Siapa Si Kecik Molek?

Hi Fiksyen Shasha, nama aku Aira. Di sini aku ingin menceritakan kisah pertama kali aku diganggu. Aku bukanlah seorang yang hijab terbuka ke atau bole nampak itu ini ke, tak aku bukan macam tu. Ini adalah kali pertama aku kena dan masa kena pon aku blur haha.

Ok jom aku mulakan kisah aku. Aku sekarang sudah berkerja, kisah ni jadi 2-3 tahun lepas semasa aku masih menuntut di sebuah IPTA. Tapi kisah aku ni bukanlah berlaku di IPTA.

Aku ada gang travel, terdiri daripada 9 orang perempuan. Setahun sekali kami kumpul duit dan pergi travel. Kami dah ke pelbagai pulau, dah food hunting di merata negeri. Kisah ini berlaku semasa kami travel ke Melaka dan menetap di sebuah hotel terkenal, korang mesti taw. Hint, bukan hotel bangunan tu tapi dia warna warni seperti kampung.

Kami mengambil rumah yang brdepan dengan swimming pool. Rumah itu dua tingkat, kali ini kami hanya berlapan kerana seorang lagi rakan tak dapat join. Jadi kami tidur di 3 katil queen, satu katil untuk 2 orang di bawah, dan 2 katil untuk 6 orang di atas. Dan aku tidur paling dalam berdepan dengan tandas, maksudnya jauh laa dari tingkap yang bole nampak luar tu. Tingkat atas ada tingkap kecik yaa, bole nampak swimming pool dair situ.

Setelah seharian penat food hunting dan mandi swimming pool, malam tu masing-masing barai dan sedia nak tidur. Kawan aku sorg ni nama Maria, tidur dia atas, tengah-tengah antara 6 orang tu. Dia yang tutup mata dulu, time tu kami berlima yang tidur di atas masih berborak dan mencuba pakaian yang baru dibeli tadi. Maria tidur telentang dengan posisi tangan diangkat dan dia tidur ok ja, tenang dan nampak lena (ada sesuatu berlaku kepada Maria sebenarnya, aku akan cerita nanti).

Semua ready nak tidur, aku disuruh tutup lampu sebab aku paling dekat dengan suis, sebelum tutup aku jenguk ke tingkat bawah untuk tengok lampu bawah dah tutup ke belum, aku dengar bunyi TV dan gelak ketawa (kalau dari atas tak nmpak kawan-kawan aku dan TV, nampak bahagian tandas dan sinki sahaja.). Jadi aku fikir “Eh tak penat ke budak dua orang tu, kan harini sakan berjalan. Esok bangun lambat siap laa dorg” dan aku tutup lampu. Baca doa dan ayat krusi terus aku lena.

Kawan-kawan semua tidur lena termasuk aku, tapi aku ni sejenis cepat sedar dan jenis tidur bila nak alih badan pon akan sedar bukan jenis deep sleep la even bunyi sikit pon aku bole sedar. Dan malam tu aku tidur mengiring ke kanan (aku bukan jenis tidur telentang) dan menghadap tingkap kecik tu. Dair tingkap tu cahaya lampu luar masuk.

Jadi masa aku sedar dan buka mata, aku nampak ada macam susuk badan berdiri depan tingkap tu, betul-betul susuk badan perempuan. Tapi aku tak fikir apa, aku terus pusing mengiring ke kiri pulak dan tutup mata. Tapi bila aku tutup mata, aku terfikir “Siapa yang berdiri tengok tingkap malam-malam ni, tak ada keja ke?” Tapi bila aku fikir balik, kawan-kawan aku tak ada susuk badan macam tu, susuk badan tu kecik molek ja dan aku siap nampak curve badan ‘dia’ macam pakai kebaya ketat tu, jadibole nampak bentuk badan ‘dia’ yang curvy tu, kawan-kawan aku semua besar gajah haha sorry gais.

Bila dah sedar macam tu aku terus pejam mata dan baca-baca sikit. Terus aku terlena balik lepas tu mungkin sebab penat sangat. Bangun pagi tu, aku duduk sandar dekat katil sambil perhati tingkap tu, kawan aku Mia tanya “Kau kenapa termenung pagi-pagi ni?” Aku pon cerita laa semua kat dorg memandangkan kita orang pon nak check out dah, jadi tak takut la. Lepas habis cerita Maria buka mulut.

“Kau pon kena Aira? Sebenarnya masa aku tidur awal tu, aku kena tindih, tak dapat brgerak dan brnafas. Aku cuba nak jerit tapi tak boleh, suara aku tak keluar. Pdhal aku dengar suara korang borak dan gelak-gelak masa tu. Tapi aku tak bole nak mintak tolong. Lepas korang tutup lampu, baru benda tu hilang dan aku cepat-cepat mengiring dan baca doa”

Tapi aku bagitahu korang kan tadi, kitorg nampak Maria tidur lena ja. Macam tak ada apa-apa jadi pon. Dah habis bercerita, kami pon bersiap untuk check out. Dah siap kami turun dan aku bukak mulut cakap, “Weh Fai, Lin seronok korg eh tengok tv gelak-gelak semalam, tak barai ke korg ni? Tidur pukul berapa?” Fai dengan Lin pandang aku dengan muka pelik dan Lin berkata “Apa kau ni? semalam lepas masuk kitaorg terus siap-siap dan tidur laa, mana buka tv. Ni baru bukak hah.”

Senyuman aku terus m**i, kami berlapan saling berpandangan dan terus angkat kaki checkout. Sampai sekarang aku masih ingat dan tertanya tanya, siapa kecik molek berdiri kat tingkap dan gelak-gelak kat tingkat bawah tu?… Sekian terima kasih…

Hantar kkah nada : fiksyenshasha.com/submit

Aira

5 thoughts on “Siapa Si Kecik Molek?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.