Sekolah: Rahsia (ep. akhir)

“Owh! jadi cikgu dah tau lah pasal bilik tu?” Nizam memulakan bicara pagi tu. Aku mengangguk.

“Jadi, mudah sikitlah kerja saya” Nizam tersenyum. Sempat dia tanya kalau aku nak apa-apa. Kebetulan ada nasi lemak lebih, jadi aku beri kepada Nizam. Sekali sekala belanja tauke kantin.

“Hurm.. mana satu ya saya nak
mula?” Nizam berkira- kira. Aku minta dia mula dari sejarah awal.

“Sebenarnya kawasan sekolah ni, terbahagi kepada tiga kawasan. Kalau cikgu perasan, kawasan pertama ialah taman di belakang tapak perhimpunan, yang ada kolam tu” Nizam menuding tangannya ke arah taman tersebut. Dia menambah..

“Situ ada sebuah macam kerajaanlah. Ada puteri dari kalangan mereka yang jadikan taman tu taman dia. Kalau zaman saya dulu, selalu orang nampak dia bersiram dekat kolam lama tu. Sebab tu kolam tu tak pernah diguna. Ikannya mati sahaja walau sudah dibuat macam-macam cara” Nizam menarik nafas panjang. Aku minta dia teruskan dengan ceritanya.

“Kalau dulu, tempat tu memang pantang terutama malam, janganlah ada apa benda diletakkan, yang boleh di kira ganggu dia nak bersiram. Dulu ada cikgu buat camping minta budak berkhemah di situ, akibatnya, malam tu semua kena ganggu” Nizam berhenti sebentar. Dia diminta untuk kira harga makanan guru. Dia minta aku tunggu sekejap

“Bilik koko tu macam yang cikgu Fizy cerita. Tapi cikgu Fizy tak tau yang kubur tu ada dua. Satu di situ, satu lagi di bangunan belakang kelas hujung sekali. Dua-dua dipindahkan dekat pokok kelapa sebelah bilik koko tu. Bukan dekat toilet. Memang toilet tu, tak diguna sebab budak selalu nampak benda tu dekat toilet sampai kena histeria” Nizam menambah.

“Last sekali, kawasan dekat bawah pokok pelam tu, dekat dengan bilik makmal komputer”

“Situ paling bahaya. Sebab asal dulu tanah ni, dusun orang kaya sini. Biasalah orang lama. Orang dulu-dulu ada yang ‘membela’ untuk jaga dusun. Saya tak pastilah betul ke tak. Tapi yang tu, setakat ni tak pernah lagi dengar cerita kacau orang ke apa. Dulu-dulu je ustaz dan guru lama cukup pantang kalau budak main bawah pokok tu” bersungguh dia bercerita. Aku mendengar dengan penuh minat.

“Cikgu nak tau, dulu tanah ni tanah dusun. Diwakafkan untuk dibuat sekolah ni. Katanya waktu tanah ni dibersihkan, memang dipanggil la ‘orang pandai’ untuk berunding supaya bangunan boleh dibina dan tak ada masalah kelak. Kubur tu mereka tahu kemudian, selepas binaan bermula. Tapi yang perjanjian awal dibuat dengan yang pokok mangga dan Puteri di taman tu” kali ni Nizam menggaru kepalanya yang botak. Nampak macam dia cuba ingat sesuatu.

“Kalau ikut atok saya kata, janjinya nak minta benda tu pergi. Tinggalkan tanah ni, tapi mereka tak mahu. Mereka janji tak kacau orang dalam ni selagi orang dalam ni tak buat 3 perkara.

Pertama, tak kacau mereka dan tempat mereka, kedua, tak bina apa-apa atas kawasan mereka dan ketiga, pecahkan kawasan dan buat sempadan”

Aku kurang faham. Ku tanya Nizam apa maksud sempadan?

“Lebih kurang macam kawasan tu dipagar supaya benda sana tu tak masuk kawasan benda sini. Kiranya, setiap benda tu ada kawasan masing-masing tak boleh kacau. Awal dulu, pecah dua kawasan je, selepas jumpa kubur tu, pecah 3 sebab perempuan dengan nenek tu masuk kawasan Puteri jadi si Puteri marah. Waktu tu baru ada dua bangunan saja. Bilik koko dan bangunan belakang tu, sedang dibina. Budak sekolah baru ada 40 orang. Guru baru ada 3. Sebab puteri marah, histeria budak-budaknya diganggu Puteri dengan Nenek Tua dan Budak Perempuan tu”

Agak susah untuk aku hadam semua ni. Aku masih tak faham apa kaitan semua ni dengan aku?.

“Bila cikgu kata kena ganggu, ini tekaan saya je la” Nizam menarik nafas panjang.

