Pendamping 77 ekor jin

Assalamualaikum semua, aku jaja berasal dari Shah Alam dan lahir di Kedah. Thanks to Admin FS jika cerita aku ni tersiar untuk korang baca. ini merupakan penulisan pertama aku, sebelum ni aku silent reader baca bermacam2 pengalaman dalam page FS ni. Mungkin cerita aku tak seseram cerita orang lain tapi aku nak cerita juga. sebab bagi aku benda ni sangat special dan aku akan jadi kenangan untuk cerita pada anak cucu nanti ceh !

okay. untuk permulaan cerita nak bagi korang faham. aku start boleh nampak segala makhluk2 yang comel comel ni selepas SPM. Start dari aku kena tindih dan bunyi2an yang bagi aku time tu macam normal je. tapi semasa aku sambung belajar di UiTM pengalaman terserempak kelibat2 ni makin agresif. time mula nampak macam2 dalam kolej aku nak cerita pada kawan2 aku pun susah sebab ada yang percaya ada yang macam takut nak dengar. so aku senyapkan je even aku nampak lembaga yang menyerupai roommates aku. aku just buat taktahu sampailah sem 3, time tu degree tengah cuti sem. kolej sunyi betul. banyak bilik kosong kat blok aku duduk ni. malam tu dalam bilik aku dah get ready untuk tidur tapi tetiba time aku nak baring aku rasa taksedap hati. dada aku berdegup kencang. aku baca 3 qul dan Al fatihah aku hembuskan kat setiap tubuh badanku dan baring mengadap pintu. memandangkan bilik aku panas, aku baring kat lantai. roommates aku yang lain semua sedang sibuk siapkan assignment. tengah aku nak pejam mata tetiba aku nampak sekilas kain merah bawah pintu bilik laju ke arah kanan , bilik sebelah (classmates aku) . Secara automatik aku bangun dan cakap ” aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku ” dada aku rasa macam nak pecah time tu. laju betul berdegup. bila ingat balik rasa macam kelakar sebab cuba korang bayangkan roommates aku tengah sibuk buat kerja, diorang semua terkejut gila. muka diorang pucat jugalah.

” wei ja kau dah kenapa? ” tanya Ila (bukan nama sebenar) dengan suara garang ! okay Ila ni garang tau. hahaha aku pun risau takpasal2 kena pelempang kang.

“err takde pape.. okay goodnight korang ” aku terus baring mengadap siling dan pejam mata tidur. aku malas nak cakap nanti karang ada yang takut nak tidur. hahaha

malam tu aku mimpi didatangi lembaga tua yang bertongkat dan membawa batu nisan (digulungnya batu nisan tu dengan kain kusam ) dalam mimpi tu nampak asap putih yang tebal dan suasana yang sangat gelap. lembaga tu datang ke arah aku dengan mata terjegil sambil bersuara.

” keluar dari kawasan aku ! berambus !!! ” amboi sesuka hati dia je nak halau ! dahlah susah nak dapatkan kolej ! aku tak ingat apa yang aku cakap. mungkin aku lawan balik kot lembaga tua tu haha

” Kau taknak keluar ya orang muda ? jangan menyesal jika salah sorang kawan kau aku kacau ! merana nantiii !! ” ugut lembaga tua sambil tersengih. Jelas selepas lembaga tu ugut, aku nampak kawan2 aku yang duduk sebelah bilik aku menangis keluar air mata d***h sambil memohon ampun supaya jangan kacau. aku macam blur dalam mimpi tu sehinggalah aku terjaga sebab roommates aku Ila libas badan aku dengan sejadah dia suruh bangun subuh ! laaaaa kacau lah kau Ila .. mimpi aku takhabis lagi.

Haritu aku pergi kelas macam biasa. aku cuba juga tengok reaksi kawan2 aku yang stay sebelah bilik aku ( Syikin & Zati ) tapi macam takde pape yang berlaku. Diorang macam biasa aku tengok, gelak2 dan happy go lukcy la. sebab dua orang ni aku kenal sangat ! periang macam kanak2 ribena ! terus aku anggap mimpi aku tu mainan syaitan je.

Sehinggalah, balik dari kelas. aku dan rakan2 ku nak masuk bilik. aku tunggu Ila bukak pintu bilik. Syikin & Zati aku tengok memasing duk berbisik2 diluar pintu. Aku dah rasa curious sebab time aku dah masuk letak beg semua, aku nak pergi tandas. Aku still nampak dua orang ni duk luar pintu. aku terus tanya diorang

” kenapa ni? ada masalah ke ? ” aku pergi kat dua orang ni. Syikin & Zati pandang aku dengan muka pucat. Sudah.. belum sempat diorang jawab soalan aku. aku tarik terus dua orang ni masuk bilik aku. aku tutup pintu bilik , suruh diorang duduk & bercerita.
Syikin terus menangis. Zati tutup muka. Roommates aku yang lain kehairanan terus datang duduk dekat sebab nak tahu kenapa dengan dua orang ni. Syikin start cerita.

