Hai dan salam sejahtera kepada readers FIKSYEN SHASHA. Nama aku Hanna. Baru berumur 25 tahun. Cerita yang aku nak ceritakan ni taklah seseram mana pun tapi cukup membuatkan bulu dada kucing aku meremang bila ingat balik.
Kisah ni jadi masa cuti semester. Aku bercuti di kampung halaman sahabat baik aku Mya di Kota Kinabalu Sabah. Itu kali pertama aku pergi ke Sabah. Aku tak pasti Mya stay area mana. Bukan lupa, memang aku tak tau dan tak terpikir pun nak tanya. Cadangnya masa di KK tu nak daki gunung kinabalu. Cliche gitu.
Tapi semenjak dua menjak tu cuaca pun tak menentu. Lagi lagi selepas kes tanah runtuh di gunung tu dulu buat Mya trauma sikit nak daki gunung tu sekali lagi. Jadi nak tak nak jalan jalan je la sekitar KK.
Tapi kisah ni bukan mengenai kisah gunung kinabalu. Kisah ni mengenai kisah sepupu Mya. Aku tak pasti apa dah jadi dengan sepupu Mya ni. Agak pelik. Aku bagi nama sepupu Mya ni Shila je la ye. Shila ni stay dirumah keluarga Mya atas sebab keluarga Shila banyak bekerja di luar sabah. Jadi Shila akan stay dirumah Mya untuk beberapa hari. Kebetulan masa tu Shila stay situ sebab ibubapa dia ada outstation di KL. Shila ni nampak muda tapi sebenarnya umur lagi tua dari aku dan Mya. First sampai di rumah Mya, aku nampak Shila duduk di kerusi kayu disudut rumah sambil mencangkung dan gigit kuku tengah pandang aku dan Mya di muka pintu.
Sementara family Mya sibuk dok jemput aku masuk, hanya Shila duduk disitu sambil pandang aku. Mula mula memang rasa tak selesa sebab dia pandang aku semacam. Mya dapat agak aku cuak bila aku pandang muka Shila semacam.
Mya ajak aku simpan beg dibilik dia. Sampai dibilik Mya terus letak beg dan bagitau ” ko jangan pedulikan dia tu.” sambil muncungkan mulutnya ke arah Shila duduk tadi. “Dia memang macam tu selepas kes dia kena rasuk masa disekolah dulu. Aku tak pasti la umur berapa dia kena. Tapi masa tu aku disekolah rendah,dia disekolah menengah.” Nama sekolah dirahsiakan lah ye..” Kata aunty dulu ( Mak Shila ), mula mula sebelum Shila kena rasuk tu Shila ada bagitau aunty yang dia ada nampak benda pelik masa dia pergi toilet disekolah tu dulu.
Dia cakap, ada perempuan rambut panjang tengah pandang dia masa dia tengah cuci tangan di sinki. Dekat sinki tu ada cermin, bila dia pandang cermin je dia nampak ada perempuan rambut panjang sembunyi belakang pintu jamban dekat belakang dia. Terus dia jerit sambil pandang belakang.
Biasa orang cakap jangan pandang belakang. Tapi dia rileks je jerit sambil pandang belakang. Masa dia pandang belakang tu, benda tu dah tak ada. Dia terus keluar dari toilet tu sambil nangis.” kata Mya sambil buang make up dimukanya. Aku yang duduk diatas katil Mya masih lagi pandang Mya lalu berkata ” Habis tu, bila scene dia kena rasuk tu?” kata ku. “Beberapa hari lepas tu, Shila ada ujian. Dalam masa sibuk nak jawab kertas soalan tu, Shila rasa nak buang air. Tahan tahan tak dapat jugak. Last last dia pergi jugak ke toilet sorang sorang. Sampai je di toilet masa dia tengah buang air, tiba tiba ada satu cecair jatuh atas paha dia datang dari atas tempat dia duduk. Busuk pulak tu kata si Shila. Masa dia pandang je atas, dia nampak makhluk berambut panjang, kaki ke atas, kepala ke bawah dengan muka bernanah, dengan mulut terlopong turun perlahan lahan ke arah Shila.
Terus menjerit si Shila. Tu yang dia mula mula kena histeria terus kerasukan gitu. Pasal apa dia kena rasuk tu tak pasti la sebab apa. Mummy tak nak cerita sebab aku ni lemah semangat. Tapi yang pasti lepas je dia pulih dari kerasukan tu dia okay jak mula mula.
Keesokkan harinya baru dia mula tunjukkan perangai pelik dia. Dia mula termenung lepas tu tersenyum sorang sorang. Kadang kadang boleh pulak dia gelak kuat kuat macam ada orang geletek dia. Macam macam cara dah dibuat, masih juga begitu. Sampai sekarang la tu. Dia tak banyak bercakap selepas insiden tu.” kata Mya.