” Dulu ada kes begini juga, budak tu terlanggar batu sempadan, menyebabkan sempadannya beralih. Jadi mereka ganggu, selagi batu sempadan tu tak diletakkan balik pada tempatnya. Mungkinlah cikgu ada alih atau kacau apa- apa yang cikgu tak tahu bahawa benda itu adalah batu sempadan”

“Nama je batu, tapi bendanya boleh jadi pokok, boleh jadi binaan” Nizam memandang ku dengan penuh rasa ingin tahu.

Aku menggelengkan kepala. Seingat aku tak ada pula aku cabut pokok atau usik benda tak tentu hala. Aku bukan jenis gatal tangan gitu. Dari zaman aku sekolah sini, walaupun suka aku berjimba dengan Ramly dan Sapek, tak ada pula aku buat benda-benda macam tu. Cuma adalah sekali, aku tersepak bola kena pasu. Pasu tu pecah. Ataupun sebab si Ramly cabut pokok ubi dekat belakang tu? Tapi aku tak buat. Si Ramly yang buat kenapa aku je yang kena? Pelbagai persoalan bermain di minda.

“Apa pun cikgu, saya rasa kali ni pelik sikit. Sebab selalu kalau benda tu marah diganggunya semua. Tapi kali ni cikgu je banyak kena. Jangan jangan dia berkenan dekat cikgu tak?” Nizam berseloroh.

TAK LAWAK OKAY?

Aku menjegilkan mata. Serius beb, jangan cakap macam tu. Buat aku tak keruan. Dibuatnya betul, macam mana aku nak buat.

Haish… Ya Allah Selamatkan Hamba- Mu ini!!!

Perbualan terhenti di situ. Nizam dapat panggilan dari supplier. Dia mohon beredar. Aku? Aku terus ke kelas. Mengajar seperti biasa. Tapi dalam kepala tak lekang dari berfikir tentang apa yang dikata oleh Fizy dan Nizam. Aku tak nampak apa sebab lagi, melainkan pasu dan pokok ubi. Aku rasa tak ada pilihan melainkan…

Ya! Mungkin aku kena bawa Ramly dan Sapek semula ke sini. Tanam balik pokok ubi dan ganti pasu tu semula. Aku tak nampak cara lain…

Ramly dan Sapek! Kau mesti tolong aku!!!

****************
Pertemuan semula….
*****************

Dah 30 minit berlalu dari waktu dijanjikan. Aku faham kalau si Ramly lambat. Biasalah, mana pernah dia datang cepat.

Tapi…

Si Sapek pun lambat ape ke halnya? Biasa dia datang lagi awal dari aku. Tak boleh jadi ni!!

Baru sahaja aku hendak mendail nombor Sapek, aku nampak dia tercungap cungap berlari masuk ke tempat bowling. Aku cekak pinggang tanda bengang.

“Apasal lambat?”

Aku sedikit marah. Tempat boling ni bukan boleh berlama lama. Aku bayar tapi tak main. Staf pusat boling tu dari tadi asyik memandang ku dan bercakap-cakap sesama mereka. Aku kira, mereka bengang sebab aku tak mula main. Rugi sebab customer ramai, tapi lane tak ada kosong. Dah lah bayar untuk satu game sahaja.

“Sorry bro” Sapek sedikit cungap.

“Lepas kau call dan cerita pasal benda tu, aku teringat sesuatu. Aku pergi jumpa mak aku sekejap dekat Kanchong” Sapek menarik nafas panjang. Dia cuba menghilangkan lelahnya.

” Kau buat apa dekat rumah mak kau?” Aku menanti dengan penuh minat. Sapek memandang ku. Nafasnya semakin lancar.

“Aku cerita dekat mak aku pasal cerita kau, mak aku kan dulu kerja kantin situ juga. Dia kata, ada juga dengar cerita macam kau beritahu. Jadi, aku korek rahsia dari mak aku. Tapi ye la, mak aku pun tak berapa ingat dah. Cuma nya satu je mak aku cakap, dulu kawasan belakang sekolah tu, tempat batas kebun KHB, memang tempat keras nenek tu!”

Sapek menerangkan. Dia menyambung lagi..

“Jadi, mungkin tekaan abang Nizam tu ada betul nya. Kau tak kan dah lupa kot, si Ramly pergi cabut pokok ubi waktu kita ponteng dulu. Nasib baik tak kantoi dengan Cikgu Zul KHB, kalau tak, makan wire berbirat kita” Sapek ambil kesempatan pakai stoking

Oleh kerana Ramly tak sampai-sampai, kami mula main terlebih dahulu sambil bercerita tentang andaian masing-masing.

“Confirm la tu bro, kalau tak apa sebab lagi kan?” Sapek menambah keyakinan ku.

Memang kalau difikirkan itu sahaja lah logik yang ada yang mengaitkan semua ni dengan aku.

“Jilake Ramly, kau lah punca!”

Sempat aku melepas geram menyumpah seranah Ramly. Nak menyumpah dia berdepan, takut kena tumbuk. Dah la si Ramly tu tauke ayam dan kerja kampong. Tangannya memang berketul. Aku memang penakut..

