Penjaga

Selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Terima kasih FS kerana menyiarkan cerita aku sebelum – sebelum ni. Terima kasih kepada semua yang membaca dan memberi komen membangun dan menjatuhkan. Tapi taka pa, sebab aku bagi aku, selagi kau tak rasa, kau tak kan faham apa yang aku alami. Untuk cerita kali ini, aku akan kongsikan perihal diri aku. Mungkin tidaklah seram tapi sudi – sudi lah baca ye.

Dari umur 5 tahun, aku dah di hantar untuk mengikuti kelas silat, kerana arwah datuk sedaraku adalah pengasas persatuan Silat ****** . Jadi dalam persatuan itu sendiri ada lah ahli keluarga, sedara mara dan juga orang kampong aku dan orang luar yang datang untuk berlatih.

Dari kecil memang dah di hantar training setiap hujung minggu sampailah sekarang umurku 23 tahun. Mungkin disebabkan ilmu persilatan itu sudah sebati di dalam diri aku, jadi aku sukar untuk berasa gentar dengan orang sekeliling.

Ada masa takut lah juga.. hehehe.. sewaktu aku melanjutkan pelajaran ke IPTA pon aku antara yang berani di kalangan rakan – rakan ku tahu jelah perempuan ni jeritnya yang lebih, sampai kadang-kadang kat bilik aku macam nak tampo je sorang-sorang tu, padahal bukannya Nampak pon benda alah tu, suara je lebih.

Aku sendiri pon tak pasti kenapa berani sangat, sebab aku belajar silat pon takde lah sampai ambil ilmu batin. Cuma yang aku tahu, datuk aku sendiri juga mempunyai ilmu dalam bidang-bidang tertentu. Maklumlah, keluargaku memang orang bugis. Jadi darah yang mengalir ada yang cakap darah lanun. Eh, tapi aku tak pernah lagi nak dengki orang tau.

So berbalik ke kisah aku, masa aku di semester tiga, waktu tu cuti dalam 3 hari, jadi aku balik ke selatan tanah air, Johor. Sebelum cuti, ada tragedi berlaku di asrama kami, jadi aku antara yang membantu ustaz untuk rawatkan pelajar perempuan ni. Lepas kejadian tu badan aku mula sakit-sakit, perasaan nak marah, solat dah mula malas, tapi thanks to roommate sebab paksa sampai aku bangun untuk solat.

Bila dah balik ke rumah lagi lah, mama aku ni bila lepas solat magrib, mesti akan mengaji. Jadi aku rasa dia tahu aku ada masalah, jadi hari pertama aku tiba kat rumah mama ajak aku solat magrib sekali dengan dia sebab abah akan Jemaah di masjid. Jadi lepas solat tu memang rasa macam penat sangat, aku baringlah dekat riba mama sambil dia mengaji.

Masa dia mula mengaji, aku dah panas hati. Rasa nak marah je. Aku cakap kat mama, “ma, tak yah lah baca, bisinglah” tapi mama tetap teruskan sambil tangan dia usap kepala aku sampai aku tertidur. Sedar-sedar pagi esoknya aku dah tidur atas katil dalam bilik aku. Selesai solat subuh pagi tu, pakcik aku datang rumah hantar pisang tanduk, dia jumpa aku masa tu tengah sapu berandar rumah.

Dia tegur aku, dia cakap kenapa dia Nampak aku serabut sangat, aku cakap yelah, belum mandi kot. Tapi dia senyum jelah. Dia jumpa mama aku dan aku nampak dia berbual tapi aku macam malas sangat nak tegur orang.

Untuk pengetahuan korang, aku jenis yang ramah, kalau dengan pakcik – pakcik aku, aku boleh duduk semeja lepak minum kopi membawang bagai, tapi masatu macam malas sangat nak tegur dan bual dengan sapa – sapa. Pakcik aku ni merupakan guru silat juga, kira macam sekarang ni dia lah waris untuk silat ni dan mengajar di sekolah-sekolah dan kampong – kampong. Jadi masa pakcik aku ni nak balik, dia sempat tegur aku, dia Tanya “nana bawak balik apa tu? ” guys, blank wey aku masa tu. Dia cakap nanti lepas asar ikut mama. Aku pon iyekan jelah.

