SenyumanPerantau:Tingkat18,Menara B,Persiaran MPAJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bertemu kembali dengan siri SenyumanPerantau. Setelah teruk dikecam dan ditohmah dalam episod lepas, jawapan bagi episod lepas ialah gigi. hehe. Untuk episod kali ni aku akan membawa sebuah cerita yang bertajuk “Tingkat 18,Menara B Persiaran MPAJ”, berkisar tentang kisah benar aku dan rakan-rakan ketika menuntut di sebuah institusi di Ampang.

Mula-mula aku akan membawa korang semua ke lokasi fakulti, aku dulu ye. Fakulti aku terletak di sebuah bangunan 18 tingkat, Menara B di persiaran MPAJ. Fakulti aku berada di tingkat 15 hingga 18. Walaupun terletak agak berdekatan dengan jalan besar dan kesibukan kota,tempat ini tak pernah lekang dengan kisah mistik dan misteri. Aku rangkumkan di sini pelbagai kisah seram yang telah di alami dan diceritakan sendiri oleh “pak guard” setelah beberapa tahun bekerja di sini, antaranya kelibat dua beranak; seorang ibu dan anak.Kadangkala kelihatan ibu akan memimpin tangan si anak di ruangan parking di tingkat 6, 7 atau 8. Adakalanya akan kelihatan kelibat si anak bermain-main di Tingkat 18, yang pada ketika itu, tingkat 18 masih lagi dalam proses pembinaan.

Ok,yang di atas merupakan,
pengalaman pak guard tersebut, tetapi selepas ini merupakan beberapa cerita yang pernah dialami oleh aku dan beberapa rakanku.

Sebenarnya,punca aku ingin bercerita pasal kisah ni, masa aku dan 4 sahabat aku bertemu di Penang. kami terlihat sebuah poster di dalam laman facebook berkisar tentang program akasia seni yang sememangnya akan diadakan saban tahun. Kiranya menjadi program tradisi bagi fakulti kami. Cuma yang membezakannya pada tahun ni, temanya adalah seram dan mistik, “Face the fear”.

“Weh.hampa rasa hantu ni ada seni ka, depa buat tema hantu pulak dah,berani betoiii,”geleng kepala Amran.
“Mungkin seni kot,ada bebungkuih,
ada botak,ada rambut berombak kerinting haha,”celah aku.
“Biaq ja, dorang tak pernah jumpaq lagiaq dengan mak dengan anaq dia tu,”Mads mencelah sambil mengajuk loghat Kedah Amran, sambil mengekek ketawa.
Aku pun terdiam, dan cuba “recall” kembali cerita-cerita yang pernah kami alami termasuk cerita daripada seorang rakan perempuan sekelas kami dahulu.

Kisah pertama:Pengalaman Haiza Maliki
Sebelum aku memulakan cerita ni, Haiza Maliki ni merupakan salah seorang rakan perempuan sekelas dengan aku, mempunyai wajah sedikit rupa cina, berasal daripada pantai timur dan duduk di sebelah aku di dalam makmal.

Hari sabtu tu, kami dikehendaki menghabiskan mengisi semua maklumat E-klinikal sebelum exam final. E-klinikal merupakan sebuah aplikasi untuk mengisi maklumat-maklumat berkaitan dengan semua sejarah rawatan pesakit sepanjang kami membuat sesi rawatan. Oleh kerana, kadang-kadang terdapat kekangan masa ataupun kemalasan melanda, sering aplikasi ini tidak diisi dengan lengkap dan terpaksalah hari sabtu dijadikan hari untuk melengkapkan semua maklumat ini. Sesi ini bukanlah satu kelas wajib untuk dihadiri ,ianya adalah sesi khas kepada sesiapa yang belum menyempurnakannya lagi.

Semua sesi mengisi E-klinikal ini dilakukan di dalam laptop yang terdapat di dalam klinik di tingkat 17.Masa tu jam menunjukkan 4.30 petang, semua rakan Haiza telah pergi menunaikan solat asar di surau tingkat 15. Sedang dia asyik mengisi aplikasi tersebut, tiba-tiba sebuah kerusi beroda bergerak melintasi belakangnya di kubikal sebelah. Kubikal ialah keadaan klinik yang mana setiap ruang dibahagikan dengan dinding separa untuk memisahkan ruang di antara satu kubikal dengan kubikal yang lain. Haiza tidak berpaling akan tetapi mengerling menggunakan hujung ekor matanya sahaja.Ianya tidak terhenti di situ sahaja,malahan kerusi yang tadi sudah bergerak betul-betul selari dengan belakang Haiza,bergerak kembali ke hujung dinding di kubikal sebelah.

Haiza mula resah,dia bingkas bangun lalu menuju ke kubikal sebelah. Mengintai ke arah kubikal sebelah. Jelas kosong, tiada manusia lagi yang tinggal di dalam klinik ketika itu.Yang tinggal hanya dia dan laptopnya sahaja, Haiza nekad, “shut down” laptopnya dan dia pun bergegas turun untuk solat. Sejak dari itu, Haiza tidak akan tinggal berseorangan lagi di klinik tingkat 17. Kepada Haiza ,malam ni cuba kau intai belakang tu, mana tau dia masih ikut lagi sampai sekarang,haha..