Lepas tu Mya terus ajak aku makan malam. Macam macam mak dia masak. Berselera juga makan. Semua halal. Masa aku tengah makan tu aku dapat rasa dari ekor mata aku, kelihatan macam sepasang mata memerhatikan aku. Bila aku toleh je, aku nampak Shila pandang aku sengih sengih.
Meremang bulu roma aku. Terus hilang selera aku. Hilang macam mana pun selera aku tetap jugak habis aku makan. Habis makan tu aku tolong mak Mya basuh pinggan mangkuk sambil borak. Mya seperti biasa, habis makan mula la dengan handphone dia tu. Dalam hati rasa macam nak tanya apa dah jadi dengan kes Shila dulu.
Macam mana dia boleh kena rasuk bagai. Tapi macam tak sopan pulak bila tiba tiba tanya pasal hal peribadi orang. Tiba tiba pinggan yang mak Shila pegang terlepas dari tangan terjatuh ke atas sinki “Ommaak kau Shila melekat di dinding!” tiba tiba aku melatah terkeluar nama Shila. Terus aku tepuk tepuk mulut aku sambil cari Shila takut dia dengar apa yang aku cakap tadi. Mak Mya gelak bila dengar aku melatah macam tu. ” Kelakar la Hanna ni. Boleh pulak si Shila melekat di dinding.” kata mak Mya sambil ketawa.
Aku pun ikut ketawa sekali. Sambil sambil aku ketawa tu tiba tiba aku dengar bunyi pintu macam dibuka perlahan lahan. ” Kreeekk…” Bila aku pandang je ke belakang, aku nampak Shila bersembunyi belakang pintu tengah pandang aku.
Posisi dia aku tak nampak tubuh badan dia sebab sembunyi kat belakang pintu, aku cuma nampak kepala dia saja tengah pandang aku. Muka Shila ni putih. Tapi boleh nampak muka dia agak pucat sikit. Bawah mata ada hitam hitam sikit macam kurang tidur. Jadi bila dia pandang aku macam tu, bulu roma aku meremang. Aku rasa dia dengar aku ada tersebut nama dia tadi.
Shila tidur di bilik adik Mya. Bilik adik Mya bersebelahan je dengan bilik Mya. Dari dapur masih boleh nampak pintu bilik Mya dan adik Mya. Jadi boleh nampak dengan jelas yang tengah pandang aku tu Shila. Bukan benda lain. Dah selesai semua, kami duduk diruang tamu sambil borak dengan keluarga Mya. Bila dah borak tu tak perasan jarum jam dah tunjuk hampir pukul 12 tengah malam.
Jadi kami semua masuk ke bilik masing masing manakala abang Mya tidur di ruang tamu. Bila baring je atas katil, aku terus terlelap sebab penat sangat. Tiba tiba aku terbangun bila ada dengar bunyi kaki orang berjalan sebelah aku. Aku menghadap Mya iaitu di sebelah kanan, bunyi tu datang dari sebelah kiri aku. Bila aku pusing, tiba tiba tubuh badan aku tak dapat bergerak. Macam mana nak cakap ye. Tahu tak bila kau dalam keadaan sedar, tapi badan kau tak dapat bergerak langsung. Mata kau pun tak dapat pejam. Nak cakap dihimpit tak jugak, sebab tak rasa macam dihimpit. Cuma tak dapat bergerak. Rasa macam muscle badan tak dapat berfungsi. Bila aku dah pusing menghadap kiri badan aku tak dapat gerak. Mata aku dah terbuka. Tau tak apa yang aku nampak? Aku nampak macam bayang bayang hitam tengah berdiri kaku macam gambar manusia dekat pintu keluar tu.
Macam aksi running man tu sambil pandang aku. Bilik tu gelap, tak ada lampu tidur. Dalam hati aku cuma pikir itu adalah orang minyak. Sebab tak nampak dengan jelas sapa orang tu. Lepas tu perlahan lahan dia keluar dari bilik tu. Tak lama lepas tu badan aku dapat gerak balik. Aku dah takut, aku tidur peluk Mya. Mya tolak aku sambil marah marah. Peduli apa aku.
Keesokkan harinya Mya bangunkan aku sebab kami memang dah bercadang nak bangun awal nak pergi jalan jalan sekitar KK. Sebelum gerak tu kami bersarapan dulu. Tiba tiba aku dengar ada suara perempuan menyanyi datang dari bilik adik Mya. Suara dia sedap sangat. Serak serak basah. Aku terus bertanya pada Mya. “Eh, Mya. Adik ko dah balik ke?” kata aku. “Belum. Kenapa?” jawab Mya. ” Sapa nyanyi dalam bilik tu?” sambil muncungkan mulut ke arah bilik adik Mya. “Shila.” kata Mya. “Semenjak insiden tu dulu, dia asyik nyanyi lagu yang sama. Tak tau lah lagu apa yang dia nyanyi tu.” bisik Mya takut nanti didengar oleh maknya. Aku membuat bentuk “O” dimulutku tanda faham.