“malam semalam kiteorang kena kacau, ada suara garau kat luar tingkap macam mendengus marah, lepastu almari bergoyang. pintu bilik kena ketuk banyak kali. ” Syikin masih menangis sambil dipeluk oleh Zati. Jelas aku nampak muka diorang dalam ketakutan. korang tahu aku boleh tersenyum time tu ! haha aku pegang tangan Syikin aku ajak diorang buat report kat pihak kolej. tapi hampeh masing2 takut.. startlah malam tu. semua takberani nak tidur. siap ajak balik rumah parents salah sorang roommates yang duduk area shah alam. nak taknak aku pun join lah ! seram wei duduk sorang2 hahaha
malam ketiga, masih sama lari dari masalah. aku rasa geram juga dengan kawan2 aku ni. apa yang nak takut. benda ni lagi suka kalau kita lari.

aku call parents aku cerita masalah aku. abah bising cakap kenapa lari dari masalah. dah agak kena marah dengan abah. even abah takpercaya benda2 ni. tapi abah tak suka anak dia tidur rumah orang menyusahkan orang setiap malam. aku dengan air mata berlinangan malam tu juga aku bagitahu kawan2 aku.

” korang taknak settlekan benda ni, aku tekad esok aku akan settlekan benda ni ” esoknya selepas kelas, aku pergi sorang jumpa pihak kolej bagitahu hal gangguan tu. hampeh. pihak kolej tu boleh jawab, normal benda2 ganggu ni. nak settlekan sila settlekan sendiri. sedih aku. ingatkan pihak kolej nak bantu call ustaz buang benda tu. urmm…

aku cari ikhtiar lain. aku jumpa ustaz di pusat islam memandangkan aku pernah koko pengurusan masjid dengan ustaz tu. aku buat appointment & bawa sekali Syikin & Zati sebab bilik diorang yang kena kacau. Ustaz tu bagi air penawar bagi semangat balik, garam & lada hitam. Ustaz tu suruh tabur sekeliling bilik berlawanan arah jam. Balik tu Syikin gagahkan diri masuk bilik dia dan tabur garam & lada hitam.

Alhamdulillah selepas tu tiada dah gangguan yang pelik2. aku? macam biasa sehinggalah habis belajar. aku asyik nampak kelibat. dan pernah yang tumpang dalam kereta semasa aku on the way balik rumah. time tu lepas maghrib. laluan aku lalu highway puncak alam ke puncak perdana. dulu kawasan tu kan pernah ada kes b***h kejam altantuya. time tu kereta tak banyak ada pun dua tiga buah kereta kat belakang aku & depan aku. kawasan tu waktu malam memang aku tak gemar. sebab gelap gelita. pleaselah buatkan lampu banyak2 kawasan tu ! rimas aku setiap kali lalu situ. mata aku ni plak jenis takreti duduk diam. haha
tengah drive kereta tu aku nyanyi2 kecil sambil ikut music yang dimainkan oleh DJ radio (nak sedapkan hati, padahal lebih elok kalau aku berzikir ! Ya Allah lalai betul hambaMu ni). time tu plaklah kereta depan slow gila. mulut dah bebel sumpah2 kereta depan sebab aku taksuka pemandangan kanan kiri. hutan penuh. rasa macam dipanggil2 je. haha
aku tengok line berlawanan kereta takde. aku p****g laju kereta depan aku tu. yes !! aku happy kejap sebab dapat p****g. aku tengok mirror belakang kereta tu dah hilang dari pandanganku. slow sangat !

tengah duk menyanyi tu. tetiba kereta aku rasa berat. ahhh sudah. lutut aku menggigil. petanda takbaik. aku gagahkan tangan kiriku untuk tutup radio. lalai lagi ! padan muka kau jaja ! aku rasa macam ada benda menumpang dekat seat belakang. aku terus mengucap dalam hati. baca doa2 perlindung diri. aku buat2 steady tapi time tu hanya Allah je tahu. aku risau benda tu pegang bahu aku atau mengilai je haha kereta yang aku p****g tadi dah p****g aku balik. siap bagi hon lagi. mungkin nak ketawakan aku la tu sebab dia boleh kejar aku balik. aku dah takboleh fikir apa2 dah. aku kuatkan hati cuba halau benda tu. aku bisik dalam hati aku ” jangan kacau aku.. keluar dari kereta aku cepat!! aku taknak bawa kau balik lahhh ” kereta aku masih belum pulih lagi. makin berat lagi adalah. rasa macam bawa batu je. adui.. aku beranikan diri pandang mirror belakang. kau rasa aku nampak apa ?