Elok selesai kami bermain, Ramly sampai. Dia minta maaf lewat sebab ada urusan kerja katanya. Aku dan Sapek terus ‘pau’ dia belanja minum malam tu kerana lewat.

Di kedai, aku jelaskan hasil perbincangan aku dengan Sapek. Ramly akhirnya setuju walaupun puas dia membodohkan aku kerana percaya bahawa peristiwa dia mencabut pokok ubi jadi penyebab semua yang berlaku.

Kata Ramly

“Baik bodoh macam aku, kerja dengan ayam pun boleh fikir benda tu tak logik dan tahyul, dari pandai macam kau tapi percaya benda bodoh dan karut!!”

Panas pula hati. Tapi tak apalah, janji Ramly setuju untuk buat apa yang telah aku rancang. Kami akan ke sekolah untuk tanam semula pokok ubi di tempat yang sama Ramly cabut dahulu dan gantikan pasu yang aku pecahkan di bangunan belakang.

“Aku buat benda ni semua sebab korang kawan aku, kalau tak jangan harap” Ramly mendengus tanda tak puas hati. Aku tau dia marah kerana dia dipersalahkan. Aku tahu..

Sebelum kami berpisah malam tu, kami tetapkan untuk buat semua tu hujung minggu ni. Aku cadang pukul 5 petang, tapi Ramly berkeras, dia tak boleh ikut kalau sebelum jam 8 malam. Sebabnya dia bekerja sendiri dan petang adalah rutin nya untuk jaga ayam. Walaupun aku tak setuju, aku terpaksa ikut kehendak Ramly. Lagipun kali ni, kami bertiga. Kalau muncul pun biar hadap sama-sama.

Ramly memandu pulang menaiki Hiluxnya. Tinggal aku dan Sapek.

“Rilek bro, hujung minggu ni Insyallah semua settle” Sapek memujuk. Aku mengangguk

“Senanglah kau cakap, kau kena ganggu sekali tu je dengan Nenek tua. Aku pula, siap pakej dengan budak perempuan tu sekali!” Aku menarik nafas panjang cuba untuk lebih tenang.

“Silap la bro, bukan sekali tau. Zaman budak dulu biasa je. Kau jangan lupa, rumah aku kan kampung. Biasa je nampak-nampak ni. Sampai demam pun pernah tau” Sapek memujuk ku. Aku tau dia hanya nak sedapkan hatiku.

********
MALAM YANG DIJANJIKAN
********

Aku masih ingat, hari tu hari Ahad. Petang tu, aku dah buat double check list semua barang yang diperlukan untuk malam nanti. Cangkul, lampu suluh, anak pokok semua telah tersedia. Yang tak bersedia ialah aku. Entah kenapa aku berdebar- debar sepanjang hari. Nak aku batalkan, takut Ramly marah dan tak nak turut serta lagi. Lagi payah!!

Malam tu, janji pukul 8 tapi Ramly lewat lagi. Aku dan Sapek kegelisahan. Hampir sahaja aku hilang sabar. Kalau dia lewat sampai jam 10 memang aku batalkan. Mujur dia datang juga tapi jam sudah menunjukkan pukul 9.35 malam!!

Tak nak buang masa, kami bertiga memulakan misi pertama untuk menggantikan pasu bunga yang pecah. Susahnya kerja mengganti ni kerana kami terpaksa masukkan pokok lama dalam pasu baru. Pasu lama dah retak dan pecah sebahagian.
Menguatkan tanggapan aku bahawa pasu ni mungkin salah satu batu sempadan kerana pasu tersebut tidak pernah ditukar biarpun pecah. Dah 5 tahun berlalu tidak ditukar meskipun banyak landskap sekitarnya berubah. Aku yakin sangkaan aku tepat.

“Siot, payah juga nak buat benda ni dalam gelap” Sapek mengeluh.

Memang keadaan gelap sebab lampu koridor tidak menyala. Rosak agaknya. Berbekalkan cahaya lampu suluh aku dan Ramly, Sapek terpaksa bekerja keras menggantikan pasu yang pecah dengan pasu yang baru.

Angin malam bertiup perlahan. Agak dingin malam itu tapi tiada tanda nak hujan. Tiada juga apa yang pelik berlaku. Aku semakin yakin bahawa semuanya bakal selesai dan berjalan lancar.

“Masakan mereka nak kacau aku. Aku tengah betulkan kawasan mereka” getus hatiku.

Alhamdulillah, selesai misi pertama. Ambil masa satu jam juga untuk selesaikan pasu bunga.

Namun aku gembira kerana selesai sudah satu perkara.
Elok kami nak ke tempat seterusnya…

WOI!!!

“Kamu buat apa di situ!!!” Satu suara kuat menjerit ke arah kami.

Alamak!! Pak Guard!!

Kami memandang sesama sendiri. Ramly nampak marah sebab aku beritahu, aku dah selesaikan hal kami dengan guard bertugas. Sepatutnya tak ada masalah. Namun jam sudah menunjukkan pukul 11. Aku rasa guard telah bertukar shift. Mungkin guard tadi lupa beritahu rakannya tentang kami.

