Salam sejahtera semua. Nama aku Lin. Terlebih dahulu, terima kasih ku ucapkan kepada page fiksyen shasha kerana sudi menerbitkan ceritaku sebelum ni.
Kisah yang satu ni berlaku masa aku di bangku sekolah dulu. Masa aku form 3,aku dimasukkan ke asrama kerana masalah keluarga. Ada laa macam tak biasa sikit masuk asrama, sebab makan semua mesti ikut timing tak macam di rumah.
Nasib baik aku sama bilik dengan classmate aku. Kisah ni berlaku di salah satu sekolah menengah di Saratok,Sarawak.
Tengah ku syok syok kemas barang ku dalam locker, tetiba kawan ku ni sakat ku .(nama dia Yani) “awak,orang cakap kan, kalau kita baru masuk asrama, nanti ada terserempak atau kena sakat dengan hantu tau, salam perkenalan kut.” Aku cuma tersenyum dan tidak pedulikan apa yang dia cakapkan tadi, sebab si Yani ni suka sangat nak sakat orang.
Malam tu kami belajar malam di kelas. Kebiasaan bagi pelajar asrama,namun agak asing bagiku kerana tu First day aku bermalam di asrama.
Tiba-tiba,terdengar kekecohan datang dari kelas sebelah. Kami pun pergi ke sebelah dan melihat ada seorang perempuan tingkatan 1 kerasukan. Sekejap ketawa, sekejap menangis.
Masa dia nangis tu dia asyik cakap (sakit perut ,sakit perut) lepas tu ,pengawas bawak perempuan tu pergi bilik rehat dan perempuan itu pun semakin okay. Aku bingung, aku tanya lahh si Yani tadi.“memang selalu berlaku ke kejadian macam ni?” Lepas tu Yani jawab, “pernah jugak berlaku tapi jarang lah,dahlah. Biarkan saja. Asalkan bukan kena dekat kita.”
Lepas belajar malam dan minum malam, kami balik ke asrama untuk berehat dan tidur . Untuk pengetahuan korang, bangunan asrama ni 3 tingkat.(kami di tingkat 2,bilik hujung sekali ,bertentangan dengan tangga laluan ke tingkat 3)korang bayangkan lah macam mana rupa dia ye. Tapi yang penting, bilik kami berhadapan dengan tangga.
Dalam bilik tu, kami orang tidur pakai katil kayu 2 tingkat. Dan aku katil atas. Sebelum aku naik katil atas, aku capai stereoku dalam locker. Zaman kami ni dulu mana ada hp touch screen macam sekarang, zaman ni kami orang giler pakai stereo sebab nak dengar radio . Aku sumbatkan kedua dua telinga ku pakai earphone dan aku terlena.
Jam 3 pagi, aku terbangun disebabkan lagu di stereoku. Masa ku nak terbangun tu, lagu yang dimainkan di dalam stereo tu adalah lagu Andai hari esok-Adira part chorus.
Aku tak tahu laa aku mamai ke dah sedar ke masa tu, aku terdengar lagu tu lain macam, tak macam biasa. Bunyi dia macam nee “andai hari esok.hahahahaaaaaa~~~ ” Yang part haha tu bukan ketawa berkedah yer saudara, yang bunyi orang mengilai. Setahu aku, dalam lagu tu, mana ada part Adira mengilai.
Disebabkan terkejut tadi aku campak terus stereo ku. Giler tak terkejut. Tetiba aku rasa nak kencing. Tapi tandas berada di tingkat 1. Jadi aku kejutkan si yani nee sebab nak dia temankan aku. Boleh pulak dia buka mata dan senyum, lepas tu tidur balik.
Aku buka botol air mineral kecik dan simbah sedikit air di muka dia supaya dia bangun.Namun, hampa. Dia tak bangun pun. Dalam kebingungan tadi, tiba-tiba terdengar bunyi selipar. Pap pap pap pap! Seperti orang berjalan. Bunyinya macam datang dari arah tingkat 3.
Tidak lama lepas tu, bunyi selipar hilang. Alangkah terkejutnya aku, apabila kelihatan seorang perempuan turun dari tingkat tiga melalui tangga itu. Perempuan tu memakai baju kurung sekolah putih ,tapi tak pakai skirt biru .
Cuma baju tu jer. Rambut sedikit kusut paras pinggang ,bawak baldi biru dan ada darah di bahagian baju (bahagian perut), tapi kepalanya tertunduk tunduk dan tak pakai selipar.
Seolah olah dia menyembunyikan mukanya. Apa dia buat owh? Tak pernah aku lihat perempuan tu, setahu aku, perempuan diatas form 1 dan 2, paling panjang rambut pun paras bahu. Aku boleh hafal sikit sikit muka depa tu sebab bilangan form 1&2 cuma dalam 25 orang je.
Apa perempuan tu buat eh?kenapa perut dia berdarah? Aku rasa tu bukan pelajar atau manusia. Kerana cara dia turun tangga tu lain sangat. Tertunduk -tunduk dan macam tergesa-gesa.
Sesudah aku melihat perempuan tu ,menambahkan lagi semangat nak terkencing pulak. Aku cuba tahan dan tahan . Kerana aku takut sangat.Aku cuba baring untuk hilangkan rasa takut ,tapi imaginasi sebagai pelajar nee terlalu tinggi.
Aku fikir, jika aku terbaring menghadap siling, takut hantu tu terkam aku dari atas. Jadi aku baring dalam keadaan meniarap. Lepas tu aku fikir lagi, kalau ku letak tangan tepi katil, takut hantu tu dari bawah pulak pegang tangan aku. Jadi, aku simpan kedua dua tanganku dalam kocek seluar.
Puas aku terkial kial tukar posisi , pejam celik pejam celik . Barulah terdengar bunyi pelajar tingkat bawah mandi.Jam sudah menunjukkan pukul 4.
Baru tenang hati aku. Jadi aku terus pecut ke bawah sebab dah lama sangat dah tahan air kencing. Nasib baik tak terkencing di katil, malu dibuatnya. Jadi itu sajalah kisah seram ku.
Masin juga mulut si Yani ni .Teringat pulak aku waktu dia sakat pasal salam perkenalan tu. Hehe. Dan perempuan tu masih menjadi persoalan hingga kini.Terima kasih kepada pembaca.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seram / Tak (2 marks) = 1
Gaya bahasa (2 marks) = 1
Penyampaian (2 marks) = 1
Real / Fake (2 marks) = 1
Whole story (2 marks) = 1
Comment : cerita yg terlalu ringkas dan kurang padat. Itu saja yg terjadi. 5/10
memang tugas marking cerita orang ke?
cter best tp cara penceritaan boleh di upgrade kan lagi ye. good luck!