Skip cerita jalan jalan di KK tadi tu. Lepas je jalan jalan, aku dan Mya dah mula penat. Aku dan Mya tak makan malam kat rumah sebab kami dah makan dekat luar. Lepas dah bersihkan diri semua, kami terus tidur. Aku lupa dah cerita semalam tu.
Malam tu kira kira pukul 3 ke 4 pagi, tiba tiba bulu roma aku meremang sebab aku ada terdengar bunyi mencakar dalam almari baju Mya. “Ahh, kucing kot.” aku mula sedapkan hati diri sendiri. Bila aku membelakangkan almari tu, aku dapat dengar pintu almari tu macam dibuka perlahan lahan. Bunyi pintu almari Mya memang kuat.
Sebab almari tu dah lama so bunyi dia agak kuat la. “kreeeeekk..”. Bila aku pandang je, pintu almari tu tertutup balik. Lepas tu aku membelakangkan lagi almari tu. Pintu tu terbuka balik. Aku tak puas hati aku terus baring menghadap almari tu.
Masa aku tengah pejam mata aku buka mata aku sikit sikit sebab nak tengok sapa buka almari tu. Entah entah pencuri kot. Tak lama lepas tu pintu almari tu terbuka balik, dan nak tau tak apa aku nampak? Sepasang mata tengah bertentang mata dengan aku. Terlompat aku terus baring disebelah Mya. So maksudnya bukan aku yang baring disebelah kiri lagi. Mya yang baring di sebelah kiri. Aku dah ambil tempat Mya terus peluk Mya. Mya terbangun terus tanya ” ko kenapa? Macam nampak hantu saja.” kata Mya. Aku diam. “Tidur elok elok bah..” kata Mya. “Mya, boleh tak hari ni kita tidur sambil buka lampu?” kata ku. Mya bangun terus buka lampu. Aku ambik earphone dengar lagu sambil membelakangkan almari tu. Lama lama dengar lagu tu akhirnya aku terlelap walaupun susah nak lelapkan mata.
Keesokkan harinya, mak Mya ketuk pintu bilik kami. Jam dah tunjukkan pukul 8 pagi. Mya bangun dan buka pintu. Diorang bercakap dalam bahasa kadazan dusun. Aku tak paham langsung pun. Yang aku paham, muka mak dia cemas semacam. Mya terus keluar sambil jerit jerit nama Shila. Aku pun ikut keluar sekali terus tanya mak Mya. “Aunty, kenapa cemas semacam ni?” kata ku. “Shila hilang. Tadi aunty buka pintu bilik dia tapi tak nampak pun Shila. Yang aunty nampak ada kesan darah dia conteng di dinding.” kata mak Mya cemas. Aku terus buka pintu bilik adik Mya terus terjelepok jatuh. “MINE” itu yang diconteng Shila di dinding.
Tulisan tu agak besar jadi rasanya Shila guna darah yang banyak untuk tulis tulisan tu. Abang Mya yang tengah cari Mya di sekitar rumah tadi tu dah balik dan bagitau dia nampak pisau yang ada kesan darah di luar rumah.
Jadi abang Mya expect Shila dah lari keluar. Kami cadang nak cari Shila di kawasan rumah tu tapi Mya kata nak pergi mandi dulu. “Sempat pulak dia pergi mandi.” bisik ku sendiri. Aku dah turun ke tanah, baru je nak angkat kaki tumpang moto abang Mya tiba tiba kami terdengar Mya menjerit. Aku yang baru nak tumpang moto tu terus terduduk ke tanah sebab terkejut.
Mana taknya, sebelah kaki je dah angkat, baru nak duduk atas moto tiba tiba Mya menjerit. Sapa tak terkejut. Aku terus naik atas dan pergi ke arah Mya. Mya berada dalam bilik dia sebab baru nak mandi. Biasanya Mya sebelum mandi dia akan sediakan baju dulu supaya senang habis mandi terus pakai. Masa aku dah sampai ke atas aku nampak mak Mya pun menjerit sambil tutup mulut. Kelihatan air mata mak Mya berlinang dipipi.
Aku terus masuk bilik tiba tiba aku ternampak Shila dalam almari dengan darah ditangan dan dibaju. Mata terbuka dengan mulut terlopong dah meninggal dalam almari Mya. Aku terduduk sambil berundur ke belakang. Perut ku terasa mual. Aku tak pernah nampak perkara macam ni terjadi depan mata aku. Maksudnya semalam, sepasang mata yang tengah pandang aku itu ialah Shila….