Aku arahkan Sapek dan Ramly beredar untuk meneruskan misi..

“Pek, li, korang gerak dulu. Tak apa, aku cikgu sini. Pandai lah aku bagi alasan” aku menyuruh mereka beredar. Ramly dan Sapek mengangguk. Sapek ambil cangkul daripada aku dan Ramly membawa anak pokok bersamanya. Mereka bergerak ke batas KHB berdekatan bangunan belakang.

Puas aku jelaskan pada guard tersebut. Aku kenal dia. Dia Wak Amin, seorang yang tegas. Susah nak berkompromi. Askar pencen lah katakan!!

Jenuh aku telefon guard sebelum ni minta dia jelaskan. Akhirnya selepas 30 minit bertekak, barulah Wak Amin lepaskan aku setelah berpuas hati dengan penjelasan dari rakan setugasnya dan dia juga nak tengok sendiri apa yang aku dan rakan ku buat di sini malam buta. Aku suka saja. Lagi ramai lagi bagus.

Aku dan Wak Amin bergegas menuju ke tempat mereka berada.
Aku cuma berharap MEREKA TAK APA APA!!!!

*********
Doppelganger…
*********

“Ya ALLAH! moga tiada apa yang berlaku!!” aku tidak putus-putus berdoa di dalam hati.

Aku mesti cepat ke sana. Malam itu aku ditemani Wak Amin, seorang guard dan bekas askar pencen. Ini satu kelebihan buat ku.

“Adoi mesti diorang marah ” aku bergegas dengan harapan sempat sampai

Namun, dari jauh tiada kelibat manusia kelihatan!

“Eh mana pergi Ramly dan Sapek?”

Hatiku berdegup kencang.
Apa dah berlaku sebenarnya!!

Aku dan Wak Amin menyuluh sekeliling. Kami nampak cangkul terletak elok dan pokok ubi sudah selesai ditanam. Namun kelibat mereka berdua tidak kelihatan.

“Wak rasa kita mintak bantuan dulu, wak rasa lain macam. Bahaya kalau kita teruskan” Wak Amin bergerak lagak askar mengendap musuh. Berhati hati sambil matanya liar melihat ke sana ke mari.

“Wak baru kerja 2 minggu di sini, dah 4 sekolah wak jaga, ini first time hati wak tak sedap begini. Wak yakin ada yang tak kena!”
wak bertegas

Wak mahu kami kembali ke pondoknya. Aku terpaksa akur walaupun aku risaukan keselamatan Ramly dan Sapek.

Baru sahaja kami nak berpatah pulang…

Prap…Prap…Prap… bunyi tapak kaki

Kelibat Sapek berlari melintasi kami!! aku hilang pertimbangan!!.
Sesedar aku, aku telah jauh meninggalkan Wak Amin terpinga pinga keseorangan untuk mengejar Sapek!! Seperti ada yang tidak kena, aku terus mengejar Sapek hingga ke pokok mangga… dan aku lupa segalanya peringatan tentang sempadan dan sesuatu di pokok mangga!!!

Zaaaappppp!!! Jantungku bagai direntap keluar!!!

Sapek tiada di situ!!!

sebaliknya….

Satu susuk tubuh, berbulu lebat hitam dan sebiji mata berwarna merah saga, bertenggek di atas pokok memandang tepat ke arah ku!!

Lembik!!!

Seluruh tubuhku bagai hilang tenaga! aku hampir pitam!!!

Namun…

Cepat-cepat aku pejam mata dan membaca beberapa potong ayat Quran berulang kali. Bagai mendapat satu kekuatan luar biasa aku berpusing dan berlari sekuat hati. aku berlari dan terus berlari sehingga….

Sesuatu merentap aku dari belakang dan menekup mulutku!!! Aku meronta ronta. Padaku, keadaan ketika itu tiada beza antara manusia dengan hantu!

“Diam bodoh!!”

Ramly berbisik kuat dan meminta aku bertenang. Aku masih meronta ronta. Tangan Ramly semakin kuat memeluk dan menekup mulutku. Mata Ramly melilau seperti mencari sesuatu…

“Tolonglah diam!!”

Suara Ramly terketar ketar. matanya terpaku melihat sesuatu..

Aku tahu apa yang dia nampak..
Mata ku tertumpu pada bibir kolam. kelibat seorang perempuan duduk bersimpuh di bibir kolam sambil rambutnya sebahagian terendam di dalam kolam.
Dia memandang ke arah kami dengan muka bengis dan mata merah menyala!!!

” Allahu Akhbar!!!”

Ramly bertakbir berulang kali. Aku lihat makhluk itu semakin hodoh setiap kali Ramly bertakbir!

Dan…

Makhluk itu bangun dan melayang ke arah kami!!!

