Sewaktu Sendiri Di Rumah

Haii nama saya Hairah, saya ingin berkongsi pengalaman pada kamu semua, ni cerita terjadi (2014)
Ini kisah rumah saya, rumah saya ni agak seram jugak. Saya ada dengar gosip orang kata rumah kami rumah puaka rumah hantu pelbagai rumah la dorang nak kata kan… hinggakan saya terdengar gosip yang luar biasa iaitu mereka kata rumah kami harus di bakar!!!! tidak! Itu rumah saya, kamu smua tiada hak untuk bakar rumah kami kamu hanya jiran semata2 , betul2 melampau cara mereka bercakap.

Tak kah terfikir kalau di bakar di mana kami tinggal, kami bukan kaya macam kamu. Saya memang sedih tak boleh nak terima semua yang mereka cakap dan apa yang mereka cakap itu juga mengundang sakit hati terhadap keluara saya. 

Seperti biasa saya biarkan sahaja dulu mulut mereka yang seperti puaka bagi saya, sepuaka2 rumah saya puaka lagi mulut mereka seperti hantu di siang hari…( minta maaf sebab terlalu sakit hati ) Ok berbalik dengan cerita saya, rumah saya memang seram saya tidak nafikan juga!. Cuma bukanlah jalan penyelesaiannya untuk di bakar. Rumah yang saya tinggal ni terkadang terlihat bayang – bayang di dalam rumah. Memang seram la bila sendiri dalam rumah, korang pun boleh bayangkan. Tapi masa tu keadaan saya memang tenang sebab ada kawan dalam rumah jadi keseraman tidak kuat sangat dialami.. maklum la ada kawan temberang sikit.
Coba kalau tiada kawan bayangkan la!! seperti mana diri ku dan diri kamu adakah aku melompat keluar jendela atau berteriak atau pon biarkan macam mana?? tapi cuma nak bagitahu la benda itu memang semua tempat ada sebab dia makhluk tuhan juga… dan dia macam kita juga bejalan2 tapi mereka lain alam ok…

Suatu malam, malam jumaat kadang ada orang cakap bila malam jumaat benda tu keluar tapi bagi saya benda tu hari-hri keluar. Malam kejadian tu mak saya dan family ingin kerumah orang kenduri, mak saya memanggil saya… “Mak” : Hairah??? kamu tak mahu ikut pi kenduri! saya jawab saya tak mahu ikut mak. dengan keadaan malas tu la tak mahu ikut dorang, mereka keluar malam tu kira2 habis maghrib.

Saat mak saya keluar rumah memang tak ada apa2 berlaku dan saya sendiri dalam rumah. Tidak lama selepas itu tiba-tiba ada bunyi dalam bilik yang di jadikan stor seperti ada bercerita dan terdengar ada suara??? suara perempuan!! saya hairan tak kan kot jiran sebelah bercerita sampai ke sini suara? aku pon tak peduli sangat jadi saya kembali ke tempat duduk dengan berdiam. Masa itu jugak ada bunyi hentakan di dapur seperti orang melompat lompat dan berlari… harr!! Mula-mula kedengaran suara bercakap saya tidak peduli sebab mana tahu hanya hayalan jadi macam biasa saya tidak peduli …. .
Tapi ini lain bukan hayalan… realiti…

Bulu roma saya berdiri dengan tegak seperti kesejukan.. aku takut untuk mengintai apa lagi untuk mengetahuai siapakah mereka sudah sah2 mereka itu makhlu halus… dengan ketakutan saya, saya mencapai telefon dan mencari surah apa sahaja yang ku jumpa dalam telefon sebab untuk menghilang rasa2 tidak tenteram dengan begegar tangan saya sambil menekan telefon…. saya menghidupkan surah al- ikhlas agar keseraman hilang…. ingatkan keadaan suda kembali pulih entah! darimana saya dapat keberanian untuk melihat keadaan dapur, belum!! sampai niat saya ingin melihat dapur tetiba!!
Kedangaran suara perempuan mengilaii beteriak sehinggakan saya tak dapat bernafas dengan bagus………
( !! dug dak dug dak dug dak!! ) otak saya kosong,, saya tidak befikir panjang saya lari kembali ke tempat asal (tampat duduk ) dan masa tu ngam2 azan isyak….suara yang mengilai tu sngat la kuat tapi suara itu terdengar sangatttt jauhh… saya teringat beberapa pesanan ada yang mengatakan sekiranya terdengar suara itu mengilaii jauhh makna ya (dekat) bilamana suara itu dekat makna ya (jauh) dan time itu memang kedengaran suara itu mengilai sangat jauh dan makna ya dekat dengan posisi badan ku… .