lembaga berambut panjang muka putih pucat duk pandang aku tepat sambil tersenyum. mata dia merah. time tu aku rasa nak pengsan wei ! aku terus berhenti kat selekoh tepi jalan, lagi 2 minit nak sampai rumah tapi… aku takboleh drive dah. rasa nak pitam. sebelum ni aku boleh relax lagi. kali ini aku rasa macam takmampu. aku pegang dadaku sambil berzikir. benda tu terus cakap melalui hatiku. ” saya nak kawan dengan awak, saya sunyi” ahhhh aku taknakkk.. aku terus cuba lawan perasaanku supaya benda tu tak menguasai mindaku. aku halau sekali lagi. ” tolong jangan kacau aku. aku manusia. kau jin ! aku tak ingin kawan dengan kau ! pergiiii ! aku nak balik rumah ni.” lembaga berambut panjang tu terus menangis. masih degil taknak keluar. phone aku berbunyi tanda ada whatsapp masuk.

umi whatsapp : ” akak kat mana ni ? cepat balik ” siap ada emoticon marah ! haha sudah umi dah marah. nak taknak aku bawa baliklah rakan baruku ni. sampai rumah. umi abah dah tunggu kat luar pintu rumah. muka diorang jelas risau. yela anak perempuan diorang sorang je. aku keluar kereta tengok seat belakang melalui cermin luar lembaga tu hilang dah.

abah : ” Dari mana ni? kenapa lewat sangat balik?” lembut suara abah bertanya. aku senyum dan salam abah. aku takjawab pun soalan abah tu. umi kat sebelah abah pandang aku tak berkelip. aku senyum kat umi. ajak masuk rumah. sebelum masuk tu. aku bisik kat telinga umi. aku cakap aku bawa kawan balik. umi terus pegang tangan aku kuat. masuk rumah umi pegang belakang badan aku sambil baca ruqyah. aku faham sangat umi ni. Umi aku ni dia ada masuk kelas belajar2 ilmu rawatan. senang apa2 jadi dia akan rawat keluarganya. time masa umi duk baca surah2 suci. aku rasa panas tangan umi sentuh badan belakangku yang beralaskan tudung dan baju. macam kena iron wei. panas gila. aku rasa macam nak marah juga umi ni. tapi aku kawal perasaanku sambil berzikir dalam hati. jangan ikut perasaan nanti merana diri. aku kepenatan gila malam tu. umi suruh tidur dengan dia. aku akur je. sebab mata dah taklarat nak bukak.

pagi tu, aku takboleh bangkit. rasa macam berat je badan ni. subuh takbangun even umi duk goyang badan aku kuat suruh bangun. umi baca2 surah still aku taknak bangkit. degil betul !
tengahari jugalah aku bangun tu pun macam malas2 je. umi duduk sebelah aku sambil tanya apa terjadi malam tadi. aku cerita dengan malas. umi dah risau dah. abah time tu taknak ambil tahu dia just keluar masuk bilik nak tengok keadaan aku je. lepas tengok aku dah bangun dia terus keluar bilik.

” akak mimpi apa malam tadi mengigau nangis2? ” umi tanya sambil urut belakang badanku baca2 surah. aku membelakangi umi , bagi mudah dia nak urut belakang badanku. aku geleng kepala sebab tak ingat apa2 pun. umi masih takpuas hati umi tanya lagi.

” okay dalam bilik ni. akak ada nampak apa2 tak?” aku pusing mengadap umi. aku terus tunjuk belakang umi ada lembaga yang tumpang aku malam tadi tengah duduk di penjuru katil sambil usap rambut. umi apa lagi, dia start baca2 dan amalkan apa yang dia belajar masa pergi kelas cara2 berawat & halau benda tu. umi tanya lagi. “ada lagi tak?” tangan umi macam duk tarik aura2 negative dalam bilik & campak keluar dari rumah. ” pergi2 jangan kacau keluarga aku” umi bersuara tegas.
aku jawab dia menangis umi. time tu aku lemah. umi terus pujuk suruh aku kuat.