Bertempiaran aku dan Ramli berlari!! Entah ke mana aku berlari, aku hanya biarkan kaki ku menjadi pengemudi. Sesedar aku, ada sesuatu melanggar ku dan aku jatuh tersungkur…

“Aduh!!..

Dagu ku sedikit koyak, siku ku luka dan kuku kaki ku patah.

Pedihnyaa… Aku tak tahu di mana aku berada. Aku bersandar pada dinding berdekatan. Mulut ku tidak lekang dari membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Hatiku sedikit tenang. barulah aku dapat melihat keadaan dengan lebih baik. aku kini bersandar betul-betul pada dinding berhadapan dengan pintu masuk bilik koko!!!

“Apa patut aku buat.. apa patut aku buat Maaddd!!” Aku meratap sendirian. Tangan ku menekan pangkal jari, terasa pedih kuku kaki yang patah..

“ALLAH bantulah hamba- Mu ini”

Aku tidak putus-putus berdoa. Melihat keadaan pada ketika itu, aku tidak banyak pilihan melainkan bergerak ke pondok keselamatan.

Aku memandang ke arah pondok keselamatan tetapi tiada siapa di sana. Mana Wak Amin? Mana Ramly? Mana Sapek?

“Allah…” Berulang kali aku menyebutnya.. Aku berdoa agar Wak Amin, Ramly dan Sapek selamat. Aku bangun dari duduk ku. Seluruh tubuhku masih menggigil kuat. Perlahan-lahan aku bangun…

Kini aku berdiri betul-betul setentang dengan pintu bilik koko!!!..

Dan waktu seolah-olah terhenti seketika… Dari tingkap kecil bilik koko aku nampak….

Sapek sedang berdiri berhadapan bilik alatan sukan!!! Di hadapannya, ada budak perempuan bersama dengan nenek tua separuh badan!!!

” Sapeeeeeeekkkk!!! Aku menjerit sekuat hati.

Aku buka pintu bilik koko dan meluru ke arahnya. Sesampainya di sana, tubuh Sapek sudah mengerekot di atas lantai dan berbuih sama seperti malam qiam!!!

“Sapekk… bangun pek.. bangunlah pekkk!!..” Air mata ku mengalir deras. Ku pangku Sapek di ribaanku sambil menepuk-nepuk pipinya. kedua lembaga itu hilang entah ke mana..

Tiba-tiba…

Gebaaammm!!! Pintu bilik dibuka kuat!!

Pasangan nenek tua separuh badan dan budak perempuan muncul semula!!. Kali ini cukup jelas untuk aku nampak bahawa nenek tua separuh badan dan budak perempuan tersebut tiada bermuka!!

“Kau nak apa ha!!!” Aku menjerit sekuat hati.

Entah mana datang keberanian aku ketika itu. Aku ketakutan, Ya aku KETAKUTAN yang teramat. Namun aku sudah bosan dengan segala macam gangguan yang berlaku!

Aku nekad!! ku tinggalkan sebentar Sapek dan bangun untuk berhadapan dengan budak perempuan dan neneknya!!!!

Selangkah demi selangkah.. aku memberanikan diri. Mata ku memandang tepat ke arah keduanya…

Tangan mereka menuding sesuatu ke arah ku. Aku tak peduli, aku meneruskan langkah ku walaupun mereka menuding seolah-olah hendak memberitahu tentang sesuatu!!!

AAAAAAaaaaaaaaaAAAAAAAAHHHHHH!!!

Aku menjerit sekuat hatiku di hadapan keduanya. Tak tahu kenapa. Mungkin itu caranya untuk aku melawan ketakutan.

Mungkin juga, aku harap nenek tua dan budak perempuan akan pergi meninggalkan kami setelah aku menjerit kuat!!

Keadaan sepi seketika…

Perempuan itu dan nenek tua masih tidak berganjak. Mereka hanya berdiri dan menuding ke arah aku. Aku semakin keliru. Bagai ada sesuatu yang mendorong aku, untuk mempercayai keduanya.

Aku berpaling ke belakang….

Dup..duP..dUP..DUP!!!

HANYA SEINCI DARI AKU!!!…YA SEINCI!!!..

Betul-betul di hadapan muka ku.. Berdiri dua susuk tubuh dengan wajah sama seperti ku,

memandang dengan mata merah menyala!!!

KEDUANYA SEDANG MENYERINGAI KEPADAKU!!

*******************

Sebulan telah berlalu. Cuti sekolah telah pun bermula. Aku bersyukur masih dapat bernafas di muka bumi ini, setelah apa yang berlaku. Semuanya atas kehendak ALLAH yang MAHA ESA. Aku hanya hambanya yang lemah, yang tidak punya apa daya melainkan berserah seratus peratus kepadanya selaku MAHA PENCIPTA

Sebulan juga aku jauh dari sekolah. Sebulan ini juga aku lebih suka menyendiri. Aku tak mahu ditanya apa-apa oleh siapa-siapa. Jika boleh, aku memilih untuk tidak mahu mengingat semua perkara yang telah berlaku.

