Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Nama aku Mia, cerita aku adalah berkenaan penjual barang kandar atau kendong dari selatan Thai yang sering masuk ke kawasan perumahan aku ketika aku masih bersekolah. Cerita ini berlaku lebih kurang 15 tahun yang lalu.
Cerita ini berlaku kepada emakku yang melaluinya sendiri. Suatu petang sekitar waktu asar, ketika aku belum pulang dari kelas tambahan SPM, rumahku telah didatangi oleh seorang mak cik penjual barang kendong dari selatan Thai. Mak cik tu sepertinya berusia pertengahan 50-an, tua sikit daripada emak yang berusia awal 50-an pada masa itu. Loghat Kelantan bercampur Siamnya agak pekat dan kurang difahami oleh emak, dia memakai baju kurung hijau zamrud yang agak lusuh. Ketika di depan pintu, dia telah meminta izin untuk duduk bersandar kerana kepenatan. Emak lalu meminta adik untuk membawakan segelas air masak kepada penjual tersebut.
Dia pun terus membuka ikatan kain dari belakang bahunya dan mengeluarkan beberapa barang seperti cumi – cumi, keropok sotong berlidi, dan juga beberapa helai kain batik serta tudung bawal. Setelah beberapa kali tawar – menawar dengan emak, dia meminta izin untuk solat asar kerana waktu dah menunjukkan pukul 5 petang. Emakpun menunjukkan arah tandas dan bilik solat kepada si penjual.
Emak kemudian bergerak ke dalam bilik untuk menyediakan telekung dan sejadah. Sementara adik yang baru keluar dari bilik mandi terpinga – pinga melihat perbuatan emak yang nampak kalut. Adik bertanya kepada emak nak sediakan sejadah untuk siapa, tadikan emak dah solat. Emak membalas nak dipinjamkan kepada orang yang datang menjual, emak beritahu adik yang penjual tu sedang mengambil wuduk di tandas. Adik beritahu emak yang tiada siapa – siapapun yang masuk ke tandas sebentar tadi. Emak cakap adik mungkin tak perasan yang si penjual dah masuk dulu ke dalam tandas. Adik membidas emak dengan menunjukkan pintu tandas yang ternganga luas. Emak tergamam.
Ke mana penjual tadi pergi ? emak lalu bergegas ke bilik – bilik yang lain kerana menyangkakan bahawa penjual tersebut seorang pencuri. Apabila sampai ke bilik yang diletakkan sejadah dan telekung tadi, dia bertambah terkejut kerana mendapati bilik tersebut telah tertutup, sedangkan dia langsung tidak menutup daun pintu itu. Dia buka perlahan – lahan daun pintu tersebut. Lega emak kerana penjual tadi sedang bersolat. Selang sepuluh saat menarik nafas lega, emak terpandang telekung penjual tersebut yang tidak jejak ke lantai. Ya Allah !!! Emak lalu berlari ke arah bilik adik dan cepat – cepat beritahu adik apa yang dilihatnya.
Tiba – tiba mak cik penjual barang kendong itu keluar daripada bilik emak dan bergerak ke arah pintu keluar di mana barang – barangnya diletakkan. Emak yang mukanya sedikit pucat telah mengekorinya ke pintu masuk rumah. Dia mengucapkan terima kasih kepada emak kerana telah memberi ruang untuknya bersolat walaupun tidak membeli apa – apa. Emak bertanya lagi kepada si penjual itu mahu ke mana memandangkan rumah kami terletak di hujung lorong perumahan. Dia menunjukkan arah di sebalik bukit kecil di belakang rumah kami. Sekali lagi berderau darah emak, kerana di sebalik bukit tersebut adalah kawasan perkuburan cina dan tiada perumahan lagi yang berdekatan. Dia kemudian mengandar barang jualannya dan berangkat pergi.
Sehingga kini, emak masih tidak dapat melupakan peristiwa yang telah terjadi itu dan selalu mempersoalkan gerangan mak cik penjual barang kendong tersebut.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best la cerita ni..dah lah duk dlm gelap2 sambil dengar smule lagu jen jen jeng,baca pula kisah ni terus meremang sorang2..???
Hahahahhaha…
Siap ade background music tu xleh tahan…
Tu la..kebetulan pulak.?? saya suka baca FS ni tgh2 malam.nak cari feel kunun..
Huuuuu
Emaknya masih cool nak berborak….
makkk serammm!!
huhu best gila…
tapi masa seram tu meremang bulu roma
berani lagi mak awak hadap benda tu smpai hntr depan pintu
mmg berani mak awk….siap boleh berborak lg