SHIZU : SETANGGI DIPERASAP
Assalamualaikum warga FS. Buat kali keenam (lepas ni malas nak mention dah kali ke berapa) aku dilambai oleh perasaan yang berteriak ingin menulis sebuah lagi cerita yang pada aku boleh dikira sambungan kisah sebelum ni. Dan aku berharap juga aku boleh menamatkan kisah ni disini dengan sekali hembus. Kepada yang sudi ikuti kisah yang aku cerita sebelum ni aku nak berterima kasih sebab sudi jadi pembaca dan pengkritik kepada tulisan aku yang tak seberapa ni. Tidak juga aku lupakan jasa baik admin yang sudi publish cerita aku di blog mereka dan juga facebook page fiksyen shasha. Okay sambung…
Dengan keraguan yang timbul dalam diri aku sejak dengar cerita dari Nadia, aku buat keputusan untuk bagitahu Pakcik Man.
“Hello assalamualaikum pakcik, macam ni. Saya dapat tahu yang gelang Nurin tu sebenarnya ada dua tapi kan dia bagi kat kita satu je. Nak buat macam mana ni pakcik? Benda tu ada lagi ka?”
“Waalaikumussalam. Kalau kamu nak kepastian kamu kena jumpa dan pujuk dia serah lagi satu. Bahaya ni Ju.”
“Okay la pakcik, nanti apa apa saya akan call pakcik balik. Kirim salam Ila, dengan Mak Cik sekali. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam. Apa apa bagitahu ya” balas Pakcik Man ringkas.
Tersandar aku di ruang tamu sambil menggenggam erat telefon bimbit.
“Wan jom teman aku balik kampung hujung minggu ni” soal aku dengan nada serius.
“Aha ingat aku tak dengar hang borak telefon tadi? Aku tak mau. Paksa la macam mana pun aku tak mau.”
“Takpa la hang duk la sorang kat rumah, kalau benda tu cari aku cakap aku tak ada. Tengah cuti” balas aku sambil melemparkan senyuman paling sinis.
“Aku dah besar lah. Pandai la aku jaga diri. Hang pi la balik sorang. Hujung minggu ni aku nak join gotong royong perumahan ni. Ada makan free. Hang apa tau”
Tiba nya hujung minggu yang aku nantikan. Aku dah buat persiapan untuk pergi ke Batu Kurau iaitu kampung halaman Nurin. Dia akan tunggu aku disana. Pukul 6.30pagi aku terjaga dek kerana terdengar bunyi air yang datangnya dari bilik air. Aku memberanikan diri mengintai dari muka pintu. Hanya lampu bilik bersebelahan bilik air sahaja yang terpasang seperti kebiasaan. “Pamm !” Pintu bilik air terbuka luas. Keluar satu entiti yang biasa aku nampak dari kotak gelap tu. Memegang baldi penuh dengan pakaian. Ya Wan baru siap cuci baju. Aku pantas keluar dari intaian sebalik pintu.
“Haa awal hang bangun. Ingatkan hantu mana mandi pagi pagi buta ni.” Aku mulakan perbualan sambil menggaru kepala dengan rambut yang menggerbang.
“Yela cuci baju kang bila nak cuci kalau kita balik kampung”
“Haa jadi pulak ikut, takut letu tinggal sorang.” Tanpa melengahkan masa yang ada, aku terus siapkan diri. Wan dari awal lagi dah terpacak di ruang tamu. Sambil menunggu aku siap, dia sempat menghabiskan satu filem yang baru di muat turun di office kelmarin. Seraya dengan itu, aku mencapai kunci kereta dan rumah yang sedia bersangkut di bilik. Aku juga sempat menampal nota di pintu yang bertulis “Sedang berlatih taekwando. Harap tak diganggu” dengan harapan rumah kami tidak dipecah masuk sepertimana rumah jiran sebelah.
Kami mulakan perjalanan ke destinasi yang hendak kami tuju. Kali ni Wan yang pandu. Aku Cuma termenung disebelah saja. Badan terasa sedikit sengal-sengal. Ahh salah tidur gamaknya. Aku menolak sedikit kebelakang tempat duduk. Peluang yang baik untuk aku tidur. Perjalanan mungkin mengambil masa lebih kurang 4 jam atau lebih. Aku terlelap. Aku tersedar bila Wan memberhentikan kereta di hentian sebelah Behrang.