Aku cemas tiada kawan dan aku takut sehinggakan tubuh ku begegar.. sekali lagi suara itu kembali mengilaii…. ketakutan saya sehinggah tubuh ku kakuh tak mampu untuk bediri. saya terduduk dengan ketakutan jantung saya Seperti tak berhenti berdenyut
!! dug dak dug dak dug dak!! ,
Saya rasa ada masalah tak dapat berhenti entah ketakutan itu yang mengawal jantung saya dengan keadaan saya terduduk dengan mata saya tak berkelip hanya fokus ke arah laluan kedapur… sebab masa itu saya tebayang dia akan merangkak rangkak menghampiri saya…. dengan kekuatan saya masa itu aku tak boli buat apa2, telefon tak la jauh sangat tapi? entah saya rasa macm jauh sangat keberadaan telefon itu…

Hanya mampu saya tadakan tangan dan berdoa dengan mulakan bacaan bismillah sehingga habis.. saya memang tidak hafal sangat surah2 semua dan dalam doa saya ya Allah LINDUNGI SAYA DARIPADA BENDA HALUS…. TOLONG JAUHKAN MEREKA DARIPADA SAYA DAN SELAMAT KAN SAYA TOLONGGG…. Sambil saya menangis teresak2 entah kenapa saya boli menagis mungkin takut sampai menagis menyesal tak ikut…. dan ketakutan saya pulih sedikit2 kerana tiada bunyi lagi… tetapii ingatkan benda itu sudah tiada tapi rupa-rupanya ya dia melihat saya dengan mata merah hati berbara rambut hitam, yang berada di atas bumbung rumah sambil menyanyi2 entah lagu apa??
Betapa terkejut aku melihat sehingga aku begegar tak mampu fikir benda lain. Aku bedebar ketakutan…dengan rupa paras yang sngat la luar biasa, mata merah muka hancur kuku tajam rambut entah berapa tahun tak di potong….

Dengan keadaan begitu saya hanya mampu bercakap dalam hati tiada lain tiada bukan hanya menyebut nama yang maha esa maha berkuasa.. ialah ALLAH S. W. T itu saja dalam hati Allah Allah…. dan ketakutan saya berkurangan dan saya membuka mata pelahan2 ingin melihat di mana kah dia,,
Amin2 rabbal alamin tuhan mendengar doa saya benda itu tiada sudah dan keadaan seram pelan2 kembali seperti biasa .

Tapi saya musykil jugak di mna ka dia, atau pon masih ada berdekatan dengan saya ada di belakang? Sebelah? atau pon di atas syiling tempat saya duduk sebab saya masi rasa ada memerhatikan saya..  saya berkata kata dalam hati bila la mak sampai ni jam berapa suda ni… tidak lama kemudian mak saya sudah sampai dan suara adik saya kedengaran memberi salam….Syukur alhamdulillah….
Barulah saya lega kerana mereka ada sudah dan makhluk tu saya rasa memang masi dekat situ tapi entah bila ramai orang dia menghilang… Syukur alhamdullilah semua baik-baik dan tiada apa-apa yang terjadi pada saya ketika itu.. Cuma rasa seram tu masih ada…

Cukuplah sampai disini penceritaan saya, sekiranya ada kekurangan atau kesalahan dalam penulisan saya minta maaf banyak-banyak dengan sema pembaca… Sekian.. Assalmualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

15 thoughts on “Sewaktu Sendiri Di Rumah”

  1. SALAM..MOHON PENULIS GUNAKAN PERKATAAN AKU MENGGANTIKAN SAYA..BILA MEMBACA RASA LEBIH DEKAT UMPAMA KITE SENDIRI YG ALAMINYA DAN RASE LEBIH MATANG…DAN SAYA RASA UNTUK BERCERITA GENRE SERAM NI X PERLULAH TERLALU SOPAN ”SAYA AWAK” MCM NOVEL SERAM KANAK-KANAK…

    Reply
  2. Mcm sma sja rmah kita, rmah sya pn berhantu jgk 😂😂 mngkn sbb tapak rmh kmi bekas parit besar mcm laluan anak sungai yg ditimbun tanah, org kata laluan sungai ni tmpt mahluk2 tu buat gathering kot😆 tu sbb mahluk2 tu stay trus dlm rmah, tk tau pla tmpt lain.

    Reply

Leave a Comment