Kisah Kedua: Pengalaman Mads
Korang mesti ingat dengan Mads kan. Kalau tak ingat boleh rujuk balik dekat kisah rumah lelong senai tu. Mads ni bagi aku dia seorang yang agak gigih berusaha walaupun dia bukanlah jenis yang “nampak rajin” di mata orang lain ataupun pensyarah.
Yang aku tabik dengan Mads ni, dia memang konsisten akan study seorang diri di tingkat 17 selepas sesi kelas tamat pukul 5petang walaupun beberapa kali diuji pintu diketuk,t erbuka sendiri.

Untuk pengetahuan semua,pintu bilik study tingkat 17 adalah jenis sliding door berat, dan tidak mungkin daripada penjelasan fizik encik dee fen.

Tetapi mungkin sifat dengki daripada konsisten Mads itu, “benda” tu melancarkan perang psikologi yang lebih dasyat kali ni. Hari tu sedang Mads sedang membuat tugasan Prostho yang perlu dihantar minggu depan,dia melihat satu kelibat melintasi sliding door bilik study itu,menuju ke arah bilik pensyarah perempuan. Mads mulanya tanpa berfikir panjang (jarang Mads fikir panjang) mengekori kelibat hitam tersebut ke arah ruangan menunggu bilik pensyarah tersebut. Setibanya di situ, yang jaraknya hanya lebih kurang 15 langkah daripada kelibat hitam itu. Mads terhenti dan mula berfikir sejenak setelah melihat jam tangannya, pukul 6.30 petang. Di hadapannya, satu kelibat hitam wanita,berambut panjang,bajunya agak labuh, seksi, kerana “dia” hanya mengenakan seluar pendek lusuh.

“Wanita” itu membelakangi Mads dan betul-betul berada di hadapan bilik Dr. Laura dan Dr. Helen. Lutut Mads menggeletar setelah tersedar yang dia sudah melangkah di dalam ruangan gelap bilik pensyarah,dia melangkah perlahan dengan harapan agar tidak disedari wanita tersebut lalu meninggalkan tingkat 17.  Tugasan ke mana,assignment ke mana..Mads pulang meninggalkan begnya..Biar hilang beg dari hilang nyawa,detus hatinya. Sejak daripada hari tu,dia akan study di hostel,tidak lagi berseorangan.

Kisah Ketiga: Pengalaman Amran
Hari tu,seingat aku,kami ada kelas di tingkat 15 sebelum balik.Kami semua membawa beg bersama kecuali si Amran ni.Amran ni seorang yang jenis culas ataupun kerap terlupa sesuatu.Seingat aku,kad parking dan tol sahaja dekat sepuluh kali kena denda akibat tersalah letak dan tak ingat.

Habis sahaja kelas di tingkat 15 pada pukul 6 petang,kami pun semua ingin bergegas pulang seperti biasa.Aku macam biasa akan datang kampus dengan kereta Amran.

“Jie,tunggu aku kat gheta,aku nak pi ambik beg sat,tinggai la pulak,”Amran mendesah sambil melemparkan kunci keretanya kepada ku.”Wokehhh.hang nak aku teman ka??”balas aku.
“Tok sahhh,aku okay aihhh,”sambil menaiki lif ke tingkat atas.
Amran ni memang jarang sangat la tengok dia guna tangga,2tingkat pun dia akan tunggu lif,detus hatiku.

Sampai je kat tingkat atas,Amran pun menggunakan laluan belakang ke arah kelas kami di tingkat 17, sedang dia mengemas begnya,dia terlihat satu kelibat hitam seakan-akan berjalan pantas,masih sama menuju ke arah bilik pensyarah dan klinik tingkat 17. Amran ketika itu hanya beranggapan kelibat itu merupakan pak guard yang datang lazimnya untuk mengunci tingkat 17, almaklum lah kerana terdapat kes kecurian sebelum ini selepas sesi kuliah tamat.

Amran pun terus mengekori kelibat tersebut sambil menjerit, “Bang,jangan kunci dulu,saya ada dalam ni lagi,amek beg ni.”
Amran mengekori kelibat itu,sehingga lokasi yang sama Mads tadi, di hadapan bilik Dr. Laura dan Dr. Helen. Hujungnya dinding ,jalan mati. Kiri bilik Dr. Laura dan kanan bilik Dr. Helen, kedua-duanya sudah gelap dan berkunci. Amran kaget. Mulut terkunci rapat. Sendi lutut mula bergoyang, menelan air liur, bulu roma mula meremang masa ni. Amran pun terus cabut lari. Dan masa ni,kali pertama Amran turun menggunakan tangga,bukan satu atau dua tingkat tetapi terus menuju ke tingkat 7 lokasi parking kereta. Tercungap-cungap Amran setelah tiba di tingkat 7. Aku yang memang tak tahu hujung pangkal pada ketika itu terus menegur Amran

“Rajin Am exercise,nak kurus lerrr tu,auuummm,”senda aku.
“Dah-dah..sebelum aku buboh hang,jom naik gheta balik,sampai umah aku ceghita.”balas Amran.
“Hehe.mana la aku tau,kalau aku tau dia kena kacau dengan “mak budak tu”,takder la aku nak usik dia.Sorry Amran..”

