Seram Baju Merah

Assalamualaikum semua. Aku perkenalkan diri dahulu okey. Nama aku Wan, berasal dari Kelantan. Aku sekarang berumur 22 tahun, sedang menuntut di sebuah IPTA di Melaka. Terlebih dahulu ingin ucapkan terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana memberi peluang aku berkongsi serba sedikit kisah yang aku sendiri alami semasa di asrama dahulu.

Okey, aku teruskan dengan cerita “Seram Baju Merah” ini. Kejadian berlaku semasa tahun 2013, iaitu ketika aku masih Form 5. Aku bersekolah di sini sejak dari Form 1 sehingga Form 5.

Dulu aku ni seorang yang boleh dikatakan geng “baik” jugaklah, sebab selalu ke masjid, solat berjemaah, jadi imam untuk solat maghrib dan isyak (riak pulak). Okay, let’s move on to the story…

Seingat aku, kejadian seram ni berlaku pada hari Rabu, malam Khamis. Lebih tepatnya pada jam 1:00 pagi. Biasalah kan, budak asrama, lepas jer solat maghrib dengan isyak, kitorang akan ada “prep” dari jam 9:00 malam sampai 11:00 malam. Lepas tu akan ada supper or makan tengah malam lebih kurang.

Selepas selesai semua tu, kitorang semua naik ke dorm masing-masing. Lepas habis semua aktiviti, memandangkan SPM was just around the corner, aku decide untuk stay-up lepas supper tu dekat satu bilik dalam blok tu jugak. Budak-budak lain memang tak ada. Aku seorang sahaja. So aku sambunglah study. Seingat aku, aku tengah study subjek Fizik. Maklumlah, nak jadi engineer kena “strong” jugak subjek Fizik. So, study lah aku seorang diri dengan suasana sunyi dari suara buda-budak lain.

Masa tu kebanyakan budak lain dah masuk bilik. Tambahan pula bilik yang aku study tu memang takkan dapat dengar bunyi dari luar. Selepas sejam lebih aku study, lebih kurang jam 1:00 pagi, mata aku dah mula mengantuk. So aku pun nak naik ke bilik. Bilik aku dekat tingkat 2. Aku pun kemas-kemas buku, alat tulis semua, berjalalah keluar dari bilik aku study tu. Jam 1:00 pagi kan… sunyi giler lah asrama. Masa tu aku dah mula rasa seram, sebabnya jarang aku study sampai 1:00 pagi. Tengah naik tangga tu, rasa macam ada orang ikut jer dekat belakang. Aku cuba pusing belakang, tak ada apa-apa.

Lalu aku pun buat tak endah jer sebab aku ni jenis seorang beranilah jugak. So sampai kat bilik aku, semua dah tidur lena. Kalau budak lelaki, diorang suka tidur dekat bawah (lantai). Diorang akan angkat tilam, then letak dekat bawah kipas dinding t. Tidur rama-ramai dekat bawah, memang syok lah kan. Lepas aku masuk bilik, letak buku semua, aku rasa sakit perut. Entalah kenapa. So bergegalah aku ke tandas…

Pada masa yang sama, tengah asyik melayan dalam tandas tu, aku terdengar orang sedang berjalan menuju ke belakang. Aku huraikan tandas dorm aku ni macam mana: Dua dorm, ada bilik air di tengah-tengah. Means dua dorms, tapi tengah tu tandas dan bilik air. Tapi bilik air tu, dekat depan singki dan dekat belakang tu pun ada singki. Yang dekat belakang ada satu bilik saluran paip yang gelaplah jugak. Okay, korang dapat bayang tak?

So, semasa aku dalam tandas tu, lepas jer dengar bunyi orang berjalan menuju ke belakang, then tiba-tiba aku dengar suara orang tu bersembang sorang-sorang. Kenapa aku cakap dia sembang sorang-sorang? sebabnya, suara yang sorang lagi tu langsung tak kedengaran. Hanya suara dia jer. So dalam kepala aku, “tengah bercakap dengan siapa pulak dia nih?”

Aku cuba panggil, then dia senyap…

Bulu roma aku dah mula naik mencacak. Tengah waktu jadi benda macam ni, memang seram waktu tu. Aku share sedikit dialog antara “dia” dan member aku… (dialog ni member aku yang cerita, tapi aku pun dengar jugak. Tapi sepenuhnyalah. Yang “dia” cakap tu aku tak dengalah. Tak tahu pulak “dia” benda tu. Then aku tahu member aku ni lepas aku keluar tandas tu, aku nampak dia masuk bilik)

Member: Kau nak pergi mana tu?
Dia: Aku nak keluar ni… tolonglah aku…
Member: Kenapa kau nak keluar? Kau duk jelah dekat situ!
Dia: Aku tersekat dekat dalam bilik (bilik saluran paip) ni. Tolonglah buka pintu ni, aku nak keluar!

Member: Haa, kau dah bebas… (member aku pun bukak)

***Dia bergolek-golek atas lantai sebab happy boleh keluar.

Member: Takpelah, aku nak masuk bilik dulu. Eh eh, tak boleh! Kau tak boleh ikut! Duduk situ.

Aku yang dalam tandas dah seram giler wehh! Dengan siapa pulaklah member aku tengah bercakap sampai kena bagi arahan macam tu sekali supaya tak ikut masuk bilik.

So, lepas aku siap semua, aku pun keluar. Nampak member aku berjalan masuk bilik, then terus pergi tidur semula. Aku hairan sama ada member aku ni sedar or tak. Keesokan paginya, aku pun segara bertanya dekat member aku tu apa yang dia buat semalam. Nasib dia ingat. Dia pun cerita. Dia pergi ke belakang untuk gosok gigi sebab dah tabiat dia kot gosok gigi sebelum tidur. Lepas tu dia cakap dia macam kena pukau oleh sesuatu malam tu. So aku tanya, kau bercakap dengan siapa semalam?

