Assalamualaikum kepada pembaca FS. Aku seorang wanita. Lama sudah saya tidak menulis untuk laman ini. Hari ini saya teringat satu peristiwa yang berlaku yang pada saya sendiri pada kira-kira 6 tahun yang lalu. Ketika itu saya baru tamat belajar di salah sebuah kolej matrikulasi. Lepas tamat pengajian tu, saya ada lebih kurang 4-5 bulan sebelum dipanggil masuk ke university untuk sambung degree saya.
Jadi saya habiskan masa tu dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah pasaraya di johor bahru yang terletak di jalan tebrau. Dahulu pasarraya tu nama lain sekarang dah nama lain pula. Kalau ada sesiapa yang duduk area situ mesti dah dapat agak pasaraya apa. Pasaraya ni memang terkenal dengan kisah-kisah angker ni almaklumlah bangunan lama.
Tapi apa yang saya nak ceritakan ini bukan lah mengenai pasaraya tersebut tapi pengalaman saya pulang dari tempat kerja. Disebabkan saya ni perempuan, jadi bos saya tak benarkan staf perempuan untuk kerja pada shift ketiga iaitu mula pada jam 8 malam hingga 6 pagi. Biasa paling lambat pun shift saya akan habis jam 8 malam dan akan pulang menaiki bas tambang. Orang johor panggil bas ting tong. (Sebab dulu kalau kita tekan loceng bunyi ting tong).
Untuk pulang kerumah saya perlu ambil bas dari arah bertentangan dari pasaraya tempat saya bekerja. Jadi saya perlu melintas dibawah flyover dan lalu ditempat yang dikhaskan untuk orang melintas. Waktu tu dalam jam 8.30 malam jadi kawasan tu memang tak ramai orang sebab bustop yang saya tunggu bas ni susah sikit dapat bas. Orang biasanya akan gunakan bustop lagi satu yang jarak dari bustop tempat saya menunggu ni dalam 2km macam tu. Tapi saya ni pemalas nak berjalan. Kerja security dah buat saya banyak sangat berjalan jadi saya tunggu la bas dari arah masai untuk pulang kerumah walaupun lambat.
Masa tengah tunggu tu saya dok terjengok-jengok kalau-kalau ada bas lalu. Yelah masa tu saya guna telefon nokia classic je. Tak de lah nak scroll Instagram ke twiter ke kan dalam smart phone. Tak mampu lagi akak nak beli time tu. Jadi masa banyak saya guna untuk perhatikan jalan. Kemudian saya ada terperasan seorang makcik ni. Badan dia agak gempal dan membimbit satu beg macam beg plastic.
Dia lintas jalan dan kemudian jalan menuju ke arah bustop yang saya tengah duduk ni. Dia jalan agak lambat jadi mata saya tak lepas dari pandang makcik tu. Sampai kat bustop dia pandang saya. Jadi saya balas dengan sunyuman dan tundukkan sikit kepala tanda hormat. Dia pun duduk sebelah saya. Makcik ni pakaian dia agak lusuh, tudung yang dia pakai pun jenis kain cotton yang dulu mak-mak kita pakai yang bersulam tepi tu. Dia ikat reben je kat leher tudung tu.
Memula kami senyap je kemudian saya tergerak nak tengok makcik ni. Bila saya toleh dia tengah pandang saya. Tersentak sikit lah satya masa tu. Bila dia tengok saya dah terpandang dia, dia pun tanya,
“adik nak pergi mana?”
“nak balik rumah makcik.”jawab saya dengan senyuman.
“rumah kat mana?”lembut je suara makcik ni. Dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
“Kat kg… “ (nama dirahsiakan)
“owh, makcik pun duduk situ. Awak duduk jalan mana? Nama mak siapa?”amboi bertubi-tubi terus soalan makcik ni. Saya pun jawab lah saya duduk jalan mana, nama mak saya siapa kemudian saya tanya kenal ke? Dia cakap macam tak kenal tapi kalau tengok muka mungkin kenal.
Lepas tu senyap. Sebelum dia tiba tiba bersuara lagi.
“Makcik ni ada orang dengki. Bukan nya orang lain. Adik beradik ipar duai sendiri. Tak boleh tengok orang lain senang. Anak kalau nak kahwin nanti jangan lah pilih orang negeri P ni. Orang nya kuat guna ilmu.” Saya yang agak terpingga-pingga ni tiba-tiba teringat kan pakcik saya yang baru bercerai dengan isterinya. Pakcik saya terjumpa bungkusan kuning kat bawah bantal dia dan isterinya memang mengaku yang dia ada guna kan ilmu pada pakcik saya ni. Kebetulan bekas isteri Pakcik saya ni orang negeri P.
“Lagi-lagi perempuan. Bukan makcik nak buruk-burukkan orang tapi memang mcam tu lah kebanyakan orang yang makcik kenal dari negeri tu mesti ada yang pakai ilmu. “ Saya pandang muka makcik ni. Dalam hati “makcik ni boleh baca fikiran aku ke ape eh.”