Kisah keempat: Pengalaman Aku
Seingat aku,malam tu merupakan program akasia seni pada tahun 2010-2011, setelah sekali terserempak dengan “mak dan anak” di tingkat 7 parking lot, aku bertekad untuk tidak meletakkan kenderaan di tingkat atas lagi jika ada apa-apa program berlanjutan hingga lewat malam.

Malam tu,setelah selesai solat maghrib, aku mengalihkan kenderaan aku daripada parking lot tingkat 7 ke parking di perkarangan bawah bangunan MPAJ. Walaupun parking di bawah dikenakan bayaran sebanyak Rm3 aku rela daripada “diusik” oleh dua beranak tersebut. Setelah selesai mengalihkan kenderaan ke tingkat bawah,aku pun mengambil lif untuk kembali ke tingkat 17.Aku keseorangan di dalam lif,mula menekan butang tertera nombor 17.

Dalam hati aku ketika itu,timbul sedikit riya’ dan bongkak, “haha,padan muko duo branok tu,tok leh doh la ngosek aku,aku doh park bawoh,”aku bermonolog sambil tersenyum sinis.Lif menunjukkan sudah naik ke tingkat 16,aku bersedia untuk turun di tingkat 17,akan tetapi lif tidak terbuka di tingkat 17.

“Aik,bakpo tok berenti pulok doh, rosok lagi kow,” hatiku menyeranah seorang diri. Memang lif di bangunan selalu rosak dan aku sendiri pernah terperangkap hampir 40 minit. Lif terus menuju ke atas sehingga angka 18. “Sudohhhh…menatey mano pulop tekan tingkat 18 ni,”mulut aku automatik berbunyi.

“Grekkk greeek” bunyi pintu lif lama dan usang terbuka di tingkat 18. Tingkat 18 pada masa ni masih belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses pemasangan pendawaian elektrik. Aku berpusing ke belakang untuk mempastikan sekali lagi yang tiada sesiapa di dalam lif, jelas tiada sesiapa dalam lif, peluh dingin mula menitis daripada dahi aku. Sejurus aku ingin berpaling kembali ke hadapan muka pintu lif.Satu sapuan angin lembut,meniup di pipi kiriku daripada dalam lif ke arah tingkat 18.Seram.Hajat hati nak je aku menjenguk ke luar lif untuk melihat jika ada sesiapa.

Tapi aku batalkan niat setelah melihat suasana gelap tingkat 18 dengan keadaan wayar yang bejuntai-juntai daripada syiling. Aku cepat-cepat tekan butang turun ke tingkat 17 kembali. Ianya mungkin tak seram bagi korang,tapi agak menakutkan bagi aku yang imannya senipis kulit bawang.

Yang pengalaman lain tu ada la lagi kat bangunan ni tapi sekadar pengalaman minor je la. Sebagai contoh dalam tandas, ada memanggil nama walaupun tiada orang, bahu ditepuk seseorang ketika solat dan bunyi lantunan bola ke arah dinding fakulti kami yang kebanyakkannya daripada jenis kayu.

Terpulanglah, aku hanya bercerita je,tahap keseraman tu bergantung kepada individu itu sendiri jika dalam situasi kami.

Buat junior aku, hati-hati la ye,s ebab masa kami dulu “dua beranak” ni belum pernah lagi la nak tunjuk muka ke apa..Kalau dah mula tunjuk muka tu, kena hati-hati la ye, sebab bukan semua “bertuah” dan mempunyai “ketahanan” dalam mendapat pengalaman menarik macam tu .Mungkin juga “dua beranak” tu dah meningkat umur??Hanya tuhan yang tahu.

Kali ni tiada teka-teki,tiada idea timbul.Cuma aku nak akhiri dengan serangkap pantun;
Buta mata telinga pekak,
Hidup merempat tepi tangga,
Jangan kita terlalu bongkak,
Kelak “mendapat” terduduk juga.

Ok,lepas ni aku ada cerita tentang hospital pula,tapi tak tahu la bila lagi ada masa nak menulis. Berehhh. Jumpa lagi..

SenyumanPerantau
SenyumanPerantau:Tingkat18,Menara B,Persiaran MPAJ
10 (100%) 4 votes

10 comments

  1. Wahhh… Mengimbau kenangan nih… Bangunan MPAJ ni sebelah dia dulu pejabat LHDNM kan? Sebelah LHDNM hospital Pantai kan?? Kan???

    Aku ada story pasal hantu anak beranak ni kat LHDNM ingat dia kacau kat LHDNM je ghopenye bangunan MPAJ pun kena. Kuikui… Nasiblah….

  2. Dasyat tuh.. huhuhu. Dah ler tingkat 17 . Jenuh weh nak tunggu naik. Kalau ada rezeki memang boleh jumpa dalam lif. Berhuhula..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.