Namun, peristiwa malam itu bagai siaran TV berbayar bagi ku. Berulang ulang dalam kotak fikiran ku, seolah-olah setiap hari adalah tayangan perdana.

Petang itu..

Aku berjalan jalan dengan isteriku di Pantai Morib. Ambil angin laut.

Lama benar aku tak ke sana. Walaupun jaraknya dengan rumah aku tak sampai 15 kilometer. Ikutkan hati, mahu saja aku berendam mandi pantai petang itu, tapi tak bawa baju salin. Aku matikan sahaja kehendak ku..

Sebelum balik, aku singgah minum di salah satu kedai di Pantai Morib. Aku memilih air kelapa muda, dan isteriku minum ABC.

Kebetulan, petang itu ada kumpulan ‘Busker’ membuat persembahan berdekatan tempat kami makan. Lagu sedap. Aku layankan..

“Assalamualaikum bro” Aku disapa oleh satu suara yang sangat aku kenali. Dah sebulan kami tak jumpa dan berhubung. Aku faham masing-masing perlukan masa…

“Kau amacam pek” Aku memulakan pertanyaan. Lama Sapek bermenung sebelum dia membalas pertanyaan ku.

“Rasanya keadaan kita sama je Mad” Sapek tersenyum kelat. Aku turut tersengih. Bodoh agaknya, bertanya perkara yang aku sendiri lebih tahu dan rasa?

“Dah terlanjur kau bertanya..” Sapek menambah. Aku melihat dia menyeluk saku mengeluarkan satu kertas kecil bertulis alamat dan nombor telefon. Dia menghulur nya kepada ku.

“Kau masih ingat wak Ali?”
Aku mengangguk tanda ingat. Masakan aku lupa, Wak Ali adalah penyelamat pada malam tersebut. Dia kenalan lama Wak Amin.

Malam itu, setelah aku lari mengejar Sapek, Wak Amin terus pergi ke rumah Wak Ali yang terletak tidak jauh dari sekolah ku dan meminta bantuannya.

“Wak Ali minta aku bagi pada kau, dia nak kau jumpa dia bila lapang nanti. Ada benda yang perlu engkau tahu” Sapek tak mahu menjawab soalan-soalan dari aku. Dia minta aku bertemu sendiri dengan Wak Ali.

“Semua jawapan yang kau nak bro, kau akan dapat selepas jumpa wak”

Sapek meminta izin untuk beredar. kami bersalaman dan berpelukan. Terlalu banyak dah yang kami lalui bersama.

“Bro, bila-bila telefon Ramly, dia masih terkejut lagi” Sapek mengingatkan aku tentang Ramly. Aku bukan tak mahu telefon dia. Aku percaya dia juga perlukan masa.

Balik dari pertemuan itu, aku ambil masa bersedia sehari dua. sebelum aku telefon Wak Ali dan set masa pertemuan dengannya.

Dan hari yang telah dipersetujui…

Aku datang seperti dijanjikan. Aku hanya datang seorang diri. Itu permintaan Wak Ali. Sesampainya aku di rumah wak, dia menjemput aku ke dalam rumahnya. Di hidangkan aku secawan kopi dan ubi rebus sambal hijau ikan bilis!!

“Wak nak minta maaf ya nak. Wak suruh kau datang, tapi wak hidang kopi dengan ubi je” Wak Ali berbahasa basi dengan aku. Kami berbual kosong tentang banyak benda sambil menikmati ubi rebus dan kopi kaw pekat melekat.

“Sebenarnya wak panggil kau ni, ada benda wak nak beritahu. Wak minta izin dulu, kalau kau dah sedia nak dengar, wak akan cerita, kalau belum kau baliklah dulu. Esok bila-bila dah sedia, datang saja rumah wak. Wak sedia bercerita” Wak menyusun ayat.

Sudah tentu aku ternanti- nanti apa yang hendak diberitahu kepada ku.. Aku mengangguk dan meminta wak meneruskan ceritanya.

“Begini, wak nak tanya kamu ni. Kamu tahu apa yang berlaku malam tu? Kamu ada ingat apa-apa?” Soal wak berangkai. Wak menarik nafas dalam- dalam.

“Kamu tahu tak, kamu ni ada saka” Aku kaget dengan penyataan yang keluar dari mulut Wak Ali. Aku menggelengkan kepala. Setakat yang aku tau, memang tak ada. Aku menafikan. Wak memandang serius. Diangkatnya kening sebelah lagak Ziana Zain dalam filem ‘Sembilu’

“Kalau begitu, soalan wak yang kedua. wak nak tanya ni, pernah ke kamu kena ganggu benda-benda halus sebelum peristiwa sekolah tu?” Lagi sekali aku berkerut. Kenapa wak tanya aku macam ni?.

Aku menarik nafas panjang. Aku beri wak jawapan sama aku beri pada Fizy dahulu.