“kak lawan kak. jangan kalah ! ” umi peluk aku kuat. aku menangis tetiba. ini pertama kali selama aku nampak makhluk2 ni aku menangis. bukan sebab takut. aku sendiri pun taktahu kenapa aku menangis.

umi bangun jerit panggil abah.

umi suruh abah pegang aku. risau jadi apa2. umi lari keluar bilik cari phone. (umi selalu charger phone kat ruang tamu ) tengah aku menangis tu, abah azan ditelingaku. umi masuk bilik sambil bercakap dengan seseorang dalam talian. selepas kejadian tu, aku tak ingat dah. sehinggalah aku bangun. umi ada kat sebelah aku sambil baca Al – Quran.
tengok aku dah bukak mata. umi senyum dan suruh aku minum air. aku minum air laju sebab tekak rasa haus sangat. umi cakap air tu air penawar. badan dah rasa okay sikit.aku bersihkan diri. qada solat yang tertinggal. lepas solat tu aku rasa dah kuat sikit badan aku. apalagi aku pun tanya umi apa yang terjadi pada aku sebenarnya.

umi gelak. eh umi ni ! soalan aku tu bunyi macam kelakar ke? aku buat muka suruh umi serious.

” haha takde pape la kak. benda tu nak kawan dengan akak je. tula balik lewat lagi. umi call kawan umi tadi suruh rawat akak dari jauh. ” boleh umi cakap takde pape. uish. aku naik bulu roma dengar.

” nasib baik akak tak menjerit tadi. cuma duk menangis je. benda tu tak masuk betul badan akak tu. lega umii akak dah okay, dah lepas ni no more balik lewat2″ tegas suara umi tapi masih ada kelembutannya. sempat jugalah pipiku ni di cium. aish sayang betul umi kat anak dia. hehe

Selepas kejadian tu, aku takberani dah nak keluar balik lewat2 malam. kalau balik malam pun mesti dengan abah umi atau kawan2 yang tahu keadaan aku. itupun jarang sangatlah keluar. lebih banyak terperap kat rumah. jadi anak yang baik bantu umi kemas rumah chewahh ! * mesti korang annoying baca * haha sorry !

sehinggalah umur aku 21 tahun boyfriend aku ( Ali ) * bukan nama sebenar * nak masuk meminang tapi….
3 kali cuba datang, 3 kali juga cancel last minutes. korang rasa kenapa ?
penat aku kemas rumah dengan abah umi. beli bahan2 masak. tapi bila sampai harinya Ali call / whatsapp aku.

” sorry takdapat datang, parents saya busy ”
” sorry awak, kena cancel… flight parents saya delay. petang nanti baru okay. taksempat malam ni nak datang rumah awak”
” awak sorry kena cancel harini, kereta rosak pula ”

aku jadi fedup, sebab setiap kali cancel mesti gaduh besar dengan Ali ni. sampailah aku murung je setiap hari. berkurung dalam bilik. bila lapar je turun bawa nak makan. time ni umi abah pun jadi malas dah nak ambil tahu hal orang nak masuk minang aku. sebab diorang pun letih sama kemas2 rumah. masak bagai tetiba cancel.

okaylah. cerita tu aku sambung kemudian boleh? aku nak buat kerja ! lama betul aku ngadap laptop karang cerita untuk korang. semoga cerita ni keluarlah kat FS. Aamiin.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 comments

  1. citer best jugak dik tpmusykil ade kemusykilan sikitlah..
    hakak duk cari jugak kt manala pegi citer bagian pendamping yg sampai 77 ekor jin tu tak jumpe2 lg nie…
    manenye???

  2. Tu la pasal, aku rasa aku tak da skip setiap perenggan cerita ni… Tapi tak pulak aku jumpa or baca part pasal “pendamping 77 ekor jin” nye???

  3. Ending tu jer mcm ade sikit unsur pendamping tu bile mane org nak dtg meminang asyk cancel last minit…

    UiTM Di Hatiku…
    Dlu keje HEP penah gak bbrpa kali g kampus sna…
    Mmg suraaammm jer surrounding tu…

  4. Aku punya kes pun pelik. Dah lama2..baru aku perasan. Asal serius dgn org je..tak menjadi. Tahun ni baru je kenalkan bf kat mak..tak lama lps tu dia ada masalah besar dan menghilang. Aku tau..smpai hari ni pun kalau tnya dia..dia syg aku. Tp tindakan dia..dia mnjauhkan diri dr aku. Block smua socmed. Contact pun xnak dan aku pun sbnrnya ada je alami gangguan2 ni. Bila tnya org..kemungkinan aku ‘sakit’. Nnt ada masa aku cari perawat

  5. A little bit of nonsense. Nothing to do with the tittle. Hmmm banyak nyaa perasaan you je, perasaan terbawak2 tu yang jadi macam tu. (benda tu terus cakap melalui hatiku. ” saya nak kawan dengan awak, saya sunyi”) they talk with heart?? see that is what your mind said totally not them.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.