Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, hai admin . Hai geng sekalian . Thank admin sebab publishkan kisah kedua aku . Untuk kisah pertama boleh search Tarikh Berhantu Sebuah Sekolah Di Kuala Kangsar . Kali ni seperti dijanji aku sambung pulak pasal pengalaman sekitar sekolah . Banyak sebenarnya kisah2 seram . Cuma kali ni. Kisah2 yang aku cerita ni terjadi berhampiran aku jela .
Kali ni mungkin cerita akan sedikit panjang .
Sebelum tu . Aku nak ucap terima kasih atas komen2 positif yang membina mahupun yang meruntuh kan . Ade timbul isu komunis atau jepun yang menjadi punca kecelaruan hormon Hogan dalam kisah lepas . Mungkin silap aku tak bertanya detail pada yang mewasiatkan kisah tu pada aku dulu . Kejadian tragis tu bukan la berlaku tepat pada tahun 1897 (sekolah dibina) sebab sekolah tu sempat digunakan oleh anak2 melayu untuk beberapa jangka masa . Lagipon kisah tu cuma dijadikan asbab la kenape boleh wujud gangguan Hogan . Ramai jugak oldboys yang perasan untuk cerita lepas . Untuk kesahihan cerita2 yang aku ceritakan .Aku batch 2007 – 2009 , kelas rk 2 .
Okay jom mulakan.
Tahun 2007 tu tahun paling mendebarkan bagi aku . Bukan berdebar mistik2 ni (blom start lagi). Tahun tu la aku terpaksa rela berjauhan dengan mak n abah aku sebab aku dapat tawaran asrama . Sebenarnya rumah aku tak jauh pun dari sekolah , boleh je naik bas pukul 6 pagi tu .tapi sebab kouta asrama mudah untuk budak RK(rancangan khas) macam aku lulus kalau mohon . Laju je abah aku sumbat lam asrama . Belajar berdikari katanya .
Hari mula lagi dah senior2 aku yang durjana tu sakat2 aku . Yealaa . Tak pernah jauh dengan mak beb . Sekolah rendah dulu jauh dua tiga hari pon takpa janji kawan2 ada . Aku apa lagi . Berhuhu la start rollcall seblom makan petang membawak ke malam sampai dalam surau dy punya sayu tu . Datang senior aku boleh dia kata ” kenape nangis ? . Ko jangan ! Kat sini lain macam sikit . Kang jumpa naya je , benda tu suka orang lembik2 ni” . Jubake gila orang tua tu , aku baru cadang nak lajakkan perasaan sayu tu ke tempat tido . Terbantut teros . Malam tu aku disuruh azan (awal2 dah kene buli) , kemudian perkenalkan diri . Sesudah selesai aktiviti surau , pelajar baru diarahkan oleh senior untuk bersiap2 turun semula untuk sesi orientasi yang akan berlanjutan selama seminggu . Jadi , disini la permulaan aku percaya sekolah tu berpuaka .
Aktiviti burung hantu :
Kisah ni terjadi masa kami dalam minggu orientasi . Setiap batch junior akan di adakan aktiviti burung hantu . Aku terangkan sikit apa tu burung hantu .Burung hantu aktiviti yang mana setiap budak baru ni akan di ikat mata dari tempat rollcall(dalam asrama) kemudian senior2 akan bawak sorang2 berjalan satu sekolah sambil mata tertutup then sampai satu tempat yang diorang nak , diorang akan tinggal budak tu sorang2 kat situ selama beberapa jam . Untuk dijadikan cerita , aku and dua orang lagi kawan yang baru aku kenal ni agak menonjol dari yang lain , jadi senior2 ni konon nya nak bagi pengajran la pada kami2 ni . Malam tu diorang rancang untuk tinggalkan kami di block RK-Rancangan Khas(block paling puaka) .tapi diorang tinggal dalam jarak yang dekat2 je . FYI , blok RK ni kalau korang nak tau blok paling depan sekali . Kalau korang lalu depan sekolah tu dari arah taiping. Korang akan perasan bangunan separuh batu dibawah dan kayu belah atas .Tu la blok RK , antara bangunan yang paling lama kat situ , and kalau korang search kat mana2 web mesti ada gambar bangunan ni jugak yang akan terpampang sebab ni antara mercu tanda bagi sekolah aku . .
