Semangat Arwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak kongsi cerita semasa zaman aku belajar di Sabah dulu. Aku ambil Ko-Korikulum badan uniform, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, PALAPES atau ROTU dalam singkatan Bahasa Inggeris. Aku perlu menjalani latihan macam tentera setiap hujung minggu kat markas atau luar dari markas selama 3 tahun, baru akan ditauliahkan oleh Agong dalam istiadat pentauliahan. Semua latihan yang kadet-kadet jalani lebih kurang sama macam tentera sebenar, pasak bumi/jalan laju, perkhemahan tahunan, senjata, kawad dan sebagainya, tapi tidak lah berat macam tentera sebenar.

Kisah seram yang aku ingin kongsi ni apa yang terjadi kepada batch super-super senior aku dahulu. Kisahnya bermula apabila berlaku kematian dalam batch dorang. Arwah yang meninggal senior aku kenalkan sebagai Yati. Masa hari kematian tu, batch senior aku menjalani latihan pasak bumi/jalan laju. Kelengkapan yang perlu dibawa sangat membebankan. Pasir 10kg dlm bag pack, air dalam botol hijau tu, yang boleh sangkut kat belt dan senjata M16 (lebih kurang 3kg). Pakaian lengkap loreng dengan kasut spike boot, serius cakap, sangat berat. Kalau stamina takde, 15 minit, pancit.

Jalan yang terpaksa kadet-kadet lalui memang berbukit. Senang cite aku cakap setiap batch yang lapor diri kalau seramai 100 orang, 40-50 je yang kekal. Yang lain selamat jalan, keluar baris sebab tidak tahan dengan latihan, ada yang sakit, dan ada juga yang tidak dapat menyusun jadual belajar dengan betul sampaikan pointer jatuh. Jadi saki baki yang tinggal ni jenis yang mental tidak koyak la, termasuk aku.

Berbalik pada cerita tadi, arwah senior Yati tidak sihat untuk menjalani latihan pasak bumi pada hari tersebut dan dia memang dikecualikan dari buat aktiviti tu. Tetapi arwah ni jenis yang bersemangat tinggi, merayu sampai nangis-nangis kat jurulatih supaya benarkan dia masuk. Jurulatih-jurulatih semua tidak benarkan. Entah kat mana silapnya, kebetulan kawan sama kompeni arwah Yati juga tidak sihat, jadi dorang tukar suka sama suka secara diam-diam. So, memang tak dapat salahkan orang lain dah, arwah yang volunteer masuk.

Senior Abu (bukan nama sebenar) yang sama kompeni dengan arwah cerita kat aku, masa tengah-tengah buat pasak bumi tu, dia nampak arwah senior Yati memang dah tak larat. Sampaikan bag pack dia, orang lain yang tolong bawakan dan senjata dia kawan yang lain pegang. Kiranya arwah masa tu berlari melenggang je. Bila pasak bumi, dorang tidak boleh tinggal belakang kawan-kawan, so kadet yang belakang arwah akan tolak dia dari belakang untuk bantu bergerak.

Sampai satu bukit kat Fakulti Kejuruteraan, arwah rebah, mulut berbuih, pengsan. Medik datang angkut hantar kat hospital RSAT yang tentera punya. Kadet-kadet yang lain meneruskan misi. Selesai latihan, mereka semua rehat kat markas. Dorang tak terfikir langsung sesuatu yang buruk berlaku kat arwah Yati. Tetapi, malangnya, pada petang tu, markas terima panggilan dari RSAT memaklumkan yang arwah dah meninggal, sebab-sebab kematian, hidrasi, kurang air dalam badan.

Satu markas terkejut. Ada kadet-kadet yang menangis. Mana tak nya, susah dan senang bersama. Tapi arwah bertuah, bagi aku arwah m**i syahid. Sebab meninggal semasa dalam latihan tentera. Masih belajar pulak tu. Penghormatan terakhir dari ATM semasa penghantaran jenazah, beberapa das tembakan dilepaskan, simbolik tentera. Cerita seram bermula selepas tu.

Kawan-kawan sebilik arwah sering ternampak kelibat arwah tengah solat, kilat kasut kawad, macam arwah masih ada. Sampaikan dorang takut nak duduk bilik sorang-sorang. Yang kes paling seram sekali semasa batch dorang dalam latihan kawad bersenjata. Untuk kawad bersenjata kadet perlu menggunakan M16 dan mengikat pisau benet di hujung laras senjata. Kadet-kadet tidak boleh suka-suka je ambil senjata kat bilik senjata, dan kami perlu bawa Bat C 10/IC Tentera barulah boleh keluarkan senjata.

Mula-mula masuk lapor diri masa sem 1 lagi kadet-kadet akan dapat no senjata masing-masing. Senjata tu memang dari awal sampai akhir akan kekal kadet guna, tidak boleh tukar-tukar. Bila latihan kawad senjata, pagi-pagi lagi kadet kena draw senjata sebelum breakfast di dewan makan. Kadet-kadet akan susun di tepi luar dewan dan akan gilir-gilir jaga sampai habis makan.

Lepas semua habis breakfast, kadet-kadet batch arwah ambil senjata masing-masing untuk bergerak ke padang kawad. Tetapi yang paling mengejutkan, ada satu senjata yang tidak bertuan, bila semak nombor senjata kat bilik senjata, sah! Senjata milik arwah senior Yati. Masa tu batch senior tak fikir bukan-bukan, anggap ada yang tersilap draw. Dorang pun hantar semula senjata dan teruskan latihan. Semasa kawad, jurulatih akan bagi masa untuk berehat, dan kadet akan susun senjata kat satu tempat.

Bila habis masa rehat, jurulatih akn panggil untuk berkawad semula, dan paling mengejutkan bila ada satu lagi senjata dengan nombor yang sama pagi tadi, tertinggal tidak bertuan. Lepas dari tu semua diam dan takut nak sentuh senjata tu. Tapi terpaksa juga ambil dan hantar ke bilik senjata. Lepas dari kejadian tu, jurulatih bersama kadet-kadet lain buat bacaan Yassin setiap hari Jumaat.

Last kes timbul sebelum hari 40 kematian, bila batch arwah beli kek sempena dorang masuk palapes dan pasang lilin ngam-ngam ikut jumlah anggota batch dorang yang ada. Selepas semua sorang-sorang tiup lilin, hanya satu yang tertinggal tidak m**i apinya. Bila kira semula, lilin jadi terlebih. Lepas tu semua batch dorang tak berani makan kek tu! Ustaz yang di panggil untuk kes ni ada bagitahu, sebenarnya tak ada apa-apa, sebab semangat arwah tu kuat sangat. Tapi bagi aku benda ni mainan syaitan je, nak menyesatkan manusia. Sekian.

.

ziel
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 comments

  1. Allahu…Besar jugak ujian batch senior tu…Alhamdulillah batch sy xditimpa ujian sebegitu…
    #Palapes32UPM

  2. ohhh. Baru tau kisah ni. Thanks mem/sir. Sy juga Ex Rotu UMS. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.