Nama aku Ramona.Umur aku di awal 30-an.Aku sudah bersuami dan punya 3 orang anak.Kerjaya aku pula ialah sebagai suri rumah.Hobi?Aku tiada hobi yang spesifik untuk aku gambarkan atau berkongsi dengan kalian.Tapi aku ada kesukaan untuk berkongsi cerita dengan ramai orang.
Cerita yang aku sendiri pada awalnya tak sedar merupakan suatu anugerah yang kadangkala mengundang malapetaka kepada diri aku.Tapi,kalian jangan khuatir.Mungkin nanti kita boleh berkongsi kisah.
Aku mulakan dengan kisah tempahan bilik hotel secara atas talian.Perlu aku ingatkan,ini bukan iklan Trivago.Jauh sekali ‘paid review’ untuk menarik minat penjejak hantu.Kalian pernah menempah bilik menggunakan Booking.com?Kalau pernah,silakan baca kisah aku.
Oktober merupakan bulan kelahiran aku.Selalunya aku dan suami akan mulakan sambutan seawal bulan Oktober,barulah meriah!Lagipun aku kan surirumah.Waktu beginilah masa terbaik untuk suami aku menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti aku untuk 365 hari.Itu kata suami aku.Jadi,untuk tahun ini,pada tanggal 20 Oktober 2018,bersempena kami perlu menghadiri satu majlis perkahwinan di Melaka,aku memilih untuk menginap di Hotel *********** .Kenapa aku memilih untuk menginap disitu?Pertama,tentu sekali kerana berdekatan dengan lokasi majlis.Keduanya,kawan-kawan suami yang datang secara bujang telah memilih untuk menyewa di ‘homestay’ milik UiTM Kampus Bandar.Ketiga,sebab malam tu diorang dah merancang untuk bermain PlayStation.Jadi,memandangkan hotel tersebut cuma seberang jalan pada pandangan mata aku,maknanya tu paling dekat dan mudah di samping harga yang amatlah berpatutan.
Kami tiba di hotel lebih kurang jam 530 petang.Waktu pertama kali tiba ke bilik,mata aku sempat menangkap kelibat entiti lain di dalam bilik yang kami bakal menginap itu nanti walaupun keadaan di dalamnya gelap ketika pintu dibuka.Angin panas menyerbu keluar membuatkan badan terasa rimas dengan serta merta.Namun,perasaan dan kelibat yang kelihatan cuma sementara.Aku menunaikan solat Asar dan bersiap ala kadar sebelum kami keluar untuk makan malam.
Pulang dari makan malam dan bersiar-siar sekitar bandar Melaka menggunakan Grab,suami mendapat panggilan dari kawan-kawannya untuk berkumpul di Subaidah.Mamak yang bagi aku dah ‘over-rated’.Dah tak sama harganya dan rasanya macam zaman kami belajar dulu.Jam menunjukkan pukul 1030 malam.Dua anak aku masih cergas bermain dan bergurau sambil menonton TV,manakala yang bongsu tampak tak selesa.Sebenarnya dari awal kami tiba lagi,dia seperti rimas dan tak betah.Pantang aku berganjak walau seinci,pasti dia meraung.Tadi,sebelum suami aku keluar,sudah aku siapkan bekalan air, kudap-kudapan,tisu basah,lampin anak dan semualah yang aku rasa perlu di meja kecil yang berada disebelah ku ini.Dua buah katil bersaiz ‘Queen’ telah kami rapatkan.Masakan muat kami berlima kalau katilnya kami jarakkan.Maka, berlonggoklah kami lima beranak di atas katil menonton TV sambil menanti mata mengantuk.
Awalnya,aku tak perasan tentang apa-apa bunyi yang terbit di luar bilik.Tapi bila anak sulungku yang berusia 4 tahun mula bertanya,barulah aku cuba amati bunyi yang anak ku katakan.Memang benar.Ada suara kanak-kanak berlari dan berbual di hadapan pintu bilik kami.Setiap derap tapak kaki dan seretan selipar mereka dapat di dengar dengan jelas sedangkan lantai hotel dilitupi permaidani sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu lif,hinggalah ke pintu bilik.Kemudian,baru sekejap hilang bunyi kanak-kanak tadi,kali ini terdengar suara orang menangis dan bergelak ketawa pula.Untuk hentikan anak aku dari terus bertanya,aku pilih untuk kuatkan ‘volume’ TV dengan harapan bunyi-bunyian dari luar tak lagi menarik perhatian mereka.
