Busuk Hati

Assalamualaikum. Aku dah baca semua cerita kat dalam page fs ni. Boleh tahan seram jugak lah. Haha. Aku kenalkan diri aku sebagai F. Dalam family aku, aku sorang je perempuan. 3 orang lagi adik beradik aku yang lain, semuanya lelaki. Aku nak cerita pasal pengalaman aku sebelum ni pasal benda benda mistik ni.

Ayah aku seorang pengamal perubatan Islam. Ayah aku belajar ilmu ni masa tengah study dulu. Semuanya bermula bila ayah aku nak kahwin dengan mak aku. Ni mak aku yang cerita balik kat aku. Masa diorang nak kahwin, macam macam perkara berlaku. Mak aku sakit. Bila nak dirikan masjid dengan ustaz ni mesti syaitan benci gila kan. Termasuklah manusia mana tah yang busuk hati sangat tu. So, mak aku sakit teruk berminggu minggu sampai takleh bangun. Memang teruk lah.

Tapi, ayah aku takleh nak ubatkan sebab suami isteri. Sihir tu susah nak hilang sebab ade ikatan perkahwinan, jadi tak kuat ayah aku nak lawan. Kiranya macam kena ustaz lain yang ubatkan lah. Jadinya, ayah aku mintak tolong dengan kawan dia, ustaz tu duduk jauh kat sarawak. So, contact melalui phone. Ubatkan dari jauh. Lama lah ambil masa nak pulih tu. Muntah, rasa macam kena tikam, macam orang cakar, semua ada. Tapi mak aku still teruskan perkahwinan ni. Dugaan seorang isteri. Biasalah, hidup mesti ada dugaan kan.

Ok. Yang ni pulak jadi bila mak aku ni tinggal ngan kitorang kat rumah. Ayah aku kerja kerajaan. Masa tu kami baru jugak ah pindah kat kawasan perumahan ni. Kitorang ada satu je kereta. Ayah aku lah yang gunakan untuk pergi kerja. Abang-abang aku semua pi sekolah. Tinggal aku ngan adik aku kat rumah. Mak aku keluar naik teksi pergi bandar nak beli barang tapi tak kunci pintu. Bila mak aku balik rumah nak start buat kuih, cari resepi yang mak aku letak kat dapur tu, hilang. Tapi hilang yang penting sekali, satu tu je. Mak aku terfikir lah kan sebab masa keluar kan tak kunci pintu, xkan pencuri masuk curi resepi tu sehelai yang penting sekali. Takde pulak kesan kesan pencuri. Aku tak tahu pape mase tu. Mak aku pun tak nak cite banyak ah. So, mak aku takleh buat keje.

Tibe tibe lah kan, jiran sebelah tu datang. Dia peramah macam baik jelah. Selalu tegur kami. Dia datang masuk dalam rumah. Sembang punya sembang, Mak aku cite ah pasal barang hilang tu. Pastu dia cakap, kalau barang hilang ni, kita nak cari kena ikut bulan Islam. Entah apa dia cakap aku pun tak faham. Dia siap bilang ah bulan apa dah. Kalau bulan ni, barang kat tengah. Kalau bulan ni, barang biasa kat atas², macam almari camtu ah. Kiranya dia cakap barang tu macam ada kat atas rasanya kalau x silap aku. Pastu lepas tu dia balik. Haha. Pelik.

Petang tu, ayah aku balik. Mak aku crita semua lah. Ayah aku pun pergi dapur sorang². Mak aku ngan aku tunggu kat depan. Adik aku kecik lagi tak tahu pape. Masa ayah aku pergi dapur tu, rasa dah seriau meremang bulu roma semua. Aku senyap je ngan mak aku. Lama gak ah. Aku intai ah. Tapi tak nampak. Aku gi depan balik kat mak aku sebab rasa makin meremang. Hahahaha. Lama tu ayah aku datang, tahu apa ayah aku cakap? Ambik lah kertas ni kan. Ada je kat dapur. Aku pun pelik ah. Sebab mak aku dah cari semua tempat, memang takde. Ayah aku cakap apa, ada orang pinjam. Hahahahahaha. Celah mana pulak orang pinjam.

Ayah aku cakap ‘dia’ pinjam. Ada terapung kat atas siling. Tapi memang kami semua tak nampak. Ayah aku cakap ada orang suruh ‘benda’ tu pinjam ambik. Biar mak aku tak dapat buat kuih. Boleh bayang tak kertas terapung kat atas siling? Hihihi. Macam dalam tv pulak. Dengki betul manusia ni pahal tah. Ayah aku dah halau suh dia balik jangan kacau. Rupanya selama ni memang dia tunggu je kat dapur perhatikan mak aku buat kerja. Selang beberapa hari , aku dengar jiran aku sakit. Haha. Paham sendiri je lah. Jiran yang cakap kalau barang hilang, cari kat atas ikut bulan Islam. Memang dia dah bagi hint.

