Senja yang kian memerah di dada langit itu tidak merencatkan pekerjaan Zati. Peluh dikesatnya dengan lengan baju lusuh sambil tangannya tidak berhenti-henti menggali tanah di belakang belukar hujung kampung itu.
“Tak guna, tak guna tak guna. Mana? Mana?”
Zati mengumam sumpah seranahnya dari tadi. Tangan, kaki, baju dan muka Zati penuh dengan tanah dan kotoran. Dia tersandar keletihan dalam lubang sedalam paras pinggangnya itu. Sambil menekup kepalanya mulutnya menyumpah seranah lagi
“Tak guna tak guna.
Apa yang digalinya pun dia sendiri tidak tahu. Dia cuma menggali berdasarkan perbualan yang dicuri dengar dari seseorang itu.Seseorang galak bercerita sekiranya sesiapa yang ingin memperoleh ‘syurga’ duit, jawapannya ada di hujung kampung.
Zati memerah kembali isi perbualan yang didengari seminggu yang lalu. Rasanya kesemua syarat sudah dia penuhi. Ya, dia menggali ketika senja yang memerah pada ketika ini. Seminggu Zati tunggu senja yang merah langitnya. Ya, keinginan yang mendalam. Bohonglah kalau Zati tidak mempunyai keinginan bahkan dia lagi terdesak. Penyesalan yang menyakitkan? Zati tidak mengerti tentang perkara ini.Tapi dia memang menyesal sekarang ini.
Buang masa! Bodoh lah aku ni, percaya tahyul. Bodoh!
Zati mengibas-ngibas tanah yang mengotori bajunya. Dia panjat tebing tanah untuk keluar dari lubang yang digalinya. Anak-anak pokok yang setinggi betis menjadi mangsa tarikannya.
‘Buum’. Aduhhhh, shit, shit, shit. Sakit! Zati tergelincir kembali ke dalam lubang itu. Kakinya luka terpijak mata cangkul yang ditinggalkan dalam lubang itu. D***h membasahi tanah. Zati kembali terduduk mengaduh. Apa lah malang nasibnya. Zati mengesot-ngesot perlahan sambil mencapai torchlight. Disuluhnya kakinya yang luka itu. Tangannya meraba tanah, cuba untuk berdiri. Terasa sesuatu benda bulat dipegangnya. Zati pantas menyuluh. Tempayan?
Zati senyum.
‘Seronok nampak..
‘Sibuk la kau ni..
‘Aku lapar..
Zati pergi ke arah tempayan yang digalinya berminggu-minggu yang lalu. Diambilnya pisau lalu menoreh tangannya. Pedihnya tidak dihiraukan. D***h menitik-nitik masuk ke dalam tempayan kecil itu. Kedengaran suara yang mendengus-dengus meratah isi tempayan itu. Bau hamis d***h menyelubungi ruang tamu rumah.
Zati menghulurkan tangannya ke dalam tempayan. Bibirnya mengukir senyuman ketika melihat ketulan-ketulan emas yang berharga itu. Beg-beg yang terisi baju, skirt, perfume mahal itu diangkutnya masuk ke dalam bilik. Suka sungguh hatinya bila bershopping sakan tanpa periksa terlebih dahulu tanda harga. Apa dia kisah, duit tak pernah surut. Dan yang paling dia sudah melunaskan semua hutang keliling pinggang. Terima kasih kepada sesuatu itu.
‘Aku lapar…
‘Eh, tadi kan aku baru bagi makan!
‘Aku lapar. Lagi..
Zati mendengus lalu mencapai kunci kereta. Serabut tinggal dalam rumah ini bersama sesuatu yang pernah tak pernah kenyang. Usai membeli belah, Zati menghempas badannya ke atas kerusi sebuah kafe. Buku menu dicapai dan membeleknya dengan tekun.
‘Assalamualaikum’. Satu suara menyapa Zati sambil tersenyum.
‘Ya? Oh kejap ye..
Zati mencapai dompet dan menghulurkan not berwarna ungu kepada seorang lelaki yang berkopiah dan berjubah itu. Lelaki itu hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.
‘Boleh pakcik duduk, nak? Soal lelaki itu kembali. Wajahnya tenang.
‘Pakcik nak makan? Pakcik order la apa-apa pun. Biarpun Zati pelik tapi dia masih bersopan.
‘Pakcik cuma nak cakap satu je. Anak dengar betul-betul. Harta dunia ni kejap je nak. Kembalilah kepada Allah. Mintak tolong dengan Allah. Dia maha Pengampun nak. Sesuatu itu dah ambil setengah diri anak ini. Sesuatu itu makin lama makin kuat, anak ini makin lama makin hilang.
