Hai, Fiksyen Shasha readers dan terima kasih admin publish cerita aku. Enjoy!
Cerita ni aku tak tahu la ada kaitan dengan Fiksyen Shasha atau tak. Tapi benda ni berlaku masa aku tengah layan cerita dalam blog ni.
Benda ni berlaku pada hari selasa. Dekat office aku. Yes! Aku baca blog dekat office. Sebab aku bosan. Bos takde. Kerja tak banyak. Aku seorang graphic designer di sebuah syarikat event management.
Hari tu. Biasa-biasa je. Cuaca cantik je. Yang ada dalam office hanya aku dengan abang jojo. Budak marketing.
Nak dijadikan cerita. Hari tu bos aku tak ada. Keluar meeting dengan client. Tinggal lah berdua je aku dengan abang jojo. Dia dekat bilik dia. Aku dekat bilik aku. Bilik kami ni sebelah sebelah je. Bilik abang jojo di sebelah kanan bilk aku. Waktu dah nak masuk pukul 3 petang. Masa tu abang jojo ni tido dekat sofa bilik dia. Aku tahu sebab aku ada keluar pergi toilet sebelum aku start baca blog FS. So aku nampak la dia duk melingkor, atas sofa tu. Okay dah lah bercerita benda tak penting.
Masa duk syok aku menghayati cerita dalam blog FS ni. Tetiba ada sesuatu melintas depan pintu bilik aku. Dari kanan ke kiri. Laluan ke bilik bos. Laju gila. Dalam hati aku cakap. “Bangun dah orang tua ni. Laju-laju jalan nak pergi mana?” Tapi aku biarkan je. Aku sambung baca cerita FS balik. Aku lupa cerita mana aku baca masa tu.
Aku tengok jam dah pukul 3.45 petang. Aku cakap dalam hati lagi, “Lamanya abang jojo ni pergi bilik bos. Tak patah balik pun.” Terdetik la dalam hati aku nak pergi usha dia dekat bilik bos tu kan. Guess what?! Takdak sapa pun dalam bilik bos. Sunyi sepi je. Aku pun pergi bilik abang jojo. Elok je dia melingkor lagi dekat sofa.
Aku tak tahu lah. Aku ni jenis bebal ke, saja buat buat tak tahu ke, memang tak nak ambil tahu ke. Aku fikir apa yang aku nampak tadi tu. Banyangan aku je. Sebab terbawa-bawa baca cerita seram dalam FS ni. So aku masuk balik dalam bilik aku. Sambung baca cerita dalam blog tu lagi. Tak silap dah lebih 5 cerita aku baca.
Sekali lagi aku nampak benda melintas depan bilik aku. Tapi kali ni betul-betul abang jojo sebab dia berhenti depan pintu bilik aku. Cuak jugak la time tu kan. Masa tu aku baru perasan benda yang mula-mula melintas tadi tu. Takde bunyi tapak kaki pun. Kalau abang jojo yang melintas mesti aku perasaan. Sebabnya abang jojo ni jenis dia berjalan hentak kaki kuat-kuat. Macam mengamuk. Yang meyakinkan aku bahawa manusia dekat depan aku masa tu abang jojo adalah kerana masa dia nak sampai ke pintu bilik aku tu. Aku dah dengar hentakan kaki dia.
Abang jojo masuk bilik aku. Duduk dekat sofa bilik aku dan dia cakap “Kot ye pun nak kejutkan abang. Jangan ah hempuk dahi kuat-kuat. Sakit la.” Sambil gosok dahi dia. Aku tengok dia pelik la. Bila masa pula aku hempuk dahi dia. Aku jawab “Eh bila masa pula dean masuk bilik abang. Dean intai abang je tadi. Itu pun sejam yang lepas” Abang jojo dah buat muka pelik. Then kami berdua diam je. Aku lagi sekali sambung baca FS.