Sesudah aktiviti mengembara sekolah sambil mata tertutup kemudian diorang tinggalkan kami2 ni kat tingkat atas dan diorang pesan . Jangan bersembang kalau ade yang tegur , banyakkan berselawat and yang paling penting . JANGAN BUKAK IKATAN MATA . Yang kami ni pon bebudak lagi , mak ayah nasihat pon buat “nohand” je, ni kan pulak abang2 yang baru kenal .
Lepas dengar je senior2 ni menuruni tangga tinggalkan kami . Kami pon apa lagi , berhoi2 la dengan jiran sebelah untuk pastikan yang ade manusia berdekatan kami . Yang membe aku nama idan ni pon menyahut la dengan gembira disambung pulak sahutan kamil . Kemudian kami pon bersembang2 la dengan suara yang perlahan . Cuma kadang2 kami cuma selakkan sikit la ikatan(kain pelikat) untuk tengok partner sembang aku ni ada lagi ke tidak kat situ . Memang aku nampak jelas tak jauh dari aku ade manusia and aku yakin tu idan dan selang beberapa jarak sebelah idan tu kamil .
Lepas beberapa ketika kami rancak berborak , tiba2 terdengar macam bunyi tapak kaki menapak tangga kayu tu untuk naik kearah kami kat atas ni . Kami syak nak ambil kami bawak balik asrama la . Kami pon apa lagi , berlagak suci la macam betol2 dalam kerisauan sebab ditinggalkan sorang2. Dalam beberapa ketika kami membatukan diri ( 20 minit jugak aku rasa) . Bunyi tapak kasut tadi tetap tak keluarkan suara menandakan yang dia ada sekitar kami . Sampai terlelap2 aku menunggu ‘orang’ tu tegur bagitau sesi dah tamat .
Entah macam mana , aku pon tertido setelah penat seharian aktiviti dibantu pulak dengan suasana gelap . Aku tersedar pon bila ada tangan yang menyentak aku ke belakang . Senior datang kat aku suruh baca apa yang patut kemudian buka ikatan mata untuk mudahkan aku berjalan . Dalam keadaan mamai2 tu aku nampak kamil pon macam baru je terjaga dari lena sambil gosok2 kan mata yang kelabu asap sebab berjam2 diikat . Tapi yang peliknya , aku tak perasan pulak si idan . Tiba2 aku terdengar bunyi riuh dari bawah memanggil nama kawan sebelah aku tadi .aku yang dalam mamai2 bingung ni pon berjalan la turun diiringi 5-6 orang senior . Pelik jugak, kenapa ramai sangat datang ambik aku ngan kamil ni. Dah macam retis rasanya . Lepas senior bawak aku turun menuju ke surau asrama , kami disoal siasat dengan dua tiga orang lagi yang menunggu disana .
Diorang tanya , masa diorang gerak tinggalkan aku tadi ade apa2 pelik terjadi ke . Mulanya aku diamkan je . Aku tak cerita pon yang kami dah langgar arahan supaya diam dan tak berbual2 . Lepas dipaksa , si kamil pon ceritakan perkara yang sebenar . Tapi yang peliknya , senior sikit pon tak marah kami sebab langgar arahan . Aku mula cuak jugak , gila ko . Tak memasal kene ragging kang . Lepas pada tu baru la senior bagitau yang masa diorang datang nak ambik kami tadi diorang tengok idan dah hilang dari tempat asal . Mungkin masa aku tido tu kot diorang dah riuh mencari . Kemudian diorang pon berjemaah la mencari si idan and diorang pelik bila terjumpa idan kat bawah tangga block F(block cikgu). Lepas jumpa idan baru diorang datang semula untuk ambik aku dan kamil . Tak guna . Ambik la aku dulu baru cari idan . Tak pikir ke kalau aku pulak hilang tak ke sedih mak aku
Menurut cerita idan , memang sejak awal tu dia ada dekat sebelah aku . Dia cerita la semula apa yang kami sembang and bincangkan masa awal2 ditinggalkan . Kemudian bila terdengar orang menapak kaki naik tangga tu kami terdiam sekejap . Lepas tu tapak kaki tu terus tuju dekat idan and tarik tangan dia suruh follow . Idan pon tanpa syak was sangka teruskan jadi pak turut . Tapi yang pelik nya “orang” yang tarik tangan dia tu tak bercakap sepatah pon walaupun idan tanya macam2 . Selang berapa lama berjalan “orang” tu arahkan idan duduk di satu kerusi kemudian “orang” tu arahkan idan untuk duduk diam disitu . Yang paling keras arahan dia dengan suara yang kasar ‘JANGAN BISING2’ . Sesudah ditinggalkan dia rasa dia teros tertido kat situ sampai la ketua pengawas senior seret dia bawak balik asrama . Masa dia cerita tu aku nampak jelas muka dia cuak tak terkata , nasib baik la dia pindahkan je . Kalau dia ajak py lepak bustand tak ke naya .