Panas telinga Zati ketika ini. Perasaannya bercampur baur antara keliru dengan ketakutan. Zati bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia menuju ke arah kereta dan memandu tanpa arah tujuan ‘Mampus aku kali ni, mampus, mampus’. Stereng kereta itu dihentak-hentak. Betul ke pakcik tu cakap? Betul la tu, benda itu makin lama makin degil. Macam mana aku nak buang dia? Boleh ke? Kalau dia b***h aku macam mana? Apa aku nak buat ini. Bodoh la kau ni Zati, tamak sangat.
Kaki Zati terus menekan pedal minyak tanpa disedari.
‘Tak boleh jadi, aku kena buang dia. Kena buang tempayan itu..
Papp. Satu tangan memegang bahu Zati. Zati jerit sekuat hati dan keretanya hilang kawalan. Zati dapat merasakan keretanya berpusing-pusing.
‘Aduh, aku dah m**i ke? Perlahan-perlahan dia membuka matanya. Terbentang luas jalan raya. Tangannya masih erat mengengam stereng. Peluh memercik di sekitar dahinya.
‘Zati, aku lapar..
Perlahan-perlahan Zati menoleh ke sisinya. Ya. Dia ada disitu!
Zati bungkam di tempat duduknya. Sesuatu amat menyerupai wajahnya. Sesuatu itu telah menjadi kembar Zati. Jantung berdebar-debar, bibirnya terkatup, lidahnya kelu. Zati tarik nafas panjang-panjang.
‘Ya, ya aku tau. Aku nak balik la ni. Kau ni bodoh la terkejutkan aku. Kalau aku m**i macam mana?
Zati mundar-mandir dalam bilik air. Sudah setengah jam dia memikirkan perkara itu. Kalau dibiarkan, makin teruk jadinya. Pili air dibuka. Zati mengambil wuduk. Sekian lama dia tidak berwuduk pada hari ini Zati nekad. Dia harus kembali kepada Tuhannya. Selesai memberi salam, tanpa disedari Zati menangis memohon ampun. Terasa dirinya sememangnya layak ke neraka.
‘Ya Allah, ampunkan aku. ‘Selamatkanlah aku.
‘Oh, bertuhan rupanya kau ni ye Zati. Aku ingatkan tuhan kau duit. Aku ingatkan kau sembah aku, sebab aku yang bagi kau senang.
Hehehe’,
Sinis suara itu memerlinya. Zati terus berdoa dan berdoa lagi. Dia reda jika maut mendatang menjemputnya. Sekurang-kurangnya dia berusaha bertaubat.
Air mata Zati mengalir tanpa henti dan esakannya bertambah kuat apabila jari-jemari hitam dan mereput itu mencengkam lehernya.
‘Kau tau tak benda apa yang paling aku benci. Kalau aku jumpa benda itu, aku tarik isi perutnya, aku robek jantung dia. Aku benci manusia yang macam kau! Dulu, kau lupa Tuhan kau, kau minta tolong aku, tapi bila aku tuntut ufti aku, kau nak lari pulak tinggal aku, buang aku!
Nafas Zati tersekat-sekat, darahnya membuak-buak keluar. Isi perutnya terburai. Lidah makhluk yang kehitaman itu terus menjilat-jilat d***h yang membuak keluar. Kemudian, perlahan-perlahan dia merayap masuk ke dalam tempatan kecil itu.
Seorang lelaki terhendap-hendap di luar rumah Zati. Lama dia perhatikan kelakuan pemilik tuan rumah itu. Banyak betul duit perempuan ini. Hari-hari keluar berbelanja. Sekian lama dia memerhatikan Zati, pada hari ini dia memberanikan diri untuk ke rumah Zati. Dia menguakkan daun pintu kayu itu. Pelik. Tak berkunci.
Dia masuk tanpa memberi salam dan terus menuju ke arah dalam rumah. Tubuh Zati yang masih bertelekung itu dipandang lesu. Bau hanyir d***h tidak menganggu perasaannya. Bibirnya tersenyum. Perempuan bodoh. Tamak. Lelaki itu mencapai tempayan kecil yang berada di atas rak itu dengan penuh hati-hati. Tempayan itu ditanam semula ke dalam tanah yang berada di hujung kampung.
Ya, tempat yang sama dimana Zati menjumpai tempayan itu. Kemudian, lelaki itu terus beredar menuju ke kedai kopi. Dia mahu bercerita sesuatu yang ajaib kepada sesiapa yang sudi mendengar. Ataupun sesiapa yang mencuri dengar!
Cerita yg berpengajaran!
Best… Ada pengajaran…
sebab nak kaya sangup buat mcm2 last2 makan diri.
Best2 sad ending tpi nsib dia dah taubat haha
Seram
Yang tanam tu tempayan tu pun jahat juga.. 🤔🤔
wahhhh mmg best!
Terbaik cerita nie…