Tak lama lepas tu. Tengah kami duk dalam dunia masing-masing. Aku dengar macam ada orang angkat gagang telefon. Pastu bercakap. Tak clear sangat apa yang benda tu borakkan. Tapi dengar gagang phone diangkat dan bunyi soksek soksek orang bercakap tu. Agak jelas juga la. Bunyi macam orang baca surah dalam solat tu. Bunyi tu bukan dekat bilik abang jojo. Tapi bilik hujung sekali. Sebelah pintu masuk office. Berhadapan dengan pantri. Bilik tu dah agak lama terbiar lepas abang rizal, Akauntan resign. Setiap bilik dekat office ni ada telefon. Landline phone.
Aku tengok abang jojo. Abang jojo tengok aku. Abang jojo buat gestures kepala. Dia ajak pergi tengok. Aku ni dengan berani-berani takut, bangun ikot dia pergi bilik hujung tu. Kitorang pun sampai kat bilik hujung tu. Tapi tak ada apa pun. Telefon tu elok je kat atas meja. Bilik tu agak suram ah sikit time tu. Aku nak dekat pun macam tak berani. Aku tengok dari jauh je. Yang membuatkan kami berani pergi tengok tu kitaorang ingatkan abang zali datang office.
Abang zali ni marketing manager. Dia datang office jarang-jarang. Sebab dia kerja tempat lain. Tapi bukan dia yang duk cakap phone dalam bilik tu. Lagi pun. Bunyi ringing phone pun takdak. Tetiba je ada yang angkat gagang phone tu dan berborak. *tak pepasal korang kenal staff tempat kerja aku kan. hahahahaha
Lepas tu, kitorang patah balik ke bilik aku. Aku ni penggemar kopi. Dalam bilik aku ada coffee maker. Aku bancuh kopi untuk aku dan abang jojo. Untuk tenang kan diri yang kecut ni. Masa tu aku fikir satu je. Mana ada hantu petang petang.
Siap buat kopi. Aku pergi sambung baca cerita dalam FS. Abang jojo baring dekat sofa sambil main phone. Baru je aku nak sip kopi ni. BANG!!! Bunyi pintu di hempas. Kuat nak mampus. Angin takdak weh time tu. Langsir kat bilik aku steady je. Bunyi pintu bilik bos aku. Abang jojo tengok aku. Dia cakap “angin je tu.” Mata tengok langsir bilik aku. Tapi muka dia. Mak aihh. Cuak gila. Kopi aku doksah cakap la. Habis lencun baju dengan meja aku. Dalam hati aku cakap. “Biaq pi la apa pun. Angin ke apa ke. Kalau betul la ada benda lain, jangan rajin tunjuk muka sudah.”
Aku pun bangun la nak pergi toilet tukar baju and lap meja. Memang ada baju siap dalam office aku ni. Toilet sebelah je dengan pantri. Nak masuk toilet. Nak switch on lampu toilet. Memang akan ternampak bilik hujung tu. Aku dah seram sejuk tengok bilik tu. Tapi kuatkan diri. Siap tukar baju semua. Aku masuk bilik. Aku tengok abang jojo muka dia cuak lagi sekali. Muka ketakutan.
Dia cakap “macam mana dean boleh datang dari arah sana? Bukan dean pergi bilik bos ke tadi?” “Mana ada bang. Dean dari toilet la. Tukar baju.” Aku masuk bilik lap meja. Abang jojo cakap lagi “sumpah abang nampak dean lalu tadi. Laju je jalan.” Aku dah mula tak sedap hati. Aku cakap dekat abang jojo “mana ada. Perasaan abang je tu. Mainan perasaan. Bekasan yang tadi tu. Takde apa la.” Masa tu tangan aku dah mula terketar-ketar. Macam lambat je masa berlalu.
Aku tengok jam pukul 4.15 petang. Waktu balik pukul 5.30 petang. Panjang lagi masa. Aku rasa nak balik terus je. Tapi aku kuatkan semangat. Abang jojo sambung main phone. Aku sambung baca blog. Dan, sekali lagi. Benda tu lalu depan bilik aku. Laju nak mampus. Sampaikan abang jojo terbangun dan lari sebelah aku. Yang buat abang jojo terbangun tu sebab kali ni benda tu lalu. Siap bunyi zuzzzz. Hahahaha. Macam benda lalu bergerak laju. Aahh. Faham-faham sendiri la. Susah nak describe macam mana. Berlari ke arah bilik bos.
