Satu.
Dua.
Tiga.
Cak! Dah jumpa. Hihihihi
Amanda memandang anak kecil di hadapannya. Mukanya buruk. Matanya hitam. Separuh badannya seperti hancur. Boleh dikatakan tiada apa yang comel pada anak kecil itu. Badan Amanda bergetar kuat. Nafasnya seakan tersekat dikerongkong
Han..Han..HANTUUUUUU!!!
Amanda memaksa dirinya menjerit sekuat hati. Getaran badannya semakin kuat hingga kakinya tidak lagi mampu menampung dirinya. Pandangan mata kelam. Pengsan!
“Sya kau nak stay up ke?” Zurin memandang Fasya yang tengah khusyuk menyiapkan assignment.
“Ye kot. Kakak cuba. Tapi kakak tak janji sebab selalu diri kakak menipu je lebih. Tapi esok juga kakak kena hantar assignment ni and kakak tak siapkan lagi….” Fasya menjawab panjang lebar pertanyaan Zurin. Dia menahan ketawa pabila dia geli hati sendiri membahasakan dirinya kakak kepada Zurin.
“Ye la kakak.. Kakak stay up lah ya tapi ni adik nak pesan.. Hati-hati naa..”
“Oi..oi.. Kau nak cakap apa ni?”
“Haha.. Taklah aku suruh hati-hati je.. Mana tahu ada tetamu tak diundang teman kau buat kerja malam-malam ni..” Zurin ketawa.
“Kau mulut.. Tak dak insurans kan? Alah! Tak takut setakat hantu tu.. Kawan aku je tu.. Ini Fasyalah!”
“Sya.. Kau jangan bongkak sangat Sya.. Kau tahu tak budak blok kita kena kacau dengan comel?”
“Hah? Siapa kena kacau? Comel mana pulak ni?
“Ish! Comel lah. Alaa, hantu tu femes kot kat U kita ni.. Dengar cerita, Comel tu hantu budak. Malam-malam dia akan cari orang untuk ajak main. Ish. Tak tahulah aku. Seram pula malam-malam cakap pasal dia.” Zurin menggosok-gosok lengannya yang terasa sejuk. Entah kenapa bulu romanya merinding.
“Betul ke? Budak yang kena kacau tu siapa pula? bila dia kena? Aku tak tahu pun.” Beria-ria Fasya bertanya. Laptopnya ditolak tepi. Mendengar cerita Zurin lebih menarik minatnya.
“Dengar kata budak tu freshie.. Amanda kalau tak silap namanya. Pergi tandas sorang-sorang pukul tiga lepas tu tiba-tiba comel datang. Terkejut beruklah budak tu. Tahu-tahu je budak aras dia jumpa dia pengsan masa dah subuh. Demam seminggu budak tu.”
“Heh? Tu je? Dia ajak main kot. Kalau aku main je la.. Haha.. Nak takut apa? Nama pun Comel dah. Hahaha.” Fasya ketawa.
“Kau kan bongkak takabur la.. Tak kena kat batang hidung sendiri lagi.. Takpe lah aku nak balik bilik dah nanti tak siap pula kerja kau. Bye Sya. Hati-hati ya. Kalau kau jumpa comel jangan lupa kirim salam. Kau kan berani sangat.” Zurin tersenyum sungging. Kakinya mula melangkah keluar dari bilik Fasya.
Fasya menghantar Zurin balik dengan pandangan mata. Pintu bilik dikunci. Matanya kemudian tertancap pada katil roomatenya. Kosong. Petang tadi roomatenya beritahu yang dia ada hal kecemasan di rumah dan terpaksa balik.
“Haih.. Seorang lagi aku malam ni. Nasib lah labu..”
Fasya membancuh kopi pekat dan kemudian dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh.
Satu..
Dua..
Tiga..
Hihihihi…..
Fasya berhenti menaip. Telinganya menangkap sayup-sayup suara budak ketawa. Sesekali telinganya turut menangkap bunyi budak berlari keseronokan di lantai arasnya.
“Si..siapa?” Fasya memberanikan diri menjenguk di luar bilik. Kosong. Tiada kelibat budak ketawa atau budak berlari di aras tu. Fasya menelan liur.
Tok.Tok.Tok
Fasya mengetuk pintu jiran biliknya memandangkan lampu bilik tu masih menyala.
“Iman.. Hang tidur dah ka?” Fasya memanggil Iman. Tangannya masih belum berhenti mengetuk pintu bilik itu.
“Kejap..Kejap” Iman menyahut dari dalam biliknya. Pintu bilik itu kemudian dikuak.
“Pasaipa?”
“Man. Tadi hang ada dengar orang gelak tak? Suara budak? Dengar orang berlari ke?” Fasya bertanya pada Iman. Dia mahu pastikan apa yang dia dengar tu betul-betul atau khayalan dia sahaja.
“Suara budak? Mana ada.. Tak da aih.. Aku dari tadi buat kerja tak da pula dengar semua tu. Hang mamai kot. Pi tidoq la.. Pukoi tiga dah ni..” Jawab Iman bersungguh-sungguh.