Jadi lepas asar, aku siap-siap ikut mama dengan abah pergi rumah ustaz Zaki. Ustaz ni dari Shah Alam. Makcik aku bawa balik ke kampong sebab nak minta dia pagarkan rumah dia yang kat sini. Masa aku dengan mama datang tu, ustaz tu tengah molek duduk berbual dekat laman depan rumah makcik. Mungkin kedatangan aku dah diberitahu, tapi aku ni masa sampai je rumah tu terus je panas hati macam nak marah orang.

Sesi rawatan dilakukan, ustaz tu mintak aku duduk depan dia sambil mulut baca alfatihah jangan berhenti. Dia minta aku pejam mata dan bertenang. Adik sedara aku jadi pengantaraan untuk bukak hijab supaya tengok keadaan aku. Masa sesi rawatan di buat, aku nangis tersedu sedan beb. Macam orang hilang laki, padahal kekasih gelap dan terang pon tiada. Hampehhh,,, bila selasai rawatan

Ustaz : awak ada ambil apa-apa ke?
Aku : takde..
ustaz : yang jaga awak ni baik, Cuma badan awak tak kuat untuk dia.
Aku : apa yang jaga saya? Tak faham lah
ustaz : dik, apa yang awak nampak pada dia?
Adik sedara : sebelah kanan dia ada lelaki bersila besar. Baju dan seluar hitam. Bertanjak dan berselepang. Dan sebelah kiri dia ada perempuan rambut panjang dan baju putih, tak nampak muka sebab tunduk
Ustaz : ada lagi tak benda tu?
Adik sedara : ada.. lelaki tu je, perempuan tu dah pergi

Situasi masa tu semua senyap. Aku pon terdiam. Lepastu aku tanya ustaz tu, tak boleh buang ke, ustaz tu cakap dia tak membahayakan awak. Dia akan pergi bila awak dah betul-betul bersedia dengan hidup awak.

Yang penting, awak berpegang pada ajaran Islam. Solat 5 waktu, rajinkan mengaji Alquran. Benda ni saya tak pasti sama ada keturunan awak ataupon sebab awak belajar silat.

Mungkin dia dah terkait sekali. Sebab bila kita belajar silat, setiap langkah kita, tak kosong walaupon kita tak ambil apa-apa ilmu batin. Selesai dari rawatan tu aku rasa badan aku dah ringan macam asal. Sebab ustaz tu dah buang perempuan tu, ustaz tu cakap benda ni yang menggangu kawan awak masa di asrama, jadi dia ikut awak balik sebab dia macam nak cuba lah lawan dengan penjaga awak.

Tu yang menyebabkan awak rasa penat dan serabut sebab benda tu guna tenaga awak. Eii,, nyebok nak ikut aku balik, pergi lah jalan-jalan ke buat saloon. Adehai… Alhamdulillah,, dah 2 tahun benda ni berlalu, tapi aku tetap ingat sampai bila-bila.

inshaAllah, ada masa aku akan kongsikan pengalaman aku sewaktu aku dah mula bekerja. Minta doa kalian untuk sentiasa doakan aku terus kuat, sebab aku tahu lelaki ini masih bersama aku. Jika suatu hari nanti dia tidak mahu pergi, aku akan hantar dia pulang ke asal.

maaf andai ceritaku sedikit berterabur dan membosankan kerana aku menulis ketika aku masih di pajabat menunggu waktu pulang.
Terima kasih, wasallam….

Che'Na
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

  1. Mistik. Tapi kalau saya memang tak nak la makhluk lelaki tu dok ikut pegi mari. Dah la kita tak nampak dia. . Anyway, kongsi lagi ya. Tkasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.