Aku masa tu dah terkaku atas kerusi. Tak boleh nak bergerak. Sebab lutut aku dah lembik sangat dah. Masa tu abang jojo berdiri tepi aku dan tengok keluar tingkap. Luar tingkap tu. Belakang rumah kedai. So tingkap yang tertutup je. Sunyi pula tu. Aku buka tingkap waktu tu. Melalui tingkap aku tu akan nampak reflect ke dalam bilik abang jojo. Kalau dia bukak tingkap juga. Aku waktu tu sibuk minum air. Nak tenangkan diri. Aku bancuh baru kopi yang tumpah tadi tu. Betul weh. Kalau dah gila kopi ni, minum kopi satu sip. Rasa tenang je. Dengan bau aroma dia. Hahahaha.
Duk sibuk aku minum air tu, abang jojo tonyoh kepala aku. Dia cakap “patut la kau buat tak tahu je. Kau duk baca benda mengarut. Patut la diam je.” Aku baru nak buka mulut. Nak menjawab. KRINGGG!! KRINGG!! KRINGGG!! Bunyi phone setiap bilik serentak. Terkejut aku time tu. Masing masing masa tu macam blur kan. Lambat angkat telefon tu.
Teka ah apa jadi. Hehehehe. “Dia” tolong angkat kan. Dan semua bunyi phone tu berhenti bila dah “di jawab”. Bunyi yang sama macam yang sebelum ni. Gagang phone diangkat dan bunyi orang berborak. Nasib la tak jelas suaranya kan. Dengar macam berbisik tipu-tipu tu je. Pandai kan dia angkat phone. Siap berborak. Aku tak tahu la dia borak dengan sape. Aku tak nak ambil tahu.
And tak lama lepas tu. Hampir 5 minit jugak la. Hilang bunyi soksek soksek dia berborak tu. Dengar dia letak gagang. Dek kerana risau dia lalu lagi sekali. Abang jojo dengan beraninya pergi tutup pintu bilik aku. Risau gak kan. Dah tiga kali lintas laju-laju. Kang kali keempat dia buat buat singgah. Mau pengsan kitaorang kat situ.
Aku tengok jam dah pukul 4.45 petang. Aku cakap kat abang jojo “ kenapa hari macam lambat je waktu berjalan. Nak balik.” Masa tu abang jojo masih di posisi yang sama. Menyandar bontot kat meja menghadap tingkap. Sebelah aku. Aku kat kerusi lagi. Tak boleh bergerak langsung. Kiteorang diam je. Masing-masing dengan fikiran masing-masing. Time ni aku duk tengok tajuk tajuk cerita dekat FS. Saja la alih perhatian otak ni. Dari terfikir benda yang kat luar tu. Lama tu, aku rasa dah relax sikit. Ingat habis situ je ke? Takkk!!!!
Tiba tiba genggaman abang jojo makin kuat. Aku pegang lengan dia. Dia pegang tangan aku. (masa kejadian bunyi phone tu. Aku pegang lengan abang jojo sebab terkejut and takut.) Kuat gila kau dia genggam. Sakit oii. Sampai putih-putih jari aku. Dek kena genggam dengan orang tua tu. Hehehe. Takde la tua sangat. 2 tahun je tua dari aku. Aku cakap “oiii! Dah kenapa! Sakit la.” Aku tarik tangan aku dari genggaman dia. Tapi abang jojo tarik balik.
Aku tengok dia. Dia perhati je dekat tingkap belakang aku tu. Aku dah cuak. Risau dia kerasukan. Ye lah. Dia tenung je tingkap tu. Pastu dia tarik aku duduk dekat lantai. Terjelepuk aku jatuh. Aku rasa nak maki je dia time tu. Tapi tengok muka dia. Aku tak marah dah. Aku rasa nak nangis. Sebab dia pun menangis. Aku tanya la kenapa. Dia diam je. Aku cakap. “Dia tunjuk ke abang?” Dia angguk. Aku apa lagi. Istighfar panjang-panjang. Baca ayatul qursi. Sebab dah takut sangat kan.