Dia cakap, dia nampak satu makhluk kecik setinggi lutut yang berambut panjang, berbaju merah sampai ke kaki, mata merah, jari kaki ada tiga, jari tangan ada tiga. Macam Alien pulak. Tapi memang seram masa kawan aku cerita tu. Dia tolonglah makhluk tu nak keluar dari bilik tu. Lepas tu dia tak ingat apa yang berlaku. So lepas jer kejadian malam tu, esoknya dekat sekolah masa waktu P&P, aku dari kelas terdengar suara bunyi budak perempuan menjerit seperti kena rasuk dek makhluk halus. Aku dengan member sekelas seorang lagi pergilah cari budak perempuan tu untuk tengok apa yang jadi. Yang peliknya, budak perempuan dalam kelas aku pun dah ada yang menangis ketakutan. Dari sorang berteriak, then seorang lagi… lepas tu, makin ramai yang menjerit. Memang menakutkan…

Semua pelajar disuruh untuk membaca ayat suci al-Quran dalam kelas masing-masing. Ustaz datang untuk berubat budak-budak, tapi tak boleh jugak. Salah seorang pergi azan dekat mikrofon utama dekat pejabat. Semakin kuat orang menjerit. Aku pendekkan cerita, semua pelajar yang kena rasuk tadi dikumpulkan di surau. Bacaan Yaasin dibaca oleh ustaz. Keadaan jadi reda seketika. Menjelang malam. lepas solat maghrib, salah seorang budak perempuan menjerit macam ternampak benda tu lagi. Then bila ditanya, dia kata dia nampak budak baju merah, berambut panjang, tenagah berdiri dekat salah satu tempat parking berhampiran dengan surau.

Benda ni semua bermula dengan kisah member aku tadi, then sekolah jadi huru-hara kerana diganggu oleh makhluk halus itu. Ustaz ramai datang untuk berubat. Then lepas kejadian itu, keadaan reda. Dulu ustaz aku ada beritahu yang asrama aku ini dihuni oleh makhluk sekeluarg. Maksudnya, ada anak, mak dan ayahnya. Samalah macam kita, dia pun ade keluarga jugak. Sampai sekarang kejadian tu masih segar dalam ingatan. Lepas kejadian tu, bila aku nak pergi ke singki belakang tu, aku akan teringat kisah ni. Aku dengan beraninya cuba buka pintu tersebut, nasib baik tak ada apa-apa. So rasanya setakat itu sahaja perkongsian kisah “Seram Baju Merah”.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa untuk kejar malam Lailatul Qadar, kawan-kawan setia pembaca Fiksyen Shasha.

Apa yang kurang tu, aku minta maaf. Maklumlah, dah lama tak mengarang. In shaa Allah, ada lagi cerita yang seram untuk aku share dengan kawan-kawan semua.

Bye!

28 thoughts on “Seram Baju Merah”

  1. ha ah laa dulu cerita FS seronok di baca…x sabar ade story baru tapi skng ni mcm hambar plak..ingat kakak je yg rase sebegitu….

    Reply
  2. Maaf, bagi saya tak seram. Tapi rasa ingin tahu berkenaan makhluk itu tetap ada. Bunian? Jin? Makhluk asing? Jenglot?

    Reply
  3. Aku terhibur baca dialog member penulis dengan benda tu.

    Persoalan sekarang,

    1. Macam mana benda tu boleh terperangkap dalam bilik paip?

    2. Benda tu saja ke yang tinggal di sekolah tu? Mana pergi ahli keluarga lain?

    3. Ustaz tu tak cerita ke apa jadi pada keluarga makhluk tu? (Rujuk perenggan ketiga terakhir)

    4. Adakah keadaan reda selepas benda tu dihalau, ditangkap, atau dimusnahkan?

    5. Benda tu jahat ke tak sebenarnya? Dia cuma menampakkan diri atau dia ada mengacau?

    6. Kenapa makin kuat orang menjerit bila azan dilaungkan guna mikrofon?

    7. Kawan penulis tak pergi beritahu ustaz ke dia yang lepaskan benda tu?

    Reply
  4. Disebabkan ini cerita benar, bukan fiksyen mahupun karya secara bebas… aku boleh bagi 7/10 sebab x seram and agak pening sikit

    Bagi aku cerita benar mmg tiada penambahan atau tokok bagi menyedapkan cerita. Jadi, bila x seram atau x sedap… itu normal!

    So pada penulis, kalao ada cerita benar, hantarlah lagi. Its ok bila pendek dan x menyeramkan. Itu pengalaman kamu, kongsi sahaja ya, tiada masalah.

    Tpi kalao kamu memang mahu menghantar karya kerana minat dalam penulisan, aku Lebih sarankan jalan cerita mahupon dialog yang kamu tulis tu, lebih tersusun dan mudah faham✌🏻😊

    l

    Reply
    • Betol. Dlu FS ni cite die best kan. Wlupom pnjg.. Skrg cite die mcm semua xbest..sy dlu ske baca cite yg pompuan kne sihir tu.. Yg 3 episod tu.. Tp mmg best la cite2 dlu.. Skrg admin mcm xtapis da kan

      Reply
  5. Cerita pasal baju merah, aku pernah mimpi gi ikut camping kelas then kat area camping tu ada pompuan baju merah gaduh ngan bf dia and bila aku balik rumah, parents aku takda and aku gi dapur, pompuan tu datang cari aku kata dia lapar and marah sebab bf dia dah bunuh dia. Apahal ntah masuk dalam mimpi aku. Mati lah diam diam sana 😭

    Reply

Leave a Comment