SenyumanPerantau: Misteri Ramalan Andy

Assalamualaikum dan salam sejahtera,pengikut setia fiksyen shasha.Maaf kerana Senyuman Perantau agak sibuk kebelakangan ini.Terima kasih di atas komen anda semua. Sejak penghujung tahun 2016, aku mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti fizikal di gymnasium demi untuk menguruskan badan yang kian membulat setelah berumahtangga. Sejujurnya aku bukanlah “kaki gym” kerana aku lebih gemar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan seperti futsal dan badminton,akan tetapi dek kekangan masa dan kerja,gym merupakan tempat aku untuk kembali tampil dengan lebih sihat.

Untuk episod kali ini, aku akan berkongsi akan sebuah kisah seorang rakan yang aku kenali di sebuah gym di pusat bandar. Perkenalan dengannya bermula apabila sedang aku asyik bermain dumbbell untuk membentuk triceps,tiba-tiba aku terdengar satu suara menegur, “Bro,salah tu cara ko nak bentuk triceps tu..”sambil ketawa kecil.

Aku lantas memusingkan kepala,dengan sedikit perasaan bodoh sombong dek kerana ditegur tadi. Lelaki yang menegur aku tadi agak kacak ada seiras seperti Keith Foo,berkulit sawo matang dan mempunyai otot yang agak kekar tetapi mempunyai parut sepanjang 5cm di atas kening kanannya. “Ni memang otai lama ni”detik hatiku. “Hehe,biasa la bro,baru tiga kali masuk gym ni”balas aku.

“Nama aku Andrian,panggil je Andy,macam ni la nak bentuk triceps, cara ko tadi buat sakit je,muscle pun tak develop well”.Aku mengangguk.Bermula detik itu, bermulalah persahabatan kami ketika sesi gym. Penampilannya bak seorang model,seorang lelaki kacukan Chindian(China dan India), peramah, extrovert dan fasih berbahasa Melayu.

Pada satu hari, selepas kepenatan melakukan rutin-rutin di gym, dia mempelawa aku untuk minum di sebuah warung berdekatan. Aku mengangguk setuju. Sedang aku bersembang, aku pun terdetik untuk bertanya satu soalan yang lama dah terbuku kat otak aku ni “Bro,parut tu ko dapat katne, gaduh bertumbuk ke??”. “Haha. ko ni tipikal drama punya orang la bro”. Pecah hening warung tu dengan hilai tawa Andy. “Weh,dah terlanjur ko tanya,ko nak dengar cerita aku tak?? ada kait jugak la dengan kening ni,nak kata cerita hantu pun tak tapi misteri seram-seram tu ada la,” sambung Andy lagi. “Haaa..padia ceghita laa”..

Andy pun mula bercerita, “Keluarga aku menganut agama Hindu dan kami mempunyai amalan berjumpa dengan tukang ramalan ataupun menilik nasib. Di mana dia akan meramalkan nasib buruk atau baik dalam hidup kami. Setiap tahun,pasti keluarga aku akan membawa kami sekeluarga untuk membuat ramalan,dan pada hari itu,tukang ramalan berkata bahawa tanggal 14 November 2012 pada jam 1pagi, nyawa kau akan diambil.

Aku mulanya agak terkejut dengan ramalan itu akan tetapi aku tidak mempercayainya. Bagi aku ia hanya budaya dan langsung tidak mengganggu fikiran aku.” Jadi masa pun terus berlalu, sehinggalah Andy melanjutkan pembelajaran di sebuah universiti di luar negara. Pada cuti semester pada tahun 2012,Andy pulang bercuti di tanah air. Malam itu, Andy keluar untuk berparti besama rakan-rakannya yang salah seorangnya bernama Kesavaan. Menurut Andy, Kesavaan adalah seorang yang “tak pandai minum”, akan tetapi pada malam tersebut, kami memaksa Kesavaan untuk minum dengan banyaknya.

“Kemudiannya,kami tidak sedarkan diri sehingga keesokkan paginya. Kepala ku berat, aku terjaga dan lihat keadaan sekeliling sangat berselerak dengan botol-botol pecah, rakan-rakan aku bergelimpangan. Tiba-tiba mata aku tertangkap dengan sekujur tubuh,mulutnya berbuih-buih,wajahnya pucat. Eh, itu Kesavaan, ye, jelas Kesavaan.”

Cerita Andy dengan penuh teliti. Andy cuba menggerakkan Kesavaan akan tetapi Kesavaan sudah tidak bernyawa lagi. Pada hari pengebumian Kesavaan,Andy bercerita tentang beberapa peristiwa yang sentiasa mengganggunya sehingga kini.

