Seram Resort di Langkawi

Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca setia sekalian. Terima kasih Team FS kerana masih sudi menyiarkan kisah yang saya hendak kongsikan dengan anda. Semoga kita semua di bawah lindungan serta keberkatanNya dan tidak mengalami kejadian sedemikian rupa.

Kali ini saya ingin kongsikan kisah seram semasa saya bekerja di sebuah resort di Pantai Chenang. Siapa yang tak kenal reputasi resort ini yang kurang memuaskan dan hambar serta keadaan seram walaupun terletak di tengah-tengah pantai Chenang.Kita tolak tepi cerita lain dan tumpukan pada kisah seram.Terjadi pada tahun sekitar 2009/2010,begini kisahnya ketika saya masih dalam top management di sana..

Kawasan front office yang menempatkan dewan di tingkat 1,kitchen dan tapak lama bar room di ground floor.Tidak dinafikan keseraman kerana bar room dan dewan dah lama dibiarkan sehingga berhabuk. Yang masih aktif adalah f/o dan kitchen yang selalunya akan tutup pkul 12am setiap hari.

Malam itu ada satu majlis makan malam yang di tempah oleh pengunjung hotel, oleh itu banyak pinggan mangkuk yang hendak di bersihkan dan man power tak mencukupi.Jadi saya pun terpaksa mengerahkan diri untuk menolong basuh pinggan sekali dengan seorang lagi kitchen helper nama Azmi.

Sedang kami layan basuh pinggan sambil dengar radio, tiba2 radio ter”off” sendiri. Saya dan Azmi masih dalam kitchen walau jam sudah menunjukkan pukul 1.50am. Muka Azmi cuak dan gelisah memandang saya. Saya cakap rilek je jangan layankan kalau ada apa-apa itu semua cobaan.

Boss lama kitchen ni seorang yang beragama Hindu dan selalu buat upacara sembahyang dalam kitchen, kemungkinan ada kaitan atau tidak wallahua’lam. Saya suruh Azmi kuar hisap rokok dulu ambil angin nanti masuk balik.Azmi pun keluarlah, tunggu punya tunggu dah lebih 30 minit Azmi tak masuk.

Pinggan banyak dan pinggang saya makin sakit buat kerja sorang diri. Jam dah nak pukul 3am tapi kerja tak siap-siap lagi. Saya pun mula maki hamun Azmi sebab lambat hisap rokok, lantas say akeluar dan lihat Azmi dah balik ,takde sesiapa yang nak tolong saya basuh pinggan. Apa lagi semua maki hamun keluarlah sambil saya sambung buat kerja.Sumpah seranah habis tak ingat dunia(time ni banyak jahilnya).

Tengah saya maki hamun tak henti-henti, tiba muncul boss besar saya di pintu daput. Saya terkejut dan tanya, “Eh boss, bila sampai sini,tak cakap pun nak datang. Kalau tak saya jemput di airport tadi?”.Boss hanya tersenyum dan cakap saja dia nak bagi surprise pada pekerja.LEpas tu Boss tanya mana yang lain tak tolong kamu, saya pun ceritakan dan Boss gelak cakap”tak mengapa nanti saya p****g OT Azmi baru dia tahu” sambil gelak kecil.

Boss tengok saya dah penat lantas dia suruh saya balik bilik dan rehat, dia cakap pinggan ni biarkan nanti dia suruh orang lain cuci. Saya pun cakap terima kasih dan saya lihat Boss berlalu pergi macam tu masuk ke office, saya pun “challo betty” dari kitchen.

Esok pagi mcm biasa saya masuk office, saya greet semua staff dan mula bertanya,”Eh semalam boss datang kenapa tak ada yang inform saya?”.Semua pelik pandang saya, Ina f/o cakap mana ada boss sampai, diakan pergi meeting kat australia, lagi 3 hari baru datang sini.

Saya cakap la apa yang jadi malam tadi semua tak percaya. Saya siap cakap pinggan semalam saya tak habis basuh dan mereka cakap tiada siapa yang basuh pinggan pagi tadi bila office buka. Saya berlari ke kitchen untuk tengok and guess what, semua pinggan mangkuk dah bersih tersusun atas tray. Semua tak mengaku siapa yang cuci pinggan tu. Saya telefon Boss di Aussie untuk confirmkan memang dia disana meeting. Sehingga hari ini menjadi misteri, susuk manakah yang rajin sangat tolong saya cuci pinggan tu sebab nak ucap terima kasih.

Sekian itu sahaja kisah saya.

Wassalamualaikum wbt

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]
Syed As Siddiq

19 thoughts on “Seram Resort di Langkawi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.