Stor Perpustakaan

Assalam pembaca FS sekalian. Terima kasih kepada Admin kerana sudi post cerita saya ni. Saya Haikal (bukan nama sebenar) nak kongsi satu cerita tentang perpustakaan sekolah rendah masa saya sekolah rendah di sana. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya ikut mama saya belajar maksudnya mama saya merupakan cikgu di sana dan turut mengajar saya. Sekolah apa biarlah saya seorang sahaja yang tahu. Sekolah itu tak ramai pelajar sangat dan jumlah pelajar kelas saya waktu itu (darjah 6 2014) hanyalah 15 orang.

Cerita seram pon bermula. Masa tuh dalam dua minggu lepas UPSR. Biasalah kiteorang akan masuk perpustakaan atau pun tengok TV kat bilik muzik. Bilik muzik ni belakang dia ada satu lorong yang boleh tembus terus ke perpustakaan tapi ada pintulah nak ke perpustakaan tuh. Masa tuh hujan lebat dan gelap suram ke awam tuh. Huhuh. Kiteorang nak tengok TV tapi tak ada siaran sebab hujan so kiteorg lepak je kat bilik muzik (cikgu yang jaga perpustakaan ni pergi sarapan so dia tak bukak lagi).

Masa ni lah kiteorg dengar macam meja kat perpustakaan tuh bergerak macam ada orang alihkan. Kiteorang tak fikir apa sebab mungkin cikgu yang alihkan sendiri. Tak sampai 5 minit cikgu tuh pon lalu depan bilik muzik dan masa tuh satu kelas senyap. Hahahahaha yang berdiri tuh boleh terduduk bersila kau. Lepas tuh kiteorang lepak perpustakaan pulak.

Tak habis lagi seram dia. Masa dah masuk perpustakaan tuh, cikgu yang jaga suruh kiteorang duduk sini diam-diam sebab dia ada kelas, so kiranya perpustakaan tuh kiteorang punya lah. Hohoho. Disebabkan masih kanak kanak ribena jadi kiteorang decide nak main sorok sorok (tak fikir apa apa masa ni).

Ada seorang budak ni, Adam kena cari kiteorang so dia pergi kira kat sebelah (bilik muzik). Masa dia kira kiteorang kelam kabut cari port ni sorok. Dah habis Adam kira dia pon cari kiteorang. Tak sampai 3 minit dah jumpa kiteorg tapi dua budak ni tak jumpa lagi (Amin dan Shahrul). Kiteorang pon bantu si Adam cari tapi tak jumpa jugak. Dah penat lepak lah dulu sebab masa tuh fikir diorang pergi tandas.

Tengah lepak buku kat rak jatuh. Terkejut berok kiteorang sebab ye lah kan ribut tak ada tiba-tiba jatuh pulak buku tuh. Tak cukup dengan tuh, pasu bunga setiap meja jatuh serentak. Nasib baik pasu dia plastik. Pastuh kiteorang dengar suara Sharul dengan Amin ni tapi tak dapat cari diorang. Suara diorang macam dalam dinding. Pastu ketua kelas kiteorang panggil ustaz.

Ustaz datang terus pergi stor kat belakang perpustakaan ni. Dia baca surah dan azan, dia bukak pintu terus nampak dua mamat ni berpelukan. Ustaz tanya aku (kenapa entah tetiba dia tanya aku) apa yang kiteorang buat. Aku jawab direct yang kiteorg main sorok-sorok dan masa ni lah ustaz geleng kepala.

Ustaz cakap kiteorang kacau tempat dia means stor tu lah. Tapi pada aku si sharul dan Amin tuh yang kacau. Lepas kejadian tuh kiteorang tak berani nak main bukan-bukan kat perpustakaan sebab takut nanti berlaku lagi tak pasal-pasal kena mention kat perhimpunan. So, itu je lah. Ada lagi cerita yang aku nak share tapi lain kali yer.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 comments

  1. Tahun 2014 ko darjah 6, tahun ni ko form 2….karangan adik, masih boleh dibaiki walaupun berbelit2 nak baca…keep it up utk PT3 plak…jgn ko cite hantu dah la…

    1. hahahahaha, macam karangan aku masa sebelum pt3 je, cerita bebas.. kahkah, cerita hantu aku tulis wehh, dapat gak b,, kehkehkeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.