“Ko nak tahu bro, pada hari pengebumian tu,sedang aku menatap sedih wajah Kesavaan, tiba-tiba, matanya terbeliak dan menjegilkan matanya ke arah aku, aku tersentak akan tetapi aku tetap tenang mendekatkan diri lalu menutupnya kembali. Sejurus tangan aku mula dialihkan daripada kelopak matanya tiba-tiba tangan Kesavaan memaut tanganku dengan erat alangkah terasa gugurnya jantung aku pada masa tu, aku meronta-ronta melepaskan tangan Kesavaan.

Namun,keadaan orang sekeliling seperti tidak menyedari kejadian tersebut. Selesai upacara tersebut, malamnya, aku pulang dengan memandu sebuah kereta pacuan empat roda sambil fikiran aku masih berkecamuk dengan peristiwa yang berlaku petang tadi”. Jelas Andy panjang lebar.

“Tengah aku memecut laju tu,tiba-tiba aku rasa ada benda merentap bahuku,aku terkejut lalu merempuh pembahagi jalan menyebabkan kereta aku terbalik.Kepala aku terhimpit dengan airbag,serpihan kaca tertusuk di atas kelopak mata,tangan aku luka. Masa ni mata aku dah berpinar bro,yang aku ingat,aku capai telefon pintar aku jenis Samsung,tertera tarikh 14/11/2012 pukul 1.02 minit pagi,aku pun pengsan. Tak sedarkan diri”..Tambah Andy lagi. “Tu ke parut kaca tu???” aku terus bertanya. Andy pun memijak kaki aku di bawah meja, “Ye la sendu,tanya soalan cliché la ko ni”..Aku mula menggaru-garu kepala ku yang tak gatal sambil senyum simpul.

Andy bercerita yang dia koma selama seminggu. Dia juga menjalani beberapa siri pembedahan dan dirawat hampir sebulan.Dia sangat bersyukur yang dia masih berpeluang untuk kekal bernyawa. Kejadian yang berlaku menyebabkan dia berasa sangat takut akan kematian. Setelah Andy sembuh,dia mengakui yang dia kini tidak tenang dan bermacam soalan tentang “m**i” bermain di fikirannya. Dia menambah lagi, “Bro,ko nak tahu,time aku koma tu, aku bermimpi aku dibangkitkan di satu lapangan yang luas dikelilingi jutaan manusia,keadaan di situ sangat panas,dan ada antara mereka yang lemas dalam peluh sendiri,dan banyak benda lagi yang aku nampak,aku pun tak sanggup untuk cerita.seram bro.Apa pendapat ko,bro??” Tanya Andy.

Masa ni mata aku pun dah bergenang air mata. “Entah la Andy,aku pun tak jelas,mungkin tuhan beri peluang untuk kita berubah kepada lebih baik,”balas aku pendek. Terdengar azan Maghrib berkumandang,aku pun meminta izin Andy untuk beransur,Andy pun mengangguk. “Ye la bro,ko pun nak sembahyangkan,jumpa lagi esok”.Aku pun berlalu menuju ke masjid berdekatan.Masa ni fikiran aku pula melayang.sepi.sunyi. Aku kena berubah,detak hatiku.

Kesimpulannya,sampai sekarang aku dan Andy,masih tidak mengetahui siapa perempuan tukang ramalan itu,apa yang mengganggu Andy pada majlis pengebumian dan peristiwa kemalangan tersebut. Tujuan aku menulis coretan ini mungkin kerana aku terpanggil kerana merasakan kisah ini agak misteri dan bukanlah kisah tipikal seram yang pernah aku dengar atau alami. Marilah bersama-sama kita berubah kearah kebaikan kepada semua pembaca fiksyen shasha tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit..

Air ditadah buah kelapa,
Pohon angsana tumbuh melata,
Jangan mudah menjadi alpa,
Tuhan disana memerhatikan kita.

Ps: Kuiz episod ni, berapa berat Senyuman Perantau dan berapa jumlah penyusutan berat sehingga kini??Kuiz kena letak,sebab ramai nak kuiz ja,daripada baca cerita seram aku.haha.
Cerita di atas,aku dah ubah agar menjaga sensitiviti individu, masyarakat dan agama. Jangan la tanya atau p.m aku pula,tanya siapa Andy tu..huhu.

SenyumanPerantau

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

13 thoughts on “SenyumanPerantau: Misteri Ramalan Andy”

  1. Gaya mimpi mcm padamg mahsyar je tu…
    Allahuakbar…
    Semoga Allah bg jalan yg sebaiknya buat Andy…

    Teka teki teka tekuk ekkk…
    Berat asal 85…skrg dh 79…
    Turun 6kelo…
    Hahahahahha….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.