Aku dengan abang jojo duk menangis tersedu-sedu dah ni. Ketakutan. Lama sikit lepas tu. Aku pun dah redha ta nangis dah. Aku tengok jam. Alhamdulillah. Dah pukul 5.15 petang. Aku dah kuat sikit dah masa tu. Aku tarik abang jojo bangun. Dia diam je. Tak bercakap. (masa ni aku dah risau dia kena sampuk.) Tangan dia still pegang tangan aku kuat. Aku cakap jangan tengok tingkap. Dia angguk. Aku ni penakut juga. Tapi buat-buat kuat. Sebab aku fikir, kalau abang jojo dah macam ni, aku tak boleh lembik. Kena kuat.
Aku kuatkan semangat. Shut down pc aku. Tutup tingkap semua. Cawan aku letak je atas meja kopi bilik aku tu. Esok boleh basuh. Ye!! Abang jojo still pegang tangan aku. Jarak dari meja pc ke meja kopi dekat je. Tapi menyampah jugak la. Orang pegang-pegang ni. Aku tak suka. Tapi aku faham situasi dia. Aku biarkan je.
Siap kemas-kemas barang aku. (masa ni, aku rasa aku dah tak ingat dah pasal benda yang kacau kiteorang tu. Sebab aku macam dah berani. hahahahaha) Aku cakap dekat abang jojo. “Jom pergi kemas barang. Dah nak balik dah. Nak shut down pc bilik bos. Barang abang pun tak kemas lagi. Tingkap terbuka lagi tu.” Sambil terketar-ketar abang jojo cakap. “Boleh tak kita buat esok je semua tu. Biar bos ada dulu.” “Mana boleh bang. Nan…” GANG!! GANG!! GANG!!! Bunyi orang gegar kan grill pintu utama office. Pintu utama office memang dekat je. Betul2 depan bilik abang jojo. Memang dekat dengan bilik aku. Abang jojo nangis lagi sekali. Kesian pun ada aku dekat dia ni.
Aku pula terkaku tengok ke arah pintu bilik aku. Terkejut bak hang!! Masa grill tu kena gegar, siap ada orang panggil nama kiteorang. And suara tu sebijik suara bos kiteorang. So, aku yang bebal ni, cakap la dekat abang jojo. “Tu bos la.” Aku tarik tangan aku kuat-kuat. Sampai terlepas. Pastu pergi buka pintu bilik aku. Nak tengok la kat pintu depan office tu.
Bila buka pintu tu. Takda sape pun. Aku pun keluar dari bilik. Dan pergi buka pintu grill tengok kat tangga. Tak da siapa pun. Aku masuk bilik bos. Siap pergi shut down pc bilik bos. Kunci pintu bilik dia. Sebab dalam kepala aku bos pergi toilet, (slow nya lahai rasa bila ingat) yang menguatkan aku untuk cakap bos pergi toilet. Sebab aku dengar pintu toilet ditutup. So siap kunci bilik bos. Aku pergi bilik abang jojo pula. Kemas barang dia. Tutup tingkap semua. Tapi serious masa masuk bilik abang jojo tu. Lain macam betul aku rasa. Rasa hati ni lain macam. Rasa nak keluar cepat-cepat. Aku tengok jam dah pukul 5.35 petang.
Aku patah balik ke bilik aku. Aku tengok abang jojo kat lantai bawah meja aku lagi sekali. Sambil tutup mata. And menangis. Aku berlari pergi dekat dia. Aku tanya dia kenapa. Dia tak jawab. Tapi dia angkat muka. Tengok aku dan tarik tangan aku. Lagi sekali kena genggam. Adehh. Sakit nauzubillah. Kuat. Aku tiba tiba rasa seram sejuk. Aku tarik dia. Pergi punch card. Then keluar. Aku kunci pintu office.
Padlock dekat grill tu hilang. Kitorang memang biasa kalau buka office akan sangkut padlock dekat gril tu. Abang jojo tiba tiba macam menjerit marah-marah. Dia cakap “main-main ah benda ni. Aku nak balik la bodoh.” Elok je abang jojo berhenti cakap. Pintu office tertutup sendiri. BANG!!! Kuat gila. Aku dah tak berani nak buka. Apa nak jadi jadi la. Aku kunci pintu office macam tu je. Kunci dekat tombol tu. Pastu kunci grill macam tu je. Pastu kiteorang turun.