Sebijik sama :
Cerita ni kawan aku lalui masa form 2 . Geng2 kami ni ade 4 – 5 orang la yang agak buas dalam batch kami ni . Biasa la dah dapat gu , tanduk susu pon keluar la . Cerita nye gini .
Waktu tu sepatotnya semua junior wajib turun kesurau sebab ada ustaz jemputan . Tapi kawan aku ni si grik dgan Is ni acah2 keras kepala taknak turun . Jadinya , takkan la nak lepak dorm pulak kan . Depa pon berarak menuju ke tandas senior . Tandas aras atas sekali . Tandas ni waktu tu memang takde lansung orang pakai(siang mahupun malam) . Lampu pon tarak . Sebab apa tak pakai tu aku rasa hangpa pon boleh agakkan . Saja nak bagitau . Tandas ni kalau dari tempat tunggu bas depan tu nampak dah sebab dia hujung sekali . Jadi , malam tu depa pon buat keputusan nak melepak situ . Zaman tu takda gadget canggih2 . Kalau dah budak2 baru nak kenal dunia ni habuan dia rokok la untuk menghilangkan bosan . Nak jadi cerita , masa kejadian , si Is ni tengah merokok , si Grik pulak kena coverline la dekat pintu . Sebelum terlupa , tandas tu dibahagi pada dua , sebelah kanan tempat mandi sebelah kiri jamban . Tengah2 ada tembok tinggi tapi ada satu laluan dekat hujung untuk tembus kiri kanan . Kalau masuk dari pintu terus akan nampak lorong bilik mandi(kanan) .
Mula2 si grik ni perasan sangat yang is tengah sedap mengembut asap dekat area laluan sebelah jamban(kiri), lepas confirmkan kedudukan Is , Grik pon jengukkan la kepala balik pintu tu untuk pastikan takde sape2 yang lalu kat koridor mahupun tangga menuju kat tempat diorang . Tengah kusyuk memerhati tiba2 Grik terdengar bunyi selipar menapak naik tangga menghala kat aras diorang lepak . Tunggu bapak lagi , dengan pantas nya dia jenguk semula dalam tandas nak bagitau Is . Terkejut dia tetiba dia perasan Is dah berdiri kat belah tempat mandi(kanan) . Perasaan takut dengan senior lagi tinggi tanpa pikir panjang dia pon berbisik dalam nada yang sikit kuat suruh Is ni padamkan rokok and buat2 macam tangah guna tandas .
Yang menghairankan si ‘IS’ yang dia nampak ni sikit pon tak bagi respon . Tetap membatukan diri menyandar pada pintu bilik mandi . Grik btambah panik la bila kedengaran tapak kasut tadi semakin dekat ditambah pulak ade suara bersembang dlam keadaan berbisik . Seolah2 suara tu tau keberadaan dua budak tu dan rancang untuk sergah . Lagi sekali dia toleh ke aras ‘Is’ tadi untuk menyuruh dia cepat2 ke tandas macam dirancang awal tadi . Dengan perasan geram bercampur cuak Grik mula menapak untuk memarahi Is yang sedari tadi memekakkan telinga .
Baru dua tapak melangkah , Tiba-tiba langkah Grik terhenti di penghujung tembok pemisah sebab nampak Is dalam keadaan kelam kabut berlari anak kearahnya dari lorong kiri(jamban) . Tergamam sambil cuba menghadam apa yang sedang dia nampak sekarang. Grik cuba mencari kekuatan untuk menoleh semula kearah lorong bilik mandi . Terkejut beruk dia bila “Is” masih berada disitu tapi kali ni “is” dalam keadaan memandang kearahnya sambil mebulatkan mata macam tengah marah . Tanpa pikir panjang untuk mnjawab teka teki mana satu Is yang sebenar dengan pantas nya dia melangkah kebelakang kemudian terus pecut meninggalkan kedua Is didalam tandas . Sampai saja di aras bawah baru la Grik sedar yang semasa dia berlari tak berselisih pon dengan sapa2 yang menghasilkan bunyi tapak kaki dan suara yang membuatkan dia kelam kabut didalam tandas tadi .