“Eh? Sungguh hang tak dak dengaq apa-apa? Tak pa la.. Ya kot khayalan aku je tu. Tadi Zurin cerita kat aku cerita hantu. Terbawa-bawa la ni.. Ok Iman.. Sorry ganggu..” Fasya kemudian menapak kembali ke biliknya.
Iman hanya mengukir senyuman kemudian menutup pintu.
“Haih.. Fasya..Fasya.. Tadi berani sangat sekarang kau juga yang takut. Dah lah perasaan kau je tadi tu. Kalau tak mesti Iman dengar juga..” Fasya mengomel sendirian.
“Ish nak terkencing pulak.. Ni sebab minum kopi banyak lah ni..”
Fasya keluar dari biliknya semula untuk melunaskan hajat. Bilik Iman dipandang sekilas. Gelap. Dah tidur barangkali.
Fasya selesai membuang hajat. Baru saja tangannya ingin membuka kunci pintu tandas tiba-tiba telinganya menangkap suara kanak-kanak.
Satu tak ada orang..
Dua tak ada orang..
Tiga tak ada orang..
Empat! Hah! Jumpa!
Empat ada orang!!
Hhihihiii… Heehehehe.
Badan Fasya menggigil kuat. Peluh di dahi merembes keluar tak dapat ditahan-tahan. Dengan penuh ketakutan dia membuka pintu tandas. Kosong. Bola matanya digerakkan memandang sekeliling. Tetap juga kosong.
Tiba-tiba..
“Cakk!”
Fasya terkejut lalu jatuh terduduk di lantai tandas. Bagai nak tercabut jantungnya melihat makhluk kecil bergentayangan di atas pintu tandas di hadapannya itu.
Badan seperti kanak-kanak. Matanya hitam tiada biji mata. Mulutnya rabak dan separuh badannya terbakar. Ah! Tiada yang comel padanya!
“Jom main… Jom main dengan aku.. Kau nak main dengan aku kan..?” Makhluk kecil tu terus melompat ke arah Fasya. Mulutnya yang koyak mengukir senyum.. Sinis dan menakutkan.
“JOM MAIIIIINNNNNNNN!!! Hahahhahahaaa” Kata makhluk itu.
Nafas Fasya tercungap laju. Takutnya tak mampu dikawal lagi. Dia kemudian pengsan tak sedarkan diri.
“Fasya..Fasya!” Zurin menampar-nampar pipi Fasya. Tadi masa dia mahu mengambil wuduk untuk solat subuh dia ternampak ada satu susuk tubuh terbaring di lantai bilik air arasnya. Bila dekat baru dia perasan itu adalah Fasya. Apa lagi kelam kabut dia mengejutkan rakan-rakan arasnya untuk minta bantuan.
Fasya cuba membuka mata. Pandangan matanya berpinar-pinar. Kepalanya terasa berat sekali. Wajah Iman, Zurin, Aida dan beberapa orang lagi rakan arasnya kelihatan.
“Korang buat apa kerumun aku?” Tanya Fasya kehairanan.
“Kami buat apa kau tanya? Kau tu buat apa tidur kat tandas ni?” Balas Zurin.
“Aku? Tidur kat tandas.? Fasya bangun dan kemudian dia melihat sekelilingnya. Sah. memang betul dia berada di tandas. Fasya memejam mata kemudian cuba ingat kembali apa yang terjadi padanya.
“Comel.. Aku jumpa dia kat tandas ni. Dia ajak aku main. Dia kata aku janji nak main dengan dia..”
Zurin, Iman, Aida dan yang lain tercengang mendengar cerita Fasya. Macam tak percaya cerita hantu comel tu betul-betul wujud.
“Tu la kau. Cakap besar lagi. Dah lah.. Kau anggap je lah Allah sebenarnya nak tegur kau supaya jangan cakap besar lain kali. Tak elok..” Kata Zurin. Dia kemudian menolong Fasya untuk bangun dan kembali ke bilik.
Fasya menganggukkan kepalanya. Betul. Dia benar-benar insaf. Kejadian semalam buat dia sedar betapa bongkaknya dia.
“Aku janji tak nak cakap besar dah. Mahu si comel tu tuntut janji dia. Mati aku”
“Eh, Rin.. Aku lupa lah..”
“Lupa apa pula?”
“Aku lupa yang hang kirim salam dekat dia..” Fasya tersengeh-sengeh.
Zurin menampar belakang Fasya. “Buat lagi. Tak insaf lagi hang.”
“Dak..dak.. Aku gurau ja tadi.. Aku insaf betul ni. Aku janji tak nak dah cakap besar walaupun bergurau. ” Kata Fasya bersungguh-sungguh. Kejadian semalam benar-benar satu pengajaran untuk dirinya. Tapi seteruk mana yang dia alami semalam dia tetap bersyukur kerana masih selamat.
best…cerita lg yaa…
haaa tu laa dh ckp jgn takbur sgt kan dh kena XD
apa2 pun best!! 😉
Pengajaran yang bagus😄
Untung la dpt main cak2, padan muka hang😂
Best👍
nice fatin.fatin jumpa comel x