Jam 1145 tengah malam,anak-anak nampaknya sudah lena.Tinggal aku yang masih berjaga melayan mata yang masih tak mampu lena.Sekali-sekala anak ku yang baru berusia 4 bulan ku tepuk.Entah kenapa malam ni tidurnya asyik terjaga,tak lena macam biasa.Bila terjagaia menangis sayu.Kadang-kadang dia terjaga untuk kesekian kalinya sambil menangis dengan mata yang masih terpejam rapat.Hati tiba-tiba rasa tak enak.Aku dail nombor suami minta dia pulang awal.Lelaki bila melepak,jawapan memang ikut ‘template’.Kalau tak jawab ‘lagi 20minit saya gerak’,dia akan jawab ‘tunggu budak-budak ni habis minum/habis hisap rokok,pastu saya gerak’..kan?Dan akhirnya,tunggu punya tunggu,aku pun tertidur!
Aku tersedar apabila terdengar bunyi pintu ditutup.Waktu tu aku bukannya tidur pun,Cuma sedang melayan rasa mengantuk sambil menyusukan anak perempuanku.Kedudukan aku waktu itu mengiring ke arah dinding yang bersebelahan dengan pintu masuk.Aku lihat jam di tangan,tepat pukul 1.30pagi.20minit la sangat!
Dia bergerak perlahan-lahan dari pintu bilik sambil tersenyum pada aku.Lama dia pandang aku sambil tersenyum,dan sewaktu dia melangkah menuju ke pantri,masih dia tersenyum sambil jari telunjuknya mengarah ke arah anak-anak yang sedang tidur dengan membuat isyarat supaya jangan bising kepada aku.Dalam aku berperang dengan rasa mengantuk,aku pandang dia dengan pandangan pelik.Bila tiba-tiba dia berdiri dihadapan cermin panjang yang digantung pada dinding bilik,dada aku rasa berdebar.Dengan suara sedikit mengarah ,aku minta dia ke tandas untuk mencuci muka dan mencuci kaki.Tapi masih,dia tersenyum-senyum dihadapan cermin ,tak berganjak.Aku ulang untuk kali kedua.Kali ini dengan suara yang agak keras.
“Yang,awak dah basuh kaki?Dah basuh muka?Pergi basuh sekarang”
“Kenapa marah-marah ni?Kena basuh ke?Kalau taknak?”Masih dengan wajah tersenyum.
Aku mula ‘hidupkan’ pertahanan aku.Gema ayat Isti-adzah aku alunkan berulang kali sebelum aku sambungkan dengan Bismillah sebanyak 21kali.
“Sayang,you nak i pergi basuh muka tak?Nak basuh kaki tak?Kalau I tak basuh you nak buat apa?”
Aku mula membaca Al-Fatihah sebanyak 7x.Kali ni makin banyak pula bebelan dan pertanyaan dari suamiku.Seakan mengganggu terutamanya bila aku teruskan bacaan dengan surah An-Nas,Al-Falaq dan Al-Ikhlas sebanyak 7x setiap satunya.Bilamana aku cuba azan saat kesemua ayat telah ku baca,suami aku mula memusingkan badannya yang tadi menghadap ke cermin,kini menghadap aku yang masih berada di katil.Mukanya sinis saat azanku tak dapat aku laungkan.Lantas aku teringat tentang Ayatul Kursi.Awal bacaan ku hingga ke ayat kedua nampaknya terganggu.Aku seakan berpusing pada ayat yang sama berkali-kali.