Berpusu2 persoalan yang ada dalam pikiran tentang peristiwa yang baru dia lalui tadi , Grik ambil keputusan untuk terus menuju ke surau dengan harapan dapat mencari sikit ketenangan . Tak lama kemudian kelihatan Is juga masuk ke surau dan terus mendapat kan Grik dengan reaksi muka yang sedikit marah . Is memarahi Grik kerana Grik meninggalkan dia berseorangan dalam tandas tadi . Dengan nada terketar-ketar Grik mula menceritakan apa yang jadi punca dia meninggalkan Is tadi . Selepas kejadian tu , mereka dipanggil oleh senior dan akhirnya mereka diberi pengajan lagi sekali versi manusia pula malam tu .
Dewan :
Cerita pasal dewan ni cuma tambahan je . Lagipon ni pengalaman orang yang jauh dan sampai di telinga aku .
Cerita ni jadi waktu sorang pengawas ni diarahkan untk susun dan kemas kan dewan lepas selesai aktiviti malam yang melibatkan budak asrama dengan penceramah jemputan . Malang bagi dia sebab pengawas yang lain terpaksa uruskan budak untuk agihan jamuan dan dia terpaksa buat sorang2 . Dalam dewan kami ni ada gambar dlam frame di keliling dewan . Gambar bekas2 pengetua sekolah bermula dari hogan sampai la yang terbaru mengikut turutan dan tahun yang betul .
Sedang leka dia menyusun semula kerusi dia ada perasan yang satu bunyi lain selain keriuhan kerusi2 yang dy susun . Bunyi seakan2 kerusi ditarik2 . Mula2 dia cuba abaikan and anggap bunyi tu datang dari perbuatan dia sendiri . Tak lama lepas tu , dia terdengar suara batuk lelaki dewasa .
Kali ni dia dah tak mampu nak bersangka baik lagi . Dalam kesamaran malam tu sambil kepala berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari punca batuk tadi tiba2 mata dia tertumpu pada satu gambar potret yang tergantung pada dinding dewan . Gambar yang menjadi kebanggaan pelajar2 sekolah disiang hari . Yaa . Gambar pengetua pertama sekolah aku . Tapi yang peliknya seolah mata menjeling tepat kearah nya sambil bibir sikit demi sikit mengukir senyuman yang menggerunkan
Akhirnya pengawas tu ditemui dalam keadaan pengsan di tangga blok RK . Menurut cerita kawan pengawas tersebut . Sebelum warden perasan kehilangan pengawas , kawan dia nampak yang pengawas tu berjalan kearah blok RK , tapi bila dipanggil pengawas tu terus jalan tanpa menghiraukan kawannya . Sampai sekarang masih menjadi tanda tanya prngawas tu sampai blok RK dlam keadaan sedar atau tak . Dan jujur aku cakap , sepanjang aku di sekolah aku tak berminat lansung nak masuk dewan tambah2 lagi waktu malam . Bagi aku bila aku jejak kaki dalam tu aku dapat rasa sesuatu nak2 lagi bila ko tengok gambar2 yang tergantung sekeliling dewan . Seolah2 mata mereka semua sedang perhatikan tiap gerak geri kita dalam dewan tu .
Tu la serba sikit kisah yang jadi sepanjang tiga tahun aku disana sebab naik tingkatan empat aku terpaksa dipindah ke vokasional sebabkan baik nya aku waktu remaja dulu . Dekat vokasional pulak aku terpaksa menyewa rumah sendiri atas sebab2 tertentu.
Nanti kalau rajin aku cerita pulak hal sepanjang aku menyewa dirumah tu .
Assalamualaikum 🙂
HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit
uih seramnye….. Actually terkucil x wktu tu klo aku tercirit skli dpat bt kenangan utk hantu tu 😂😂😅😅😅😆😆😆
Best ! Scary 😂