Office aku ni tingkat 1. Masa nak turun tu, kiteorang berselisih dengan jiran office. Sebelah office kiteorang ni. Ada office lagi. Biasa nya diorang balik awal. Pukul 5.00 petang dah sunyi office sebelah. Akak tu pun tegur kami. Takde apa yang pelik pun dengan dia. Dia cakap “korang kenapa pucat? Bergaduh ke apa? Dengar korang hempas hempas pintu. Jerit jerit semua.” Aku diam je. Abang jojo lagi la. Cepat-cepat tarik aku turun.
Dah sampai bawah. Aku nak kunci pintu yang bawah pulak. Abang jojo cakap. Kunci pintu tu cepat. Jangan tengok kat tangga. Aku cakap la. Yang akak tadi tu tak sampai lagi. Abang jojo cakap lagi. “Tutup je lah. Jangan degil boleh tak. Cepat la sikit.” Abang jojo tak pandang langsung kat dalam pintu. Dekat tangga tu. Aku pun cuak gak dia buat macam tu. Aku pun tak tengok la ke dalam. Aku kunci cepat cepat pintu tu. Pastu abang jojo tarik aku pergi kereta dia. Dia cakap aku balik dengan dia. Dia tak berani drive sorang-sorang. Kebiasaannya aku akan tunggu adik aku datang ambil kerja pukul 6.
Dah siap call adik cakap aku balik dengan abang jojo. Masuk kereta dia ajak lepak mamak jap. Aku on je. Tiba-tiba lapar pula. Pekena nescafe. Okay gak. Sampai mamak tu. Abang jojo dah cool down. Dan dia pun buka cerita apa yang berlaku.
Masa dia tarik aku ke lantai tu. Dia nampak reflect benda tu dekat cermin tingkap bilik aku. Benda tu ada dekat bilik dia. Berdiri di sebalik meja. Yang membuat kan abang jojo tu tarik aku kebawah. Sebab benda tu macam bergerak nak k earah tingkap. Macam makin dekat la. Dia tak berani nak tengok. So dia tarik la aku jatuh ke lantai. Dia takut sangat. Sampai menangis macam tu. Dia cakap hilang macho. Hahahaha. (aku tak tanya pun rupa benda tu. Biar lah aku tak tahu.)
Masa aku pergi keluar dai bilik dan pergi ke bilik bos. Lepas grill kena gegar tu. (Huh masa ni aku baru ingat yang aku fikir bos aku datang office and pergi toilet kan. Masa kat mamak tu baru aku ingat pasal ni. Aku dah kunci semua. Bos aku terkunci kat dalam. Tapi semua tu khayalan aku je) abang jojo cakap. Masa aku pergi bilik bos tu. Sekali lagi benda tu lintas depan bilik aku. Kali ni perlahan je dia lalu. Abang jojo tak tengok. Tapi dia nampak la macam bayang-bayang tu dari bawah meja tu. (Abang jojo duduk kat lantai. Sebab aku tinggal dia.) Benda tu lalu pergi ke arah toilet. And bunyi pintu toilet ditutup. (Yang aku ingat bos aku masuk toilet tu) aisshhh. Ketaq lutut masa aku dengar tu.
Makna nya aku berselisih la dengan benda tu. Masa nak masuk bilik bos tu. Aku telan air liur je. Tak mampu berkata apa apa dah. Kan masa aku masuk bilik lepas aku ambil barang abang jojo tu. Abang jojo duduk dekat lantai sambil tutup mata dan menangis. Tahu tak kenapa?? Dia cakap. Aku berani sangat pergi bilik dia. Dia takut something jadi dekat aku. So dia tak boleh nak fikir apa. Yang dia tahu. Dia nak menangis je. Bila aku dah sampai dekat dia. Dia tenung je aku. Sebab nak pastikan aku ni aku. hahahaha
Sampai lah masa nak tutup grill tu. Abang jojo cerita. Sebenarnya padlock tu ada je dekat situ. Aku je yang tak nampak. DAN!!! Akak yang tegur kiteorang tadi tu sebenarnya bukan orang. Pekerja office sebelah tak pernah ada yang balik lepas pkul 5.30 petang. Tu syarat office tu. And masa aku tengah kunci pintu tu. Memang takde bunyi pintu office sebelah ditutup pun. Jarak tangga dari office kiteorang nak turun ke bawah. Takde la jauh. Tapi akak tu lambat nau nak sampai ke bawah. Aku pun baru perasan masa abang jojo cerita. Tapi bila ingat balik akak tu. Takde apa yang pelik pun. Pucat ke. Muka menggerutu ke. Takda. Memang manusia. Tapi itu lah. Yang pelik. Lepas aku kunci pintu. Memang takde dah kelibat akak tu. Takkan naik balik ke office kot. Entah.
