SERAM SEKOLAH : DIORANG SERANG BALIK!!

Assalammualaikum semua, nama aku Adaa..Dah lama cerita ni tapi baru sekarang aku rasa nak hantar sini..story ni masa aku kat sekolah
menengah di salah satu felda, terengganu. Benda ni jadi dari malam first hari perkemahan sekolah 2013, aku form 3..malam tu ada aktiviti night walk..sekolah aku ni betul² tepi hutan dan night walk tu semua peserta dengan cikgu yang jaga masuk hutan tu.. Ouhh aku tak masuk perkemahan masa ni sebab aku rasa tak sedap hati dari mula² lagi jadi aku tarik diri.

Okey sambung balik. Diorang masuk hutan tu dengan berbaris semua sampailah satu kawasan dalam hutan tu ada tompok-tompok putih dekat daun dan dua tiga orang kawan aku yg join kem tu diorang bergurau dan sentuh benda tu semua tapi Alhamdulillah takde apa² berlaku dalam tu..

Masuk malam kedua benda tu semua start ganggu bila aktiviti malam kebudayaan.. masa tu ada satu kumpulan ni.. Diorang puteri islam..berlakon pasal jenazah semua tu la.. Baca yasin,pakai baju putih..masa persembahan tu berjalan ada salah sorang peserta nampak benda putih terbang ke tingkat 2 iaitu tingkat form 3..sekolah aku ni bentuk 4 segi..dataran kat tengah²..ramai jugak yang rasa gelisah tapi Alhamdulillah takde apa² yang buruk berlaku sampai la habis kem tu..

Esoknya hari ahad, semua guru dan pelajar
macam biasa berkumpul kat dataran perhimpunan. Masa ni ada sorang budak perempuan pengsan,keadaan still okey lagi sebab biasanya ada je yang pingsan sebab tak makan pagi. Keadaan jadi makin teruk bila ramai yang mula pengsan, menangis dan terpekik macam orang gila..makin lama makin kecoh bila ada student dan cikgu² pun dah start kena rasuk,Dalam duk sibuk² angkat pelajar yang pingsan tu ramai yang lalu depan bilik pengetua terhidu bau d***h dan bau telur yang dah busuk.

Cikgu arahkan pelajar perempuan ke surau dan yang laki stay dalam kelas..Yang kena rasuk tu mcm² jenis ada.. Ada yang berlari, yang menari ulik mayang, cikgu pun ada yang bersilat bagai dan benda ni berlarutan hampir 5-6 bulan, nampak macam²,nenek tua, badan berbulu, yang rambut panjang, yang muka hudoh ada jugak yang nampak benda hitam merangkak bawah meja kantin sekolah..kau bayangkan lah tengah ramai² pelajar duduk makan tiber ade benda bergerak bawah meja hmmm..

Paling aku tak boleh lupa pasal 3 orang budak perempuan ni, sorang (dia juara pecut sekolah aku) kena rasuk dan lari masuk dalam hutan tepi sekolah aku tempat perkhemahan tu..ramai gila budak lelaki yang kejar.. Ada yang kejar dengan motor, ada yang berlari. Bila dicari budak tu,hilang entah kemana dan ada cikgu yang pergi ke rumah budak ni..paling takleh blah budak ni ada kat rumah dia.. Tengah mandi kata maknya padahal hutan tu dengan rumah dia ibarat macam timur dan selatan .. Lain arah jadi mustahil la dia sampai cepat kan kalau fikir logik akal..apa yang aku tahu.. Budak tu sampai sekarang jadi tak normal kesian betul.

Yang kedua, dia ni kena rasuk dan keluar dari kelas lepastu dia berlari ke kawasan lapang tepi sekolah aku sebelum hutan tu and what!! Dia main dengan d***h(h**d) dia sendiri siap conteng² kat muka kat pakaian sekolah sambil senyum² seram weyhh dan yang ke 3 ni budak lain, dia kena rasuk masa rehat dari tingkat 2,dia berlari ke tingkat 3 (sekolah aku ada 4 tingkat) bangunan hadapan dari hantu yang terbang tadi dan naik penghadam kaki lima tu nak terjun tapi nasib geng² lelaki ni sempat berlari dan pegang tangan dia. Ada yang jaga kat tingkat 2 ada jugak yang jaga kat tingkat 3..kalau budak tu jatuh.. Alamatnya masuk berita la sekolah aku, “pelajar terjun bangunan sekolah kerana dirasuk”..

Ramai Ustaz dan bomoh(tanpa diundang) yang datang tau, ade la sorang bomoh tu pergi tampal kertas ape tah siap ada lambang pelik setiap kelas dan tabur lada hitam sekali dengan garam halus kt kaki lima kelas. Ada sorang ustazah aku ni tak suka benda tu jadi dia pergi buang semuanya,ye la syirik semua tu.. Ada Ustaz yang datang hari lain kata semua ni jadi sebab peserta kem yang kacau rumah diorang dan diorang serang balik tambah pulak dengan yang dah ada lama kat sekolah tu jadi memang bergabung laa cerita dia. Antara tempat benda tu ada,kat air terjun kat kantin, pokok sakura malaysia tepi blok kelas, kawasan lapang kat tepi kantin dan bengkel kayu KH. Budak² sekolah ni mungkin akan tahu semua kawasan ni kat mana.

Lepas semua tu berlaku,hikmah dia sekolah aku selalu baca Yassin dan ayat kursi lepas perhimpunan dan cikgu pasang zikir masa waktu rehat. Tahun berikutnya ada yang kena rasuk tu tapi taklah sekuat masa ni..So nasihat aku, jangan kacau tempat diorang kacau taknak kena kacau dan lagi satu mungkin boleh buat perlindung, setiap kali nak masuk mana² kedai makan, bacalah ayat kursi dulu kot la kedai tu ada “penambah perisa” untuk kedai dia.

Terima kasih yang sudi baca mungkin tak seram sangat pada korang tapi pada aku semua ni buatkan aku lebih berjaga jaga dimana pun aku pergi.

Adaa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 33 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.