Kala aku sedang berhempas pulas untuk melunaskan bacaan ayatul kursi tadi,suamiku mula mengorak langkah menghampiri katil yang menjadi tempat aku dan anak-anak yang sedang beradu.Aku tahu yang aku tak boleh panik.Saat suami aku berkata,”Tak perlulah sampai macam tu.Perlu ke nak baca ayat tu semua?Jangan main kasar” dengan wajah yang dimaniskan tapi suara yang menyeramkan pada telinga aku,aku tarik nafas dalam-dalam sambil ku ulang Hasbunallah Wani’mal Wakil,Ni’mal Maula,Wani’man Nasir sebanyak 3 kali.Aku tahu yang aku kena cepat sebelum dia sampai ke katil.Aku baca dengan mata yang aku pejam rapat-rapat untuk aku pusatkan seluruh perhatian pada bacaan ku.Dan saat aku buka kita,usai bacaan aku yang kali ketujuh,suami ku tadi sudah meletak sebelah lututnya di atas tilam,sedia untuk memanjat dan merangkak ke arah aku.
Aku tiup dengan sepenuh hati sambil niatkan bacaan ku tadi seumpama api yang keluar dari mulut naga,yang bakal membakar makhluk di depan aku ini.Sekelip mata dia berkecai seperti habuk-habuk kaca sebelum menghilang.Badan aku menggeletar. Ini bukan mimpi.Aku tak bermimpi. Mana mungkin aku bermimpi bila aku sendiri yang mencapai anak kecilku untuk dipeluk saat makhluk tadi menghampiri katil kami tadi. Dada rasa bagai nak pecah. Pertama kali aku dilanda ketakutan sebegitu. Setakat ini, dia hantu paling berani pernah aku jumpa. Aku capai telefon bimbit disisi. Nombor suami aku dail. Mungkin terdengar suara ku yang seakan menggeletar, suami menjadi cemas. Katanya dia akan segera pulang. Bukan lagi jawapan ikut ’template’.
Sementara menunggu kepulangan suami, aku mainkan surah Al-Jin dan Manzil yang ada dalam telefon bimbitku. Aku masih bersandar pada kepala katil. Selagi suami aku yang sebenar belum tiba, pantang aku menutup mata. Waktu ni jam dah menunjukkan pukul 3.40 pagi. Hampir tiga jam rupanya kejadian tadi. Tak sampai 10 minit aku mengelamun, terdengar pintu bilik disentuh dengan kad elektronik. Dan sejurus pintu ditolak, tersembul wajah suami aku yang sebenar dimuka pintu. Dia beri salam. Tapi tetap tak cukup bagi aku. Aku paksa dia baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi. Aku tak sanggup pisang berbuah dua kali. Sejurus selesai dengan pemeriksaan dari aku, suami aku lantas berlalu ke tandas untuk mencuci muka dan kali.Haa..ni baru betul suami aku!
Berlaku pula sesi bercerita antara kami hingga jam beranjak ke pukul 5.Alang-alang dah pagi,baik tunggu Subuh.Lagipun aku rasa lebih selamat selepas subuh.Pernahbaku terbaca yang selepas subuh,setan dah tak merupa.Betul atau cuma omong kosong,aku pun tak pasti.Seperti suami aku, kalian tentu tertanya-tanya bagaimana aku dapat membezakan makhluk tadi dengan suami ku yang sebenarkan?
Pertama,aku cuma dengar bunyi pintu ditutup yang bilamana aku menoleh, jelmaan suami aku tadi telah berada di dalam bilik.Masakan aku tak mendengar bunyi kad disentuh pada pintu terlebih dahulu sebelum ia dibuka?
Kedua, suami aku biasanya akan beri salam setiap kali dia terpacul pada pintu bilik atau pintu rumah. Tapi jelmaan tadi, dia hanya senyum dan tersengih. Langsung tak sama dengan karektor suami aku.
Ketiga, ni kesilapan paling besar dia dah lakukan iaitu dari segi pakaian. Lazimnya, suami aku lebih selesa memakai seluar pendek setiap kali dia keluar. Hanya ke ofis atau urusan rasmi dan kerajaan sahaja barulah dia akan mengenakan seluar panjang. Dan walaupun makhluk tadi berjaya memanipulasikan penglihatan aku dengan menyarungkan T-shirt seakan suamiku,tapi dek kerana seluar jeans panjang yang dia sarungkan, penyamarannya terus terbongkar!