Dh siap makan semua. Kiteorang balik. Abang jojo cerita lepas dia balik tu. Dah takda apa ganggu. Tapi dia dan aku demam. Hamper seminggu jugak la kiteorang cuti. Dah masuk office. Cerita la dekat bos dengan isteri dia. Diorang pun buat tahlil sikit. Bacaan yasiin semua. So far dah kurang gangguan tu.
Bila diingatkan balik. Kenapa masa ketakutan tu. Kiteorang tak call je bos. Suruh datang dekat kiteorang. Entah la. Masa tu otak semua dah bercelaru.
Dah lah. Panjang sangat ni. Risau bosan korang baca. Aku rasa benda ni paling ngeri yang pernah aku alami selama 26 tahun aku hidup. Ada lagi cerita dekat office aku. Tapi bagi aku tak seseram cerita yang ni. So aku decide nak cerita yang ni je. Chow!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Gilor dahsyat bertalu2 deme mengusik weeiii…
Tapi serious xleh imagine abg jojo ngan dean ni menangis2 bwh meja…
Mmg ke lawot macho tu wei…
Kesian korg…heheheheh…
Dasyat nyaaaaaaaaa . Serius seram gilerrrrrrr . meremanggg bacaaa
SERIUS SERAM…!!!
hehe, awak macam saya… suka baca FS kat ofis…. awak untung ada abg jojo, saya sorang jea awak selalu yea…..
serammmmmm… kalau ada kt situ pon confirm menangis jgk hihihihi
seram gila weii ?? tiba2 rasa kebebalan otak tu suatu hikmah
Hahahah berani gl gk la korg ek leh maintain lg tgu smpi kul 5.30ptg nk punch out dr off. Klu aku mmg xde makna la tgu2 lg… mmg aku balik je dr mula nmpk kelibat org lalu tu huhuhu
Tulis panjang2 xde seram mana pun.
Dean la jojo la
Bajet2 up
Name kampung ko xde ke?
Meon dan usin kan sedap
Bapak bg nama elok ‘din’ di ubah jadi dean.haha..mangkuk betul
Org kampung budak hingusan. Lupa daratan la ni
Cerita je terus xpyh melalut bnyk.
Bodoh
Xpyh reply aku bukan baca pun.haha..
“Dean” nama full aku “Deana”. Bukan “Din”
“Jojo” nama full dia “Johan”
Kepada siapa siapa yang tersalah pronounced aku punya nama. Maafkan aku. ?
Memang eja nama dalam ic aku macam tu. Jangan ah kecam aku.
laaaaaa. dean sebutan diyan? perempuan? maknanya akak la yang berani tutup pc bos tegur ‘akak office sebelah’ tu sedangkan bangjo dah nangis2 ketakutan sambil genggam tangan akak? hebatnya! kalau saya, dah pengsan kot xD
jgn lyn komen tu…mmg kt mna2 post kejenye nk kondem org je
Ya Allah sis deana.. I ingat u lelaki. Berani gilaaaa you ni di waktu abg jojo dah menangis ketakutan ?
AISHH..BERANI NYA AWAK DEANA. mati2 ingatkan awk lelaki bernama Dean ala2 nama mat salleh mcm dlm cerita Supernatural, Dean Winchester. hehehe
Apa2 pun cerita ni memang seram gila weyhhh. memang nak menggangu teruk benda tu, nasib baik awak kuat semangat, klu awk pun sama mcm abg jojo, nahhh..mmg tak balik dua2 nangis kat situ..haha
awak yg bodoh. dah nama dorang mcm tu.