“ Tak pernah wak. Kalau ada pun, saya tak tau itu gangguan ke tidak. Waktu kecik dulu, saya pernah mimpi labah-labah jatuh atas badan dan mimpi nampak orang berlari atas loteng” Aku beritahu wak sejujurnya. Wak mengangguk seperti puas hati dengan jawapan ku.

“Ada kau ingat? Lepas mimpi tu, ada apa-apa perubahan berlaku pada diri kau? Ada kau rasa bila duduk sorang diri, telinga kau berdesing dan rasa macam kena gerudi?” Wak bertanya lagi

Soalan wak menyedarkan aku tentang sesuatu. Memang betul, aku ada rasa macam itu dahulu. Dari kecil, sampai aku sekolah menengah, memang aku ada masalah berdesing dan rasa macam telinga digerudi. Tapi bila aku jumpa doktor, doktor kata aku ada migrain. Aku beritahu semuanya pada Wak Ali.

“Baiklah semua dah jelas. kau dan sorang lagi kawan tu.. siapa nama dia? Sapek ya? Dua-dua sama” Wak Ali menghirup kopi pekat di hadapannya.

Aku semakin keliru. Apa perkaitannya?..

“Cuba kau ingat betol-betol kenapa semua ni berlaku? Kau dan budak tu, dua-dua sama. Ada yang mengikut!!!” Wak Ali sedikit meninggi suara.

Sedetik itu juga, segala galanya bagai berulang tayang dalam kepala ku. Dari kali pertama peristiwa qiam, hanya aku dan Sapek yang kena. Ya! Aku berjumpa budak perempuan dalam bilik Koko, waktu hendak ambil buah catur, kemudian aku jumpa Cikgu Terbang di hadapan bilik Koko.

Sapek pula, dia nampak benda tu menyerupai Ramly dan dirinya di tempat Water Cooler tapi lepas tu, baru dia nampak kelibat nenek tua!!

Memang betul aku selalu nampak budak perempuan tu di Bilik Koko. tapi seperti kata Fizy, budak tu hanya muncul dan pergi. Cuma sekali sahaja, dia baling bola dan tarik kerusi.

Tapi kenapa?!!

Waktu malam tu pun sama. Aku nampak budak tu dan neneknya menuding jari ke arah ku. Dan tak silap aku, perkara sama sebenarnya ditunjuk dalam mimpi ku. Waktu mimpi itu juga keduanya menuding jari ke arah aku.

Dannn….Bagai direnjat eletrik!!!

Ya.. Aku faham!… Aku faham kenapa dan mengapa semua ini berlaku!!!. Dan siapa lembaga dua yang menyerupaiku?!!

BODOHNYA AKU!!!

Jikalau masih ingat, sewaktu aku jumpa Sapek di tempat boling, Sapek pernah beritahu dia biasa diganggu sehingga demam-demam. Mungkin dia sama seperti aku, didampingi entiti yang DIA TAK TAHU!!

Nenek tua dan budak itu bukan mahu ganggu aku.. Mereka marah kerana AKU YANG GANGGU mereka!!!

Budak perempuan dan Cikgu Terbang bukan entiti yang sama. Begitu juga apa yang Sapek nampak di water cooler. Nenek tua marah kerana ada ‘benda lain’ masuk ke kawasan mereka. Sebab itu dia muncul untuk halau Sapek dan dua kelibat yang ada mengikutnya!!

Macam mana pula dengan misteri Bilik Koko? Kenapa budak perempuan baling bola dan mengamuk? Mungkin kerana aku bawa benda asing bersama. Dia tercabar agaknya!!!

Dan…

Malam itu juga sama. Dua kelibat itu ada bersama. Mereka memang sentiasa ada. Satu ada dengan ku dan satu lagi ada bersama Sapek. Mereka dari jenis yang sama. Bila kami bersama malam itu, keduanya kembali bertemu.

Nenek tua dan budak perempuan, makhluk berbulu lebat keduanya terancam kerana kehadiran makhluk yang mendampingi aku dan Sapek sejak dari kecil. Kami yang langgar sempadan bukan soal pasu bunga atau pokok ubi sebenarnya!!

Ramly?

Dia hanya mangsa. Dia tak patut kena semua tu. Hanya kerana dia bersama kami malam itu, akhirnya dia nampak Sang Puteri bersiram murka. murka kerana aku bawa benda lain bersama!!

AH!!!

“Jangan paksa diri nak” Wak Ali memegang bahu ku. Terasa perit di kepala. Berdenyut denyut.

“Wak tak berapa pandai mengubat. Malam tu, wak datang tolong kamu, wak nampak benda tu sedang berdiri di sebelah kamu dan Sapek. Kamu berdua dah pengsan waktu tu. Wak halau keduanya” Wak Ali menyambung ceritanya

“Jadi nasihat wak, pergilah berubat. Wak yakin dia masih ada. Benda ni, dia dah berkawan dengan kamu lama. Kamu tak sedar dia ada dengan kamu. Dia buat kamu rasa malas, rasa was-was, jauh dari ibadah. Nasib kamu baik, tak sampai dia bersaka” Wak Ali menamatkan cerita petang itu.

