Hii semua. Aku Hobby (bukan nama sebenar). Cerita ini aku pendekkan saja sebab aku tak pandai sangat nak mengarang. Kisah aku ni terjadi beberapa tahun yang lepas. Masa tu Cuti Hari Raya Haji. Aku gatal tak balik kampung sebab cuti tak cukup.
Jadi, sehari selepas raya, aku dah masuk kerja. Hari pertama kerja selepas raya, aku kerja berdua je dengan akak tamil kat office, yang lain masih bercuti agaknya. Pagi tu kami nak pergi sarapan. Waktu nak masuk liff, aku ada terbau sesuatu seakan bau kapur barus.
Aku cakap kat akak tamil tu, ” rasa ada bau macam mayat lah kak”
Akak tamil jawab ” akak tak bau apa-apa pun ”
Aku pun tengok dahi akak tamil, aku tanya ” Akak sembahyang ke pagi tadi? sebab ada bau kapur barus ”
dia jawab ” ha’ah, kapur tu akak bakar waktu sembahyang ”
Jadi aku pun positif la yang bau tu bau kapur barus hasil dari akak tamil sembahyang pagi tadi. Selesai sarapan, aku dan akak tamil balik ke office semula dan start buat kerja. Dalam Jam 12 tengah hari, aku hantar mesej kat akak tamil (punya la malas nak berjalan pergi kat tempat akak tu padahal 1 office je. haha)
aku ” kak, jom nanti makan kat kopitiam nak? ”
akak tamil reply, ” Sorry Hobby, akak tak kerja hari ni tau. Akak tak balik ke **** lagi. You kerja ke? ”
Aku dah macam pelik. Aku fikir dia saja nak game aku sebab kat office memang tak ada orang. Aku suh dia cakap betul-betul dia sekarang ada kat mana. Memang betul dia kat kampung. Siap hantar gambar. Habis, siapa yang ada dengan aku dari pagi tadi ? sah aku kena game dengan hantu office.
Aku pun bangun dari tempat duduk, aku jalan slow-slow pergi kat tempat akak tamil. Yaa..dia ada di situ.
Aku pun tanya ” akak, tengah buat apa tu? ”
hantu ” tengah kuping kulit ni haaa.. ”
Aku intai, memang dia tengah kuping kulit dooo…kulit kat lengan dia !!! berderau darah aku. Rasa nak lari terus, tapi tak mampu. Macam kena gam je kaki ni.
Aku cakap kat dia ” akak, aku nak keluar jap. beli barang ”
Hantu jawab ” kau dah tau rahsia aku, kau nak lari mana? ”
Dia bangun jengah depan aku dengan mata terjegil, kulit pucat, kat lengan ada kesan kulit terkuping. Dia start cakar slow-slow muka dia. Aku macam tergamam. Kaki masih lagi melekat kat depan meja dia. Segala surah semua berterabur aku baca. Dia gelak kuat. Terus aku pengsan tak sedar.
Tiba-tiba ada orang kejut aku. Aku bangun terkejut. Pak guard rupanya.
pakguard ” kamu buat apa kat sini malam-malam ni nak ? ”
Aku bangun dan tengok sekeliling. Pelik, macam mana aku boleh ada kat sini ? Aku ada kat atas jalan tar depan pintu office aku. Aku tengok jam 12.00am. Aku cerita kat pakguard ape yang jadi. Dia gelak. Dia cakap hantu tu memang selalu ada. Kadang kat dalam office aku. Kadang kat office sebelah. Seminggu aku tak kerja. Demam teruk.
Next week tu, sampai je office, terus aku cari pakguard tu, nak ucap terima kasih pasal hal haritu. Dia tak ada kat pondok. Ada guard lain kat situ.
Aku tanya ” Bang, pakcik Mansor mana? ”
Guard ” Pakcik Mansor ? Ayah saya tu ke? ”
Aku ” entah, tinggi, ada janggut putih, rambut pendek, putih suci je orang nya ”
Guard ” Yang ni ke (tunjuk gambar dlm frame kat atas meja pondok).. Ini ayah saya. Kenapa cari dia? ”
aku ” Tak de, aritu pakcik Mansor bla bla bla”
Aku cerita panjang lebar kat guard tu. Dia buat muka pelik kat aku.
Guard ” Dik, pakcik Mansor dah lama meninggal. 6 tahun lepas dan lagi satu tak ada satu orang pun bekerja waktu raya haji haritu ”
Aku be like, ppfftttttt! Siapa dengan aku haritu…Siapa yang kejut aku kat atas jalan aritu….siapa sembang dengan aku……dah kenapa semua orang cuti tak bagitau aku……..
Aku tergamam tanpa berkata sepatah pun dengan guard dan aku terus berjalan, fikiran ku terus memikirkan apa yang sebenarnya telah terjadi. Sehingga kini aku masih lagi teringat akan kejadian seram itu, dan tak mungkin dapat aku lupakan.
Sekian …
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
extreme betul gangguan hang bro.. kalau aku, silap2 boleh resign haha.. mungkin akak tu jelmaa hantu jahat, pakcik tu jelmaan hantu baik.. hehe
Penulis mabuk ketum
>
Fiksyen ke real ni.. elek jer keje blk walaupun dh kene ggu smpi tido kat jln tar??
gila lah
HR korang ni tak ambil tau ke siapa cuti siapa kerja
siap boleh biarkan staff kerja sorang2 je.