“Aku nak pi tandas sat, kalau hang nak pi nah kunci” aku nampak Wan letakkan kunci di atas tempat duduk pemandu. Kereta diletakkan berhadapan tandas awam.
“Okay hang pi dulu” Aku menegakkan kembali tempat duduk seperti sediakala. Aku periksa notifikasi di telefon. Ada panggilan yang tak sempat aku jawab. Tertera di skrin nama “Pakcik Man”. Aku abaikan seketika dan keluar dari kereta. Sedang aku asyik menyedut nikotin dari rokok seludup yang dibeli di kedai acheh, aku terpandang ke satu sudut belakang tandas awam tu. Aku nampak Wan berdiri terpacak memandang aku tanpa apa apa reaksi. Kaku. Mukanya pucat. Tiba tiba darah memancut keluar dari mulut dia. Mengalir ke dagu lalu menitis ke bumi. Tangan kiri aku menerkup ke dada. Lalu aku jerit sekuat hati. “Wannnnnnnn !” Dunia seakan akan bergerak perlahan. Mata aku kabur lalu aku dengar sergahan yang memacu gegendang telinga.
“Hang dah kenapa gila? Terjerit jerit. Hang tak tengok orang duk pandang hang tu.” Aku nampak riak wajah Wan yang menahan tawa dek kerana gelagat aku yang berhalusinasi. Aku terdiam dan hanya berinteraksi dengan Wan melalui bahasa tubuh. Kami meneruskan perjalanan.
Setibanya kami di Taiping, aku buka aplikasi Waze tanda aku memang tak pernah menjejakkan kaki ke kampung halaman Nurin sepanjang aku kenal dia. Aku agak terkejut bila jalan yang kami lalui agak suram walaupun di siang hari. Kiri kanan dikelilingi dengan hutan dan dusun buah buahan. Selang dua tiga kilometer baru jumpa rumah dan kampung kampung. Selang beberapa minit kemudian, aku tiba di simpang terakhir rumah Nurin. Lorong kecil yang hanya muat sebuah kereta. Setahu aku keluarga dia baru saja berpindah ke rumah ni lepas kedua orang tua dia bersara. Tambahnya lagi ini rumah pusaka.
“Masuklah, Opah dengan adik bongsu aku ada dekat dalam tengah tengok tv. Mak dengan ayah kirim salam. Diorang pergi kem ibubapa dan pelajar dekat sekolah adik. Dua hari sampai esok.” Nurin menyapa kehadiran kami dengan senyuman manis dia yang biasa aku lihat.
“Tak apa lah. Kita borak dekat luar dulu. Sekarang ni aku nak tahu mana gelang lagi satu. Itu ja” aku soal dengan agak tergesa gesa.
“Jangan marah kalau aku bagitahu ni. Sebenarnya, aku dah buang dalam perigi dekat dusun tu. Kalau hang nak kena turun ambik balik la.” Sambil mengangkat tangan dan menuding kearah dusun yang terletak di hadapan rumah tersebut.
Perigi tu terletak lebih kurang 30 meter dari rumah. Aku bergerak kearah perigi tu sambil menggamit Wan dan Nurin agar mengekori aku kesitu. Dinding perigi tu berlumut hijau kehitaman. Begitu juga air yang kehitaman dan tidak dapat mengagak kedalaman perigi tu. Aku menghulurkan sedikit kepala untuk lihat keadaan dalam perigi tu. Aku dapat lihat pantulan muka aku dengan jelas dekat permukaan air yang kehitaman tu. Mungkin disebabkan lumut yang sedia menebal tumbuh liar dalam air. Nurin juga jenguk sepertimana aku buat. Tapi aku terkedu bila aku tengok tiada pantulan bayang dia di permukaan air. Dia tolehkan muka kearah aku sambil senyum. Kali ni senyum dia kelihatan agak menakutkan.
“Kejap nak ambik tali dekat stor” Nurin berlalu melintasi aku dengan Wan.