“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”
(QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)

Aku mengucapkan terima kasih pada Wak Ali yang sudi luang masa beritahu aku semua ini. Insyallah akan aku segerakan berubat. Aku meminta izin untuk pulang.

Aku keluar dan masuk ke dalam kereta untuk memandu pulang.

Kereta ku mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Wak Ali. Ku pasang signal untuk masuk ke jalan besar..

Tiba tiba!!

Aku tersenyum sambil melambai lambai!!!

NENEK TUA SEPARUH BADAN DAN BUDAK PEREMPUAN, ADA DI SEBERANG JALAN!!!

-TAMAT-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

49 thoughts on “Sekolah: Rahsia (ep. akhir)”

    • Hahahahhaha…
      Menjahit td…
      Pastu dh siap asben g opis bwk anak2 plak…
      Tggl sensorg memalam buta…
      Mmg kojo gilooorrr ar den nk bukak FS kaaannn…
      Ni diorg baru blk, acah2 beraniler akk x menyabor nk bace citer cgu ni…
      Heheheheheh…

      Reply
  1. Woooiii…!!!
    Apsal plak ending tu cgu senyum sambil lambai2..???
    Udah kamceng plak ke…???
    Curigaaaa…

    “Lepas kau call dan cerita pasal benda tu, aku teringat sesuatu. Aku pergi jumpa mak aku sekejap dekat Kanchong” Sapek menarik nafas panjang. Dia cuba menghilangkan lelahnya…”

    Kanchong???
    Jalan ape???
    Alahaaiii..dah serem2 ni nmpk name Kanchong teruuusss rindu mak…
    Nak balik kampoonnggg…
    Sob sob…

    Korg patot belanja Ramly mkn Ramly Burger…
    Kesian die kena tuduh ngan korg, haikatnye korg adalah punca tauuu…
    Cooppp…
    Kedai ayam Ramly kt mane???
    Nk paw ayam sekor dua, kan akk dh back up die kan…
    Hehehehehhe…

    Reply
  2. Wow. Aku baca dari episod 1 hingga akhir. Terbaik.

    Mohon penulis post lagi cerita kat sini.

    Kalau ada hashtag (#) lagi bagus. Senang nak search.

    Fuuhhhh memang terbaik la.

    Reply
  3. best. tapi… kenapa simptom telinga berdesing…? kebelakangan ni ada jadi sekali dua, nak lagi best kebetulan, masa duduk sorang2.

    tapi anggap biasa ja sbb kdg2 korek telinga kasar sikit. hooo demmm.. what do you think..?

    p/s: ahh sudah kucing sekor ni asyik pandang tak berkelip.

    Reply
  4. Memang terbaik cerita cikgu. Penuh suspen dan situasi cemas. Berdebar jantung Mel baca ni haa. Kosa kata menarik dan pelbagai. Memang sesuai lah jadi cikgu!.

    Dari baca dekat ruangtamu, lari masuk bilik. Hahaha cuak sungguh. Best! Terima kasih

    Reply
  5. kesian Ramly yang x caya kat mistik2 ni, tup2 dia kena ..hihi… cikgu Ahmad nti hantaq la kat Arkib Angker Negara page FB, ramai penulis kat situ

    Reply
  6. Cikgu Ahmad,

    Xsabar nak baca cerita seterusnya n nk tau kesudahannya.. Adakah cikgu dh pergi berubat n ape yg terjadi?

    Mak harap boleh la kiranya cikgu share cite dgn kami2 ni ye?

    Trima kasih utk cite yg best.. Jalan citer tersusun n menarik!

    Reply
  7. Nampaknya kerja sia2 lah ganti pasu tu dengan tanam pokok ubi. Tapi at least sebabnya betul NI kes jin2 di situ bersikap ‘territorial’. Best! Puas baca cerita panjang gini. Dapat rasa ada climax. Citer baru jangan lupa hashtag.

    Reply
  8. gigih baca dr first sampai last..
    memang simpan dr awl sampai da last sbb x nk terseksa jiwa.. haha
    apapun nk tahu pergi berubat tak?? klu prgi bleh story tak??

    Reply
    • Bab berubat tu saya bawa dalam sequel sekolah seterusnya.

      Sekolah: Histeria

      Dah siap 7 episode. Tapi belum tamat. Saya jangka boleh sampai 12 episode. Kalau saya post di fs nanti saya akan jadikan 2 atau 3 bahagian…

      Reply
  9. Baru baca dr 1st episod..iols bg 9/10..cerita teratur & sng paham..Nasi lemak yg cikgu beli utk cikgu fizy tu nasi lemak sotong pak musa ke?hahaha..ns lemak tu mmg terbaik..??????

    Reply

Leave a Comment