Siapa Wanita Bernama “MF” Dan Roh Tidak Tenteram

Hi! Aku kembali. Dulu aku pernah cerita pasal hantu overseas dengan yang dekat Melaka tapi kali ni aku nak bercerita pasal “aku consider” hantu di Shah Alam! Berpindah randah hidup aku haha sebab nya aku stay Shah Alam jadinya kali ini aku cerita hantu di shah alam pula. Oh dan terima kasih FS sebab siarkan 2 cerita aku sebelum ini! Hehe.

Ini berdasarkan perkara yang benar, aku singkatkan nama wanita ini sebagai “MF”. Sebabnya kawan-kawan aku cakap tak boleh sebut nama penuh sebab nanti macam kita seru dia. Aku tak tak aku kena kincit dengan kawan aku atau betul so disebabkan aku penakut aku sebut lah cerita ini berkisarkan “MF”.

Siapa “MF” tu? Sebelum tu aku nak mintak maaf kat keturunan dia ke apa cerita ni bukan bertujuan nak malukan ke apa, aku just nak share je sebab cerita ni macam pasal cerita hantu sikit hehe. Okay, MF ini adalah wanita yang pernah popular satu masa dulu, yang Malaysia pernah digemparkan dengan pembunuhan sorang Datuk ni. Kau orang ingat lagi? Yang kena kerat 18 tu? Haa MF tu wanita tu la, pandai-pandai lah korang panjangkan nama dia hehe. Ok ceritanya macam ni, ada 2 cerita ok. Cerita pertama pasal MF dan cerita kedua pasal nahas terhempas helikopter.

CERITA PERTAMA

Ini pasal sebuah banglo besar kat Shah Alam. Kalau korang duduk Shah Alam dan suka borak pasal hantu dengan kawan-kawan korang mesti tau banglo mana yang aku maksudkan. Satu hari tu, masa ni tahun 2012 tak silap aku. Zaman aku masih muda dan akal panjang berjela untuk perkara-perkara merepek. Aku dengan kawan aku, 5 orang semuanya dalam satu kereta ni pergi lah ke banglo yang dimaksudkan tu.

Mula nya aku tak nak sebab aku cakap kat kawan aku baik bawa sorang lelaki ke apa sebagai peneman kalau apa apa jadi sekurangnya boleh je tolak kawan laki aku ni so dia kena dulu haha. Tapi kawan aku ni feminist sangat kononnya “girls rule the world”. Ceh! So aku ikutkanlah permintaan kawan aku tu. Maka kitorang berlima dalam 1 kereta ni bertolak lah ke rumah banglo MF yang di maksudkan tu.

Aku tak tau kat mana tapi kawan aku tau jadi nya dia la jadi GPS nya dan semestinya aku yang drive sebab aku cekap sikit antara semua. Drive lah aku kehulu kehilir tengok tengok sampai depan rumah banglo MF yang besar omg!! Cuma terbengkalai lah, kalau berpenghuni ni memang aku rasa cool gila rumah ni. Sebabnya kawasan besar gila, banglo tu takyah cakap la rupa .Banglo 2 tingkat tapi besar punya banglo, ada swimming pool kot kat underground dalam rumah tu! Terbaik aku boleh cakap.

Jadi, bila dah sampai depan rumah tu, aku teragak-agak lah nak turun sebab dalam ramai-ramai aku paling penakut sikit sebab aku memang ada sense yang kawan-kawan aku takde. Tapi semua keluar kereta dengan pantasnya tinggal aku sorang, jadinya tak kan aku nak tinggal sorang kan. Aku pun keluar lari masuk kawasan rumah ikut kawan aku. Bila tengah nak masuk pagar tu, aku macam ter berhenti sorang! Kau tau sebab apa? Haa! Sebab aku nampak kat hujung pintu masuk rumah tu macam ada satu entiti berdiri kejung je tengok kitorang masuk. Benda tu warna putih kelabu and rambut panjang tutup muka.