Wan menghampiri aku dan mula berbisik. Riak wajah dia nampak agak kerisauan.
“Weh hang biaq betui nak turun dalam ni. Hang tak tengok ayaq dia hitam tu? Kalau ada anaconda macam mana? Hang tak tengok ka movie anaconda keluaq dari perigi macam ni?” Pamm ! Satu tamparan kilat sambar di dahi Wan.
“Hang mulut jangan duk buat capui sangat buleh dak? Mana ada anaconda kat Malaysia. Cuba jangan duk kalut sangat. Kalau tak ambik ni dia duk kacau kita lagi hang tau dak. Lagi satu, jangan duk bawak pengaruh movie hang mai sini.”
“Nah tali.” Kelibat Nurin mematikan perbualan aku dengan Wan. Wan ikatkan tali tu dekat pokok yang berada hampir dengan perigi tersebut dan lemparkan selebihnya kedalam. Aku menanggalkan kasut converse pasar malam aku. Aku paut pada tali tu dan perlahan lahan turun. Teknik yang sama bila orang rock climbing nak turun. Ya macam tu lah walaupun peralatan tak sama. Perigi yang aku sangkakan dalam tadi rupanya hanya paras dada. Kaki aku berjaya menjejak ke dasar. Aku cuba meraba raba tangan aku di dasar perigi. Tangan aku tak sampai cecah dasar kalau tak selamkan kepala aku sedikit ke dalam air. Aku selam kali pertama. Bangun. Tak dapat apa yang di cari kecuali segumpal rambut yang diikat dengan tali.Aku lemparkan rambut tu ke atas. Aku selam buat kali kedua dan kali ni aku berjaya dapatkan sesuatu seakan gelang yang dicari dan pada masa yang sama tangan aku terasa seakan ditarik. Aku nampak sepasang cahaya merah di dinding dasar perigi. Bingkas aku bangun dan capai tali. Wan tarik aku keatas.
Nurin hanya memeluk tubuh dan bersandar di sebatang pokok berhampiran. Gelang tersebut berjaya aku rentap dari tangan yang entah dari mana datangnya. Nafas aku laju umpama orang yang direjam dalam air. Mata aku terbeliak. Aku terbaring sambil ditenangkan Wan. Ya aku Cuma terkejut dan tertelan sedikit air perigi tu. Nurin minta aku tukar pakaian di dalam rumah. Aku basah kuyup.
Aku masuk ke rumah. Opah menyapa kami. Nurin bagitahu Opah yang kami hanya pergi bermandi manda di sungai berdekatan. Kelihatan juga matahari sudah beransur meninggalkan tugasnya. Bulan pula ingin mengambil alih. Suasana yang agak gelap dan hanya diterangi lampu jalan berwarna jingga di halaman rumah. Suara unggas meriuhkan segenap sudut yang ada. Bertapa indahnya suasana kampung.
Gelang yang aku ambil, aku letakkan di atas meja di dalam bilik. Malam yang ada kami habiskan di luar rumah. Meja kecil di luar tempat kami berborak. Dari topik sekolah dahulu sampai ke saat aku kenal Nurin kami borakkan. Dalam gelak tawa yang ibarat melupakan perkara yang sudah berlalu, aku terpandang ke arah perigi tadi. Cahaya samar samar menerangi, kelihatan tangan berpaut pada mulut perigi tu. Cepat cepat aku alihkan pandangan ke arah mereka berdua. Mereka masih lagi tidak sedar. Aku pandang lagi sekali. Kali ini, ada perempuan mencangkung atas perigi tu. Rambutnya menggerbang panjang hingga mencecah bumi. Mata nya tajam memandang kami. Tak semena mena jantung aku berdegup kencang. Dahi mula berpeluh. Aku tepuk bahu Wan tanda aku mula rasa tak sedap hati. Aku menjelingkan mata kearah rumah sebagai isyarat ajak mereka masuk ke rumah. Nurin mengangkat dulang air dan berlalu masuk ke rumah.
Aku dan Wan terus menuju ke bilik yang disediakan untuk kami bermalam. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku melabuhkan badan yang sedia penat lantaran aktiviti aku harini. Wan sudah terlelap. Tidur membelakangkan aku. Aku periksa telefon sebelum tidur. Pesanan mesej dari Pakcik Man.
