Siapa tu?

Nama aku Nyea. Aku kerja dalam satu syarikat production di Negeri Sembilan. Office aku bukan dalam bangunan, tapi dalam cabin besi yang diletakkan di bahagian atas, ada tangga besi sempit di tepi untuk naik.

Siang tempat tu biasa je.
Tapi bila malam , sunyi dia lain macam.

Minggu lepas, aku terpaksa buat OT seorang diri sebab kerja urgent. Semua orang dah balik. Bahagian production kat bawah ada pekerja syif malam sahaja.

Cabin tu kedap bunyi. Bila tutup pintu, apa jadi kat luar memang tak dengar sangat.

Aku tengah buat kerja depan PC. Sunyi.
Hanya bunyi angin aircond dan keyboard.

Masuk waktu Maghrib, tiba-tiba aku dengar bunyi tapak kaki naik tangga besi.

Tang… tang… tang…

Suara langkah tu berat, jelas, dan perlahan, macam ada seseorang naik satu-satu anak tangga.

Aku berhenti menaip.
Aku tunggu.
Biasanya kalau ada orang nak jumpa aku, dia akan naik sampai atas terus.

Bila bunyi langkah tu sampai anak tangga terakhir, aku tahu orang tu dah berdiri betul-betul depan pintu office.

Lepas tu… senyap.

Aku tunggu pintu dibuka.
Tunggu orang tu ketuk.
Tunggu dia beri salam.

Tapi tak ada apa-apa.

Aku rasa pelik.
Aku tunduk sikit, pandang ke arah pintu ,
sebab pintu cabin tu jenis kayu tapi separuh cermin besar, boleh nampak luar.

Masa aku toleh…
Aku nampak seseorang berdiri di luar pintu.

Dia pakai t-shirt putih kosong.
Badan tegak.
Tak bergerak.

Tapi muka dia…
Tak nampak.
Macam area muka tu gelap, kabur.
Seolah-olah cermin tu tak nak bagi aku nampak muka dia.

Aku kaku.
Jantung aku betul-betul rasa macam berhenti sekejap.

Aku tunggu dia ketuk pintu.

Dia tak ketuk.
Tak bersuara.
Tak buat apa-apa.

Dia cuma berdiri.

Lama.

Sangat lama.

Dan semakin lama aku pandang, semakin kuat rasa tidak sedap hati tu naik.

Dalam hati aku bisik:

“Siapa pulak yang naik?
Semua workers pakai baju company, warna gelap.
Mana datang baju putih ni?”

Perlahan-lahan aku capai beg.
Off PC.
Tutup lampu.

Aku buka pintu belakang cabin, bukan pintu depan,
sebab aku tak sanggup lalu depan “dia”.

Aku turun tangga cepat-cepat.
Dalam hati berdebar macam nak pecah.

Sampai bawah, aku terus pergi production.
Aku nak confirm ,
siapa pakai t-shirt putih hari tu?

Aku jalan satu mesin ke satu mesin.
Tengok semua pekerja.

Tak ada seorang pun pakai baju putih.

SEMUA orang pakai uniform gelap.

Masa tu aku rasa bulu tengkuk aku naik, sampai rasa kebas.

Aku teringat:
Cabin tu kedap bunyi.
Kalau aku pengsan atau mati terkejut kat atas tadi…
tak ada siapa akan dengar.

Sejak malam tu, walau urgent mana pun kerja aku, aku takkan OT malam seorang diri dekat cabin tu lagi.

Apa yang naik tangga malam tu…
apa yang berdiri luar pintu tu…

Sampai sekarang aku tak berani nak fikir terlalu dalam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

nyea

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.