Huhu . Tk payah laaa kot smpai nk kutuk or ckp org bodoh . Org ckp cmtu kat awk pun awk mrh kan . If skdr nk mnyakitkan hati org better tak payah komen . Diam lebih baik . Atleast dia usaha hiburkan isi msa lapang kita dgn crita dia . Blajar hargai usaha org even benda tu kecik je . Okey , maaf if ada salah silap .
Wow keyboard warrior, sumpah seranah habis-habisan.
Tak payah layan mamat mangkok hayun tu
#ad aku kesah ko bce ke tak..sbb ko bkn ny pndai mmbce pn..sbb ko tk pnh skolah pn kn sbb tu ko tk pndai hormat org
kalau kena kat aqu pon,,Inshallah boleh kuatkn lgi semangat dengan ayat 3Qul & ayat Qursi.Tapi,bila dah smpai member nangis2,aishh xthula kabo cmne.. Seram weii…
zuuusss laju2 tu The Flash tu….dia lewat nak g selamatkan orang….
Memang tahap berani gaban wei! Tapi serius memang seram….seram yang meremang-remang. Ganas gak mengacau macam tu caranya. Terbaik!
kena bodoh.
btw, fyi. Dean tu bukan Din.
tapi Dian. nama aku Deanna. dalam ic pun eja macam tu.
dan aku perempuan.
marah family aku la. letak nama aku macam tu. hahaha.
thanks yang suka cerita aku.
Peh.. lilek je abg jojo pegang tgn ek..haha.. masa tgh takot tak pikir apa dah kn
Mati2 aku ingatkan Dean tu laki tapi rupa-rupanya pempuan..Hahaha…
Tapi jujur aku cakap ko ni lagi berani drpd si Jojo tu.
Dan tahniah dan alhamdulillah juga kpd ko sbb dikurniakan otak bebal
Antara cerita yg paling seram
Kudos kepada penulis
waahhh best!! sama laa cer kita tapi tak lah teruk sampai tnjuk muka..selalu kena masa dia lalu lalang bilik ofis tue hahaha macam laluan dia dah..tapi sya support cer nie
Aku pun ingat dia lelaki sbb berani lain macam dari lelaki… tp mngkn jgak sbb dean xnmpk kot bnda tu.. tu y xbrape takut… mcm jojo tu nmpk kot…
aku pn kdg2 dtg msa2 tertntu jd lg berani dri laki aku.. hahaha… sbb aku jrg blh nmpk mende2 ni tp laki aku mmg cpat btul dia blh nmpak mende2 ni…
Cite ko suspen dik. Akk tak kira lah nama ko dean (din) ke dean (dian) ke.
Hahahhaa… tapi serius bila kena kaco tu tak kira la siang ke malam ke memang getaran seram tu memang ada kan? Kim salam jojo tu. Sian dia.. lemah tul semangat dia kan..
Dean nak share another cerita. Berkenaan dengan pejabat ni. The last one. Tapi dah hampir 4 bulan duk cuba type cerita ni. Tak boleh nak habis kan cerita dia.
Sebab seram sejuk setiap kali teringat. Nak type tu. Jadinya terbayangkan benda tu. So kena banyak kali stop. Tapi betul betul nak share dengan korang pengalaman dean. Lepas cerita sepetang di pejabat ni. Harap ada yang nak tunggu.
kami tunggu cerita dean.. please continue share cerita-cerita menarik lagi
dah post ke FS ke ceritanya? Share lah tajuk atau link 🙂
Fuhhh…seram gak…dh lew slalu blk lmbt dr opis….suka bc fs gak…mintak jauh lew benda2 camni huhu…kalo akak dik…mmg tinggal smua turun bwh..pastu ajak la sapa2 naik beramai2 kemaa brg n kunci smua..
tabahnya bang oi. kalau aku en mmg aku bla terus dari office tu
terbaik la Dean…berani btol..kalau aq la x tahu nak cakap ape
Ckp jelah pape. Lu x da mulut ke?
alahai dah la baca cerita ni waktu kat ofis..haha seramm
tambahan plk mmg selalu kena tinggal sorang-sorang..huhu