“Esok pagi datang serahkan dekat pakcik”
Gelang yang aku letakkan di atas meja tadi masih ada disitu tanpa diusik. Aku capai dan sarungkan ke lengan kanan aku. Rupanya agak berusia. Rekahan pada struktur gelang tu mencacatkan sedikit motif bunga yang terukir. Aku membeleknya lagi. Bahagian dalam nya terukir tulisan yang berbunyi “Lumping Iring Palu Gendang”.
“Gila lah antik sangat ni, bahasa pun pelik-pelik” Aku bermonolog.
“Tuk tuk tuk !” Kedengaran jelas tingkap bilik diketuk dari luar. Bau asap yang entah dari mana menusuk ke rongga nasal aku. Aku dapat hidu bau tu walaupun hidung dipenuhi mukus yang berleluasa sejak aku berendam air perigi siang tadi. Aku beranikan diri untuk menjengah sedikit ke tingkap. Aku perhatikan perigi tu dari birai tingkap. Cuma seakan kabus sahaja yang selubungi persekitaran luar rumah. Aku tutup tingkap dan berpusing belakang kearah katil. Nurin terpacak di muka pintu. Tangan aku laju menerkup dada. Alangkah terkejutnya aku.
“Tidurlah” katanya ringkas. Dia berlalu pergi ke bilik. Aku kembali baring di katil. Termenung menghadap siling dan terlelap. Tiba tiba aku tersedar dek angin yang sayu lembut membelai aku. Mata yang tertutup rapat aku celikkan. Siling yang tadi berwarna putih bermotifkan bunga sudah tiada. Hanya langit yang dihiasi bintang dan lambaian dedaun pokok sahaja dalam pandangan. Aku angkatkan kepala melihat sekeliling. Badan aku terasa sakit di sendi sendi. Sakitnya bukan kepalang. Ibarat dicucuk jarum jarum kecil berulang kali.
Tangan kiri aku merewang dalam cahaya samar samar lalu tersentuh satu dinding berbatu yang berlumut. Aku jauhkan pandangan. Kelihatan cahaya dari rumah. Ahh kenapa aku tiba tiba ada tepi perigi tu. Aku pautkan tangan ke mulut perigi untuk bangun. Fikiran masih kebingungan. Aku geledah saku seluar untuk keluarkan telefon dan on kan lampu kamera. Tali yang aku gunakan siang tadi masih tergantung ke dalam perigi tu. Tak semena mena aku pun suluh ke dalam perigi. Aku nampak kelibat seorang perempuan tak bergerak dalam perigi. Kelibat yang hanya kelihatan sehingga paras bahu dek kerana air yang kehitaman. Rambut nya berkilat seakan basah. Aku perhatikan dari atas. Dengan sepantas kilat dia mengalihkan pandangan kearah aku yang di atas. Sebelah mata nya putih dan sebelah hitam. Dahinya berdarah. Dia ketawa panjang. Gigi nya hitam semua. Dia mengetap bibir ibarat menahan tawa lalu tunduk. Aku bergegas lari kearah rumah. Saat aku berpaling ke belakang, kelibat tu aku dapat lihat dari jauh. Umpama dia berdiri di dalam perigi tu tapi kepala nya sedikit di luar memerhati aku yang tak ketahuan. Senyum nya sampai ke telinga dan dia menggeleng gelengkan kepala.
Aku ketuk pintu sekuat hati berharap mereka akan dengar teriakan aku.
“Ju, hang ka tu?” suara Wan memecahkan suasana panik aku.
“Bukak pintu cepat Wan, aku nak balik aku nak balik”
“sreeettttttt” pintu dibuka seseorang. Kelibat Wan, Nurin dan opah dengan riak muka cemas menyambut teriakan aku pabila masuk ke rumah.
“Bawak mengucap cu. Istighfar banyak banyak. Ni semua mainan syaitan. Kamu jangan takut dengan deme”
“Macam mana saya tak takut opah, saya elok tidur sebelah Wan. Sedar ja dah kat tepi perigi puaka tu” Mata aku sedikit terbeliak sambil menjelaskan situasi yang aku alami pada opah. Nafas aku tercungap-cungap. Peluh mengalir ibarat baru selesai marathon 20 kilometer.