Bilamana azan subuh dah berkumandang di telefon bimbit ku,barulah aku berani untuk melelapkan mata usai solat Subuh.Esoknya,hatta ke tandas dan untuk mandi pun,aku minta suami temankan.Dan seawal jam 11 pagi,aku sudah berdiri di depan kaunter untuk menyerahkan kad akses bilik.Kejadian tu memang buat aku tak berani untuk berlama-lama di bilik lagi.Nak ulang menginap di situ?Pastinya tak mungkin lagi.
Seram pulak rasa… Bila benda tu berani tahap gaban… and paling tak bole blah bila dia main tarik tali.. Aish… Berderau beb..
Best sis! Seram! Macam Gaya penulisan rohani Din.
hotel apeee ni,, serammmmmnye,, kt melaka raya ehh?
Bila dia mention subaidah dgn uitm terus dapat teka kat area hang tuah mall Sbb dekat dgn kg morten banyak homestay banyak hotel area tu
Hotel apa ni ? Dah la nak gi Melaka bulan 2 ni hahaha
Sori nak ckp. Suami kau tu mmg teruk. Bwk anak bini pergi berjalan jauh pastu tgglkan kt bilik,dia pegi melepak dgn kwn2 dia. Apa jenis laki la. Mau nya jadi apa2 menangis airmata d***h pun x guna. Kwn2 dia nti boleh ganti balik ke nyawa anak bini dia,kalu jadi apa2. Maaf ni komen ikhlas saya. Tq
omg i felt the same way. Sampai tiga pagi dengan anak berderet, teruk nya lahai
Agreed! Sebaiknya dh berkeluarga jangan lah smpai pagi. Bukan kes kes melibatkan akan ghaib je, what if emergency? Hotel terbakar contohnya. Minta dijauhkan lah. Boleh ke bini angkut ketiga tiga anak tu sekaligus dlm keadaan panic. Most important, family quality time.
Setuju. Walaupun aku lelaki dan suka lepak sesekali dgn kawan-kawan aku tapi aku rasa perangai suami kau sgt tak wajar. Niat nak bawa keluarga bercuti bagus dah tapi masih pentingkan kawan sampai pukul 3-4 pagi dari keluarga sendiri yang dah berderet itu sangat teruk. Dah tu kat tempat bercuti pulak tu.. mmg %$&^.
thank you for saying this! sama mcm apa aku fikir. dah dtg bercuti dgn family, tp keluar lepak dgn kwn2 lama2. nak lepak setakat minum kejap ok la. ni dah call before 12 suruh balik sampai almost 4 pagi tak balik2 lagi? melampau sgt perangai! anak 3 tinggal bini utk handle sorang. bodoh punya jantan. I don’t care lah kalau ada yg nk marah aku kecam laki dia. mmg tak patut pun buat mcm tu.
Hotel apa nie TT? Kesiannya mintak dijauhkan Dari bende2 mcm nie…
Best
A******* L***** kah? Bawah tu Subaidah. Kat mana2 online hotel booking system pun rege dia murah dan x sepadan dgn tersergamnya. Hehe btol x?
Aku selalu nak cuba booking tp rasa sangsi
hotel mana ni woii. nak tahu
Yg teman pernah dok kt Melaka yg pada pendapat teman mmg scary sikit Cowboy Hotel…maybe sbb dh lama kot…sbb kt situ ada kolam renang…boleh lah anak2 mandi…kt mn2 hotel pon sebenarnya ada makhluk tu…samada mengacau ker idak itu jer…
thanks for sharing. terbaik.
ini bukan hantu hotel biasa. gatai mcm hantu raya je.
kan . sebab harga dia memusykilkan .
Seramnya.. Setiap perenggan baca mesti nak betul tempat duduk.. Baca laju2 biar cepat habis.. tak sanggup hayati satu2 baris ayat.. Naik semua bulu roma.. Hishh…
Part jin tu tanya soalan banyak2 kali seramnya, hardcore betul usikannya.. Mahu pecah jantung. Boleh buat filem cite ni.
hotel mne nie woo😫.. buln 3 nie dhlh nk stay kt hotel.. family holiday.. jgn buat hal.. hotel mne nie?