Aku cakap kawan aku “wei jom balik, tak baik ah ceroboh kawasan orang”. Kawan aku ignore je aku. Pastu diorang jalan je masuk rumah tu, yang pasti kawan aku yang lagi 2 tu dah lepas sampai tingkat bawah. Maka, tinggallah kami bertiga baru nak masuk ikut pintu depan ni. Aku pun masuk rumah tu, and yang kelakar nya bila aku nak masuk pintu tu aku kena lalu depan perempuan baju lusuh aku nampak depan pintu rumah tu. So aku pun lalu je macam biasa sebab dah redha dah apa nak jadi lepas ni. Perempuan tu tengok je kitorang buat apa. Bila dah masuk tu, kitorang macam tengok la kawasan sekeliling, besar and cantik cuma menakutkan. Ada banyak kain tinggal, lilin, rokok etc.

Aku syak ni memang port tempat mat pit dah selepas rumah tu ditinggalkan. Lepas tu sedang kita orang usha kawasan bagaikan ahli parlimen melihat kawasannya, kawan aku yang sorang ni yang aku gelarkan dia A (kan kita bertiga kat tingkat atas ni) ni tiba tiba jerit kat aku “ apehal kau panggil aku?”, aku macam blur kejap bila masa nya aku panggil? Tapi aku buat bodoh sahaja nak hilangkan rasa takut. Lama sikit tu, kawan aku sorang lagi ni aku gelarkan dia B terjatuh gedebuk! Lepas tu jerit-jerit “kau orang apehal tolak aku?”. Aku dah macam “eh apakah?” So aku dah start rasa something not right so aku kena bawak kawan-kawan aku semua ni keluar.

Bila nak keluar tu angin bertiup kuat gila aku tak tipu and tiba-tiba hujan lebat! Haa sudah! Aku pun lari lah keluar rumah dengan kawan A and B aku, yang lagi 2 kat bawah tu aku tak tau apa jadi just aku harap kau orang keluar dah masa tu. Bila nak keluar tu, berlari lah aku, si A dan si B sebab tiba-tiba hujan and angin kuat kan. Tiba-tiba terberhenti berlari sebabnya kawan aku yang A ni tarik aku sambil tunjuk-tunjuk kat sebatang pokok kat dalam kawasan rumah tu lah. Aku tengok la apa yang kawan aku tunjukkan tu? Tengok tengok kawan aku yang lagi 2 orang tu(aku gelarkan kan dua orang ni C and D). Fuh aku bersyukur gila! Cukup lah kami 5 orang(sangkaan aku).

Lepas tu aku pun nak la berlari kat pokok tu nak tarik kawan aku 2 orang tu tiba tiba dengar orang menjerit kat kereta “hoi gila kau nak pergi mana, balik!”. Dalam hati aku “tu macam suara C and D”. haaa sudah siapa depan aku ni!”. Aku pun toleh lah kan belakang and tengok kat kereta aku, aduhai kawan aku si C and si D! So sekarang ni siapa depan aku bawah pokok ni? Mengucap panjang aku! Lepas tu aku lari lah dengan si A and B pergi kat kereta and masuk kereta. Alhamdulillah cukup kesemua 5 orang! (naik bulu roma aku sekarang ni bila cerita ni kau kau semua).

So aku pun start enjin dan dengan pantasnya nak keluar dari kawasan tu. Tiba-tiba ada lagi gurauan manja. Kereta aku rasa berat sangat and masa tu nak turun bukit, kereta rasa berat tapi meluncur laju and aku cuba tekan break tapi break macam makan tak makan, so aku standy tangan kat emergency break just in case kan lepas tu kereta tiba tiba berhenti. Kau rasa?! Kawan aku 4 ketul yang konon berani sangat tadi tu semua senyap. AKu pulak tak boleh nak cuak sangat sebab aku drive kan, kalau apa apa nanti susah pulak.

