik rawatan.

“Hehe… He…. He…heheh…..” Tangisan farah berselang-seli dengan ketawa. Mulutnya berkumat-kamit sesuatu. Kalau apa yang ditutur itu bahasa, aku jamin bahasa tersebut bukan bahasa manusia. Kak dayah, seorang guru agama cuba mendekati farah dan memujuknya. Farah bangun. Diangkat kedua tangannya tinggi lalu dihentakkan keduanya pada pintu bilik rawatan!

BAMM!

Tiba-tiba tubuh Faraha mengeras. Badannya kejang. Dari posisi berdiri, Farah membongkok. Kepalanya rapat menyentuh lututnya! Farah memusingkan kepalanya separuh ke kanan, seolah-olah tulang lehernya terkehel atau patah.

 

KRUK! KRUUUK!

Tulang-belulangnya berbunyi kuat. Matanya putih dan mulutnya terbuka dengan air lirunya menitis ke lantai.

Ya Allah, Farah! Apa dah jadi pada kau ni?!

Bersambung

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

35 comments

  1. orang yang selalu kena HISTERIA ni mostly ada yang bertengek dekat bahu dia. Hantu dkt bahu tu pon tak baik sangat, dia nampak hantu dekat sekolah tu dia jelir lidah, ejek. Apa lagi. geram la hantu kat sekolah tu, dia pon cekik la hantu bertengek tu. Mcm tu la lebih kurang.

  2. Yeeeaaa…!!!
    SELAMAT PAGI CIKGU…!
    Mmg pagi akk bace dik, kol 3pagi tuuu…

    Sek tu Ma’ahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi ekkk…
    Sebelah Istana Jugra…??
    Mesti gangguan kat sana lg sgt teruk smpikan Fatin sanggup kuor cr sek lain…
    Kesiannye…

    Cikgu…
    Janganlah baran sgt…
    Cikgu mcmlah x pernah tau ttg situasi mistik camtu…
    Sepatutnya cikgu cepat sedar ttg misteri yg ade sbb cgu dh berdepan byk pengalaman camni…

    Kay…
    Cepat smbg…
    Klu x akk tggu ko kat jambatan Sg Langat…

  3. i dont like this kind of teacher, belum apa2 dah keluarkan ayat sinis dekat pelajar macam itu. kalau nak soal kenapa pindah sekolah better in private bukan memalukan depan satu kelas! itu pon nak kena ajar

    1. Setuju!!!
      Lg pon org reramai, kot iye pon mslh die seperti yg disoal tu, xkanlah die nk jwb jujur kan…
      Cemane pn tetap xde point provokasi tu…
      Tp xtaulah klu cgu tu dh kena gangguan yg buat die benci bebenor ngan Fatin tu…

  4. Kalo nak tanya sinis cmtu, better tanya secara personal…
    As a teacher, kita pn kena ada manners jugak ngn pelajar,, walaupun cikgu seorg yg open minded..
    Kerana mulut badan binasa..

    Papepun cite best…
    Nak tau apa kisah yg jadi ngn fatin n farah ni…

  5. Cikgu emo.jenis mcm ni la bdk paling menyampah.aku selaku bekas pelajar mmg salam pakai jari tengah kalau cikgu bajet bagus guna psiko kat budak2 pastu perasan bagus.salam jari tengah cikgu…

  6. Harap cikgu ambil iktibar ye..didik ikut cara islam lah..berlemah lembut dan hukum ikut kesalahan..panas hati juga baca cerita cikgu ni..anyway ok gak story ni..ada pengajaran

  7. itu lah dok fkir, kalau itu anak sy memang jaga kau cikgu.. mcm perasan bagus ja, jangan jadi judgemental freak sangat okay.. be positive sudah, kan dah tak pasal terjebak.

  8. Cerita best tp pendek sgt la..ingtkn bahagian 1,2,3 panjang la konon..patut la FS gabung bahagian 1,2,3.. pape pn betul kata dorg, cikgu xde alasan konkrik utk nk provok budk gitu..tnya je sudah la..

  9. Rilex la woiii. Crita je kot. Tapi bagus crita ni. Bleh buat org rasa benci dan saspen. Aku bc pun menyirap dgn cikgu tu

  10. erm menyesal baca awl… klu thu tak baca sbb bersmbung…baca bila lengkap semua mcm sblum ni.. hihihi.
    tp knp tak cerita mcm mana berubat buang saka.. ker ada pastu ai terlepas??
    apapun cepat submit ai setia nk baca…

  11. Salam cikgu. Awk ni baru mngajar 4 thn. Setahun jagung. Bnyk lg kena belajar. Pertama, seorg cikgu sesekali jgn sentuh pelajar, apatah lg kalau ckgu lelaki menghempuk/pukul pelajar pempuan. Nk bertnya pun apa salahnye tanye baik2. Cara awk ni mmg bikin gua panas. Hrp sedar dan ubah le diri tu.

  12. Eh dah release ke? Ingat x release… Sebab lama dah post. Haha

    Alamak!! Ramai orang marah haha. Sorry ya semua. Dalam hidup kita memang akan ada moment yang kita x bangga dengan tindakkan kita. Yes ini adalah salah satu moment yang saya x bangga dan rasa bangang

    But..

    End up fatin ni jadi one of my best student dan best friend. Even sampai sekarang pun kalau dia melawat sekolah x pernah dia x jumpa saya dan ucap terima kasih

    Dan saya pun banyak belajar….

    Beza sekolah agama sel dengan sekolah biasa ialah sek agama sel ni sekolah agama negeri. Saya masuk sebelum sekolah ni masuk sebagai sekolah kerajaan. Jadi saya xda qualification dan training sebagai seorang guru. Dan dalam siri pertama dah tunjuk saya ni kategori budak nakal sikit so tahap kurang ajar tu memang ada lagi sikit sebab belum berapa matang bila jadi cikgu tu haha

    Okay saya akan release next part. Saya try panjangkan lagi. Nak edit tu yang lenguh. Ni pon berterabur….

  13. Belum kenal background student, belum tau ape masalah student, terus embarrassed die dpn 1 kelas.. Harap dpt amik iktibar la cikgu ye dgn apa yg terjadi.. Geram je aku baca cite ko ni kan

  14. mmg perangai ko mcm tu ke? hmm takyah jd cikgu la bro.. perangai mcm budak baru nk up.. takde sifat empathy.. tak sesuai deal dgn adolescent..

  15. hahhaha. ini ke hasil belajar jadi cikgu? no wonder kadang kadang ada budak yg kurang ajar then salah kan ibu bapa. you earn my middle finger cikgu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.