Serangan Dalam Mimpi

Pertama sekali assalammualaikum buat admin dan pembaca fs. Sedikit pengenalan diri, aku hanyalah seketul kecik (nama samaran) yang pengecut lagi penakut. Tapi cukup suka baca cerita-cerita seram terutamanya di pages fiksyen shasha ni. Aku ni salah seorang pembaca tegar jugalah dan harini aku terpanggil untuk kongsi kisah aku yang pertama dan terakhir. Maaf kalau terlalu singkat.

Kisah yang akan aku mulakan ni adalah dari pengalaman aku sendiri. 100% cerita asli dan tidak diciplak dari mana-mana pihak. Maaf kalau penulisan aku ni terlalu formal. Alkisah…. Kisah ni terjadi pada usiaku di sekitar 12tahun. (Sekarang aku dah berusia 19tahun.) dua orang adik aku ni terkena demam yang tak surut-2 sehingga terpaksa di-warded di sebuah hospital swasta di Klang. Tapi cerita ni bukan pasal diorang lah. So boleh imagine kan hospital swasta punya bilik macam mana? Kalau tak boleh bayang aku bagi gambaran lah. Bila kita keluar dari lif ada dua bahagian (wings a dan wings b) setiap wings ada kaunter nurse. Then setiap bilik ada yang satu bilik dua orang ada yang satu bilik empat orang. So adik-adik aku ni dapat yang satu bilik dua orang. Disebabkan aku ada adik-2 kecik yang lain. Mak aku tak dapat jaga diorang. Aku dengan kakngah akulah yang terpaksa incharges jaga dua orang ni ha. Masa tu kitorang pun kecik-kecik je jadi bolehlah kongsi single bed tu dua orang kan.

Bermula kisah seram tak berapa seramnya. Bila malam kunjung tiba. Biasalah hospital start pukul 7malam memang dah sunyi sepi dah. Kelibat nurse pun dah jarang nak nampak. Malam tu aku tidur awal dalam pukul 8 macamtu. Masa tidur ni aku start mimpi lembaga besar tak besar tapi berbulu. Dalam mimpi aku ni aku dan beberapa orang tengah struggle lawan ‘natang’ tu. Separuh mati jugalah kitaorang bertempur.

Tapi, benda tu makin kita bunuh makin membiak. Satu persatu antara kami tewas dibaham benda tu. Rasa macam dalam cerita “the walking dead” pun ada. Rasa mimpi tu macam real tau. And dalam situasi tu, kitorang ada dekat hospital yang sama. Tiba-tiba aku terbangun sebab dikejutkan oleh adik aku yang minta aku teman dia pergi tandas. Masa aku bangun tu memang aku berpeluh habis dek ketakutan kot. Habis teman tu aku cubalah lelap mata aku ni. Akhirnya tertewas jua. Dan mimpi aku yang tadi bersambung. Sempat juga aku mencarut apa bahana lah aku dapat boleh sambung mimpi.

Dalam mimpi kalini benda tu cuba terkam aku cuba nak serang aku bertubi-tubi. Korang bayangkan aku yang dalam ketakutan tu boleh ingat surah alfatihah je. Masa tu memang aku fikir mati je. Aku lari tapi rasa macam tak cukup tanah. Benda tu tetap ada dekat belakang aku. Sampailah aku terjatuh tersembam. Aku pusing je belakang bende tu betul-betul rapat dengan muka aku sambil berdengus. Mata dia merah menyala dengan pandangan yang tajam seolah-olah penuh rasa kebencian terhadap aku. Lepastu tangan dia yanh berbulu lebat tu serta merta cekik aku. Memang aku rasa tercekik tahap air mata mencurah-curah dengan lebatnya. Dan aku pun terjaga buat kali kedua. Kali ni aku terjaga sendiri. Macam orang yang terkejut terus duduk tu. Memang rasa sesak nafas. Muka pun dah dibanjiri peluh. Leher aku rasa panas je.

Aku tengok jam baru pukul 3pagi. Tak semena-mena aku turun dari katil. Bukan kehendak aku sebab aku pun pengecut kan. Tapi sebab keberanian yang datang entah dari mana. Aku jalan perlahan-lahan keluar dari bilik. Untuk makluman bilik kitorang ni bilik paling hujung maknanya paling jauh dari kaunter nurse tu lah. So aku jalan tanpa hala tuju tanpa sebab. Cuma dipenuhi dengan rasa ingin tahu. Sunyiiii je, nurse pun tak nampak batang hidung. Sampai je dekat kaunter tu. Aku berdiri je sambil pandang sebelah kanan kaunter. Ada satu bilik, aku andaikan itu tempat nurse rehat lah. Gelap. Tapi aku tetap nak tengok juga.

Pintu bilik tu memang terbuka so aku jalanlah perlahan-lahan. Tiba-tiba je pintu tu dihempas tutup. Aku masih dengan riak biasa dan tak rasa apa-apa. Bila dah dekat, aku cuba intai kedalam tapi tak nampak apa-apa. Aku terus pegang tombol pintu dengan cubaan untuk buka. Tapi tak semena-mena aku seolah-olah baru tersedar dan terkejut. Faham tak macam mana? Macam kau nampak apa kau buat semua. Tapi tiba-tiba je kau macam baru sedarr?? Masa tu lah aku dah start rasa takut. Tak cukup tanah aku lari balik bilik. Masa aku masuk tu aku tengok kakngah baring menghadap aku. Aku tengok macamtu jelah. So aku naik katil dan baring menghadap kakngah balik dekat katil seberang.

Cuak beb perut aku bila aku tengok muka kakngah berbulu lebat dan bermata merah tajam pandang ke arah aku. Ahh sudah, ni mimpi ke kenyataan ni. Aku pun masuk dalam selimut. Kaki aku pula berlaga dengan kaki adik aku. Aku rasa semacam. Sejak bila kaki adik aku ni berbulu lebat pula ni. Aku pun buka selimut tinggi sikit. Dan tengok kebawah, wehh lembaga berbulu tu ada dekat kaki aku. Mata tajam senyum menyeringai dekat aku weh.

Tak sempat nak jerit pandangan aku dah gelap dulu. Dengan erti kata lain PENGSAN!!! Aku taktahulah mimpi aku tu ada makna atau sekadar usikan manja. Tapi sesedar je aku (tu pun sebab nurse kejut) aku buka mata dan tengok ramai nurse kelilingi aku. Adik aku dua orang dengan kakngah aku pun pandang aku dengan muka risau. Rupanya aku kena demam panas. Muka aku pun pucat macam mayat hidup. Tak pasal-pasal aku pula kena warded. Tapi warded aku agak lama. Dalam sebulan. Sebab bukan demam panas je, hari aku nak discharged tu aku terkena penyakit misteri yang doktor pun taktahu puncanya.

Sekian dari aku seketul kecik yang pengecut lagi penakut ni. Maaf kalau cerita aku banyak borak daripada isi. Dan maaf kalau cerita aku ni tidak menepati piawaian admin dan pembaca. Tapi sungguh pengalaman ni cukup buat aku serik sebab aku yang alami sendiri. Tapi itulah yang terakhir aku kena kacau sampai sekarang ni. Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita saya ni.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kechik
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.