Selamat tinggal nenek

Assalamualaikum. Alhamdulillah coretan aku pada kali ni lulus untuk disiarkan lagi. Terima kasih kepada pembaca dan sahabat yang mengenali siapa aku di sebalik coretan itu agar aku tidak berhenti menulis. Sebelum ni aku dah fikir untuk berhenti menulis selepas aku berkongsi kisah kawan aku iaitu Ijat dalam coretan ” Ijat maafkan kami ” tetapi kali ni aku tergerak untuk berkongsi kisah aku sendiri yang aku alami sejak aku berusia 3 tahun lagi..

Kisah ini pertama kali berlaku 20 tahun lalu ketika aku berusia 3 tahun. Ibu ceritakan bahawa aku dirasuk selepas balik dari kampung arwah ayah aku yang sekarang ni kampung tu arwah ayah dah dirikan rumah untuk kami sekeluarga alaaa yang tepi kubur tu. Ibu cerita dulu kami tak bina lagi rumah kat situ jadi arwah ayah kerap bawak aku balik sana untuk berjumpa dengan saudara mara semua. Ibu kata petang sebelum aku dirasuk satu rumah atok kecoh sebab aku hilang. Cari punya cari aku tengah main buai kat padang depan rumah atok seorang diri je. Seorang je okay tak ada orang dewasa yang bawak aku budak 3 tahun ni pergi main buai..

Ibu terus ambil aku bawak balik rumah dan malam tu selepas isyak ibu cerita aku menjerit satu rumah cakap “NAK BALIK!! NAK BALIK!! “. Arwah ayah dah tau bukan aku sebab aku budak lagi 3 tahun pulak tu tapi menjerit macam orang dewasa. Tapi ibu cakap suara aku seperti seorang dewasa yang dah tua. Ibu cakap aku siap jegil mata kat arwah ayah sampaikan arwah ayah cakap ” oooo kau jegil aku ye ” hahahaha. Arwah ayah dengan ibu ni ada kelebihan untuk ubatkan orang lain dan boleh nampak benda-benda ghaib ni jadi arwah ayah minta abang sepupu aku untuk ambil kan sedikit tanah dari kampung aku supaya benda yang dalam badan aku ni keluar tapi abang sepupu aku ni penakut sampai minta arwah ayah pulak yang pergi ambil. Jadi bila benda tu dah keluar arwah ayah pulihkan semangat aku..

Tapi ibu cakap walaupun aku dah tak kena rasuk atau sampuk aku kerap meracau dalam tidur. Aku menangis dan sebut “janganlah nenek , jangan lah tarik nenek, sakit nenek” dan selepas tu aku lena balik. Ibu cerita atok bagitau yang aku ni ada nenek yang nak kan aku dari aku lahir sebab sebelum ni dia suka kat arwah ayah. Tapi nenek ni bukan saka, dia penunggu kampung ni sejak kampung ni belum diteroka lagi. Kampung tempat tinggal aku ni satu-satunya kampung melayu yang tertua di ipoh..

Cakap je hantu apa yg tak ada, semua ada. Okay berbalik pada cerita aku nenek ni nak kan aku untuk apa aku tak tau tapi ada imam ni bagitau arwah ayah selagi aku tak kata aku nak ikut selagi tu dia tak boleh buat apa-apa..

Dan setiap kali aku bangun daripada tidur aku, badan aku pasti akan ada lebam di satu dua tempat. Tambah-tambah bila rumah aku kat kampung tu siap dibina dan aku berpindah ke sana, kesan lebam bertambah banyak. Kekadang besar kekadang kecil. Sampailah aku dah meningkat usia 13 tahun dan ketika tu arwah ayah dah tak ada, aku kerap dapat mimpi dari nenek tu dan ibu mesti akan kejutkan aku sebab ibu kata aku meracau teruk sangat. Dan kekadang aku sampai rasa tak nak tidur sebab aku tak nak mimpikan nenek tu yang mukanya memang buruk yang amat. Kulit dia berkedut seribu mengalahkan kedut arwah moyang aku.