Tak lama lepas tu kami pindah rumah baru. Masa kat rumah baru ni pulak, bisnes mak aku macam makin maju ah. Alhamdulillah. Biasalah melayu bila dah tengok orang lain maju ni, macam-macam pulak perasaan timbul kan. Satu hari tu, mak aku sakit lagi. Sakit teruk. Sebelum tu badan mak aku selalu ada kesan cakar, lebam sana sini. Mak aku sakit sampai takleh buat keje dekat sebulan. Ayah aku memang takleh nak tolong banyak macam yang aku cakap tadilah. Tapi, ustaz yang tolong haritu dah meninggal. Ayah aku mintak tolong ustaz lain. Kawan ayah aku. Berhubung melalui phone cakap mak aku sakit apa semua, tolong tengok dari jauh.

Orang pengamal perubatan islam ni, dia macam boleh link walau jauh mana sekalipun sebab hijab dah terbuka kan. Then, ustaz tu cakap, orang dekat hantar ‘benda’ kat mak aku. Mak aku kenal orang tu. Kami semua kenal. Dekat sangat. Camtu ah. Tapi ustaz x bagitahu sapa lah. Lagipun mak ayah aku tak nak tahu sebab kami tak nak balas dendam apa. Cuma nak sihat balik je. So, ustaz tu tolong baca doa dari jauh. Dalam sebulan lepas tu syukurlah mak aku sihat. Masa otw nak sembuh tu, mak aku dapat satu mimpi. Dalam mimpi ni, jiran belakang rumah aku, tengah gelak ketawa tengok mak aku sakit.

Suami dia, ayah dia, isteri dia. Kira family dia tengah gelak jahat sambil tengok mak aku sakit. Mak aku terfikir la asal nak gelak macam tu. Mak aku mintak tolong makin dia gelak. So, selang beberapa hari lepas tu, pukul 3 pagi camtu ah, jiran aku tu, suami dia datang kat rumah aku, mintak tolong ayah aku ubatkan bini dia ngan ayah dia camtu ah. Sakit. Sakit teruk jugak rasanya sebab masa tu mak aku dah otw nak sihat. Korang mesti boleh catchup kan.

Orang yang santau, sihir mak aku dari jauh tu ayah kepada suami isteri tu. Ayah jiran aku tu. Ayah dia tok bomoh. So benda tu kena balik kat dia, sebab ustaz tu suruh balik kat tuan dia. Aku xpasti lah lepas tu jadi macam mana. Tapi mak aku malas nak amik tahu apa. Lepas dalam dua tiga tahun, family diorang tetiba tegur family aku lepas kejadian tu berlalu. Tapi tak mesra sangat lah. Nampak kejanggalan disitu. Haha.

Tapi apa aku nak cakap kat sini, toksah nak dengki sangat. Rezeki Allah dah kurniakan kat masing masing. Atas kita usaha lah macam mana. Aku ada lagi nak cerita . Macam mana kami pergi jalan tapi PUTERI ikut kami balik……..

.

Fn
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

13 comments

  1. Dlm family dh bbrpa kali.kena ngan manusia busuk2 camni…
    Sedih…napelah manusia ssh hati dgn rezeki org lain…
    Klu kita sng xdelah kita sshkan die kan…

  2. fuhhhh, orang melayu kalau bab dengki mengdengki ni no satu.. aku paham jugak ah apa kau rasa,, kau bayangkan lah kan.. keluarga aku niaga bakery, depan kedai aku tu, kedai makan.. defak dia nak dengki kalau org ramai dtg kedai aku? memang patut ah orang tah datang makan kedai kau,, nasik lauk ayam, sayur tea o dah 8 hengget kau caj sekepala.. bodo betol

  3. inilah cara org melayu nak cepat jatuhkan org lain. senang dan cepat.

    rezeki org kan lain2,itu yg ada yg tamak. dengki.

    eh,aku teringin nak thu cerita yg dihantar olh ahli keluarga yg hantar2 benda mcmni. asyik mangsa ja yg post

  4. skrg nie xboleh tgk rambut sma hitam dhh. sbb skrg org dh pndai wrnakn rmbut. halamakk kna cri peribahasa bru

  5. apa jenis manusia lah yg suka dengki dgn org? Allah mmg dah aturkan rezeki masing2 so takpayah nk busuk hati. bersyukur tu yg penting

  6. “Dalam family aku, aku sorang je perempuan”
    Err dah tu mak ko bkn perempuan ke? LoL just kidding 😛
    Anyway good story. Serious aku x faham pen-dengki macam ni, yang ditujunya sama bangsa juga. Awat tak hantar kat tokey cina ka, supermarket franchise ka, yahudi ka??

  7. nie buat aku geram. Tak habis2 dng hasat dengkin bertuhankan shaytan.
    mcm saya pun kena santau. Sakit hati dng peniagaan pasar mlm saya. Selalu mimpi ular kat tapak saya jual. Bukan pun org beratur2 beli dpt beratus2 sehari jual. Hati manusia sape tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.