Kata pegi bercuti sempena nak sambut birthday bini… pehal pegi tinggalkan bini sampai dekat pukul 4 pagi?? Bengong punya laki
seram oooo… pengsan dh kalu aku ni… blh lak dia main2 cmtu,,,hardcore hantu ni…
comelnya suami.
pakat nak main play station dengan kawan – kawan bujang walaupun anak dah 3.
Rase nk luku2 kepala suami dia..smbut bday bini la sgt, sdgkn ko melepak ngan set2 bujang..baik ko bercuti ngan set2 bujang tu.xpyh bwk ank bini..nseb akak ni kuat. Klo aku,xtau ape jd. Hesteria mgkin…
memang nahas kalau tak tahu ape2 nak buat tym setan tu otw ke katil.. nasib baik awak ‘level ustazah’ jugak yea.. kaloo level tak tau ape2, confirm bakal mengandung anak ‘k3tiga’…..
Serammm. .. jelmaan nak mengawan…
hotel ni sebelah dia kolej tu ke?
gila betul hantu tu… nasib baik mata isterinya cekap klu tak , tak thu la cmne jadinye
Aku rasa laki dia lagi gila
hantu tu gatal em . peringatan untuk yang lelaki , jangan la tinggal anak bini camtu .dah kawin buat cara dah kawin . cerita seram . nanti share lagi ya 🙂
seram gile sampai menyerupai
laki kau jantan tak guna kak, kalau aku dah lama aku hambur dah! otak letak kat mana bawak anak bini bercuti last2 tinggal lepak dengan kawan bila call bukan nak balik segera hanat sangat perangai jantan camni!
Awat laki hg hawau btl. Kebugimaan sungguh. Nasib hg xkena doggy oleh jin tu. Hmm
Hotel Avilion Legacy kan..? Huhuuu
Hang selalu poq sana ke?
Omg! Saya pun fikir tempat yang sama sbb few years ago pernah tdo ctu sbb attend kursus. Bilik sendri 1st night kawan kena 2nd night sy kena. Konsep sapa tdo dulu dia selamat. Pastu rupanya geng bilik lain yg bwk anak pon ada yg kena!
Aduii.. Bab menyerupai suami nie. Pernah kena sekali. Tapi masa tu tak dapat nak pastikan situasi sebenar. Nak kata mimpi tu tak. Nak kata tak mimpi pun tak. Seram juga bila ingat balik. Tapi memang real dapat rasa cubaan nak sentuh kita tu. Nasib cepat tersedar. Sampai sekarang anak nak masuk 2 pun dok terfikir benda apa dan dari mana pula tetiba datang. Huhuhu..
Aku pernah stay Kat hotel tu tapi takde apa
Seram citer penulis. Gaya tulisan pun mmg penulis horror profesional. Mmg seram tu meremang bulu roma! Sapa la agaknye ni yeeee
Honestly, suami puan tak guna. Nasib puan baik, tapi cuba pikir kan kalau nasib tak baik. Nasihat sikit suami tu, dah kahwin buat cara dah kahwin
Oh sedapnya mulut kata suami orang tak guna
Jalan cerita yg sgt baik. Sy bg 5 bintang. Knp pn Ramona tak cerita apa yg Pn nampak dan rasa semasa ‘suami’ pn menghadap cermin masa dia mula2 masuk dan sampai bilik?
dasyatnya hantu mcm tu…selamat la pn mmpu jugak baca ayt2 al quran..kalau jns smua lupa dek cemas..mmg jnuh gak..
Avillion Legacy tu sekarang dah tukar nama LaCrista Hotel..serammm
Sy pernah tidur kat hotel avillion legacy sebab dapat tempat ketiga pertandingan harta karun. Padahal rumah kat bachang je. Huhuhu.
Avillion Legacy..Hotel memang cantek..Bilik airnya pun besar..tapi agak menyeramkan..Alhamdullilah tiada gangguan sepanjang menginap disana.