Serumah dengan hantu 3 bulan

Assalmualaikum dan salam sejahtera, ni kali pertama aku nak cuba masukkan kisah dalam page ni, selalu jadi pembaca je kali ni aku nak jadi tukang cerita je hehe, harap pembaca boleh terhibur la ya.

Kisah bermula pada awal January tahun ni 2022, aku sebelum ni menyewa di salah satu rumah sewa dia Tangkak, Johor. Tapi aku buat keputusan nak pindah dari rumah tu sebab jiran sebelah aku ni selalu cari pasal, buka radio kuat2 tengah malam, bila mabuk gegar rumah aku, sampai satu tahap aku dah tak boleh tahan, sebab hari2 nak gaduh, dah la penat balik kerja, stress lagi… So, aku decide untuk pindah…

So kakak aku ada carikan rumah sewa untuk aku bayaran sewa pun agak murah, teres 2 tingkat dengan 2 bilik, sesuai la untuk aku stay bujang, rumah ni agak lama la, belakang tembok semak, kanan ada jiran, belah kiri dah lama kosong dan sebelah rumah kosong ni ada parit. Masa view rumah ni aku ada rasa pelik juga, rumah lawa tapi aura dia suram dan malap… Tapi sebab aku nak rumah cepat so aku pilih la rumah ni.. Tuan rumah sangat baik dan bertolak ansur.

So tanpa berlengah, esoknya, Lepas balik kerja aku dan adik beradik aku start basuh rumah tu, maklum lah dah lama tinggal rumah tu jadi kotor, sebelum ni rumah tu stor peralatan je… Tuan rumah dah renovate dan buat sewa.

Ok dah selesai kemas rumah aku landing atas katil lepaskan penat, tiba2 tengah baring tu kepala aku sampai bahu tiba2 rasa kebas panas… Aku penat, so aku biarkan jela sampai hilang sendiri, selain tu aku selalu perasan kelibat2 putih, dan setiap kali aku lepas solat dan zikir sambil pejam mata aku akan terbayang pocong, pontianak atau makhluk hitam… Mula2 aku ingat imaginasi aku je… Sampai satu hari tu, aku tengah basuh pinggan, tiba2 aku rasa macam org perati aku dari belakang disebalik pintu. Mula2 aku abaikan je tapi lama2, aku mmng nampak ada orang perhatikan aku dari balik pintu, dari hujung mata aku ni… So aku fikir aku penat je, benda pelik lain adalah bila aku tinggal sini badan aku selalu rasa kebas panas… Tapi aku selalu fikir badan aku terlalu penat je..

Sampai lah satu haritu, aku tengah mandi, masa air shower tu jatuh kat kepala aku, aku rasa orang tiup belakang telinga aku, n masa mandi tu selalu aku dengar macam suara halus dengah bersenandung… Aku selalu abaikan sebab aku malas nak fikir yang mistik2, walaupun dah banyak kali jadi, dan yah part paling menyeramkan dalam rumah ni toilet dia, aku tak tau tapi bila masuk toilet je aku rasa lain macam..

Bulan ke-2 aku tinggal, aku kerap mimpi pocong, lari kena kejar pocong, mimpi baring sebelah pocong… Sampai satu haritu aku mimpi kejar balik pocong tu… Muka dia kosong x de muka ada masa pucat ada masa nampak mata je…

Until one dayyy, dalam pukul 3 lebih pagi kot aku tiba2 tersadar, dalam keadaan mamai, aku nampak benda tu diri depan katil aku, muka tak nampak, tapi memang benda tu, pocong diri depan katil aku… Sebab aku ni dah selalu mimpi pocong.
So aku yang tengah mamai ni fikir tu mimpi.
Jadi, aku baring sambung tidur balik…
Esok pagi tu aku fikir balik, amati betul2…
“Ehh yang malam tadi tu mimpi ke”..
“Ehh bukan tu bukan mimpi malam tadi so betul benda tu ada dalam rumah aku tinggal”. Aku berkata sendiri.

Lepas 3 bulan tinggal baru dia munculkan diri, so kali ni aku memang tak khusnuzon lagi, no more positive thinking…
Tiba2 suhu badan aku jatuh, lutut aku tiba2 gigil… Istifar, istifar…

So balik rumah tu aku baca la fatihah, 3qul…masuk bagi salam, buka je pintu angin serbu aku dari dalam weiii, mana mungkin dari dalam angin menerpa keluar…
So deorang mungkin dah tau, yang aku dah tau kewujudan deorang lepas 3 bulan tinggal situ.
Aku diam aku masuk dalam rumah pergi ambil baju kat atas, masa kemas aku nampak lagi bnda2 melintas belakang pintu bilik aku tu, then tiba2 pulak laaa aku dengar, suara halus org bersenandung…
Bulu roma kau naik mencanak2, segala bulu naik dah…
Aku ingat baca bismilah 7, habis baca, aku hembus pada tapak tangan raup kat muka…
Selesai pack baju, aku keluar rumah…

Aku duduk rumah kakak aku hari tu,
then jumpa la sorang ustaz ke perawat ntah,
minta tengokkan rumah…
Aku cerita pasal selalu orang jengah, mimpi aku, vision aku masa zikir nampak cik pon, pochong dgn benda hitam tu, hembusan angin tu…

Then, ustaz tu cakap apa, mereka memang tinggal dalam rumah tu, selama ni aku tinggal sebumbung dan serumah dengan makhluk2 tu semua, deorang housemate aku tanpa aku tau hahahaha.
Selama ni aku tinggal situ deorang ada je dengan aku tu pasal badan aku, kepala aku selalu rasa kebas panas, betul la walaupun aku tinggal sorang tapi aku tak pernahhh rasa yang aku ni duduk sorang, aku dapat rasa macam ada orang lain duduk dalam rumah tu, tapi aku selalu abaikan rasa tu, malas nak fikir…

Tapi ustaz tu puji aku la, dia kata macam mana aku boleh tahan 3 bulan kat rumah berpuaka, kalau org lain dah cabut dah…
Bagusnya aku ni, selalu berfikiran positive hahahah done claim,
So ustaz tu, buat la pagar rumah, then ustaz suh aku rajin2 solat, baca quran dan yassin kat rumah, hidupkan rumah… Alhamdulilah la lepas dia pagarkan rumah aku tinggal tu tak ada lagi benda2 aneh… Malah rumah tu aku rasa dah lain aura dia, rasa tenang dan lebih ceria walaupun aku stay sorang…. Cuma tula kadang2 kalau aku tersadar nak minum air kat dapur aku ada juga ternampak lintasan2 kat tingkap, tapi aku nafikan je, aku cakap lah cahaya lampu, padahal belakang tu tembok hahaha.

So tula cerita pendek aku, harap tak bosan la baca, nanti aku cerita pulak kisah macam mana aku kena gangguan dekat kampung.

Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rayyan alhamzah
Rating Pembaca
[Total: 113 Average: 4.7]

2 thoughts on “Serumah dengan hantu 3 bulan”

  1. Hello. Hai.
    IDK how brave you are. But, if I, confirm, CONFIRM dah lama cabut, pindah rumah.
    Hahahaha. Semoga terus bertabah taw. Semoga sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.
    Teruskan perjuangan anda dalam menceritakan kesemua kisah anda di Fiksyen Shasha.
    No worries, i akan selalu baca.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.