Skip pasal urusan pengebumian arwah Shila. Aku masih disitu temankan Mya sampai habis upacara pengebumian arwah. Pada suatu petang, aku dan Mya duduk di beranda. Tiba tiba Mya bersuara. “Hanna, sorry sebab masa ko kat sini macam macam jadi. Aku nak beri pengalaman indah untuk ko, tapi ini pulak yang terjadi.” kata Mya sambil tunduk. “Tak apa la Mya.
Ajal maut di tangan Tuhan. Kita tak boleh nak ramal masa depan. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukannya.” kata ku. “Sebenarnya kes ni hampir terjadi beberapa kali. Shila banyak kali nak bunuh diri. Dia cakap yang dia bukan kepunyaan kami. Kami syak itu bukan Shila.
Kami bawa pergi berubat. Tapi dia lagi pintar. Dia pandai berlakon. Masa tengah berubat tu dia elok saja. Lepas balik berubat tu dia mulakan balik perangai pelik dia. Ustaz tu kata ada seseorang yang dengkikan keluarga Shila ni.
Bila diselidik akhirnya ayah Shila dapat tahu itu ialah rakan kongsi mereka sendiri yang cemburukan kejayaan mereka.” kata Mya. “Hantar pergi mana?” tanya ku. “Pergi Ustaz di kampung seberang.” kata Mya sambil tundukkan kepalanya. Aku hanya mampu mengucap dalam hati. “Tak apa Mya, benda dah lepas. Jangan dikenang lagi.” kata ku. Shila ni muslim walaupun Mya ni kristian, sebab ibu Shila convert ke muslim sebab ingin menikah dengan ayah Shila.
Itu memang satu pengalaman yang sangat memberi kesan pada aku. Ini kali pertama terjadi depan mata aku. Baru aku perasan, sepanjang Shila sering memerhatikan aku dulu, aku perasan wajah Shila kelihatan sedih. Seolah olah sedang meminta tolong tapi ada sesuatu yang mengunci peti suaranya. Tanpa sedar air mata aku mengalir. Hanya kerana harta, nyawa manusia kau korbankan.
okay, 3/10
Ko ingt citer ni rekaan ke nak di rate2 kan? Ni pengalaman sebenar bukan untuk dirate tetapi untuk diambil pengajarannya, apelah…
tahnye. semak lah kan yg sibuk acah2 jadi juri nak rate cerita org. pdhal kalau cerita sendiri belum tentu bagus.
kau dh kenapa bagi rate rate bagai..kau try ah buat cerita rating 10/10..aku nak tengok..opss bukan aku tapi semuaa
best la..kesian kat shila kan..
Innalillah.. poor shila.. cannot brain la cite ni macam dalam filem. Semoga arwah shila tenang disana..aaminn InsyaAllah..
Kesian shila…semiga arwah di tempatkan di kalangan org yg beriman….aminn..
Saya ada cerita.Kalau sudi sila komen dan beri nombor telefon.Saya takkan block whatsapp anda.
Cerita Misteri Kawan hilang
Pada suatu hari,ada seseorang kawan yang nak kawan saya.Saya memang suka berkawan.Tapi pelik kalau orang temu janji mesti pergi dan kalau saya tak.
Pada hari Rabu,kawan saya hilang dan saya sangat sedih.Pada waktu malam,saya sangat terkejut kerana kawan saya datang dan datang pada saya.Saya sangat pelik kerana ia terlalu hitam.Dia datang kat saya dia berkata”Maafkan saya kerana saya selama ni saya tak pernah temu janji awak”.kata kawan saya.Saya sangat sedih dan dia menghilang.Harap-harap saya jumpa dia lagi.
Why r u so weird????
semoga arwah dicucuri rahmat dan tenang disana…..harap org yg menghantar benda2 tuu dibalas dgn balasan yg setimpal dengan perbuatannya…..
kalau la masa tu cu tahu dlm tu adalah shila…..hmmmm… da ajal dia tertulis begitu…
slm takziah
takziah.. seram baca kisah ni.. harap semua dapat dijadikan ikhtibar..
Memang betulĀ² pengalaman yg x dpt dilupakn.. selalu pengalaman berhadapan dgn makhluk ghaib ni dh biasa kita dgr.. tp pengalaman mistik smpi kes bunuh dpn mata mmg susah kita nk jumpa.. lagiĀ² kes yg xde kena mengena dgn kita.. apa pun takziah.. sesungguhnya ajal maut ketentuan Allah swt..
best…Takziah
Takziah untuk arwah Shila..damailah di sana..Best citer ni bukan senang nak lalui pengalaman camni depan mata..
takziah arwah shila..jg tumpang bersedih untuk keluarga shila… sedih baca peristiwa yg mnimpa keluarga kwn awk. semoga kita sentiasa dilindungiNya..