Si Tubuh Kecil, Mata Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera pembuka kata buat seluruh pembaca FS. Ok nama aku Fizah. Aku rasa terpanggil utk cerita adalah sebab sebelum ni aku ada terbaca ada salah seorang dari pencerita FS pernah bercerita tentang tempat ni “Pangsapuri Perdana Seksyen 13 Shah Alam” jadi aku pun rasa nak kongsi pd korang tentang apa yg pernah terjadi pd aku dan kawan baik aku dekat tempat yg sama setelah sekian lamanya aku pendam cerita ni. Hanya kawan-kawan tertentu je yg tau tentang ni.

Ok untuk pendekkan cerita, aku merupakan student tahun akhir di MSU yg tak jauh tempatnya dari Pangsapuri ni. Aku tinggal di Blok 2 dan rumah aku berada di tingkat 3. Aku ni ada sorang kawan baik, namanya Zauwiyah. Dia selalu tidur rumah aku, kadang-kadang aku tidur dekat rumah dia di seksyen 7. Tapi malam tu aku suruh dia tidur rumah aku sebab aku malas nak hantar dia balik. Lagi pun sebabnya aku sewa bilik dan duduk seorang. Jadi tak adalah sempit ke apa. Bosan pun dah satu hal.

Malam tu lepas makan dekat luar dalam pukul9.30 aku pun balik. Siap parking motor semua aku dan Zauwiyah jalan menuju ke kawasan blok aku tu. Kena lalu taman permainan semua. Tapi kali ni aku cakap dengan kawan aku yg aku nak guna lift dan tak nak naik tangga. Sebabnya aku sakit kaki. Tak larat nak naik tangga masa tu. So, Zauwiyah pun setuju untuk naik lift. Patutnya kita orang kena lalu pd lorong yg ada pada blok tu utk ke kawasan lift yg berada dekat tengah2 bangunan. Tapi sebab takut lipas punya pasal kita orang lalu bahagian luar blok yg kena pusing jauh sikit untuk sampai kawasan lift tu.

Masa kita orang jalan tu macam-macam yg kita orang borakkan sambil mata masing-masing padang kawasan sekeliling. Jalan macam biasa je, agak terkedek-kedek juga lah time tu. Sebab masih awal lagi. Ambil angin katanya. Masa tengah jalan tu tiba-tiba mata aku tertumpu pada 1 kawasan rumah yg agak terang keadaanya dan langsir ditutup rapi. Tapi cahaya dari dalam rumah tu dah menyebabkan mata aku terpandang pada 1 susuk tubuh kecil yg sedang memegang bola kecil pada tangan sambil menyangkung di bucu branda rumah tu. Boleh aku andaikan si tubuh kecil tu berusia dalam lingkungan 2-3tahun dan merupakan budak perempuan. Sebab aku nampak rambut dia panjang sangat dan kerinting. Dalam jarak yg belum hampir dengan si tubuh kecil tu. Tapi fizikal dia aku nampak dengan jelas. Masa aku nampak tu dalam hati aku cuma berkata “sliding door terbuka sikit, langsir tutup rapat tapi bagi anak main dekat branda malam-malam.apalah punya family. Jatuh baru tau”. Sebab si tubuh kecil tu berada di tingkat 2. Risau juga kalau-kalau tiba-tiba dia panjat dan jatuh.

Masa tu Zauwiyah pun dah nampak budak tu. Sambil jalan tu mata aku dan Zauwiyah tak putus tengok budak tu. Sesampai je betul-betul aku dan Zauwiyah depan rumah tu aku nampak budak tu dah mula berdiri perlahan-lahan dan beralihkan badan utk tengok kita orang. Sah dia perhatikan kita orang!!! Memang tak nampak muka, tapi bayang sorang budak perempuan tengah berdiri dah mula menampakkan susuk tubuhnya, rambutnya, bola kecilnya pd tangan. Aku terus cuit Zauwiyah, “awak cuba tengok budak tu, saya rasa lain lah”. Sebab aku rasa “sesuatu” sangat dengan budak tu. Zauwiyah pun tengok pada arah yg aku suruh tengok, sambil aku pun toleh sama. Budak yg tengah diri tadi tiba-tiba dia pandang aku dan Zauwiyah dalam keadaan yg sangat menyeramkan.