“Opah nak mintak maaf kalau benda ni selalu ganggu Nurin dengan kawan kawan kamu ni. Benda ni sebenarnya Opah dah taknak. Tapi susah untuk buang sebab warisan dari nenek moyang Opah sendiri. Bila jadi macam ni dia cari kamu la Rin. Kawan kamu pun jadi mangsa. Kalau kamu boleh cari orang yang boleh buang tu elok la dibuatnya cepat. Perantara untuk benda tu gelang perak yang Opah bagi kat Nurin dulu.” jelas Opah sambil menuangkan saki baki air kopi malam tadi.
Kami berborak hingga tiba waktu subuh. Terbitnya matahari pagi, aku dan Wan bersiap untuk berangkat ke rumah Pakcik Man pula. Gelang tu aku biarkan di pergelangan tangan kanan aku. Sesudah sarapan di pekan, kami memulakan perjalanan. Aku dan Wan saja. Awal pagi lagi aku dah bagitahu Ila bahawa kami akan ke sana.
Lebih kurang pukul 11 pagi kami sampai di rumah Pakcik Man. Tanpa cakap panjang aku serahkan saja gelang tu di tangan Pakcik Man. Dia akan uruskan dengan rakan yang pandai berubat juga. Katanya untuk ritual pembuangan dia tak boleh uruskan seorang diri. Dia ajak aku ke belakang rumah. Nak buang benda tak elok yang dah masuk dalam badan aku katanya. Mana taknya. Dia hentak saja dada aku, terus aku muntah kan gumpalan rambut dan beberapa urat tali guni. Selesai saja aku bersandar di kerusi malas di ruang tamu tanda penat. Terdetik juga tanda menyesal.
“Meh makan tengahari Ju, Wan” suara Ila dari dapur.
“Jangan nak malu malu, macam tak biasa pulak dengan kami.” Makcik Non juga menyampuk perbualan.
Aku difahamkan lepas beberapa hari Pakcik Man buang benda tu. Gangguan memang dah tak ada. Kawan kawan Nurin juga ada bagitahu aku yang dia dah berubah banyak lepas tu. Dah mula berkawan dan ramah dengan kawan kawan.
Aku jalankan aktiviti harian aku macam biasa. Sedang aku menyuap roti celup milo. “klingg” Whatsapp dari Eman (lata kekabu) yang berbunyi.
“Jom hiking. Gunung Korbu.”
Tamat.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
mak oi…..gambar tu kat kepala tulisan jawi nama nurin kan huhuhuhuhuhu…sherammm nih
Tu lah aku pun baru sedar ?
byk episode shizu aku folow baru ni aku perasan gambar tu ada tulisan jawi nama nurin huhuhu
Hahaha ingatkan kome perasan. Penat aku buat. Haha
ate selalu baca cerite terus je…ntah napa kali ni tertarik plak pada gambar tu hahaha
Batu kurau tu kampung ak weii… makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
seram dik
Gilooorrr…
Akk xleh hadam ko sanggup menyelam dlm perigi lame berlumut gelap tu dik…
Mmg sgt hero ler kamu ni…
tu nasib baik dapat gelang tu…kalau xdpt mmg habis lah
Seb bek xde pari2 kuor tlg carikkan gelang tu…
Klu x usahkan gelang perak, gelang emas+tembaga+suasa semua kuor..
Hahahahahaha kaya ah gitu ?
Ambooiii…
Sonok ekkkk…
Jgn lupe share ngan akk sket tau…
Beger benjo double pon jadiklah…
Kita pun nak Ah…. Hahaha
Alhamdulillah selesai. Tapi ko wish dsyat tabiklah berani gak. Siap masuk perigi yg airnya hitam tu…nasib x dlm
Ko msuk perigi brlumut tu…part tu seram…
X bleh nk bayangkn cmne,ape yg akan kluar dlm air tu..
Akk x sangguppppp….???
Best cite ko bro..gud!!!
thanks bro
Best cerita