Jadi nya aku cuba balik nak start enjin kereta tapi tak berjaya. Kat tepi and aku senyap sambil dalam hati aku cakap “aku minta maaf bagi pihak kawan-kawan aku sebab kacau tempat kau” lepas tu aku baca surah Qursi and 3 kul lepas tu aku start kereta balik. Alhamdulillah boleh start dan tak berat dah, maka aku pun drive keluar dari kawasan tu dan tak kembali dah kat kawasan tu sampai lah 2016 ni.

Moral of the story – jangan pergi rumah orang kalau tak dijemput.

CERITA KEDUA

Cerita ini berkisarkan seorang Tan Sri Y nahas helicopter. Yang aku pasti ini tak berkaitan dengan cerita nahas helicopter baru baru ni. Cerita ni pasal nahas helicopter tahun 1998, kalau aku tak silap sebab aku kecik lagi masa tu. Nak dijadikan cerita, aku tak nak bagitau background dan aku tak nak sentuh pasal kes itu sebab kes itu pun dah selesai:- al fatihah untuk arwah, aku cuma aku boleh cakap ayah aku telah diamanahkan untuk selesaikan kes tersebut. Sebagai seorang peguam semua exhibit dan juga bahan bukti memang kau akan pegang dan tengok.

Ada lah satu hari ni ayah aku balik rumah bawa satu bag briefcase. Masa ni aku kecil lagi, aku pun tanya ayah apa ada dalam bag tu? Ayah cakap ada coklat. Aku pun gembira je dan aku nak buka bag tu, ayah cakap jangan nanti coklat tu keluar tangan. So menjerit lah aku. Haaaha! Mula-mula briefcase tu ada dalam rumah, lepas tu aku nampak ayah aku bawak briefcase tu masuk boot kereta. Mungkin dia takut kau gatai bukak lah kot.

Masa tu dah malam lepas ayah masuk rumah dan letak balik briefcase dalam boot kereta ayah mandi dan tidur, dalam pukul 9 pm waktu tu. Ayah aku dah tidur, abang aku tengah main game, mak aku tengah tengok tv dan aku dengan mak aku. Tiba-tiba hujan turun lebat sangat dan disertai kilat dan guruh dan tiba tiba blackout! Aku pun takut lah, masa kecik kan. Mak aku suruh aku duduk dengan abang aku sementara mak aku cari ayah aku sebab nak buka suis utama. Tiba-tiba aku ternampak satu bayang bayang kat partition rumah aku belah sana.

Rumah aku ni ada 2 partition yang diasingkan dengan pintu tengah berkaca, jadinya kalau kau tutup pintu kaca tengah ni pun kau masih boleh nampak kat belah sana. So aku cakap mak aku yang aku nampak bayang-bayang, mak aku suruh aku diam je. Lama sikit tu aku dengar orang ketuk pintu rumah. Kali ni bukan aku sorang sahaja dengar tapi mak aku dan abang aku pun dengar. Haa kau bayangkan dalam gelap ada orang ketuk pintu pulak dah! Ayah aku pun datang tengok pintu, bila ayah selak langsir tengok tengok tak pun orang. So ceritanya siapakah bayang hitam dan siapa yang ketuk pintu rumah kitorang tu?

Semua senyap dan ayah baca yassin dalam gelap. Okay aku tau drama sangat blackout baca yassin kan haha tapi aku tanya mama kenapa nak baca yassin? Mama cakap sebab ayah bawak balik briefcase office tu so kemungkinan roh tak aman lagi sebab kes tu tak selesai lagi masa tu. Baru aku faham. Bila dah habis ayah baca yassin tiba-tiba hujan berhenti dan lampu ada balik, lepas tu ayah pun pergi kat kereta dan nak check balik briefcase tu, masih ada! Cumanya number lock bag tu bertukar dan yang menakutkannya, salah satu gambar nahas tu berterabur dalam boot kereta.