Budak tu tenung je kita orang. Bersuara tak, bergerak pun tak. Dia berdiri tegak je sambil pegang bola kecil tu. Tiba-tiba aku dapat rasa suasana makin sunyi sepi, sayu je. Dari keadaan samar-samar lampu dalam rumah tu, kita orang nampak kepala dia bergerak ikut pergerakan kitaorang berjalan dan perhati kita orang dari dalam gelap. Bila aku dah nampak memang budak tu perhatikan kita orang berjalan, aku terus tarik Zauwiyah utk jalan lebih cepat. Tiba-tiba lepas tu Zauwiyah jalan lagi laju dari aku. Dia tarik aku, dia cakap “cepatlah awak, cepatlah. Saya takut”. Macam2 surah nak dibaca, tapi satu surah pun tak dapat. Hilang dalam fikiran aku dan Zauwiyah masa tu. Yg berjaya saat tu aku cari topik bercerita dengan Zauwiyah untuk hilangkan rasa takut yg teramat sangat “esok nak sarapan apa” “esok kelas pukul berapa” ” esok nak bangun pukul berapa”. Korang boleh bayangkan, aku yg kesakitan kaki masa tu boleh jalan laju tanpa rasa sakit. Budak tu memang menduga aku masa tu.

Sampai je depan lift aku hanya mampu berdoa dalam hati janganlah budak tu ikut dlm lift. Janganlah budak tu tiba-tiba ada dekat belakang kita orang. Terbuka je pintu lift aku dengan Zauwiyah cepat-cepat masuk. Dalam tu kita orang senyap je. Satu apa pun tak bercakap. Tapi Zauwiyah takut, dia cakap “awak ceritalah apa-apa pun, jangan senyap macam ni”. Jadi aku dalam lift ceritalah macam-macam dalam lift. Dah sampai je tingkat3 aku harap sangat-sangat janganlah tiba-tiba dia muncul dekat depan lift sambil cakap “hai kakak”, “kakak nampak saya ke?”, “kakak dah tau ke?”.

Memang saat tu aku akan lari lintang pulang dengan Zauwiyah. Tapiii, alhamdulillah budak tu tak ikut pun depan lift semua. Aku je yg terimaginasi lebih masa tu. Sampai je dalam bilik, Zauwiyah dah 100% dalam ketakutan yg teramat sangat, sampai tak mampu bercakap. Aku pun terus cakap “budak tu hantu ke?” “Kalau dia orang, napa dia tak macam budak kecil lain”. Macam-macam aku fikir time tu. Tetiba Zauwiyah terus cakap, “awak nak tau tak, masa kita tengok sama-sama budak tu, kan awak dah berpaling muka lebih awal. Awak nak tau, saya nampak mata budak tu merah saga, tepat renung kita yg tengah jalan masa tu. Merah sangat-sangat awak”. Aku dalam hati terus “sah memang sesuatu lah yg ak nampak tadi tu”

Aku terus suruh Zauwiyah ambil air sembahyang, solat semua untuk dia rasa lebih tenang. Sebab bagi aku dia terima kesan seram 100% berbanding aku yg hanya terima kesan seram 90% saat tu. Malam tu tak cerita banyak, memang tidur awal. Tidur siap dekat-dekat sebab takut. Movie pun kita orang tak sempat layan gara-gara si tubuh kecil tu. Lepas kejadian tu, esok paginya lepas hantar Zauwiyah balik seksyen 7, aku pun try tengok rumah tu dari tempat laluan yg kita orang lalu tu. Aku cuma nak kepastian yg rumah tu berpenghuni dan ada anak kecil. Tapi sayang, tak ada anak kecil sebab sesampainya aku dekat depan rumah tu aku nampak bangla 2 orang tengah sidai kain dekat rumah tu. Mustahil ada budak kecil dalam rumah tu. Aku tak akan silap rumah, sebab dia tak jauh sangat dari kawasan lift. Aku terus cepat-cepat balik rumah sambil sambung berfikir “siapa si tubuh kecil tu”.

Misteri si tubuh kecil tak habis disini. Aku akan sambung lagi kisanya nanti. Sebab aku banyak nak cerita pada korang semua. Maaf andai cerita ni tak menyeramkan buat korang. Tapi situasi ni lah yg aku dan Zauwiyah lalui. Sebab dalam banyak2 kisah seram yg aku pernah lalui, aku lebih seram bila pertama kali melibatkan budak kecil. Impak seram sampai nampak budak malam-malam buta jalan dangan keluaga dia pun aku masih terfikirkan “dia”. Akhir kata, Assalamualaikum.

Fizah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

6 thoughts on “Si Tubuh Kecil, Mata Merah”

  1. Saya pun ddk dkt perdana masa belajar msu dulu. Block , ground floor. Kena ganggu tu perkara biasaa dah kat situ. Sbb perdana kawasan kotor yg amat. Setiap kali masuk rumah je jadi lemau, mls nk solat n asik ngntok je. Sampai tahap roomate tgh solat ada benda hitam merangkak ke arah dia. Kwn2 aku yg tumpang tidor rumah pun sume pernah kena kacau. Kalau korang pg apartment tu, memang terkejut dgn kekotoran dia. Bayangkan, peti ais n troli giant tu org buang campak dari atas mcm tu je.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.