Makcik tu kemudian tak berhenti bercerita mengenai dirinya yang terkena ilmu sihir. Butir cerita saya dah tak berapa ingat sangat lah. Tapi agak lama juga lah kami dekat situ. Sesekali makcik tu pun merungut juga bila bas tak sampai-sampai. Mak saya yang kat rumah dah call banyak kali dah tanya kenapa lambat sangat. Bila saya cakap ada lagi seorang makcik tengah tunggu dia pun lega.
Dalam jam 9 lebih macam tu barulah sampai bas keramat yang kami tunggu ni. Saya bangun nak tahan bas. Bila bas tu dah nak berhenti makcik tu masih duduk. Saya pun pandang makcik tu. kemudian dia cakap,
“Tak apa adik naik dulu. Makcik ada tunggu orang ni.” Saya macam pelik tadi bukan main mengeluh bas lambat ni dah sampai tak nak naik pulak. Nak kata naik bas lain bukan tadi dia kata duduk satu kampung dengan saya. Saya pun megangguk je lalu naik bas dan bayar tambang bas kemudian jalan mencari tempat duduk.
Masa tengah jalan tu saya toleh nak pandang makcik tu. Tapi makcik tu dah tak ada. Nak kata dia dah jalan tak kan cepat sangat sebab memula tadi dia jalan memang lambat. Saya pun malas nak fikir terus duduk di kerusi. Sampai dekat rumah saya tanya kat mak saya kenal tak makcik tu. Saya sebut nama dia lepas tu mak saya terkejut.
“Adik cakap adik tunggu bas dengan makcik, makcik tu ke? Saya pun iyakan lah. Mak saya cakap makcik tu dia tak berapa betul sangat, macam meroyan lepas suami dia lari dengan perempuan lain tapi sejak beberapa tahun ni dah tak nampak dah makcik tu dekat kampung kami. Mungkin dah diambil anak-anaknya duduk dekat negeri lain.
Persoalannya sekarang betul ke yang saya jumpa tu makcik yang mak saya ceritakan tu atau siapa sebenarnya makcik tu.
Sekian, maaflah jika kisah saya ni tak seseram mana. Sampai sekarang ni saya ingat lagi pesan makcik ni pasal orang negeri P. memang kebanyakan yang saya jumpa berkelakuan macam yang makcik tu cerita. Tapi kejahatan tu tak mengenal kau asal dari mana, kau anak siapa kan. Jadi tak baik buruk sangka jadi saya kena buang prasangka tu jauh-jauh. Nanti ada masa saya ceritakan pengalaman kawan-kawan saya bekerja di shift malam di pasaraya tempat saya bekerjatu.
Terima kasih.
Firstttt ! Hehek
Negeri P?akak dok confuse 2 negeri dok pikir Pulau pinang @ Pahang…tp yang dekat ngn Johor…Pahang…tp orang Pahang memg lawa2..muka pure melayu takda mix..tapi lawa sangat..
Dia kan ckp sementara nak masuk degree, dia keje. So johor tu kg dia la. Bukan negeri p negeri yg dkt dgn jhor. Tp sy syak perak. Sbb mmg ramai org ckp perak byk guna ilmu. Lg2 yg dduk dkt parit dan batu gajah. Wallahualam. X semua la
perak la tu
P? Perak eh?
Pulau Pinang? Pahang? Perlis? Perak?
perak la tu
Haaa.. Teka.. Teka🤣🤣🤣🤣
Negeri sembilan?
Aku rase ni mesti orang pahang.. tak caye boleh siasat..
Ya setuju haha. Sorry but biasanya org pantai timur ny mmg sinonim kot dgn benda ni . Setahu sy lah. Wallahua’alam
kan kan
Ye dok..jgn pukul sama rata.. Semua tempat sama..hati manusia kita tak tahu
Oh. .. teringat pulak jumpe aunty cina kat mall… next time ada ms nak share la..
yg saya pernah dgr dari isteri sepupu saya…(dia orang Perak)…dia sendiri ckp kat Perak ada daerah2 tertentu kuat sihir…bukanlah semua daerah…dia sendiri kata ya bukan saya…saya cuma dgr je…walahualam…ikutkan mana2 negeri pun ada dukun2 hitam ni..jadi kena la ada pendinding diri dan kuatkan amalan2…
Emmmm.. sy ada saudara pompuan yg kawin dgn org perak.. kawin x smpi setahun dh berpisah.. katanya keluarga mertua dia kuat main bomoh.. x nk ckp bnyk.. kebetulan je kot negeri P tu.. huhu
mintak dijauhkan laa dgn perkara2 yg bercanggah dgn ajaran islam tu….x kisah laa negeri mane2 pun…mmg x baik kut amal ilmu2 hitam tuu…hihihih…papepun best laa cerita yg diceritakan ni…nnti cerita lagi erk…
saye sebagai org johor xpenah pulak pggl bas ting tong… hahaha bas bas je laaa
perak hmmm…
kebetulan mmg byk kisah mistik sihir dikalangan kenalan org perak