Sepatutnya ada dalam bag tapi bila ayah buka boot tengok tengok gambar semua berterabut dalam boot kereta. Jadi nya kalau kau fikir logik, kalau orang punya kerja semestinya akan ada tapak kasut ke apa kan sebab hujan masa tu dan semestinya boot kereta ayah terbuka kan? Dan semestinya briefcase tu terbuka kan? Yang menakutkan ialah, kesan tapak kaki takda, boot kereta tak terbuka, bag tertutup. Cuma number code sahaja lari dan document exhibit gambar berterabur dalam boot kereta. Mak aku cakap sebab kes tu tak selesai lagi masa tu dan roh tak tenteram dan minta tolong selesaikan kes secepat mungkin. Bila kes selesai, roh tu jadi aman lah. Wallahualam, itu yang mak aku cakap aku dulu.

Fuh! Seram..Kau orang rasa seram tak? Sekian sahaja cerita aku. Lain masa aku cerita yang lain pulak!

Harap kau semua enjoy!
-aleey-

22 thoughts on “Siapa Wanita Bernama “MF” Dan Roh Tidak Tenteram”

  1. Aley, cemana nak pm awak? Kisah kedua, TSY, saya dibwh naungannya dah lebih 15 tahun. Ada beberapa kisah lagi di bangunan ini yang berkaitan dengan beliau setelah ketiadaannya. Sila contact saya, [email protected]. Your immediate response is highly appreciated. Thanks.

    Reply
  2. Aku terbayang MF tu Maria Farida memula tadi. Btw rumah tu aku penah pegi jugak, memang besar gila gila. Tapi aku tak masuk, semangat tak kuat masa tu.

    Reply
  3. siapa yang kau tarik ajak turun tu? perghhhhh yang tu aku pun seram. Tapi betul la kau cakap.. benda macam ni kebanyakannya warna putih kelabu.. yang boleh lihat je yang tau rupanaya.. Tak sanggup nak tengok. Tp terpaksa sebab dah nampak.

    Reply
  4. aku pun penah pegi rumah yang didakwa rumah MF tu.. tapi aku ade gak dengar rumours yang sebenarnya tu bukan rumah dia.. last pegi silau masa hujung 2015 dah takde dah rumah tu (if betullah rumah yang dimaksudkan penulis) dah roboh..

    Reply
  5. aku pergi rumah mf dekat area teluk cempedak di kuantan.siap masuk dan snap2 gambar lagi.dan ade bukti kitorg nampak penampakan.malangnye terpaksa delete sebab membe aku yg tukang snap tu kene ganggu.alfatihah utk arwah mf.

    Reply
  6. there is no such thing as “roh tak tenteram”. yang datang mengganggu adalah jin menyerupai lembaga hantu etc. semua yang telah meninggal kembali kepada Yang Maha Esa.

    Reply
  7. berkenaan dengan helicopter terhempas tu . . Kat lokasi kejadian lagi dasyat dia punya seram . . ada penduduk berhampiran tempat kejadian bercerita . . Nampak lembaga berlegar legar kat kwsan tu. Seperti mencari sesuatu. Malam² ketuk pintu rumah. Pernah juga terdengar suara minta tolong . . Yang paling tak boleh lupa, dia ketuk pintu pastu minta tolong carikan kaki dia . . Banyak kisah seram kat kawasan tu . .

    Reply
  8. berkenaan dengan helicopter terhempas tu . . Kat lokasi kejadian lagi dasyat dia punya seram . . ada penduduk berhampiran tempat kejadian bercerita . . Nampak lembaga berlegar legar kat kwsan tu. Seperti mencari sesuatu. Malam² ketuk pintu rumah. Pernah juga terdengar suara minta tolong . . Yang paling tak boleh lupa, dia ketuk pintu pastu minta tolong carikan kaki dia . . Banyak kisah seram kat kawasan tu . .

    Reply
  9. Lokasi pembunuhan yang MF lakukan dah dirobohkan. Sebelum dirobohkan banyak kejadian seram. Penduduk setempat tak berani nak melalui kawasan tersebut bila malam. Ada juga yang bercerita, MF ada beri daging pada penduduk berhampiran kawasan kejadian. Kesahihan tak dapat dipastikan . .

    Reply

Leave a Comment