Seram di KPZ UKM

Asslamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Syukur dikurniakan masa aku berkongsi kisah lagi. Kejadian berlaku di UKM Bangi, ketika aku bekerja disana lepas habis belajar di UniklMfi. Aku di tempatkan di kolej Pendita Za’aba dan kejadian berlaku semasa tahun 2008-2009.

Semua tahu bahawa kolej za’aba adalah kolej hujung dunia yang sunyi seram dan angker sikit waktu itu. Ketika ini aku belum lagi menjejakkan kaki dalam alam persugihan perubatan. Ketika ini masih mencari-cari identiti diri dan penuh suka ria, Cuma ada kalanya aku mengikuti seseorang dalam mempelajari agama walau aku selalu ponteng kelas.

Aku ni workaholic dan memang selalu akan balik lambat. Kadang-kadang tidur di dalam office sampai 2 hari bila tiba hari minggu. Buat OT sambil membuta nak cari duit lebih, selalu aku dengar kisah-kisah seram dan penampakan oleh akak-akak cleaner dan staff yang lain. Macam-macam yang terjumpa dan terdengar, time ni aku macam biasa bajet-bajet hero Malaya.

Suatu hari gempar dengan penemuan sekujur mayat student mati terjatuh di kolej za’aba. Heboh satu UKM kerana mayat dijumpai oleh staff cleaner. Kasihan pada arwahkerana terjatuh(Al-Fatihah).

Ketika itu aku sedang sibuk kerja repair mesin elektronik, tiba-tiba semua staff keluar office dan pergi ke kolej dekat bus stop untuk lihat mayat . Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman. Ak upon join tengok dan lihat berjurai-jurai air mata kawan si arwah menangis sebab roommate dah tiada. Selesai phak polis bawa mayat ke hospital dan keluarga mangsa pun dah dimaklumkan, keadaan di kolej za’aba berjalan seperti biasa.

Namun selang beberapa hari aku terdengar muncul cerita penampakan roh si arwah berkeliaran nak jumpa kawan-kawan sekelas dia pula. Aduh dah kacoh pada siswi-siswi yang ada hantu bagai laah, roh lah nak darah mati tak tenang. Peringatan ye pembaca, bila seseorang itu meninggal dunia terputus hubungan dengan dunia manusia. Bidaah dan tipu jika ada yang kata roh orang mati kembali sama ada orang itu islam atau tidak. Tiada dlil dan nas dalam Quran kata roh akan kembali menghantui alam manusia.

Ketika ini aku x ambil pusing sebab aku percaya bukan roh tapi hanya jelmaan jin/syaitan nak larikan aqidah manusia. Selama seminggu kejadian usik mengusik inu berlaku, aku masih tidak endahkan (padahal minta-minta x jumpa dalam hati).

Lupa nak beritahu pembaca, masa kecil-kecil sehingga remaja aku dikenalkan dengan ilmu hitam oleh bapa saudaraku. Sehingga ada pendamping tanpa aku sedar, syukur alhamdulillah Allah membuka jalan untuk aku tinggalkan yang khurafat dan kembali pada jalan Allah. Oleh itu walau aku dah tiinggalkan amalan lama tapi petua untuk menghindari benda-benda ni masih aku ingat janjii tidak mensyirikkanAllah swt. Okay balik pada ccerita tadi.

Pada suatu hari aku kerja lewat tak sedar dah pukul 3.30 pagi. Aku pun nyalakan sebatang rokok (lama dah berhenti) sebelum mulakan perjalanan baik naik motor ku. Bila aku turun bukit sahaja dan nak keluar dari kolej melalui bus stop, di meja batu depan kolej aku ternampak lembaga seseorang tengah duduk dalam gelap sorang-sorang.

Aku berhenti dari jarak 30mtr dr meja itu, lampu motor aku suluh kearah meja. Yes, memang ada susuk perempuan sedang susuk membelakangi aku, rambutnya menjurai panjang hingga jejak tanah, muka tak Nampak dan tangan sebelah panjang sebelah pendek.

Seram sejuk mula ku rasai, rokok dah tak rasa apa dan peluh dah banyak keluar. Aku teringat pesan guru lamaku, aku terus main Tarik nafas batin dan hayunkan tangan membuka gerakan. Walau dalam kepala otak dah seram dan cuak (time ni iman kelaut solat pun tuang banyak). Aku seorang di tengah jalan membuka gerak dan keadaan begitu sunyi sekali.

Waktu tu aku hanya berserah pada Allah, jika buruk buruklah, jika baik baiklah keputusannya. Aku x berhenti membaca ayatul Kursi dan ayat 128-129 dari surah At Taubah. Sepanjang aku baca ayat-ayat, jelmaan berkenaan ketawa dan mengajuk apa aku baca. Makin berpeluh dan cuak aku, mataku tutup rapat-rapat sebab takut nak tengok muka jika benda tu datang depan aku. Aku mengucapkan sumpah Nabi Sulaiman dan janjinya pada makhluk jelmaan itu.

Setelah hampir 1 jam aku di tengah jalan, tiba-tiba jelmaan tadi ketawa dengan lantang dan kuat lepas tu terbang kea rah hutan di belakang kolej. Aku terduduk atas jalan dengan peluh dan sesak nafas. Penat buka dan main gerak, akhirnya dengan bantuan Alla, aku selamat .

Sedar-sedar dah nak pukul 5 pag dan aku ambil keputusan tidur di surau esok pagi baru balik mandi lepas subuh nanti. Seminggu selepas itu keadaan kembali pulih dan tiada lagi penampakan jelmaan roh si mati. Dengar cerita ada ustaz yang dating buang gangguan disitu dan pindahkan ke lata kijang mengikut cerita staff di situ.

Sumpah Nabi Sulaiman :
Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorang pun

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 thoughts on “Seram di KPZ UKM”

  1. Assalamualaikum wbt pada team FS dan pembaca sekalian.. disini bukan nak mengiyakan hantu itu.tapi jelmaan itu bukan roh tetapi dari jin/syaitan yang memang nak sesatkan manusia yang menyerupai si mati. Tiada dalil yang mengatakan roh akan menjelma menjadi hantu atau sebagainya. Bila kita meninggal dunia, sewaktu nyawa di kerongkong, hijab akan terbuka dan tika itulah kita kan nampak rupa malaikat maut. Masa itu baru hijab kita akan terbuka dan nampak alam ghaib. Hantu itu tiada tapi jiin/syaitan dan iblis itu wujud yang menyamar dan menjelma sebagai hantu. Dan memang kerjanya nak sesatkan umat manusia dengan memesongkan aqidah dan mempercayai benda yang karut marut. Nantikan post saya tentang kasyaf a.k.a hijab yang orang sibuk perkatakan sebagai kelebihan mereka.

    Reply
  2. x silap kejadian ni mase cuti sem kan.. dapat tahu pon mase blik kg.. btw sy mase tu kolej keris mas. penah duk sat kt zaaba mase latihan amali dulu.. rindunye zaman study

    Reply
  3. btl ke ni sumpah nabi sulaiman a. s.
    ‘Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorang pun’?

    Reply

Leave a Comment