Muka dia susah aku nak gambarkan sebab aku takut nak bayangkan. Dia datang dalam dua keadaan , kalau dia elok dia akan datang dengan memakai kain batik yang diletak atas kepala ibarat selendang yang macam orang lama-lama buat tu tapi kalau dia marah misalnya dia memaksa aku untuk ikut dia, dia akan melilit kain di atas kepala ibarat orang yang pergi ke sawah. Matanya merah sangat sampaikan aku tak sanggup nak pandang.

Bila arwah ayah dah tak ada bukan saja aku dapat gangguan dari nenek tu, tapi aku kerap dengar suara perempuan menangis dan hujungnya seperti ketawa di tepi tingkap bilik aku. Selang 2 atau 3 hari mesti aku akan dengar tu belum dicampur dengan gangguan dalam mimpi oleh nenek. Sampailah suatu hari ibu dah tak tahan tengok badan aku yg boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada lebam, jadi ibu buat keputusan untuk bawa aku jumpa seorang ustaz.

Dan ustaz tu kata bahawa nenek tu memang mahukan aku untuk dijadikan teman dia. Dia sukakan arwah ayah dulu tapi atok memang tak kasi jadi bila aku lahir dia nak kan aku pulak. Ustaz tu kata lagi yang mana-mana tempat yang pertama kali aku pergi pasti penunggu di situ akan mahukan aku dan sebab tu kalau aku pergi mana-mana bila balik mesti ada lebam. Tapi nenek yg mahukan aku ni lebih kuat dan lebih dominan. Aku tak tahu kenapa tolong jangan tanya. Tapi nenek ni tak boleh buat apa-apa selagi aku tak nak. Dan aku pernah terfikir kalau aku kata ya dan nak ikut adakah jasad aku sekali yang ikut pergi atau pun roh aku..

Dan untuk beberapa tahun aku rasa aku dah lali sangat hidup dengan gangguan nenek ni sampailah aku kenal dengan suami aku yang sekarang, gangguan makin kerap dan makin ekstrem. Sekarang nenek dah advance sebab dia dah pandai main cakar. Marah sangat lah tu kot. Sampaikan dia datang dan ganggu suami aku (masa tu belum suami lagi). Dan suami aku cerita nenek tu datang dalam keadaan marah dan beritahu bahawa aku ni milik dia hanya dia. Tiada sesiapa yg boleh halang dia dari ambil aku.

Dan bila suami aku membalas aku dan seluruh makhluk di dunia ni milik Allah, gangguan nenek pada aku makin kerap dan boleh dikatakan setiap hari. Setiap kali aku bangun pasti ada kesan cakar di lengan, belakang badan, dada dan nenek akan jumpa aku dalam keadaan marah sangat sampaikan aku terjaga pada malam hari sebab terkejut sangat..

Akhirnya aku dan suami ingin melangsungkan majlis pernikahan dan pada malam sebelum majlis pertama kali nenek datang dalam keadaan sedih dan menangis selepas lama naww dia asyik dok datang dalam keadaan marah je. Dia minta supaya aku ikut dia, menangis dia dan aku tak sempat nak jawab apa sebab aku tersedar disebabkan sepupu aku kejutkan aku, katanya aku tidur dalam keadaan gelisah ke kiri ke kanan. Alhamdulillah nasib baik sebab kalau sepupu aku tak kejutkan aku mungkin aku akan terikut nenek sebab malam tu aku macam kesian kat dia..

Alhamdulillah sekarang bila aku dah berkahwin nenek dah tak datang tapi ada juga sekali dua dia datang dan jenguk aku seolah-olah masih memujuk aku supaya ikut dia.. Tapi aku ingat suami aku berpesan, dindingkan diri ni dengan kalimah Allah dan zikir dan insyaAllah tiada apa yg boleh mencerobohi kita.

Sekian coretan aku untuk kali ni, insyaAllah kalau ada yg suka aku akan buat cerita lain pula ye.. Dan kisah aku kali ni memang kisah benar yg berlaku pada diri aku sendiri.. Jangan dok buat spekulasi yg aku reka sebab nak dapat publisiti.. Ak kongsi sebab aku tahu bukan aku seorang saja yg terima gangguan seperti ni.. Terima kasih assalamualaikum.

.

Inkigayo
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.